Oleh Islah Wahyudi
Pernah tengok filem Avatar? Semua orang asal akan bergadai nyawa pertahankan tanah air mereka dari diceroboh, dari dijarah oleh manusia yang jahat.
Jawapannya adalah sebagai simbol pemilikan British. Simbol penjajahan British. George itu adalah Raja Inggeris tahun 1760-1801.
Perkara ini British lakukan di semua tempat yang mereka ceroboh. Ada berpuluh tempat di seluruh dunia yang dinamakan sebagai Georgetown pada era empayar British.
Tapi siapa orang asal Pulau Pinang? Adakah orang Pulau Pinang adalah orang putih ?
Jawapannya dah tentu tidak.
Orang asalnya adalah Melayu.
Kemudian dipendekkan cerita, pendatang dari Chinã dan Indiã mula membanjiri pulau ini.
Chinã dan Indiã adalah populasi terbesar dunia yang merangkumi 36% jumlah populasi dunia. Tahulah negara tersebut jaga identiti kebangsaan masing-masing.
Persoalan besarnya, kenapa selepas 66 tahun kita merdeka dari Inggeris, kita masih kekalkan nama Georgetown? Apakah kita tak ada raja kita sendiri ? Apakah patut kita julang identiti raja dari negara asing berbanding identiti kita sendiri ?
Bukankah sejak selepas merdeka, dah banyak nama kolonial Inggeris kita tukar kepada nama asal dan penjenamaan semula guna identiti kita ?
- North Borneo ditukar jadi Sabah
- Jesselton ditukar jadi Kota Kinabalu
- Province Wellesley ditukar ke Seberang Perai
- Port Swettenham ditukar jadi Pelabuhan Klang
- Telok Anson ditukar ke Teluk Intan
- Port Weld ditukar ke Kuala Sepetang
- dan sebagainya
Tapi kenapa nama seperti Georgetown, Butterworth dan Port Dickson masih belum ditukar ?
Jawapannya adalah kerana menteri, pegawai dan pihak bertanggungjawab itu tidak amanah dalam mentadbir kawasan masing-masing.
Bila rakyat didoktrin kononnya penjenamaan bahasa Inggeris itu lebih komersial , lebih bernilai dan segala macam alasan untuk membelakangkan bahasa, sejarah dan identiti kita yang sebenar, maka rakyat di kawasan tersebut akan jadi lembik.
Mereka akan tunduk kepada pemb0d0han sebegini, dan tak mendesak pihak berkuasa untuk kembalikan identiti mereka sendiri pada kampung mereka. Mereka jadi 'inferiority complex'.
Bila dah lembik, maka melalui tindakan politik mereka mula dinyahkan dari kampung asal mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang.
Kita semua sedia maklum, sudah ada kaduk naik junjung yang berani cakap Melayu itu pendãtãng di Tanah Melayu sedangkan dari sudut sejarah, perkara itu adalah salah.
Ada banyak rujukan dari Arkib Negara, Arkib British malah muzium di seluruh dunia yang merekodkan peristiwa British membawa mereka ini ke sini.
Malah, dalam perlembagaan Persekutuan yang mengabsahkan kewujudan negara ini sendiri, tak ada sepatah pun istilah Cinã Indiã Myanmãr Banglãdesh Népal dsb.
Tak percaya? Pergi buka perlembagaan dan tunjuk di perkara berapa ada tercatat istilah-istilah tersebut.
Ini semua bukan identiti kebangsaan Malaysia. Identiti kebangsaan Malaysia adalah berteraskan identiti orang asal negara ini iaitu Melayu, Orang Asli, Dayak Sabah dan Sarawak. Identiti Ini tercatat dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Tapi, rakyat yang telah dibodohkan melalui doktrin malu dengan bahasa dan identiti sendiri ( inferiority complex) tidak tahu semua ini.
Mahukah anak-anak watan keturunan asal di PD terima nasib yang sama seperti di Tanjung Penaga ( Georgetown )?
Sejarah mereka dipadam. Hak mereka dikuburkan. Mereka dikatakan pendãtang di kampung sendiri. Kampung mereka dibangunkan dengan identiti negara asing ? Kemajuan apa tu ? Kemerdekaan apa tu ?
Kenapa kita nak sangat merdeka dari Inggeris kalau itu sebenarnya yang kita kejar ? Bukankah Inggeris itu maju ? Jadi kenapa kita nak merdeka dari Inggeris?
Kaduk naik junjung tak boleh jawab ini semua.
Jiwa mereka masih melekat pada negara asal datuk nenek mereka, dan bukannya pada tanah ini.
Tak ada beza golongan kaduk naik junjung ini dengan apa yang dilakukan oleh British. Mereka hanya berselindung atas nama sejarah, atas nama perpaduan, atas nama keadilan untuk melakukan penindasan dan membelakangkan identiti Malaysia yang sebenar.
Mereka umpama ikan bandaraya yang rosakkan ekosistem tempatan.
Imigrasi tanpa asimilasi adalah suatu invasi.
Untuk pengetahuan, nama asal Port Dickson adalah Tanjung Kemuning seperti yang tertera di peta Inggeris tahun 1875.
Maklumat ini tidak dipaparkan di laman web rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson , tidak ada di Perpustakaan Awam Port Dickson , tidak ada di Jabatan Penerangan Port Dickson dsb.
Di Muzium Lukut ada terpampang peta tersebut, tapi langsung tidak ada penjelasan tentang nama Tanjung Kemuning.
Pendek kata, ramai orang asal PD sendiri tak tahu sejarah mereka.
Apa yang sebenarnya pihak berkuasa mahu sembunyikan?
Apakah mereka ini kalau jadi pihak berkuasa tempatan ( PBT ) di India, mereka enggan tukar nama Port Madras ke Chennai atau Madras tu sendiri ke Tamil Nadu?
Tuan boleh rujuk peta-peta yang tertera nama asal Tanjung Kemuning di Arkib Negara Malaysia .
Untuk memudahkan tuan puan, no rujukan peta tersebut adalah N.56/NX.12.
Tuan boleh rujuk di sini :
Sekiranya akronim PD itu sudah terlalu sinonim dengan tuan dan ini dijadikan alasan, boleh saja namakan PD sebagai Pantai Dermaga yang bermaksud pantai pelabuhan. Guna bahasa kebangsaan negara kita sendiri.
Berhentilah tertipu dengan alasan kaduk naik junjung yang pertahankan nama DICKson ini. Mereka sendiri malu namakan anak mereka guna nama tersebut.
Tanyakan pada mereka, taat setia mereka pada Raja dan negara mana ?
Tuan tahu betapa besarnya impak penjenamaan yang membelakangkan identiti kita macam nama Port Dickson ni ?
Negara Chinã gunakan alasan nama Laut China Selatan untuk tuntut wilayah kita di situ.
Jom tukar nama Port Dickson.
Port Dickson

Tanjung Kemuning

Pantai Dermaga

Keputusan tuan, akan mengubah nasib anak cucu tuan dan beri tempias kepada semua penjenamaan yang membelakangkan identiti dan bahasa kita di seluruh negara.
Serlahkan Diri Tuan Hamba Yang Sebenar.
+ Istilah kaduk naik junjung merujuk pada mereka yang tidak bersetia pada Raja dan negara ini. Bukannya keseluruhan kaum.
All reactions:
2020Copy and paste:
Copy and paste: 28/1/2025: 7.10 p.m
No comments:
Post a Comment