Friday, 17 January 2025

JASA ANAK MALAYSIA DI MEKKAH




(Dari FB Zul Maamor : 4 August 2019)

Kita lihat sekarang Mekkah Al Mukarramah telah berkembang pesat....
Namun ramai antara kita yang tidak tahu terdapat ramai anak Malaysia yang terlibat dalam Projek Pembangunan Pesat Kota Mekkah...
Antara mereka yang terlibat ialah:
1. Prof. Dr. Ismawi bin Zen
Pensyarah Jabatan Senibina Lanskap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengetuai barisan Panel Arkitek untuk Pembangunan semula Kota Mekah termasuk Masjidilharam.
Panel arkitek ini terdiri dari 16 Syarikat Antarabangsa dari 13 Negara termasuk Arab Saudi, Malaysia, Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India dan Afrika Selatan.
2. Wan Nazri Wan Aria
Jurutera Muda dari Malaysia yang mereka bentuk jam gergasi Abraj Al-Bait di Mekah pada 2012.
Beliau yang ketika itu bekerja dengan Syarikat SL Rasch Jerman telah bekerjasama dengan Syarikat Premium Composite Technologies Dubai dalam melaksanakan pemasangan jam gergasi ini.
3. Hairul Nizam Baharuddin
Jurutera rekabentuk dan senibina Syarikat Premier Composite Technologies LLC dilantik Pengurus tapak bina PCT mengetuai 17 warga Malaysia terlibat dalam perlaksanaan, pengurusan, pentadbiran, dan pemantauan Projek Pembangunan Kota Mekah.
4. Armiazul Ariffin dan Zulkefli Sulaiman.
Dikenali sebagai Spiderman Malaysia di Mekkah....
kerana mereka perlu mendaki Menara jam yang tertinggi di Mekkah menggunakan seutas tali untuk pemasangan komponen pada struktur jam tersebut. Mereka ini mempunyai lesen khas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa iaitu Industrial Rope Access Trade Association (IRATA) yang dikenali sebagai Industrial Climber.....
Syarikat Keretapi Mekkah Mekkah Metro atau dikenali dengan Al-Mashaaer Al-Muqaddassah Metro telah menggunakan khidmat 145 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk melancarkan operasi Keretapi Metro berkenaan diawal permulaan operasinya dahulu...
Antara kakitangan KTMB yang terlibat ialah:
1. Azman bin Abdullah, dilantik Station Master di Station Mina 2.
2. Yahya Mohd Noh dilantik sebagai Inspektor Keretapi Mina.
Begitulah sebahagian dari anak Malaysia yang telah menumpahkan keringat dan menabur bakti kepada Kota Suci Mekkah Al Mukarramah....SYABAS diucapkan kepada mereka.....

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
17/1/2025: 9.42 a.m

No comments: