Thursday, 11 June 2026

FOTO KENANGAN : SETIU, TERENGGANU

Setiu adalah sebuah daerah yang bersempadan dengan daerah Besut di Utara, Hulu Terengganu di barat, Kuala Nerus di Selatan, Kuala Terengganu di tenggara dan Laut Cina Selatan di timur. 

UNIVERSITY COLLEGE BESTARI, SETIU
Program Kesihatan di Setiu hanya melibatkan program di University College Bestari iaitu pada tahun 2015, 2017 dan 2018. 

Rujuk:
  1. 2015: University College Bestari
  2. 2017: University College Bestari
  3. 2018: University College Bestari
Program di UCB Setiu pada 15 Februari 2015

Program di UCB Setiu pada 18 Julai 2017


Program di UCB Setiu pada 1 April 2018

UNIVERSITY COLLEGE BESTARI DI SETIU, TERENGGANU



Pantai Penarik di daerah Setiu, Terengganu, destinasi pantai yang sangat indah. Amat popular sebagai 'port' utama untuk menikmati makanan celup tepung (sotong, udang dan ikan segar) tepi pantai. Di sini kali pertama saya menikmati Maggi Telur Sotong.


Kampung Losong di Kuala Terengganu diiktiraf sebagai "perkampungan Keropok Lekor" kerana menempatkan puluhan pengusaha keropok tradisional dan moden disepanjang jalan utamanya. 




Pandan Laut Beach Resort antara resort penginapan kami ketika program di Setiu. Penginapan bertaraf 2-bintang terletak di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu. Hanya sekitar 5 km dari Pantai Penarik dan 10-14 minit pemanduan ke Jeti Merang iaitu pintu masuk ke Pulau Redang. 






Peladang Setiu Agro resort terletak di Guntong, Setiu, sebuah destinasi pelancongan berasaskan tani (Agrotourism) yang sangat terkenal di Terengganu. Diuruskan dibawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu (PPK Setiu).
Terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Gunung Tebu dikelilingi oleh tasik buatan semula jadi, ladang kelapa sawit, dusun buah-buahan dan taman herba. 


Hj Zulheimy Maamor
11 Jun 2026: 8.53 p.m

FOTO KENANGAN: TERENGGANU > KEMAMAN, KUALA BERANG, MARANG DAN LAIN-LAIN

FOTO KENANGAN
Foto kenangan dibeberapa daerah di Terengganu dimana pernah saya jejaki ketika bekerj dahulu. 

PULAU PERHENTIAN DAN PULAU BIDONG

Pulau Perhentian salah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, 64 km dari sempadan Thailand. 

Kenangan saya di Pulau Perhentian ialah ketika saya berkhidmat dengan Kapal Ronda TLDM KD Panah pada ahun 1987 yang berpengkalan di Kuantan, Pahang. Kapal saya sering singgah bersauh di berhampiran Pulau Perhentian bagi memberi peluang anak-anak kapal beristirehat.


Pulau Bidong sebuah pulau kecil di pesisir Kuala Nerus, Terengganu, terletak 45 km di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. 

Dari 1978 hingga lewat 2005, pulau ini menjadi tempat kem pelarian Vietnam, dengan populasi mencapai kemuncaknya seramai 40,000 orang pelarian.

Saya antara anggota Tentera Laut yang pernah bertugas di Kapal Ronda KD Sri Negri Sembilan, menjalankan tugas rondaan di sekitar Pulau Bidong. 

KEMAMAN, TERENGGANU
Kemaman terletak di selatan Terengganu berkeluasan 2,535 km persegi. Kemaman adalah pintu masuk utama ke Terengganu dari arah Selatan melalui LPT2. 
Kemaman tercatat dalam peta Ptolemy, sarjana Yunani abad ke-2 Masihi dikenali dengan nama "Kole".

2013: SRJK (Cina) Chukai, Kemaman
Kenangan pertama di Kemaman ialah pada 2013 apabila saya terlibat dalam program Kesedaran Penyakit Jantung yang diadakan di SRJK (Cina) Chukai, Kemaman, Terengganu pada 26 Oktober 2013. 
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2013: SRJK (Cina) Chukai, Kemaman
 



Semasa di Kemaman, kami menginap di sebuah hotel budget di Kemaman iaitu Pok Eng Tin Hotel yang terletak di Jalan Kubang Kurus, Taman Chukai Utama, Kemaman. Jaraknya ke SJK (Cina) Chukai hanyalah lebih kurang 1.7 km.




Lebuhraya Pantai Timur sekitar tahun 2013, lebuhraya yang sering kami gunakan jika ada program di Pantai Timur. 


Kami berhenti rehat di Hentian Rehat Paka dalam perjalanan ke Terengganu. Paka ada sebuah bandar pesisir-pantai yang terletak dalam daerah Dungun, Terengganu. 


