Oleh Shauqi Hasan
28 December 2016
TAHU itu datangnya daripada ILMU sebab itu disebut 'ilmu pengetahuan'. Orang berilmu sentiasa menggunakan akal untuk dimanfaatkan dalam kehidupan harian. Dengan ilmu itu manusia mendapat rahmat kerana segala APA yang diusahakan membuahkan hasil untuk dikongsi sesama insan.
Ilmu yang bermanfaat menjadikan kita manusia yang ada fungsi. Hidup merahmatkan sekalian alam untuk menjadi insan yang berguna kepada agama.
Makin bertambah ilmu kita, menjadikan kita rendah diri. Sedar akan kelemahan diri, lalu kita dipandaikan untuk melakukan ISLAH (penambahbaikan) dalam hidup seharian.
Ilmu itulah yang menjadi KUNCI untuk mencipta insan SOLEH (lebih baik). Kerana menjadi umat Islam itu mesti sentiasa ada islah yang menjadikan kita seorang soleh yang lebih baik dari semalam.
TAK TAHU ni mudah. Bahasa orang baik dipanggilnya jahil, bahasa orang kampung dipanggilnya bodoh.
Bodoh boleh diajar. Tapi bila jahil sudah diajar, masih lagi nak jadi bodoh dipanggilnya DEGIL. Degil tidak mahu mengubah diri, berusaha untuk menjadi lebih baik.
Manusia diangkat darjatnya dengan ilmu yang menjadi kan kita dari tak tahu kepada tahu. Satu-satunya petunjuk yang diturunkan Allah sebagai rujukan seluruh manusia adalah AL-QURAN iaitu kitab panduan khusus untuk umat terakhir.
Ia adalah satu ketetapan yang paling TEPAT untuk mencipta manusia melalui TAQWIM ILMU yang diterjemahkan dengan pelaksanaan kerjabuat insan di atas dunia.
BUAT-BUAT TAHU ni bila ada manusia jenis yang INGKAR/TAK NAK MENGAKU dia tak tahu. Berlagak pandai dan rasa macam dah tahu, tapi sebenarnya tak tahu. Malu nak cakap, jadi dia cakap dia tahu.
Egonya menjadikan dia manusia yang sombong tak boleh diajar.
Masa zaman Nabi Muhammad, orang yang jahil ini diketuai si Abu Jahal. Yang rasa SERBA TAHU, bila dirinya dah berharta, berkuasa dan memegang fahaman manusia yang 'seaqidah' dengannya. Maka perasaan serba serbi CUKUP tu yang buatkan dia rasa orang lain pun tak tahu.
Zaman Nabi Musa, manusia dipimpin oleh si Firaun yang mengaku tuhan. Dia rasa dirinya dah hebat dan mempunyai kuasa yang agung melebihi manusia lain. Tidak ada tandingan sampai tuhan pun dia boleh tolak.
Adalah kita ni lebih hebat dari Abu Jahil Dan si Firaun?
ILMU DI SISI ALLAH IALAH AL-QURAN
Mari kita iqra' siapa diri kita. Mudah bagi kita menghukum manusia jahil, bingung dan sesat bila kita rasa kita lebih TAHU yang betul dari orang lain.
Mari kembali menilai sesuatu dari sisi Allah. Ketetapan yang jahil, bodoh, sombong, ingkar, zalim, fasik, munafik atau sesat itu sudah semua termaktub dalam kitaballah.
Hari ni ramai yang bercakap mengikut nafsu. Bukan mengikut ilmu yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Alquran dibuang jauh dari hidup kita sama ada kefahamannya, terjemahannya malah lebih teruk lagi pelaksanaannya.
Kalau kita sudah tinggalkan alquran bermakna kita sudah tinggalkan Allah. Tanda cinta kepada Allah ialah hidup berdasarkan kefahaman alquran. Mengikut MAHUNYA Allah, bukan selera nafsu kita yang sombong, bodoh dan degil.
Cuba check alquran masing-masing, sejauh mana kita benar-benar mengenalinya?
Setiap surahnya.
Setiap hurufnya.
Setiap ayatnya.
Setiap maknanya.
Setiap perintahnya.
Setiap larangannya.
Setiap kisahnya.
Jika masih banyak yang TAK TAHU. Marilah sama-sama kita islah kan diri menjadi insan yang TAHU. Bukan hidup dengan rezeki Allah, nikmatnya tapi hanya buat-buat tahu tapi sebenarnya langsung tak pernah nak AMBIL TAHU mana yang haq, mana yang batil.
Sudahkah kita kenal kitab dan iman yang selamat ini kita mengaku sudah TAHU?
وَكَذٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنْتَ تَدْرِى مَا الْكِتٰبُ وَلَا الْإِيمٰنُ وَلٰكِنْ جَعَلْنٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَنْ نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ruh dengan PERINTAH Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah KITAB dan apakah IMAN, tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk SIAPA yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing kepada jalan yang lurus,"
Asy-Syura: Ayat 52
SHAUQI
Gua Hira'
Copy and paste:
9/1/2025: 9.51 p.m
No comments:
Post a Comment