SURAU AL MUSTAQIM
AU 5C, LEMBAH KERAMAT
KUALA LUMPUR
5 JANUARI 2012
Saya, isteri dan anak bongsu saya menghadiri ceramah Agama oleh Ustaz Don Daniyal di Surau Al-Mustaqim, AU5C, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Lembah Keramat terletak di Ulu Kelang, dalam daerah Gombak , Selangor, Malaysia. Ia dikenali sebagai kawasan perumahan simpanan Melayu.
Lembah Keramat juga dikenali sebagai AU5, terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya MRR2 di Ulu Klang. Kawasan berdekatan termasuk Taman Melawati, Kampung Pasir, Kampung Fajar, Taman Permata, AU4, dan AU3.
PROGRAM CINTA MASJID
MASJID SAIDINA HAMZAH
KG. BATU MUDA, KUALA LUMPUR
5 FEBRUARI 2012
Masjid Saidina Hamzah terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Dibina pada 16 Ogos 1986 mengambil nama sempena Sahabat Nabi dan juga Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Asalnya dinamakan Masjek Jamek Kg. Batu.
Kampung Batu Muda merupakan sebuah kampung terletak di utara Kuala Lumpur bersempadan dengan Batu Caves, Selangor. Ianya merupakan kawasan dalam Parlimen Batu, Kuala Lumpur.
Antara kawasan perumahan di sekitar Batu Muda adalah PPR Batu Muda, Kampung Batu Muda, Kampung Sri Batu Muda, Pangsapuri Sri Batu, Batu Muda Tambahan, Taman Batu Muda, Perumahan Ampat Tin, Koperasi Polis Fasa 2, Taman Bullion Mewah, Kondominium Casa Idaman dan Kondominium Panorama.
Pada tahun 2012, TV Al-Hijrah menganjurkan Program Cinta Masjid yang akan mengembara ke masjid-masjid di seluruh negara.
Saya dan isteri beserta anak bongsu berpeluang untuk hadir pada Program Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah pada 5 Februari 2012.
Sebelum itu kami menghadiri sambutan Maulidur Rasuld di kawasan perumahan kami iaitu di Padang AU 5D, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Isteri & anak bongsu saya |
Shamril Bin Mohd Salleh@ Sham Kamikaze, bekas anggota kumpulan Kamikaze memetik gitar pada malam tersebut. |
Kumpulan Nasyid UNIC dianggotai oleh Fitri, Bazli dan Wan Shah |
Malam itu kami berkesempatan mengambil foto kenangan bersama kumpulan Nasyid InTeam yang ditubuhkan pada 1998 di Pusat Matrikulasi UIA di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Dianggotai oleh Syahril, Hazamin, Izzat Mahadi dan Kamaruzaman.
Ceramah Agama oleh Ustaz Zulkarnaen Hamzah di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada 11 March 2012.
MASJID AL AKRAM
DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR
27 MEI 2012
Saya dan isteri hadir dalam satu program agama yang saya tidak ada rekod mengenai program ini.
Masjid Al-Akram di Kampong Datuk Keramat dibina lebih kurang 3 bulan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Setelah siap pembinaannya pada 31 Mei 1971, Masjid ini dikatakan sebagai masjid tercantik dan termoden di Kuala Lumpur pada masa itu.
SURAU AT-TAQWA
LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
17 JUN 2012
Ceramah Agama oleh Ustaz Fitri Abdullah dan Ustaz Ann Wan Seng di Surau At-Taqwa, Lembah Keramat AU5D pada 17 Jun 2012. Surau ini terletak berhampiran rumah ku di AU 5D.
Disebelah paginya pada hari yang sama, isteri saya telah menghadiri Kuliah Khas Wanita yang disampaikan oleh Dr. Rubiah K.Hamzah di Surau Taman Permata, tidak jauh dari rumah kami.
Dr. Rubiah K.Hamzah ialah pakar perunding motivasi yang terkenal di Malaysia dan kerap kali muncul di kaca TV, terutama di Astro dan TV 9.
Foto Kenangan bersama Ustaz Fitri Abdullah (2 dari kanan), Moderator (lupa nama ustaz tu) dan En. Bakar (AJK Surau). |
Bersama Ustaz Ann Wan Seng yang banyak menulis buku-buku mengenai Islam dan China. Saya antara peminat buku beliau dan telah memiliki beberapa buah buku karangan beliau. Antara koleksi buku-buku Ustaz Ann Wan Seng yang saya miliki. PROGRAM "TANYALAH USTAZ" TV9 SURAU AT-TAQWA PPR JALAN JELATEK KERAMAT, KUALA LUMPUR 15 JULAI 2012 Saya dan isteri berkesempatan untuk menghadiri program "Tanyalah Ustaz" anjuran TV 9 di Surau At-Taqwa, PPR Jalan Jelatek, Keramat,Kuala Lumpur. Antara tetamu jemputan ialah Ustaz Raihan, Abby Abadi dan Wan Suhaili. Ustaz Raihan, pendakwah terkenal yang sering muncul di kaca TV Wan Suhaili Wan Mohd Yusof salah seorang dari 10 Finalis Program Solehan TV AlHijrah 2011 Isteri saya bergambar disebelah Abby Abadi @ Arbaiyah Abdul Manan, seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. |
RAUDAH DI HATI KU - TV9
MASJID AL-HIDAYAH
TAMAN MELAWATI
HULU KELANG, SELANGOR
8 SEPTEMBER 2012
Salah satu dari usaha TV9 untuk memartabatkan masjid sebagai hub komuniti remaja dan masyarakakt setempat menerusi kempen Raudah di Hati Ku.
