Posted on FB by:
Sarah Zakariya > Kisah Sejarah Melayu
28 Disember 2024
Buku Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Kepulihannya mengandungi 2 artikel yang ditulis oleh Za’ba yang telah disiarkan di dalam akhbar The Malay Mail di dalam tahun 1923.
Soalan pertama yang timbul di kepala saya ialah kepada siapa Za’ba menulis? Artikelnya ditulis di dalam bahasa Inggeris (tanpa perlu diedit) dan diterbitkan di dalam akhbar berbahasa Inggeris pula sedangkan ianya berkenaan kemiskinan orang Melayu.
Malah di dalam artikel itu sendiri, Za’ba merumuskan di antara kemiskinan orang Melayu ialah perangai malas yang amat ketara termasuk untuk belajar. Jadi, adakah kaum yang dikatakan miskin di dalam segala aspek di ketika itu berkemungkinan membeli dan membaca akhbar The Malay Mail?
Di bahagian akhir artikel berkenaan kemiskinan orang Melayu, Za’ba membawa satu cerita berkenaan di dalam satu Majlis Negeri (tidak disebutkan negeri mana). Ada cadangan supaya anak-anak Melayu dihantar ke luar negara untuk belajar. Orang putih yang menjadi pengerusi bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Namun, ada pula sekumpulan ahli majlis dari golongan “kayangan” yang membantahnya dengan alasan itu hanya akan membazirkan wang kerana pelajar yang dihantar itu hanya akan pergi bersuka-suka dan sekiranya mereka pulang dengan pendidikan pun, mereka akan memandang rendah bangsa mereka sendiri dan melanggar “pantang larang” berkenaan menghormati golongan kayangan yang ada.
Menurut Za’ba, sebenarnya apa yang ditakuti oleh golongan kayangan itu sama dengan perangai berkenaan anak-anak mereka sendiri yang diberikan keistimewaan dan apabila pulang, berperangai sama seperti yang disebut di atas.
Oleh itu, ada kemungkinan artikel berkenaan kemiskinan orang Melayu ini ditujukan kepada golongan yang dipinjamkan sedikit kuasa oleh orang putih supaya membantu mereka memerintah Malaya di ketika itu. Mungkin golongan inilah yang mahu orang Melayu miskin serba serbi kerana hanya dengan keadaan itu golongan kayangan ini dibesar-besarkan seperti lazimnya.
Artikel ini juga membicarakan berkenaan perangai mementingkan diri sendiri orang-orang Melayu. Apa yang menarik perhatian saya ialah apa yang dicotohkan oleh Za’ba, “So long as they themselves can sit, eat, and sleep in comfort, and roll about in Rolls-Royces, why should they trouble about others?”
Siapalah yang mampu memiliki Rolls-Royce di dalam tahun 1923?
Nik Hasyudeen
Copy and paste:
3/1/2025: 6.25 p.m
No comments:
Post a Comment