Sumber: MAJALAH DAKWAH
PARA ulama berbeza pendapat tentang apakah yang ditimpa musibah itu mendapat penghapusan dosa atau mendapat pahala. Sebahagian ulama berpendapat bahawa setiap musibah itu mendatangkan pahala bagi si penderitanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa musibah mendatangkan pahala hanya jika si penderita bersabar menerima musibah itu.
Ibnu Abdussalam menyatakan hal itu secara tegas. Ibnu Taimiyah beserta sejumlah ulama yang lain menyatakan bahawa musibah secara mutlak mendatangkan pahala atau tidak dapat ditolak. Masing-masing kelompok mengemukakan alasannya secara tekstual.
Ulama yang berpendapat bahawa musibah itu membawa pahala mengemukakan dalil firman Allah yang bermaksud:
“…Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang yang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh…”
(at-Taubah:120)
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di dalam Mustadrak al-Hakim diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang ditimpa musibah adalah mereka yang dihalangi daripada pahala.”
Daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Zuhud di dunia bukanlah dengan mengharamkan yang halal, bukan pula dengan mensia-siakannya, melainkan engkau lebih percaya kepada apa pun yang ada di tangan Allah daripada apa pun yang ada di tanganmu dan jika ditimpa musibah, engkau lebih mengharap pahala musibah itu daripada berada di dalamnya, meskipun musibah itu tetap menimpamu.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim yang ditinggal mati tiga anaknya yang belum sampai dosa, pasti Allah akan memasukkannya dengan keutamaan kasih-Nya kepada mereka,” sedangkan Imam Ahmad dan an-Nasa’i meriwayatkan bahawa, “Dua orang tua Muslim yang ditinggal mati anak mereka yang belum sampai dosa, pasti Allah mengampuni mereka berdua.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Seorang Muslim yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, tentu akan dicatat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain, “…Tentu Allah akan mengangkat dirinya satu darjat atau dihilangkan daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain pula “… Tentu baginya akan dicatat satu kebaikan atau dihapus daripadanya satu kesalahan.”
Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis-hadis ini terkandung khabar yang sangat menggembirakan kaum Muslim kerana tidak seorang pun di antara mereka yang tidak pernah mengalami musibah. Musibah itu, baik penyakit, wabak, bencana dunia dan lain-lainnya akan menjadi penebus kesalahan. Dia juga akan diangkat darjatnya serta ditambah kebaikannya.” Pendapat inilah yang sahih menurut majority ulama.
Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat bahawa musibah hanya menjadi kifarat (penebus) kesalahan. Hal itu, diperkuat dengan kenyataan Aisyah r.a, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang deritanya lebih daripada Rasulullah s.a.w.” Lalu, sabda Rasulullah s.a.w, “ Manusia yang paling berat bencananya adalah para nabi, kemudian orang-orang yang soleh dan yang seperti mereka kemudian yang seperti mereka.”
Segolongan ulama mengatakan, “Hikmah di sebalik ketetapan ini adalah bahawa para nabi dikhususkan dengan kesempurnaan sabar dan benarnya harapan dan para nabi itu maksum (terpelihara) daripada kesalahan sehingga musibah yang dialaminya....
SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH KELUARAN TERBARU DIPASARAN!
Copy and paste
4/12/2020 : 18 Rabiulakhir 1442H: 6.47 pm
No comments:
Post a Comment