Sumber: Lovers of the World Military & Defense
Kita biasa dengar nama Dracula ni kan?
Ada kaitan dengan 'vampire' hisap darah, kira hantulah. Siang tidur dalam keranda, malam2 jadi kelawar kemudian menjelma jadi orang bersiung, lepas tu cari mangsa hisap darah. Kalau dalam filem, asyik2 hisap darah perempuan muda cantik2 sahaja.
Kisah Count Dracula di dalam filem ialah, Dracula adalah seorang raja di sebuah negara di eropah timur, kemudian empayar Turki Uthmaniyah mengembangkan kekuasaannya sehingga ke negara Wallachia di Transylvania (Romania). Dracula cuba melawan Turki tetapi kalah, kemudian isterinya mati akibat terlalu takut kedatangan tentera Turki lalu membunuh diri.
Dracula terlalu kecewa dengan tuhannya dan dia pun membuat perjanjian dengan syaitan. Itu yang ada kuasa tu tak mati2 sampai abad ke 18. Kelangsungan hidup Dracula ialah darah manusia. Bila malam dia akan keluar mencari mangsa. Begitulah kisahnya di dalam filem.
Cerita itu diambil dari novel Bram Stoker (seorang Irish) pada 1897. Memang hit novel tu sehinggalah sekarang ni. Bram Stoker ambil dari populariti watak sebenarnya dari Rumania iaitu Vlad Dracula. Kisah sebenarnya begini, Vlad Dracula ni adalah raja di wilayah Wallachia yang sekarang ni sebahagian Rumania di eropah timur.
Vlad Dracula adalah seorang raja yang sungguh zalim, bukan sahaja dengan musuh, malah dengan rakyatnya sendiri pun. Buat ikut sesuka hati dia sahaja. Zamannya ialah ketika abad yang ke 14. Ketika ini, zaman Al-Fateh sedang meluaskan empayar Uthmaniyah Turki ke wilayah balkan.
Ada teks Jerman mengatakan bahawa Vlad telah membunuh sekurang2nya 40 ribu rakyatnya sendiri atas pelbagai kesalahan. Pernah merebus hidup2 budak2, memotong buah dada wanita2 dan menyuruh suami masing2 memakan kesemuanya.
Dan akhirnya kesemuanya akan disula dan dipacak di tengah2 padang. Pada 1462, Al-Fateh sendiri tidak sanggup melihat 20 ribu mayat2 tentera Uthmaniyah yang disula di luar ibukota Vlad iaitu Targosviste ketika serangan pertama Uthmaniyah yang gagal. Perkara ini cukup menghantui Al-Fateh sehingga Al-Fateh kembali ke Istanbul.
Sampaikan para sejarawan menggelarkan Dracula ni sebagai "Vlad The Impaler". Akhirnya pada 1476, Vlad Dracula tewas dan terbunuh berdekatan Bucharest. Kepalanya telah dipenggal dan dibawa ke Konstantinople (Istanbul) oleh tentera2 Uthmaniyyah sebagai trofi kemenangan ke atas raja yang zalim ini.
Ohh, Vlad Dracula ni ada adik sorang, Radu namanya. Radu ni berbeza dengan Vlad. Radu memeluk Islam dan berkhidmat dengan empayar Uthmaniyah. Dengar cerita, Radu mengetuai 4 ribu tentera berkuda Janissary membantu menawan Kontantinopel pada 1453.
Gambar - Vlad Dracula dengan latar belakang tawanan yang disula. Disebabkan ini lalu para sejarawan menggelarnya "Vlad the Impaler", dalam bahasa pasarnya bunyi camgini, "Vlad Kaki Sula" ler...
Sumber Kredit
Borak2 Santai Sejarah Dunia
Copy and paste:
8/1/2025: 9.30 a.m
No comments:
Post a Comment