Thursday, 17 December 2020

"BUANG" - SAINTIS MELAYU YANG HILANG


Oleh : Sudirjan Ahmad Kunjoo
Dari FB Malaysiaku Dulu Dulu Official

Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace.
Dalam kehidupan ini, antara perkara cukup berharga adalah sejarah dan warisan bangsa. Sebabnya, selain dari memegang khazanah budaya, ia juga akan membuka mata kita dalam memahami dan mengenali insan-insan yang telah menaburkan jasa kepada masyarakat mahupun dunia.
Pada 1859, sebuah buku bertajuk On the Origin of Species menggemparkan dunia sains. Buku itu ditulis Charles Darwin. Pada 2009, saya ke University of Cambridge bersempena 200 tahun teori evolusi itu dikemukakan.
Ada pameran buku dan hal-hal berkaitan Darwin di perpustakaan universiti itu. Ada seminar dan ceramah mengenai susuk saintis terbabit juga. Saya tinggalkan universiti itu dengan beberapa persoalan yang berlegar dalam fikiran.
Teori evolusi yang dikemukakan Darwin sebenarnya bermula dari alam Melayu melalui usaha pengumpulan spesies tumbuhan dan binatang oleh Alfred Russel Wallace.
Wallace mengembara di alam Melayu dari 1855 hingga 1862. Sepanjang pengembaraan dan penyelidikan berkenaan dia dibantu ramai orang tempatan. Hasil kajian Wallace dihantar ke Charles Darwin di England.
Antara pembantu Wallace yang sering disebut dalam bukunya The Malay Archipelago dan My Life adalah Ali atau nama sebenarnya Buang Muhammad Ali yang berasal dari Sarawak.
Menjadi kelaziman orang Inggeris memanggil nama keluarga sebagai nama seseorang. Buang membahasakan dirinya sebagai Ali Wallace terutama dalam kalangan orang Barat bagi memudahkan hubungannya dengan mereka.
Seorang lagi pembantu Wallace ialah Baderoon. Dia juga berbangsa Melayu, cuma remaja berkenaan berasal dari Makasar.
Wallace juga mempunyai pembantu berbangsa Inggeris bernama Allen. Daripada sekelian ramai pembantu itu Ali dianggap sebagai orang kepercayaan Walace dan memiliki kehebatan ilmu tentang alam dan masyarakat.
Orang kepercayaan Brooke
Sayangnya, Buang seperti terbuang dari lipatan sejarah sains evolusi yang telah meledakkan revolusi intelektual Barat. Sebuah artikel yang bertajuk I Am Ali Walace The Malay Assistant of Alfred Russel Wallace tulisan John Van Wyhe dan Gerrel M Drawhorn dalam JMBRAS Vol 88 Part 1 (2015) menyebut tentang remaja Melayu Islam bernama Buang sebagai pembantu saintis Inggeris itu.
Buang bertugas dengan Wallace ketika dia baru berusia 15 tahun dan tinggal di Kampung Jaie di Santubong, pinggir Sungai Sarawak.
Buang mula bertugas dengan Walace pada 1855 namun tidak menyertai semua ekspedisi Wallace di Nusantara. Pada 1869, Buang berkahwin dengan gadis Melayu Ternate dan terus menetap di Ternate sambil meneruskan kajian sainsnya.
Dia membina makmal dan membuat banyak eksperimen dan catatan sains di situ.
Charles Darwin
Seorang jurnalis Perancis Dr Isabella Desjeux pada 2015 membuat dokumentari tentang saintis hebat itu. Penemuan kehebatan Buang bermula apabila sebuah kotak besi yang tertanam dalam tapak pembinaan sekolah di Ternate dikesan.
Kotak tersebut mengandungi buku-buku catatan Buang yang mengandungi kajian sains. Catatan-catatan itu disimpan dan dikaji oleh Dr Ola Madunagu dari University of Abuja, Nigeria.
Buang - atau Ali Wallace - hidup membesar bersama dengan abangnya, Panglima Putad yang mahir dalam perubatan tradisional hasil ilmu yang diwarisi daripada bapa mereka.
Alfred Russel Wallace
Seorang lagi abang Buang ialah Panglima Seman. Dia merupakan orang kuat dan kepercayaan James Brooke. Keadaan itu memudahkan Buang bergaul dengan masyarakat Barat di Sarawak.
Pertemuan Wallace dengan Buang itu hasil hubungan baiknya dengan Brooke itulah.
Buang mengikut ekspedisi Wallace di Singapura, Bali, Ternate, Surabaya, Betawi, Makasar, Lombok, Aru, Bangka dan Palembang. Dia menetap di Ternate dan kemudian dipercayai meninggal dunia di situ juga.
Mengikut tulisan Charles Brooke dalam bukunya Ten Years in Sarawak, dia menganggap kebanyakan orang Melayu sebagai "teruk" kecuali Panglima Seman dan Panglima Putad iaitu abang Buang.
Panglima Seman dianugerahkan tanah oleh James Brooke sehingga menyebabkan ada pembesar Melayu lain berasa dengki. Akibatnya, Panglima Seman dituduh cuba membuat penentangan terhadap keluarga Brooke secara senyap-senyap.
Khabar angin itu sedikit sebanyak mempengaruhi keluarga Brooke dan hubungan antara mereka semakin renggang. Tambahan pula, Panglima Seman mempunyai bengkel besi yang memungkinkan menjadi tempat membuat senjata api yang boleh mengancam kuasa keluarga Brooke.
Akhirnya, Panglima Seman menghilangkan diri pergi ke Sambas untuk mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
Ketika itu, keluarga Brooke semakin mencengkam kuasa dan menjarah khazanah pribumi di Sarawak. Sumbangan Buang si anak Sarawak itu tenggelam dalam lipatan sejarah.
Hampir serupa nasib yang menimpa bekas majikannya, Wallace, yang tenggelam dengan bayang kuasa teori evolusi Charles Darwin.

Reference:
1. Isabelle Desjeux - Buang, The Lost Malay Scientist

Copy and paste: 17/12/2020 : 2 Jamadilawal 1442H: 2.48 pm

No comments: