Oleh : Tengku Daeng Mawelle
Dari FB ALAM MELAYU MERINDU
Orang Melayu zaman dahulu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai keilmuan yang cukup tinggi dalam pelbagai bidang. Jika disebutkan semuanya teramatlah banyak. Ini bukan dongeng ataupun rekaan semata ianya dibuktikan dengan pelbagai ilmu yang dimiliki dan dicatitkan di dalam pelbagai jenis Manuskrip /kitab samada dalam tulisan asli Melayu rencong atau jawi. Malah kepelbagaian ilmu yang dimiliki oleh bangsa Melayu ini mencangkupi semua aspek kehidupan. Sebab itulah penjajah dahulu bila menjajah Tanah Melayu dibawanya pulang semua manuskrip tok nenek moyang kita ke negara mereka.
Diantara kepandaian orang melayu dahulu adalah memburu , memelihara , menjinakkan , merawat , mengawal dan mengarah GAJAH. Sejak ratusan tahun lampau khidmat orang melayu untuk menjinakkan gajah telah digunakan oleh beberapa kerajaan luar , Diantaranya adalah kerajaan di china.
Menurut E.H. Schafer (1957) terdapat catatan bahawa pada tahun 554, juak-juak Melayu telah ditugaskan Kerajaan Maharaja Fei dari Wei Barat (Cina) untuk mengembala dua ekor gajah perang dari Lingnan (kini Cina Selatan & Vietnam). Gajah-gajah tersebut dikatakan dilengkapi rengga kayu dan pedang gading. Menurut rekod Cina, kerajaan Melayu Langkasuka mempunyai hubungan diplomatik dan telah menghantar ufti ke Cina pada tahun 502-507, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568. Taftitah ufti yang diutus termasuk gajah bersama-sama pengembalanya sekali.
Dalam rekod Maharaja Ming (Ming Shi-lu) pula, beberapa ekor gajah telah dibawa rombongan yang diketuai Laksamana Melaka dan telah dihadiahkan kepada Maharaja Ming pada 27.8.1481.
Ini membuktikan orang Melayu pada zaman dahulu sudah mencapai keilmuan di tahap tertinggi di dalam pelbagai bidang.Ini dibuktikan dengan pelbagai ilmu yang dimiliki dan dicatitkan tinggalan ilmu di dalam pelbagai jenis kitab terutamanya bertulisan jawi. Sejak dari ratusan tahun lampau malah sebelum zaman kerajaan Funan, Champa dan Kerajaan Melayu Melaka memang sinonim dengan gajah. Bagi orang Melayu zaman dahulu ianya bukan sekadar menjadi simbol kekuatan tetapi penggunaan gajah digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti peperangan, pembalakkan, hiburan, pengangkutan, perdagagangan , Majlis , Adat , pernikahan, Perutusan dan keselamatan.
Malah kepelbagaian ilmu yang dimiliki oleh bangsa Melayu ini mencangkupi semua aspek kehidupan seharian.Malah dalam ilmu pemeliharaan binatang liar juga turut dibukukan, supaya memudahkan rujukan pada masa hadapan.dan orang yang mahir pandai dengan ilmu di kenali sebagai pawang.
Ilmu pawang biasanya di perturunkan secara turun menurun iaitu di warisi daripada bapa ke pada anak atau daripada datuk kepada cucu.Ada pawang Gajah, pawang buaya, pawang ular dan pelbagai lagi.Kesemua cabang ilmu di kuasai oleh orang Melayu kerana faktor persekitaran dan dekat nya alam semulajadi dengan alam Melayu.
Berbalik kepada topik iaitu Kitab Gajah (Mantera Gajah), iaitu kitab ilmu pemeliharaan Gajah oleh Orang Melayu telah lama wujud.Ini berdasarkan kewujudan manuskrip lama berjudul 'Mantera Gajah' orang Melayu telah membuktikan tersangat mahir dengan cara-cara menunduk dan menjinakkan gajah secara turun temurun. Kitab manuskrip ini juga mengandungi cara-cara menjaga dan mengubati gajah yang sakit.