Hentian Rehat dan Rawat Perasing terletak dalam daerah Kemaman, Terengganu. Kami berhenti rehat di R&R ini ketika dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur. 
R&R ini agak sunyi dikelilingi hutan tebal ketika itu dan berada jauh kedalam dari Exit ke R&R ini. Banyak cerita mistik yang diviralakan di Media Sosial tentang R&R ini. 

KUALA BERANG & MARANG
Kuala Berang dan Merang merupakan dua buah daerah yang berdekatan. Kuala Berang terkenal dengan sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi. Ianya adalah hub utama untuk ke Tasik Kenyir. 
Manakala Marang pula adalah hub jeti utama untuk ke Pulau Ketam dan Pulau Gemia. 
Ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di SJK (Cina) Chong Hua di Wakaf Tapai di Marang, kami menginap di Kuala Berang. 


Hotel dimana kami menginap di Kuala Berang

Warung yang terletak disebelah hotel kami


Pekan Kuala Berang


Kuala Telemong, sebuah mukim bersejarah terletak di daerah Hulu Terengganu. Disini terdapatnya Makam Pahlawan Padang Kachung yang menempatkan 12 pejuang Melayu yang gugur syahid pada Mei 1928 ketika menentang Inggeris di Terengganu. Watak utama dalam penentangan ini ialah Haji Abdul Rahman Limbong

Hentian Rehat Perasing seperti yang telah saya nyatakan butir nya di atas

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11 Jun 2026: 8.16 p.m

Wednesday, 10 June 2026

FOTO KENANGAN: KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu (sering diringkaskan sebagai KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama bagi negeri Terengganu Darul Iman. Terletak di muara Sungai Terengganu yang menghadap Laut China Selatan, bandaraya ini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air kerana kaya dengan budaya tradisional, sejarah, dan keindahan alam semula jadinya. 

FOTO-FOTO KENANGAN DI KUALA TERENGGANU


Kenangan ketika mengikuti rombongan ahli kariah Lembah Keramat ke Kuala Terengganu pada 27 September 1996. 

2015: DEWAN PERHIMPUNAN TIONG HUA, KUALA TERENGGANU
Kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang dijalankan di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu pada 13 Februari 2015. 





Kami menginap di Batu Buruk Beach Resort yang merupakan hab pelacongan terkenal di Kuala Terengganu. Mempunyai kemudahan kolam renang, tempat letak kenderaan percuma, taman dan restoran. Terletak lebih kurang 7.6 km dari Muzium Negeri Terengganu dan 8.3 km dari Masjid Kristal. 


Lebuhraya Pantai Timur dibuka secara rasmi sepenuhnya kepada trafik pada 31 Januari 2015 yang menghubungkan Jabor ke Kg. Gemuruh di Kuala Terengganu sepanjang 184 km. 
Untungnya pada 2015, pengguna jalanraya dapat menikmati perjalanan di jajaran LPT 2 secara percuma tanpa tol sepanjang 2015.


Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) yang ikonik di Bazaar Warisan di Kuala Terengganu dirakamkan pada Februari 2015. 
Maklumat terkini, pasar Payang dalam foto pada 2015 ini telah dirobohkan untuk pembinaan semula Pasar Payang yang baru. 




Muzium Negeri Terengganu di Losong, Kuala Terengganu yang dirakam pada 15 Februari 2015. Terletak di atas tanah seluas 27 hektar, muzium ini merangkumi bangunan utama, muzium maritim, lima rumah tradisional asli serta taman herba dan tumbuhan. 


Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu menunjukkan replika monumen Islam terkenal dunia,menempatkan 21 replika. Antara replika itu ialah Replika Kubah As-Sakhrah (Dome of The Rock), Replika Masjid Xian di China, replika Masjid Nabawi di Madinah dsbnya. 


Masjid Kristal terletak dalam kawasan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Dibina pada April 2006 dan dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008. 

KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU
Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2016: Kuala Terengganu



Kolej PTPL Kuala Terengganu (Kini MSU College) terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Kolej ini dijenamakan semula secara rasmi kepada MSU College pada September 2016.


Kami menginap di Intan Beach Resort di Lorong Dato Jaya, Jalan Hj Busu, Kampung Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. 

2016: SJK (CINA) CHUNG HWA WEI SIN, KUALA TERENGGANU
Program Komuniti Kesedaran Penyakit Jantung di adakan di SJK (CIna) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. Terletak di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu, ditubuhkan pada 1 Mei 1915. 



Hotel penginapan kami di Batu Burok Beach Resort

2017: MSU COLLEGE, KUALA TERENGGANU
Foto kenangan program kami di MSU College Kuala Terengganu pada 17 Julai 2017.

Tidak banyak foto masa ini kerana saya tidak sihat dan terpaksa tidor di Van sepanjang program.

2018: MSU COLLEGE, KUALA TERENGGANU
Sekali lagi program Kesihatan dijalankan di MSU College di Kuala Terengganu
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2018: MSU College, K.T



Batu Burok Beach Resort dimana kami menginap.



Foto kenangan di sekitar Kuala Terengganu. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
10 Jun 2026: 9.18 p.m