Saturday, 11 January 2025

2014-2016 : KEMBARA MASJID & SURAU

KARNIVAL MAHABBAH IKIM 
MASJID USAMAH BIN ZAID
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
31 DISEMBER 2013 - 1 JANUARI 2014
Bersempena menyambut tahun baru Masehi 2014, saya bersama isteri telah menghadiri Karnival Mahabbah IKIM anjuran IKIMfm (Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju,Kuala Lumpur, karnival yang diuruskan oleh Rabbani Productions (M) Sdn Bhd menyajikan para pengunjung dengan pelbagai seleksi menarik antaranya Siaran Lansung Maulid @ IKIMfm, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Forum Bicara Ad-Deen, Pertandingan Futsal Persahabatan dan banyak lagi. 



Nama Masjid Usamah bin Zaid diambil bersempena nama Sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Usamah bin Zaid yang merupakan anak kepada Zaid Bin Harithah. Dibina pada 12 March 2004 , namun masjid ini hanya mula beroperasi pada 16 Oktober 2008 setelah melalui pelbagai rintangan. Masjid ini dirasmikan pada 16 Julai 2010 DYMM SPB YDP Agong. 



Antara selebriti yang hadir ialah UNIC, Rabbani, Ustaz Mohammad Abdullah, Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dan beberapa personaliti IKIMfm seperti DJ Faiz, DJ Syafiq dan DJ Norhayati Paradi. 






FOTO KENANGAN BERSAMA ASATIZAH

Tidak ada biodata mengenai Ustazah ini yang saya temui, cuma beliau adalah seorang pendakwah yang banyak banyak dijemput memberi ceramah di Masjid dan Surau. 



Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus, seorang pendakwah di Malaysia, pernah menjadi mentor kepada rancangan Imam Muda terbita Astro Oasis.


Ustazah Fatimah Syarha bt Hj. Mohd Noordin ialah seorang novelis yang berdakwah melalui penulisannya. Berkelulusan Ijazah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan dari UIAM, Ijazah Bacaan Al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria dan Master dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari UIAM. 



Ustazah Dr. Norhafizah Musa seorang pendakwah terkenal lulusan Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidan Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Sarjana di Universiti Malaya.

Arni Nazira Anuar adalah bekas penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996. Beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Rock Awie. 




Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang syariah dan Undang-undang, kini merupakan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (2016-sekarang).

Ustazah Dr. Harlina Siraj aktik dalam perundingan dan penulisan berkaitan pembangunan Sahsiah & profesionalisme, Kepimpinan & Kepengikutan dsb. Berkelulusan Doktor Kepakaran O&G dan berpengalaman lebih 30 tahun sebagai pendidik perubatan di Fakulti Perubatan UKM. 


Datin Kamariah Arshad atau lebih dikenali sebagai Maria Arshad merupakan seorang pelakon era 80-an seangkatan dengan Noorkumalasari, Rubiah Suparman & Raja Noor Baizura. 

Senator Ustazah Asmak Husin seorang pendakwah lulusan Sarjana Muda Fiqh daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 
Dilantik sebagai Senator mewakili negeri Kelantan bagi Sesi Julai 2018 - Julai 2021. 


SHEIKH NURUDDIN AL BANJARI
MASJID AL RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR 20 NOVEMBER 2014
Ceramah Agama disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. 






"BERJAYA TAPI TAK SOLAT"
MASJID AL-HIDAYAH
TAMAN MELAWATI
HULU KELANG, SELANGOR
26 DISEMBER 2014
Saya dan isteri berpeluang hadir ke Forum Agama "Berjaya tapi Tak Solat" anjuran TV3 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor pada 26 Disember 2014. 
Ustaz Jemputan adalah Ustaz Elyas Ismail (Perantara), Uztaz Tarmizi Abd Rahman (Indikator) dan Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek (Bintang Ilmuan). 

Bila sebut seseorang yang berjaya dalam hidup tetapi tidak pernah solat, itu adalah Istidraj. Apa itu Istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yg terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dlm kehidupannya, walaupun dia bukan hamba Allah yg taat, malah seorang pembuat maksiat tegar. Allah terus memberi rezeki yang melimpah ruah berupa kekayaan, agar dia menjadi semakin jauh dari Allah, rezeki kekayaan yang Allah beri itu sebenarnya adalah dugaan dari Allah juga... Contoh yang paling senang kita fahami ialah kisah Qarun yang disebut didalam Al Quran.




Terletak di pinggir bandar Taman Melawati, Masjid Al Hidayah Taman Melawati dibina di atas tanah seluas 4.5 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Melawati 5 dan Jalan Melawati 6, Taman Melawati, Hulu Kelang, Gombak, Selangor.  Berhampiran dengan masjid ini terdapat Zoo Negara Malaysia, Kompleks Finas dan kira-kira 500 meter dari Jalan Lingkaran Tengah 2. Masjid ini telah dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Sultan Selangor semasa Sambutan Hari Keputeraan ke-67 Baginda Sultan pada 7 Disember 2012. 



Bersama Ustaz Mohd Erfino Johari, seorang Pengarah/Kaunselor di Pejabat Education Malaysia di Wellington, New Zealand. Beliau adalah graduan dari University of Jordan dan pernah bertugas sebagai Atase Agama di Malaysian Student Department di London. 