Pada tahun 2012, tiga buah masjid menjadi lokasi pilihan iaitu Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati pada 8 September, Masjid Al-Falah, USJ 9 Subang Jaya pada 29 September dana Masjdi As-Salam di Puchong Perdana pada 13 Oktober.
Saya dan isteri berkesempatan hadir di Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati kerana ianya tidak jauh dari rumah kami di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Pelbagai program menarik disediakan sepanjang acara padang Raudhah Di Hatiku buat penganjuran kali kedua tahun ini antaranya Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya.
Antara selebriti yang akan hadir terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Lah VE, Zaf VE, Azan Ruffedge, Amer Ruffedge, Amer Munawer, Yatt Hamzah, Diana Amir dan kumpulan hijabista Scarlets yang diwakili Maria Elena.
Terletak di pinggir bandar Taman Melawati, Masjid Al Hidayah Taman Melawati dibina di atas tanah seluas 4.5 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Melawati 5 dan Jalan Melawati 6, Taman Melawati, Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Berhampiran dengan masjid ini terdapat Zoo Negara Malaysia, Kompleks Finas dan kira-kira 500 meter dari Jalan Lingkaran Tengah 2. Masjid ini telah dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Sultan Selangor semasa Sambutan Hari Keputeraan ke-67 Baginda Sultan pada 7 Disember 2012.
Jarak dari rumah ku di Lembah Keramat ke Masjid Al Hidayah, Taman Melawati hanya 2.9 km sahaja. |
Isteri saya bersama dengan anak jiran kami |
Isteri bergambar kenangan dengan Yatt Hamzah, seorang pengacara TV, pelakon dan model wanita Malaysia. |
Di antara selebriti-selebriti yang hadir. |
Isteri saya bersama Diana Amir & Yatt Hamzah |
RAUDAH DI HATI KU TV 9
MASJID AL FALAH
USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR
29 SEPTEMBER 2012
Saya dan Isteri telah hadir di Program Raudah di Hati Ku TV 9 di Masjid Al-Falah di USJ 9, Subang Jaya, Selangor. Salah satu dari usaha TV9 untuk memartabatkan masjid sebagai hub komuniti remaja dan masyarakakt setempat menerusi kempen Raudah di Hati Ku.
Masjid Al-Falah USJ 9 adalah salah satu masjid di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Daerah Petaling. Dibina pada tahun 1988 dan diindahkan pada tahun 2004 berkonsepkan suasana dalaman Masjid Nabawi,Madinah.
Nurdiana Amir Hashim @ Diana Amir, bekas pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, USM Pulau Pinang.
Farah Asyikin Zulkifli, seorang penyanyi wanita Malaysia, meraih tempat ke-3 dalam Malaysian Idon tahun 2005 dan tempat ke-5 dalam "One in a Million" tahun 2006.
Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah pendakwah wanita yang terkenal yang sering muncul di kaca TV terutama Astro Oasis dan TV3.
Zainal Ariffin Ismail (Tengah) yang pernah mengacarakan siri "Jejak Rasul" dari 1996-2007 dan 2014 turut memeriahkan program.
Persembahan kumpulan Nasyid Al Mawlid |
Aktiviti Riadah pagi bersama Upin & Ipin PESTA BUKU MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA PUCHONG, SELANGOR 5-14 OKTOBER 2012 Saya dan isteri berserta anak bongsu telah menghadiri Pesta Buku 2012 di Masjid As-Salam di Puchong Perdana, Puchong, Selangor. Masjid As-Salam juga dikenali sebagai "Masjid Terapung" terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana. Masjid ini mula digunakan pada 5 Januari 2006. KONSERT LENA DIULIT INTAN PADANG AU 5C LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR 7 OKTOBER 2012 Pada 7 Oktober saya bersama isteri telah hadir menyaksikan Konsert Lena Diulit Intan bersama Mel Wings & Leftenan Adnan di Padang AU5C, Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang hanya beberapa km sahaja dari rumah saya. Konsert ini dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak. "Lena diulit Intan" diambil bersempena nama lagu kumpulan Rocks Wings menampilkan Mel sebagai penyanyi kumpulan Wings selepas Awie mengundurkan diri. Mel turut hadir dalam konsert ini bersama pelakon filem "Leftenan Adnan" iaitu Hairie Othman. |
MASJID AL RIDHUAN
HULU KELANG, SELANGOR
15 DISEMBER 2012
Saya dan isteri hadir satu program Agama di Masjid Al-Ridhuan, saya tak nama program ini.
Datuk Dr. Norhafizah Musa, seorang ahli akademik dan personaliti dakwah terkenal di Malaysia.
Dr. Rubiah Kulop Hamzah, seorang penceramah dan perunding motivasi terkenal di Malaysia.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
10/1/2025: 12. 24 p.m (Jumaat Al Barakah)
No comments:
Post a Comment