Bagi menjinakkan atau melatih gajah liar adalah bukan suatu pekara yang mudah. Perlatihan atau menjinakkan gajah liar ini perlu dikendalikan oleh orang yang mahir tentang gajah.
Bukan perkara yang mudah untuk mengendalikan gajah, yang terkenal sebagai haiwan yang memiliki kekuatan untuk menumbangkan pokok besar. Maka, para sultan yang memiliki gajah akan memiliki juga seorang penjinak/penjaga atau pawang gajah. Takrif pawang gajah menurut penulis adalah individu yang berkebolehan mengubati sakit-sakit gajah
Di dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada menceritakan tentang Seri Wak Raja, Tun Umar dan Maharaja Dewa Sura yang pandai menjinakkan gajah, dan terkenal dengan ilmu berkenaan gajah.
Haiwan gajah bagi orang Melayu zaman dahulu adalah simbol kemegahan dan kemewahan.Gajah, selain daripada haiwan tunggangan, gajah juga di gunakan di dalam majlis istiadat raja-raja Melayu.Malah gajah satu ketika dahulu merupakan binatang peliharaan yang wajib bagi raja-raja Melayu zaman dahulu.Gajah peliharaan ini akan di beri nama timangan seperti dalam di dalam kitab sejarah Melayu iaitu gajah sultan Muzaffar Shah di beri nama 'Juru Demang' dalam Hikayat Seri kelantan gajah milik Long Muhammad di beri nama timangan 'Titian Balai'.
Memiliki gajah serta memberi nama ‘timang-timangan’ kepada gajah adalah satu kemestian bagi para sultan dan pemerintah. Misalnya Sultan Idris Shah II (1963-1984) yang memiliki gajah dan diberi nama ‘Mek Cik’ dan ‘Awang Majlis’. Dengan ini boleh ditakrifkan para pemerintah, terutama raja-raja memiliki hubungan yang akrab dengan gajah.
Di dalam kitab Sulatus as-sulatin pula Misalnya seperti yang disuratkan dalam sejarah Melayu tentang peristiwa Maharaja Dewa Sura (Pemerintah Pahang) yang sangat mahir dengan ilmu gajah, kemudian beliau telah diserang dan ditawan oieh Sultan Mansur Shah Melaka akhirnya dipenjara.
Dalam satu episod lain di Melaka terdapat seorang hulubalang yang sangat arif dan banyak pengetahuan tentang ilmu gajah hingga digelar Panglima Gajah iaitau Seri Rama, Walau bagaimanapun, ketika gajah Sultan Mansur Shah yang bernama 'kacanci' melarikan diri lalu terperangkap dalam semak berduri Seri Rama gagal mengeluarkan "Kancanci" tersebut.
Oleh itu khidmat Maharaja Dewa Sura diperlukan menyelesaikan perkara ini,lalu beliau di arahkan di lepaskan dari penjara Masalah ini berjaya di sempurnakan Maharaja Dewa Sura kerana kemampuan dan kehandalannya dalam menguasai ilmu menawan gajah. Sebagai balasannya beliau dibebaskan dan perjara, di beri persalinan, dan diminta oleh Sultan Mansur Shah untuk beliau menurunkan ilmu menawan gajah kepada setiap hulubalang di Malaka.
Gajah perang khususnya dilatih agar tidak mudah gentar dengan bunyi bising hiruk-pikuk semasa peperangan, kerana gajah perang yang berada di luar kawal amat merbahaya kepada pihak lawan atau pasukan sendiri. Perkara yang tidak diingini ini pernah terjadi semasa Portugis menyerang Melaka pada 1511 di mana gajah Sultan Mahmud tidak dapat dikawal apabila ditikam tombak panjang infantri Portugis. Gajah Sultan Mahmud telah pusing kebelakang dan melanggar gajah-gajah lain di mana Sultan Mahmud telah terjatuh dari rengga gajah tersebut. Apabila gajah Sultan tidak dapat dikawal, gajah-gajah perang lain juga turut panik melanggar dan mendatangkan huru hara kepada pasukan pertahanan Kesultanan Melaka.
Orang Melayu zaman dahulu telah mencipta sebuah kitab lengkap ilmu pemeliharaan gajah ini. Malah kitab ini tidak hanya menumpukan pada ilmu penjagaan gajah sahaja tetapi seluruh aspek berkaitan gajah peliharaan ini. Hal termasuk rawatan penyakit, petua, azimat dan mantera berkaitan gajah peliharaan ini.
Kitab Gajah ini dikatakan berasal dari Hulu Perak. Menggunakan tulisan jawi sebagai bahasa pengantar nya. Kitab ini dahulunya dimiliki oleh Dato Seri Andika Raja atau dikenali sebagai Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja.Isi kandungan manuskrip mantra Gajah mengandungi 80 lebih mantra dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu;
1. Jampi serapah yang digunakan untuk melembutkan hati gajah serta menjinakkan gajah liar.
2. Pelbagai perkongsian dan jenis-jenis perubatan herba yang digunakan oleh pawang gajah untuk mengubati sakit-sakit gajah.
3. Petua-petua untuk memelihara gajah supaya sentiasa sihat, berani, gemuk serta memiliki gading yang cantik.
4. Ilmu serta petua untuk menghalau hantu jembalang rimba di dalam hutan (semasa proses untuk menangkap gajah). Meskipun gajah dianggap sebagai haiwan hidup di hutan yang kebal dan gagah, namun tetap juga tidak terlepas daripada gangguan penyakit seperti cirit-birit, gila, sakit kulit dan sakit mata, batu karang dan sebagainya.
Setiap penyakit yang dialami oleh gajah ini ada penawarnya, melalui akar kayu atau daun-daun ubat yang tertentu yang akan diberikan kepada gajah secara terus atau dicampur sekali bahan makanan mereka. Kemahiran perubatan tradisional untuk menyembuhkan gajah ini sangat diperlukan supaya gajah dapat diubati dan sembuh seperti sediakala.
Antara cara untuk mengubati beberapa jenis penyakit gajah ada disuratkan dalam naskah Mantra gajah seperti berikut;
1.Bab ini ubat gajah sakit perut cirit; Ambil kulit pauh dan buah asam jawa, dan kulit kebantong, dan kulitjambu air, dan kulit sena dan langkinang atau kulitnya, sekalian itu ditumbuk lumat-lumat beri makan gajah itu serta dengan garam Siam, afiat
2. Bab ini ubat gajah mata berair; Maka ambil buah muting bakar hangus-hangus, maka asah dengan air limau nipis, maka bubuh pada mata gajah itu.
4. Bab ini ubat gajahh bengkak kakinyo atou tubuhnya Ambil halia dan kunyit dan limping dan kunyit terus. Maka gilinglumat-lumat bubuh garam Siam, maka hangatkan pada api,champurkan pada gajah itu barang tiga petang, afiat
5. Bab ini ubat gajah hendak gemuk:Ambil patawali dan akar terung perat, dan akar terong pipit, danakar terong asam, dan akar mentajam, cincang lumat-lumat serta garam Siam, rendam kepada bekas, maka beri minum gajah itu.
6. Petua mengenal Gajah bertuah; Jika gajah itu gadingnya angkat sebelah kanan, gajah itu matanyaputih, gajah itu bertuah.
Untuk melatih Gajah Pula, tidak dapat dinafikan orang Melayu di zaman dahulu kala pandai memberi arahan lisan yang boleh difahami gajah. Ini dapat dibuktikan melalui kajian J. I. Miller (1927), di mana beliau mendapati beberapa perkataan asas yang dipertutur orang-orang Melayu dan difahami gajah-gajah di Kuala Kangsar dan sekitar Hulu Perak.
Bahasa ini adalah arahan lisan universal yang digunakan oleh pengembala gajah dalam memberi arahan kepada gajah tunggangan mereka. Bahasa gajah ini dikatakan berasal dari perkataan-perkataan yang dipraktikkan pengembala gajah dari Patani. Ianya juga diguna pakai turun temurun oleh pengembala gajah lain di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan kawasan jajahan Langkasuka suatu ketika dahulu.
