Pulau Pinang terletak di Pantai Barat laut Semenanjung Malaysia, terkenal sebagai pusat pelancongan dan perniagaan dengan warisan budaya yang kaya. Dikenali sebagai Pulau Mutiara, pulau ini dipisahkan dari Tanah Besar oleh Selat Pinang dan ibunegerinya adalah George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kali pertama aku pernah sampai ke Pulau Pinang ialah pada tahun 1981 bersama kapal KD Ganas. Belayar dari Woodlands Singapura ke Pulau Pinang....kali pertama makan Pasembur.... masa nak bayar tersembur bila diberitahu harganya.......
Berikut ialah beberapa kenangan saya dengan Negeri Pulau Pinang.
1990 : PULAU PINANG
INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW
17-21 MEI 1990
Ketika berkhidmat dengan kapal TLDM KD Lekir dari Sekuadron Korvette ke 22, kapal kami terlibat dengan Royal Malaysian Navy International Royal Fleet Review (IRFR) yang julung-julung kali di adakan di Malaysia. Ini adalah acara terbesar pernah diadakan oleh TLDM yang berlansung serentak dengan Tahun Melawat Malaysia 1990.
Butir lanjut berkenaan dengan IRFR tersebut boleh dirujuk di laman Blog saya seperti di bawah.
2012 - PULAU PINANG
KG. TITI TERAS, BALIK PULAU
15 APRIL 2012
Yayasan Jantung Malaysia kali ini telah di undang untuk menyertai Karnival Sihat Sepanjang Hayat bersempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2012 yang bertempat di Perkarangan Masjid An Nur, Kg.Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Seramai 100 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan sepanjang hari.
Balik Pulau atau "The Village Behind The Island", terletak di daerah Barat Daya Pulau Pinang. Terkenal dengan buah durian dan buah pala.
Kami menginap di Anggerik Lodging yang terletak di Hilir Pemancar, Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang.
Semasa di Gelugor inilah aku telah berpeluang bertemu dengan sahabat lama semasa berkhidmat dengan Tentera Laut iaitu Osman Desa dan Mohd Najib. Osman Desa pernah berkhidmat satu kapal dengan aku iaitu KD Ganas berpengkalan di Woodlands, Singapura pada tahun 1981, manakala Mohd Najid pernah bertugas bersama di KD Sri Rejang di Sibu Sarawak pada tahun 1983/84.
Kali pertama saya merasa juga melalui Jambatan Pulau Pinang, walaupun pernah datang ke Pulau Pinang sebelum ini.
Jambatan yang kedua terpanjang di Malaysia dan Kelima di Asia Tenggara, kira-kira 13.5 km. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan Tanah Besar Semenanjung di Seberang Jaya.Dibina pada tahun 1982 dan siap pada 1985.
AEON SEBERANG PERAI CITY
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
23-28 NOVEMBER 2012
Minggu Jantung Seberang Prai 2012 berlansung dari 23-28 November 2012 di AEON Seberang Prai City di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Seramai 461 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan, sementara 86 menjalani Ujian Elektrokardiogram sepanjang program dijalankan.
Terimakasih dari pihak YJM kepada jururawat-jururawat dari Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam termasuk 2 orang Jururawat yang memberikan khidmat secara sukarela iaitu En. Mohd Nawawi dan Cik Adibah, kedua-dua mereka menetap di Bukit Mertajam.
Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas,Perai, Butterworth dan lain-lain.
Sepanjang program dijalankan kami menginap di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam.Syukur Alhamdullillah sepanjang saya di Seberang Prai ini saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan 2 orang sahabat lama satu intake dengan saya ketika berkhidmat dalam Tentera laut dahulu iaitu Kamsani dan Jalil setelah berpuluh tahun berpisah.
Turut saya temui ialah En. Mohd Shukri (juga bekas TLDM) yang kini bertugas dengan Majlis Perbandaran Seberang Prai.
2013 - PULAU PINANG
SMK BERAPIT, BUKIT MERTAJAM
5-6 FEBRUARI 2013
Pada 4.2.2013, saya dan team Awareness Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak ke Bukit Mertajam untuk program Peringkat Sekolah di SMK Berapit. SMK Berapit terletak di Jalan Berapit Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kami bermalam di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ini adalah hotel yang sama kami menginap tahun lepas (2012).
Cherok To'Kun sebuah pekan terletak di Timur Wilayah Bukit Mertajam. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak disini.
2014 - PULAU PINANG
APARTMENT MUTIARA, BANDAR BARU PERDA
BUKIT MERTAJAM
22 JUN 2014
Program Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung YJM kali ini dilansungkan di Apartmen Permata, Bandar Baru Perda yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Apartmen ini juga adalah kediaman keluarga salah seorang staff YJM.
Program yang berlansung dari jam 9 pagi hingga 2 petang ini turut dibantu oleh Jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Perai Tengah. Seramai 85 penduduk Apt. Permata telah menjalani Ujian Saringan kesihatan pada hari tersebut.
Bandar Baru Perda ialah sebuah Township yang terletak Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Nama Perda adalah diambil sempena nama Penang Regional Development Authority (PERDA). Projek Bandar Perda bermula pada tahun 1994.
Dahulu disini terdapat AEON Seberang Perai City Shopping Centre namun kini telah berpindah ke AEON Mall Bukit Mertajam.
Semasa program di Bandar Baru Perda, kami telah menginap di Palm Inn Hotel yang terletak di Taman Industri Permatang Baru, Bukit Mertajam.
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, jambatan kedua Pulau Pinang siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014 menghubungkan Batu Kawan di Tanah Besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
SEK.MEN.KEB. PERMATANG RAWA
BUKIT MERTAJAM, P.PINANG
25 JUN 2014
SMK Permatang Rawa terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 131 orang Murid dan juga guru dan kakitangan sekolah telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan anjuran YJM.
Bantuan Tenaga Jururawat diperolehi dari KPJ International College of Nursing and Health Sciences, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
AEON MALL BUKIT MERTAJAM
21-24 OGOS 2014
Program Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Jantung Malaysia berlansung di Kompleks ini dari 21 - 24 Ogos 2014. Seramai 176 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang 4 hari program ini dijalankan. Bantuan tenaga Jururawat diperoleh Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
AEON Mall Bukit Mertajam dibuka pada 4 Jun 2014 bagi menggantikan AEON Seberang Perai City yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Kami menginap di Hotel Seri Pauh di Taman Pauh Jaya, Prai, P.Pinang
2015 - PULAU PINANG
SEK.MEN.KEB PERMATANG RAWA
BUKIT MERTAJAM, P.PINANG
3 MAC 2015
Program Pemeriksaan Kesihatan di SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Di Padang Kota Lama terdapat juga komuniti Tentera Laut DiRaja Malaysia yang menjadi duta kecil TLDM di Pulau Pinang dikenali sebagai RNO Penang (Resident Naval Officer Penang).
Kenangan sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia, aku pernah ke pejabat ini ketika bertugas di atas kapal KD Ganas yang tiba di Pulau Pinang pada tahun 1981.
GREAT EASTERN COLOUR RUN
PADANG KOTA LAMA, P.PINANG
19 APRIL 2015
The Great Eastern Colour My Heart Run 2015 dianjurkan bersama oleh Yayasan Jantung Malaysia dan Great Eastern Life Assurance telah diadakan pada 19 April 2015 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu En. Lim Guan Eng turut hadir dalam acara larian ini.

Feri Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya pada 23 September 1959 oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Kota Cornwallis sebuah kota lama yang dibina pada 1786 di namakan sempena nama Charles Earl Cornwallis, Gabenor General India ketika itu. Ianya terletak di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang.
Bazaar Chowrasta merupakan pasar dan gerai pelbagai barangan makanan dan pakaian yang dimonopoli oleh peniaga dan peruncit Cina di Pulau Pinang. Terletak di Jalan Chowrasta, ditengah bandar Georgetown berhadapan dengan IPK Polis Pulau Pinang bersebelahan dengan Menara KOMTAR.
![]() |
| IPK Pulau Pinang dan Menara KOMTAR Kami menginap di Old Penang Hotel yang terletak di Kampung Jawa Lama sepanjagn program. Apa yang saya tidak boleh lupa ialah, gerai menjual Putumayam dan Putubambu yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Saya sempat beli sebelum balik ke bilik Hotel. KOLEJ PTPL PULAU PINANG GEORGETOWN 28 JULAI 2015 Pada 28 Julai 2015, saya bersama team Awareness Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Penang yang terletak di Georgetown Pulau Pinang. Selesai program di Kolej PTPL Penang, kami singgah beristirehat di Padang Kota Lama sebelum pulang ke hotel. Padang Kota Lama mempunyai sejarah tersendiri, kerana di sinilah pada 30 Ogos 1957, bendera Union Jack British diturunkan bagi menandakan berakhirnya penjajahan kolonial di Pulau Pinang. INTEL TECHNOLOGY SDN BHD BAYAN LEPAS, P.PINANG 29 JULAI 2015 Keesokan harinya pdaa 29 Julai 2015 kami meneruskan Program Pemeriksaan Kesihatan di Pulau Pinang. Kali ini di Intel Technology Sdn Bhd yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bayan Lepas sebuah kawasan di pinggir bandar George Town di Pulau Pinang. Terletak berhampiran hujung tenggara Pulau Pinang, kira-kira 15 km dari pusat bandar. Bandar ini menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Selesai Program di Intel Technology Sdn Bhd, kami terus ke Pejabat Yayasan Buahpinggang Negara yang terletak di Bayan Lepas untuk menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program. Disebelah malam di waktu lapang kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati Nasi Beratur yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Terletak di Jalan Masjid KapitanKeling, George Town. Malam itu saya makan cukup berselera sekali. BUBBLE DASH RUN, BAYAN LEPAS, P.PINANG 25 SEPTEMBER 2019 Tahun 2016 hanya satu program sahaja yang saya sertai di Pulau Pinang iaitu Bubble Dash Run di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 25 September 2016. Ketika di Bayan Lepas kami menginap di Apple 1 One Hotel di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, P. Pinang. 2017 - PULAU PINANG APARTMEN MUTIARA, BANDAR BARU PERDA 9 APRIL 2017 Saya bersama rakan-rakan Awareness Team dari Yayasan Jantung Malaysia tiba di Pulau Pinang pada 8 April 2017 untuk menghadiri Program Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung di Apartment Permata, Bandar Baru Perda yang berlansung pada 9 April 2017. ![]() Kami menginap di BG Business Hotel, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. ![]() Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami mengambil kesempatan untuk berziarah ke Bukit Bendera di Pulau Pinang. Perjalanan dari hotel kami di Perda ke Bukit Bendera sejauh 30 km dan mengambil masa perjalanan 46 minit. Demikianlah pengalaman menarik kami Geng Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia... bersama team ini jugalah saya telah menjelajah ke Seluruh Malaysia , dari Perlis sampailah ke Sabah...kami bersama-sama mengerakkan misi YJM..... Syabas Awareness Team YJM.... |











.jpg)






























.jpg)

No comments:
Post a Comment