Bersama Ustaz Tarmizi Abd Rahman, seorang pendakwah bebas sepenuh masa dan menjalankan kerja-kerja dakwah di Malaysia. Berkelulusan dalam Bidang Usuluddin, Aqidah & Falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1985 - 1992). 

Bersama Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, seorang pendakwah bebas



Masjid As-Sobirin terletak di Lembah Keramat dalam daerah Gombak, Selangor. 

FORUM PERDANA ISYAK
MASJID AL RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
28 FEBRUARI 2015
Alhamdulillah dapat hadir majlis ilmu bersama isteri iaitu Forum Perdana Isyak di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor. Penceramah jemputan adalah Ustaz Elyas Ismail, Ustazah Asni Mansor dan Pelakon drama Noorkhiriah. Tajuk Forum adalah "Hijrah Hati Hijrah Hakiki". 
Hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrah hatinya daripada cinta selain Allah kepada cinta kepada-Nya. Hijrah hakiki penuh kesungguhan, tanpa diperbudakkan oleh nafsu, ikhlas daripada hati yang ingin meraih keredhaan Illahi, mulakan dengan menjadi hati. 



Ustaz Mohd Elyas Ismail, pendakwah terkenal lulusan dari UIAM dan Universiti Al-Azhar, Mesir.


Ustazah Asni Mansor al Hafizah, seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi dan sering muncul di kaca TV terutama Astro Oasis dan TV3. 


Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani adalah pendakwah, penceramah agama dan pengasas YayasanAn-Nabawi iaitu satu Badan menguruskan pendidikan, dakwah dan kebajikan sesama muslim tanpa sempadan. Lulusan undang-undang Syukbah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1995-1999). 

FORUM MEGA (WE LUV ISLAM)
MASJID AL-RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
9 MEI 2015
Saya dan isteri hadir di Forum ini pada 9 Mei 2015 di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor. 
Kami berkesempatan untuk mengambil foto kenangan dengan saudara-saudara Baru Muslim. 




HALAL CHINESE MUSLIM FOOD FESTIVAL
MASJID AS SOBIRIN
LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
15 MEI 2016
Alhamdulillah saya bersama isteri dengan Kakak kedua saya dan anak perempuannya (anak saudara saya) telah hadir di Festival Halal Food ini. Festival ini anjuran Masjid As-Sobirin bersama IDT, IslamiCare and Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).
Bukan Islam juga telah dijemput hadir untuk meraikan festival ini. Antara acara yang diadakan ialah Majlis Ilmu, Bicara Santai, Temubicara dengan saudara baru, Kiosk klinik dan kaunseling, Gerai-gerai makanan Cina Muslim Halal dan Sesi Kanak-kanak. 




BICARA PERKONGSIAN
MASJID AL RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
29 MEI 2016
Malam ini saya dan isteri hadir dalam Bicara Perkongsian di Masjid Al Ridhuan di Hulu Kelang, Selangor. Kami hayati perkongsian penghijrahan beberapa individu yang diberi hidayah dan taufiq oleh Allah s.w.t.



Abang Long Fadzil merupakan bekas gangster Singapura yang pernah ditetak dan ditikam dalam pergaduhan. Tahanan lokapnya yang pertama adalah pada umur 12 tahun dan mula bertattoo seawal umur belasan tahun.
Dalam majlis ini kami hayati kisah hitam dalam hidupnya sehingga akhirnya beliau mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. 

MASJID AL RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
22 OKTOBER 2016
Maaf, saya tidak ingat nama tajuk Majlis yang diadakan di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor pada 22 Oktober 2016, cuma yang saya ada ini berdasarkan foto-foto simpanan saya tertera tarikh tersebut serta nama masjid dimana Majlis itu dijalankan.


Saudara Lim Jooi Soon adalah seorang da'ie yang sangat berpengalaman dengan lebih 26 tahun pengalaman dalam menyebarkan dakwah Islam. Beliau adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IDT (Persatuan Dakwah dan Tarbiyah Interaktif), sebuah organisasi yang bertujuan menggunakan teknologi moden dan kaedah interaktif untuk menyebarkan dakwah Islam.
Saudara Lim Jooi Soon adalah murid kepada Sheikh Ahmad Deedat yang terkenal dan telah belajar banyak daripadanya tentang seni dakwah.



MINI KARNIVAL & MAJLIS ILMU
MASJID AL-RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
19-20 NOVEMBER 2016
Alhamdulillah saya dan isteri dapat hadir di Mini Karnival & Majlis Ilmu di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor pada 19 November 2016. 
Pelbagai acara menarik diantaranya Street Soccer, Acara Memanah (isteri saya turut serta), Pertandingan Qasidah, Pertandingan Mewarna, Ukhwah Race, Pertandingan Azan, Klinik Al Fatihah, Pemeriksaan Kesihatan dan Mata percuma, Ceramah Kesihatan berkenaan Jantung oleh Pakar Jantung IJN, Gerai dan Food Truck dll. 


Isteri saya nak mencuba acara memanah, mana tahu nanti boleh wakil Malaysia ke Sukan SEA atau Olimpik... 




Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,K.L
11/1/2025: 11.02 p.m





No comments: