Friday, 17 January 2025

JALAN WONG AH JANG, KUANTAN, PAHANG


(Dari FB Zul Maamor : 10 March 2024)

Pernah tak anda dengar nama seorang Cina seperti Wong Bentong, Wong Kwan Tan (Kuantan), Wong Pekan, Wong Lipis dsb.....
Bunyi pelik tapi nama itu memang wujud di Pahang....
Siapa pernah ke Kuantan atau orang Kuantan pasti pernah dengan nama Jalan Wong Ah Jang..... Siapakah Wong Ah Jang?
Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang sangat kaya di daerah Kuantan sekitar 1920-an... beliau bergelar Dato' Kurnia Setia Bakti Wong Ah Jang.... hebat gelaran tu dah tentu orangnya hebatkan....
Wong Ah Jang disamping kaya, beliau juga banyak berbakti kepada masyarakat Kuantan. Salah satunya beliau membenarkan pembinaan S.K. Sultan Abdullah didirikan diatas tanah ladang getah beliau, selain beberapa lagi khidmat komuniti beliau kepada masyarakat Kuantan.
Beliau seorang yang cintakan tanahair dan daerah tempat beliau mencari rezeki walaupun beliau tidak dilahirkan di Pahang tapi cintanya kepada negeri Pahang amat tinggi sehingga menamakan anak-anak beliau dengan nama-nama daerah di Pahang. Nama anak-anak beliau ialah:
Lelaki :
1. Wong Kwan Tan (Kuantan)
2. Wong Boo Lat (Sungai Belat)
3. Wong Gambang
4. Wong Lembing (Sungai Lembing)
5. Wong Pekan
6. Wong Lipis
7. Wong Bentong (anak beliau yang terakhir meninggal pada 2012)
8. Wong Jelai
9. Wong Raub
Anak Perempuan :
1. Wong Pahang
2. Wong Berserah
3. Wong Pontian (satu-satunya anak nama dari Negeri Johor)
So lepas ini kalau sesiapa ada anak bakal lahir bolehlah namakan anak mengikut daerah spt: Abdul Sekinchan, Muhammad Segamat, Ahmad Seremban dll....

Copy and paste:
17/1/2025: 9.45 a.m

No comments: