Monday 30 June 2014

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Dari sahabat saya..Amin

30.6.2014

HUKUM MEMBERUS GIGI SEMASA PUASA?

Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.
Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

Copied: 30 June 2014

Wednesday 25 June 2014

2014 - SMK PERMATANG RAWA, BKT MERTAJAM, P. PINANG

Tarikh: 25 Jun 2014
Tempat: Sek. Men. Keb. Permatang Rawa, Bukit Mertajam, P. Pinang









SMK Permatang Rawa terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 131 orang Murid dan juga guru dan kakitangan sekolah telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan anjuran YJM. 

Bantuan Tenaga Jururawat diperolehi dari KPJ International College of Nursing and Health Sciences, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN


UJIAN KOLESTEROL DAN GLUKOSA











YJM mengucapkan terimakasih kepada pihak SMK Permatang Rawa dan juga KPJ International College of Nursing and Health Sciences, Bkt Mertajam atas bantuan dan kerjasama erat yang telah diberikan. 

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
8.9.2014

Tuesday 24 June 2014

2014 : SEK.MEN. SIN MIN (PERSENDIRIAN), ALOR SETAR, KEDAH

Tarikh: 24 Jun 2014
Tempat: Sek. Men. Sin Min (Persendirian), Alor Setar, Kedah

Sambungan dari : Penang 2014 - Apt. Permata, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam


Kami dari Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program kami dari Bandar Baru Perda ke Sek. Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar yang terletak di Jalan Alor Mengkudu, Kampung Ganding, Alor Setar,Kedah. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar adalah sejauh 98.9 km mengambil masa perjalanan 1 jam 22 minit. 







Sek. Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar terletak di Jalan Alor Mengkudu, Mukim Perga, Alor Setar, Kedah. Sekolah ini adalah sekolah Persendirian Cina yang didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Seramai 129 murid termasuk juga guru dan setaf telah menjalani ujian Saringan Kesihatan Penyakit Jantung yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 
Program ini adalah kerjasama daripada The Lions Club of Alor Setar dan juga bantuan tenaga jururawat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. 




The Lions Club of Alor Setar yang turut membantu menyelaraskan program 


Selesai program kami pulang semula ke Bukit Mertajam untuk program seterusnya di SMK Permatang Rawa

YJM mengucapkan ribuan terimakasih kepada Lions Club of Alor Setar dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala, Alor Setar atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan kepada YJM.


Laporan:
Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
8.9.2014



Sunday 22 June 2014

2014 - APT. PERMATA, BANDAR BARU PERDA, BKT MERTAJAM, P.PINANG

Tarikh: 22 Jun 2014
Tempat : Apartmen Permata, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, P. Pinang

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam sejauh 338 km (3 jam 43 minit perjalanan)


Program Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung YJM kali ini dilansungkan di Apartmen Permata, Bandar Baru Perda yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Apartmen ini juga adalah kediaman keluarga salah seorang staff YJM. 
Program yang berlansung dari jam 9 pagi hingga 2 petang ini turut dibantu oleh Jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Perai Tengah.  Seramai 85 penduduk Apt. Permata telah menjalani Ujian Saringan kesihatan pada hari tersebut. 






Bandar Baru Perda ialah sebuah Township yang terletak Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Nama Perda adalah diambil sempena nama Penang Regional Development Authority (PERDA). Projek Bandar Perda bermula pada tahun 1994. 
Dahulu disini terdapat AEON Seberang Perai City Shopping Centre namun kini telah berpindah ke AEON Mall Bukit Mertajam. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN





BANTUAN JURURAWAT
Pihak YJM amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah kerana telah menghantar bantuan tenaga jururawat bagi membantu kami dalam program kali ini.



Semasa program di Bandar Baru Perda, kami telah menginap di Palm Inn Hotel yang terletak di Taman Industri Permatang Baru, Bukit Mertajam. 





HOTEL PALM INN, BUKIT MERTAJAM
No.1620 & 1621 Jalan Permatang Batu
Taman Industri Permatang Batu
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang,
Malaysia.
Tel: 04-530 7532, 04-530 4532
Fax: 04-530 6532
Email: bukitmertajam@hotelpalminn.com.my

Program kami seterusnya selepas ini ialah di Sek.Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar. Kami akan bertolak dari hotel kami di Bukit Mertajam pada hari program tersebut. 


Laporan dari:
Zulheimy Maamor
Awareness Coordinator
Yayasan Jantung Malaysia
8.9.2014