Saturday, 11 January 2025

TAMAN PERMATA - DULU DAN KINI

Sepanjang 46 aku menetap di Lembah Keramat, Kuala Lumpur dari tahun 1979 sehingga kini, Taman Permata adalah bandar dimana aku sering membeli-belah kerana disini terletaknya Giant Hypermarkat, dan juga restoran-restoran favourite saya yang banyaknya dah hanya tinggal kenangan.....
Ada satu blok kedai ni yang saya ingat banyak kali bertukar owner yang mana sekarang ini (2025) adalah Poliklinik Permata. Poliklinik Permata ini pun sebenarnya dah lama di Tmn Permata ini cuma dia bertukar tempat sahaja.

Sebelum Poliknilik Permata, yang setakat saya boleh ingat ialah kedai Lampin Bayi. Kedai Lampin Bayi tu boleh dikatakan lama juga bertahan di situ sebab semasa anak bongsu saya masih baby lagi, kedai itulah saya selalu beli lampin sehingga akhirnya ia menutup perniagaannya dan shoplot itu akhirnya silih berganti pemiliknya.... anak bongsu saya pun sekarang dah 25 tahun dan bekerja di KFC di Giant Hypermarket di belakang kedai ini....

Kedai The Peak Coffee itu dulu favourite saya dan wife, kami selalu lepak-lepak disitu selepas pulang dari kerja, kedai itu memang untuk santai-santai, menunya western style yang simple simple... akhirnya tutup juga... Restoran Cheese Banjir dan Foodmarket paling sekejap tak bertahan lama seingat saya.... tak sampai setahun dah tutup..... saya pun tak sempat nak cuba makanan di Restoran Cheese Banjir tu..... tahu tahu dah tutup....



Restoran Hj Imran yang paling lama bertahan pun, dari anak-anak saya masih kecil lagi sampai dah bujang.....akhirnya tutup juga....
Begitu juga Restoran Anjung Corner, satu-satu Restoran Melayu yang bertahan lama di Taman Permata akhirnya gulung tikar juga....




Poliklinik Permata tu tak tahulah berapa lama boleh tahan.....
Banyak kenangan saya di Taman Permata ni..... tapak Giant Hypermarket tu dulu tempat Parking kereta dan Pasar Malam disebelah malam.....
Dulu ada Bank di Taman Permata, kalau otai-otai masih ingat dulu ada Kwong Yik Bank dan Kuwait Finance..... sekarang satu bank pun tak ada...
Anak-anak saya membesar dengan kedai-kedai di Taman Permata ini....

Saya sertakan foto-foto kenangan Taman Permata dulu dan kini...






Anjung Corner antara Restoran favourite saya dan isteri saya suatu ketika dulu..kini dah hanya tinggal kenangan.






Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11/1/2025 : 1.43 a.m

No comments: