Sunday 11 October 1987

KD PANAH 1987

KD PANAH
14TH SQUADRON PATROL CRAFT
MARKAS WILAYAH LAUT 1
TG. GELANG, KUANTAN, PAHANG
30.3.1987 - 11.10.1987
RMN Patrol Craft - jenis yang sama dengan KD Panah



14th Squadron Patrol Craft - KD Panah - 1987
KD Panah ada kapal peronda TLDM jenis patrol craft kelas Kris yang dibawa balik dari U.K sekitar tahun 60án. Saya bertugas di KD Panah dari 30 Mac 1987 hingga 11 Oktober 1987. KD Panah ketika itu adalah dari Sekuadron ke 14 Kapal Peronda (14th Squadron Patrol Craft) berpengkalan di Kuantan, Pahang. Sepanjang 7 bulan di KD Panah saya sempat bertugas dengan 2 Pegawai Memerintah iaitu Lt Kdr Zainal Murad dan kemudian Lt Zainal Rashid (Pegawai Penyelam).
Sebagai sebuah kapal ronda yang berpengkalan di Kuantan Pahang, tugas rondaan KD Panah lebih banyak tertumpu di kawasan persekitaran Laut Cina Selatan meliputi kawasan Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE). Ini termasuk mengawal pencerobohan Nelayan asing terutama dari Thailand yang menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di Perairan Malaysia. 







Tugas mengawal pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia adalah tugas yang agak mencabar. Ada kalanya nelayan asing terutama dari Thailand cuba bertindak ganas apabila mereka dipintas. Pernah berlaku beberapa insiden yang tidak diingini akibat tindakan agresif sesetengah nelayan asing ini, malah pernah melibatkan nyawa anggota TLDM. 
Antaranya ialah kisah pahit dan tragis yang dialami LK1 PPP Abdul Jalil Bin Saat dari KD Sri Sarawak yang 29 jam terapung di Laut.
KD Panah juga pernah mengalami peristiwa dimana sebuah bot nelayan Thai cuba merempuh kapal kami ketika diarahkan berhenti, namun tindakan pantas anak-anak kapal berjaya menahan bot tersebut. 




Inilah aktiviti kami apabila kapal berhenti berlabuh di pulau-pulau untuk istirehat... sekadar untuk melepaskan lelah seketika... 


Kenangan bersama crew KD Panah setelah selesai rondaan EEZ.. kapal akan singgah di mana-mana destinasi sebelum pulang ke pengkalan. Antara destinasi yang sering kami kunjungi ialah Pulau Tioman. 








Tat Bai di Thailand adalah bersempadan dengan Pengkalan Kubur di Kelantan... Dari Pengkalan Kubur kami akan menaiki bot ke Tat Bai... untuk singgah beli belah dan selalunya tak lupa sebelum balik mesti singgah pekena Tom Yam disebuah warung yang dikendalikan oleh satu keluarga Islam di sana.. 






Walaupun hanya bertugas selama 7 bulan di KD Panah, namun ia banyak meninggalkan kenangan yang cukup indah... antara yang tak boleh dilupakan ialah berhari raya di tengah laut. Nasib tak baik tahun itu KD Panah kena giliran meronda waktu Hari Raya Aidilfitri... Pada malam Raya.. Cook masak istimewa sikit.. nasi himpit dengan rendang dan sambal... dan malam itu CO bagi kami kebenaran untuk gunakan tembakan flare ke udara bagi memeriahkan malam raya di tengah laut yang gelap gelita...
Yang tak boleh dilupakan , pada pagi raya.. selepas solat... masing-masing termenung melayan perasaan... tak sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing.. namun itu adalah dugaan dan cabaran bagi anggota TLDM yang bertugas di kapal-kapal TLDM... 

Monday 23 March 1987

KD GANYANG 1986 - 1987

KD GANYANG
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
LUMUT BASE JETTY, LUMUT, PERAK
8.9.1986 - 23.3.1987



KD Ganyang merupakan salah sebuah kapal dari sekuadron pertama Kapal Pembinasa Laju (Misil) disamping KD Perdana, KD Serang dan KD Ganas. 
KD Ganyang telah ditauliahkan pada 20 Mac 1973 di Limbungan Cherboug, Perancis. Pegawai Memerintah KD Ganyang yang pertama ialah Lt Kdr Aminuddin bin Abdullah TLDM N/400153. 

Saya telah berkhidmat di KD Ganyang bermula dari 8 September 1986 sehingga 29 Mac 1987. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Lt Kdr Mohd Yusof bin Sabudin TLDM N/401184. 

Bagaimanapun saya tidak lama bertugas di kapal ini kerana terlibat dalam satu kes pergaduhan dengan penyelia saya di atas kapal ketika berada di lautan. Saya telah dijatuhkan hukuman dan juga telah disokong oleh Pegawai Memerintah untuk bertukar tugas ke unit lain. 
Saya telah diarahkan bertukar ke KD Panah (14th PC Sqn) yang berpengkalan di Tg Gelang, Kuantan, Pahang pada 30 Mac 1987. 




(Tidak ada sebarang kenangan atau gambar sepanjang saya bertugas di KD Ganyang ini)