Posted on FB by Sarah Zakariya
27 Disember 2024
Semasa saya di zaman persekolahan iklan begini sesuatu yang lazim di surat khabar Utusan Malaysia dan majalah tempatan.
Kenapa diiklan dalam Utusan Malaysia?
Budaya barat cuba diterap ke dalam kehidupan orang melayu sehinggakan ‘togok’ arak seperti perkara lazim dan menjadi perlakuan harian para hartawan dan bangsawan.
Pernah menuntun cerita P Ramlee, Anak ku Sazali dan Nasib Do Re Mi?
Karakter Sazali dan Pak Maon disabitkan dengan arak.
Karakter pemabuk dan ‘having a good time’ minum arak dijadikan jalan cerita.
Maknanya masyarakat melayu seperti sudah menerima budaya minum arak pada zaman tersebut.
Saya masih ingat, kebanyakan rumah orang kaya ada ‘bar’ minuman keras kerana meniru (imitate) suasana rumah di barat seperti dalam movie dan TV.
Angkatan Tentera Malaysia pula terikut budaya British Army dengan sistem ‘mess’ di mana semua majlis dihidangkan arak.
Anggota tentera pula dapat diskaun besar bila arak dibeli di kedai NAAFI (sebelum PERNAMA).
Alhamdulillah tidak lagi sekarang.
Di ITM pada tahun 70’an, ramai pemuda Melayu mengambil jurusan Hotel & Catering dan F&B yang mana sebahagian kurikulum ialah belajar ‘bartending’ iaitu mencampur arak untuk menjadikan cocktail.
Bani Melayu diajar untuk menjadi seorang bartender dan pandai membuat cocktail Bloody Mary (vodka+jus tomato+spices), Mojito (rum+jus lime), Pina Colada (rum+jus nenas) dan lain-lain.
Pernah dengar cocktail kesukaan James Bond - Vodka Martini, shaken not stirred?
Apabila berada di UK, ia kejutan budaya pada saya kerana minuman arak menjadi cara hidup orang British. Mereka akan minum arak untuk semua 'occasion'.
Arak ni menjadi satu kelaziman di negara barat dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, tradisi dan budaya di Eropah.
Saya diajar pula oleh senior bagaimana menolak pelawaan minum arak dengan baik tanpa mereka berasa hati (ada diceritakan dalam buku saya).
Minum wain pula mesti disajikan bersama makanan lain ketika lunch atau dinner.
Apabila mula revolusi Iran tahun 1979 dan kemunculan Arqam, baru ramai Bani Melayu mendekati agama.
Walaupun revolusi Iran yang diketuai oleh Khomeini tidak mendapat sokongan kaum sunni ia telah meniup semangat bani Melayu untuk mendekatkan diri pada agama.
Pergerakan dakwah tahun 80'an telah membuatkan masyarakat faham tentang Islam dengan menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Walaupun begitu, minum arak masih menjadi kelaziman di negara Islam Central Asia dan Turkey sehingga ke hari ini.
Pada mereka minum arak seperti menegok air mineral water kerana legasi dari sistem kominis USSR yang merosakkan tiga generasi orang Islam.
Perasan tak selepas mengakhiri penerbangan hot air balloon di Capadocia Turkey, mereka akan sajikan champagne untuk meraikan pendaratan selamat?
Bukannya dengan bacaan doa syukur tetapi dihidang dengan minuman arak.
Ini yang saya alami sendiri di Capadocia sebelum era Covid.
Seorang rakan berbangsa Turki berkata kepada saya bahawa ibu bapa beliau minum arak di rumah adalah perkara biasa.
Mereka hanya berhenti minum arak selepas pulang dari mengerjakan ibadah Haji.
Seorang rakan Melayu pula merungut kepada saya berkenaan ibu-bapa beliau yang masih minum arak dan tidak bersolat di rumah.
Ibu bapa beliau adalah bekas Kirkby trained teachers yang masih terikut dengan budaya British.
Mereka tinggal di rumah emak angkat semasa di Kirkby UK, ‘embrace’ budaya sana dan membawanya pulang ke tanah air.
Budaya menyembur dan memancutkan champagne jenama MOET & Chandon jenis bergas masih lagi diamalkan oleh Kimi Raikkonnen dan Valentino Rossi pemenang perlumbaan F1 atau MotoGP atas podium semasa di litar Sepang Malaysia dahulu, dengan disorak oleh ramai peminat Melayu. Ingat tak lagi?
Alhamdulillah sekarang ini tradisi menyembur champagne telah ditukar kepada Waard, non alcoholic drink yang diperbuat dari rosewater dan pomegranates di podium F1 Bahrain dan Baku Azerbaijan untuk menghormati tradisi lokal.
Minum alkohol boleh mendatangkan banyak kesan kesihatan negatif, seperti:
• Kerosakan hati:
Alkohol boleh merosakkan hati, membawa kepada hati berlemak, keradangan, dan sirosis.
• Kanser:
Walaupun tahap pengambilan alkohol yang rendah boleh meningkatkan risiko kanser tertentu.
• Ketidakseimbangan hormon:
Alkohol boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, yang boleh menyebabkan masalah seperti ginekomastia, penurunan libido dan peningkatan pengumpulan lemak.
• Keganasan dan jenayah:
Alkohol dikaitkan dengan keganasan, jenayah, pengangguran, kos ekonomi dan kerosakan hubungan.
Klinik Mayo mengatakan bahawa meminum alkohol dalam jumlah apa pun membawa risiko kesihatan, dan risiko meningkat apabila jumlah yang anda minum meningkat.
Begitulah budaya arak yang masih berleluasa di zaman kita ini dan sebagai muslim kita masih terpalit dengan tempiasan dosa-dosanya.
أستغفر الله
Wallahua’lam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar
Copy and paste:
3/1/2025: 6.07 p.m
No comments:
Post a Comment