Malah kehebatan orang Melayu dalam ilmu pemeliharaan gajah ini pernah dinyatakan dalam journal of the Strait Branch of the Royal Society bilangan 45, 1906 oleh Sir William George Maxwell yang merupakan Residen Perak ke 13 iaitu dari 1918 hingga 1920.
Apabila memerihalkan berkaitan ilmu gajah, tidak harus dilupakan tulisan Andaya dalam bukunya Perak, The Abode of Grace yang menghuraikan beberapa keterangan melibatkan ilmu memelihara gajah ini.
Beliau telah mengkelaskan satu bahagian khas berkaitan gajah iaitu “The Art of Elephant Hunting”. Melalui apa yang diperincikan oleh beliau dalam tulisannya ilmu gajah yang diamalkan oleh orang Melayu adalah merupakan satu kepandaian yang diistilahkan sebagai “the science of elephants”. Istilah kepandaian ini merujuk kepada beberapa hal lain yang berkaitan seperti memelihara dan memburu gajah di hutan.
Sir Frank Swettenham di dalam bukunya “The Real Malay” menyentuh mengenai orang Melayu di negeri Perak dan menyatakan bahawa orang-orang Melayu pandai menjinak dan membela gajah. Berdasarkan kewujudan manuskrip lama berjudul 'Mantera Gajah' pula, orang Melayu juga dibuktikan telah mahir dengan cara-cara menunduk dan menjinakkan gajah secara turun temurun.
Menurut Andaya lagi, amalan memburu gajah ini merupakan satu seni yang hanya dimiliki oleh golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya Sultan Iskandar Thani dikatakan seorang yang sangat handal dalam urusan pemburuan gajah. ilmu gajah turut memperlihatkan tahap keinteletualan orang Melayu itu sendiri.
Kemampuan orang Melayu menguasai ilmu gajah sehingga membolehkan gajah di jadikan haiwan pengangkutan elit oleh raja dan golongan bangsawan Melayu pada zaman silam.Ilmu, petua, mantra perubatan Dan ilmu mengenal gajah adalah bukti kehebatan Bangsa Melayu yang patut di banggakan generasi kini.
"Orang Melayu Dulu Bukan Calang-calang." Mengikut pemerhatian saya Antara Negeri yang terkenal dengan gajah adalah Kedah , Kelantan , Pahang dan Perak.
Kebanyakan orang melayu hari ini ramai yang membanggakan dan mengagumi bangsa luar , Sedangkan tok nenek moyang melayu lebih kehadapan dalam kepelbagaian aspek seperti perubatan , pembinaan , pertukangan , haiwan , perang , besi , dan masih banyak lagi bidang. Cuma mereka saja yang tidak mengenal dan mengkaji kehebatan orang melayu terdahulu. Cuba bayangkan jika kitab-kitab dan manuskrip melayu dahulu yang dirampas oleh penjajah dikumpulkan kesemuanya dan diberikan balik kepada kita , Maka tergamam lah mulut kalian melihat kepandaian dan ilmu-ilmu orang melayu terdahulu. Di belanda saja ada lebih kurang 30 ribu manuskrip yang dirampas dari Nusantara.
Alhamdulillah , Ada sebahagian ilmu orang-orang melayu terdahulu masih diteruskan dan disimpan oleh segelintir orang melayu yang mempunyai JATIDIRI sebagai anak melayu , Dalam masa puluhan tahun lagi nescaya ilmu itu akan hilang kerana anak-anak muda hari ini tiadalah minatnya untuk menuntut , mencari , menyimpan dan mengamalkannya. Bagaimana tidak ! Dengar saja petua , mantra , dan sebagainya yang berkaitan MELAYU dikatakan SYIRIK DAN KHURAFAT ! Malah amalan membakar kemenyan itu saja dikatogerikan sebagai KHURAFAT.. Apakan dayaku hanya mampu melihat , membaca dan mendengar segala tomahan karut marut dan fitnah yang dilemparkan kepada tok nenek moyang ku terdahulu , Maka lama kelamaan hilanglah segala Ilmu Warisan Bangsaku yang dikagumi oleh bangsa-bangsa luar.
Copy and paste:
25 Disember 2020 : 10 Jamadilawal 1442H: 8.06 am
No comments:
Post a Comment