Saturday, 11 January 2025

2013 - KEMBARA MASJID & SURAU

CERAMAH MAULIDUR RASUL
USTAZ AZHAR IDRUS
PADANG MPAJ AU2
TAMAN KERAMAT, KUALA LUMPUR
13 JANUARI 2013
Satu Majlis Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan di Padang MPAJ AU2 di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Saya dan isteri berkesempatan hadir di majlis tersebut. 

Ustaz Azhar Idrus atau nama sebenar Zamrul bin Idrus adalah penceramah bebas yang memang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan dialek Terengganu.








FOTO KENANGAN 
BERSAMA ASATIZAH & SELEBRITI






Bersama Pelakon Shamsul Ghau Ghau

KONSERT HULU KELANG BERSELAWAT
PADANG AU 5C
LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
16 FEBRUARI 2013
Saya dan isteri telah hadir dalam Majlis Konsert Hulu Kelang Berselawat yang diadakan di Padang Permainan AU 5C di Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari rumah kami di AU 5D. 











KARNIVAL SEMARAK SYARIAH
MASJID NEGARA
JALAN PERDAND, KUALA LUMPUR
27 APRIL 2013
Karnival Semarak Syariah anjuran bersama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan DagangHalal.com adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kesalahan jenayah syariah. 
Program diadakan di Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 26 - 28 April 2013. 
Program ini juga turut memberi ruang kepada para usahawan yang memiliki Sijil Halal Malaysia JAKIM / JAIN / MAIN untuk mempromosikan produk mereka. 





Masjid Negara adalah masjid utama di Malaysia, dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah. Terletak bersebelahan Stesen Keretap Tanah Melayu, Bangunan Daya Bumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. 




Pemeriksaan Kesihatan turut diadakan.





Kami mengambil kesempatan untuk melawat Muzium Kesenian Islam yang terletak tidak jauh dari Masjid Negara. 
Muzium Kesenian Islam Malaysia ialah sebuah muzium di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dibuka secara rasmi pada 12 Disember 1998. Muzium ini merupakan muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara dengan lebih tujuh ribu artifak dari dunia Islam.

SAVE SYRIA NOW
MASJID AL-HASANAH
BANDAR BARU BANGI
BANGI, SELANGOR
7 SEPTEMBER 2013
Satu Kempen Selamatkan Syria diadakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. 
Perang Saudara Syria merupakan konflik dalaman berlaku sejak tahun 2011, dimana Para Pembantah di Syria mendesak Presiden Bashar Al-Assad supaya berundur. 

Rujuk:





Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi merupakan Masjid Kariah yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi berpusat di Daerah Hulu Langat. Dibina pada tahun 1990an, masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah Al Haj pada 10 Mac 2000. 




Isteri saya bersama Heliza Helmi, salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-5.



Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11/1/2025: 9.59 a.m











No comments: