Sunday 30 September 2018

NAMRUD, USA DAN FREEMASON - LAUTAN FITNAH YANG BERTERUSAN


Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada dimana-mana. Ramai yang tidak iahu atau tidak ambil peduli. Semua sibuk sesibuk Perdana Menteri. Tiada masa merenung musibah bakal ditempuh terutama anak cucu nanti.

Inilah dunia DAJJAL, dunia yang sesak dengan najis. Dunia gila paling dahsyat. Dunia glamour yang tidak pernah lepas dari sentuhan tangan ghaib, tangan mereka yang hidup bergelumang najis FITNAH.

Konspirasi? Itulah ibu fitnah Dajjal. Juga dunia bank RIBA. 

Dapatkah kita lari? Tidak sesekali. Melainkan atas pertolongan Allah swt. Berdoalah.

Image result for mason LIBERTY


Patung STATUE OF LIBERTY merupakan lambang kepada ibu Namrud (Semiramis) yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah 
roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.


Image result for logo columbia pictures

Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group - Sony Pictures Entertainment yg dimiliki oleh Keluarga Rothschild.

Kisah Namrud di dalam Al Quran (Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh) ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun.

Namrud adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai ''New World Order.''

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.

Image result for iraq babylon

Image result for iraq babylon

KESESATAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati.

Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Krismas.

Image result for pohon natal

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud.

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

Gambar Semiramis juga terpampang dalam duit syiling lama Amerika Syarikat.

Image result for semiramis nimrod



Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang menyesatkan.

SISTEM PEMERINTAHAN

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka

Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization

Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka (Pemimpin Boneka). Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri.

PENEMUAN KITAB SIHIR

Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.

Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan AL-MASIH AD DAJJAL yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia.

Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke alam syaitan.

Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam, The Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.

Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.

Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".

Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.

13 KETURUNAN ILLUMINAT & RAJA NAMRUD

The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.

The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.

Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik.

Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.

Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,

Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.

Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan tahun.


Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;

( Al-Quran: Surah Al-Baqarah:102 )

dipetik dari
Copy and paste: http://akhzaman.blogspot.com/  - 30/9/2018: 9.50 am


Benua yang tenggelam di Asia Tenggara


Seorang penulis buku dari British, Stephen Oppenheimer, telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan sejarah peradaban manusia sebenarnya bermula di Asia Tenggara. Menerusi buku yang ditulisnya, Eden in the East, Oppenheimer mengemukakan teori bahawa sebuah lokasi yang dikenali Sundaland atau Pentas Sunda merupakan kawasan yang pertama pernah didiami oleh manusia sebelum bermigrasi ke tempat lain.

Menurut Oppenheimer, beberapa tamadun awal seperti  Mesopotamia, Lembah Sungai Indus dan China merupakan sebahagian pecahan awal daripada populasi penduduk yang bermigrasi dari benua Sunda. Situasi ini berlaku disebabkan satu kejadian bencana banjir besar yang menenggelamkan wilayah Pentas Sunda kira-kira 14, 500 tahun hingga 7,200 tahun yang lalu. Ekoran keadaan itu, sebahagian besar populasi penduduk yang mendiami kawasan tersebut terpaksa bermigrasi ke beberapa lokasi lain iaitu di benua Asia, kepulauan Jepun dan kepulauan Pasifik.

Berdasarkan data geologi dan oseanografi, jelas Oppenheimer, terdapat tiga bencana banjir besar telah menenggelami sebahagian permukaan bumi. Bencana tersebut berlaku dalam tiga tempoh waktu yang berbeza iaitu 14,000 tahun, 11,000 tahun dan 8,000 tahun yang lalu.Difahamkan, bencana banjir berkenaan berlaku berikutan pencairan ais di bahagian hemisfera Utara. Ekoran kejadian itu, sebahagian besar dari kawasan Pentas Sunda dikatakan telah dinaiki air setinggi lima hingga ke sepuluh meter.

Sementara itu, seorang Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Profesor Aryso Nunes Dos Santos turut menyokong teori yang dikemukakan oleh Oppenheimer. Menurutnya, andaian tersebut mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah tamadun Atlantis yang lenyap kira-kira 9,000 tahun dahulu. Mengikut teori yang dikemukakannya mendapati, wujud kebarangkalian lokasi tamadun berkenaan kemungkinan lenyap di sekitar kawasan Pentas Sunda.

Jelasnya, keadaan geografi di Asia Tenggara khususnya Indonesia menyamai catatan daripada transkrip seorang ahli falsafah Yunani yang bernama Plato. Berdasarkan hasil kajian yang dibuatnya, beliau menolak teori yang mengatakan kedudukan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika dan kepulauan Caribbean.

Justeru, lokasi yang paling hampir adalah merujuk kawasan Asia Tenggara yang kerap mengalami gempa bumi serta memiliki gunung berapi yang aktif. Ujarnya, gunung berapi yang menjadi punca tenggelamnya Atlantis.

Selain itu, dia turut berhujah penduduk Atlantis berkemungkinan hidup di kawasan tropika serta menggunakan kaedah penanaman sebanyak dua kali setahun. Antara tanaman tersebut adalah padi, gandum dan barli. Buktinya, pada catatan Plato pernah menceritakan bahawa tamadun yang hilang itu sentiasa disinari cuaca panas sepanjang tahun yang terletak pada garisan beriklim khatulistiwa.
Dalam catatan ahli falsafah Yunani itu turut menggambarkan kota tersebut banyak menghasilkan bijih timah dan emas. Justeru, Santos percaya lokasi sebenar Atlantis mungkin di Asia Tenggara kerana kawasan ini kaya dengan hasil buminya sehingga pernah digelar sebagai Semenanjung Emas, Gunung Emas dan Bukit Besi Putih.

Menerusi tiga buah buku yang ditulisnya bertajuk, AtlantisThe Lost Continent Finally Found dan The Definitifve Localization of Plato’s Lost Civilization (2005), Santos menyimpulkan bahawa tamadun yang hilang itu adalah Pentas sunda atau lebih dikenali sebagai Sundaland. Beliau memberi gambaran bahawa Atlantis adalah merupakan sebuah tamadun yang sangat maju.

Pada masa itu, tamadun ini mempunyai sebuah kota moden yang mencapai kemuncak sains dan teknologi tinggi berbanding zaman kini. Pelbagai ciptaan canggih sudah ada pada zaman berkenaan. Contohnya kemajuan dalam teknologi pengangkutan, teknologi kacukan haiwan dan tumbuhan serta kecanggihan ilmu teknologi komunikasi. Percaya atau tidak, tamadun ini memiliki keluasan kawasan yang sangat luas sehingga mampu memiliki ladang untuk menampung makanan kepada 15 juta hingga 30 juta penduduknya.

Anehnya, terdapat juga teori mengatakan penduduk pada zaman itu masih lagi hidup setelah bertukar menjadi ikan duyung. Pun begitu, kewujudan Atlantis masih lagi misteri. Tidak ada siapa pun yang mengetahui kewujudan tamadun tersebut. Adakah ianya satu mitos masih belum dapat dipastikan kerana sehingga hari ini ia masih lagi belum ditemui.

Copy and paste: 
30.9.2018 : 8.50 am


Legend of the sunken Atlantis

My heart pours out for folk in Aceh, who are struck by the recent earthquake. It is so devastating. I recall what happened on Boxing Day in 2004, when Aceh was shaken by tsunami, killing more than 160,000 people.
Many believe that a large volcanic eruption sunk Atlantis. It is more plausible to believe that Atlantis went underwater during the Ice Age when the sea level rose more than 150m.
While the exact location of Atlantis is still being disputed, some believe it is in the Java Sea. If this is true, both places are within the Sunda Arc, which is prone to volcanic eruptions and tsunamis.
While Aceh was an important Islamic nation in the 16th century, some hold the view that the sunken Atlantis was the first site of human civilisation and home to the earliest Malay civilisation.
One of the local anthropologists who studied the linguistic features of early human migration in the Malay world is Emeritus Professor Wan Hashim Wan Teh, currently with the National Defence University of Malaysia.
He has published articles on the origin of Malays and their diaspora. His latest article appears in the book Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda (The Origin of Malays, Home in Sundaland), which he co-edits with two others. The book was published this year. Wan Hashim has long dismissed conventional views that Malays originated from Yunnan and Taiwan.
The story of Atlantis remains one of the world’s most unsolved geo-mythologies. Since Plato first mentioned Atlantis nearly 2,400 years ago, it has been the subject of fascination and curiosity among geologists, archaeologists, explorers and historians.
Plato describes Atlantis as a “powerful and advanced kingdom that sank, in a night and a day, into the ocean around 9,600 BC”.
The search for this submerged civilisation has resulted in expeditions to “many sites”, including the Greek island of Santorini, which was destroyed by a large volcanic eruption around 1,600 BC.
Expeditions to locate Atlantis were undertaken off Morocco, Spain, Portugal, Crete and Cuba, and some thought Atlantis is beneath the Antarctica.
In 1679, a Swedish scientist published a four-volume work proving that Sweden was the original site of the missing Atlantis. Few outside Sweden found his thesis convincing. None of these sites match the geographical descriptions Plato mentioned in his discourses.
A number of scholars working separately believe the mystery has been resolved.
Professor Arysio Santos, from Brazil, in his book Atlantis: The Lost Continent Finally Found, provided “evidence” that the Atlantis was part of the Sundaland.
His findings have inspired scientists like Dhani Iriwanto and Dr Danny Natawidjaya to dig deeper.
The former has published an interesting book — Atlantis: The Lost City Is in Java Sea (2015) — that says it all.
Natawidjaya captured my interest with a book that carries an interesting title: Plato Never Lied: Atlantis Is in Indonesia (2015).
In 1998, a reputed genetics expert at Oxford University published a monumental work, Eden in the East. In this book, Professor Stephen Oppenheimer suggests that the drowned continent of the Atlantis is probably in Southeast Asia.
His “discovery” has rekindled interest in other researchers, who believe that Plato’s “powerful kingdom and its civilisation” that went “underwater in a day and one night”, during the glacial age is actually the submerged Atlantis.
By studying the DNA of the descendants of the early migrants from Africa some 60,000 to 70,000 years ago, Oppenheimer was able to establish that the Malays of today’s Nusantara were originally from Africa. They were the first to occupy Sundaland, which included the sunken Atlantis.
According to Oppenheimer, there is a strong possibility that “the final dramatic rise in water level occurred between 8,000 and 7,000 years ago, the last of the series of emigration from the sinking Sunda Shelf began. The migration routes went south towards Australia, east towards the Pacific, west into the Indian Ocean and north into the Asian mainland”.
Oppenheimer has further suggested that the ancestors of “these people, and their Austro-Asiatic speaking neighbours now on the Asian mainland, founded the complex societies in Southeast Asia... in their dispersals the Southeast explorers fertilised the Neolithic cultures of China, India, Mesopotamia, Egypt and Crete”.
B.A. Hamzah is a student of regional geopolitics and defence policy, and a commentator on maritime security
Copy and paste: New Straits Times
30.9.2018: 8.37am

GEMPA DI SULAWESI, ZIONIS DI PBB, DAN KEDATANGAN IMAM MAHDI

Nabi Muhammad bersabda: “Aku khabarkan berita gembira berkenaan kedatangan Imam Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku. Secara tepatnya, ketika terjadi banyak perselisihan antara manusia dan peristiwa gempa bumi, dia akan memenuhi bumi dengan menegakkan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan penyalahgunaan kuasa dan kezaliman” (Hadis Musnad Ahmad, no.10898).
1. September 2018 ini kita menyaksikan dua peristiwa besar yang terjadi: Pertama ialah Gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter beserta tsunami setinggi dua meter yang baru melanda Sulawesi Indonesia (Semoga Allah lindungi dan pelihara saudara kita di sana). Satu lagi ialah keangkuhan kem Zionis (Israel dan Amerika Syarikat) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2. Kedua-dua peristiwa ini – sekiranya difahami sebaiknya – adalah amat relevan dengan ingatan Nabi Muhammad s.a.w. tentang hampirnya kedatangan Imam Mahdi dalam petikan Hadis di atas.
3. Siapakah Imam Mahdi? Apa kaitannya dengan gempa bumi? Apakah kaitannya dengan konflik global dan Palestin-Israel? Dan yang lebih penting lagi, apakah kaitannya Imam Mahdi dengan kita?
4. Imam Mahdi ialah seorang pemimpin umat Islam yang akan tiba di akhir zaman menjelang Hari Kiamat. Beliau akan bersama-sama dengan Nabi Isa a.s. berhadapan dengan Zionis Yahudi Israel yang kelak diketuai Dajal – satu watak yang diberi ingatan keras oleh Nabi Muhammad seperti mana yang dicatat dalam pelbagai Hadis Baginda. Antaranya ialah hadis berikut:
“Mereka (di Baitul Maqdis, Palestin) menjumpai imam mereka, seorang lelaki soleh, iaitu Imam Mahdi, ketika imam mereka sudah berdiri di hadapan bagi mengimami solat subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur dan memberi peluang kepada Nabi Isa bagi mengimami solat subuh itu. Namun, Isa a.s. sambil memegang bahu Imam Mahdi dan berkata, “Teruskan, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk kamu.” Maka, mereka semua solat di belakang Imam Mahdi.
Selesai solat, Isa a.s. berkata kepada semua Jemaah, “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu. Tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi yang lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba lemah tiada berdaya seperti cairnya garam disirami air. Dajal lari kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus mengejarnya, kemudian menjumpainya di Bab Al-Lud, Nabi Isa membunuh Dajal di situ”. (Hadis Sunan Ibnu Majah, no.4067).
5. Antara hadis yang menyebut mengenai kedatangan Imam Mahdi ialah “Jikalau umur dunia ini tinggal sehari, maka sudah tentu Allah akan memanjangkan hari itu sehingga Dia mengutus seorang lelaki daripada (keturunan)ku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku” (Sunan Abu Daud, no.3733).
6. Nabi Muhammad turut bersabda “Kiamat tidak akan datang, sebelum bumi dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. Kemudian, akan keluar seorang lelaki daripada keturunanku yang akan memenuhi bumi dengan kebaikan dan keadilan, selepas sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan” (Sunan Ahmad, no.10887).
7. Hadis Nabi turut mengingatkan bahawa kedatangan Imam Mahdi bakal melengkapkan keseluruhan lima zaman pemerintahan dalam politik umat Islam:
“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Dia kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian berlakulah zaman Khalifah (Khulafa ar-Rasyidin) yang berjalan menurut cara zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian diangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Mulkan Adhan). Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Dia mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan kuku besi (Mulkan Jabariyan). Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlakulah Zaman Khalifah (Imam Mahdi) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian.” Kata Huzaifah RA, “Kemudian Rasulullah SAW diam” (Hadis Riwayat Ahmad, no.17680).
8. Seperti mana janji Nabi Muhammad, kejadian gempa bumi saban tahun semakin kerap berlaku. Dari segi saintifiknya, hal ini tidak menghairankan seperti mana menurut pakar Geologi Prof Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan kerana titik gempa akan mengalami pergerakan sekitar satu sentimeter setahun seandainya gempa bumi kerap berlaku di sesetengah tempat.
9. Kita di Malaysia sejak sekian lama bersyukur kerana dari segi geografinya kita berada di kawasan luar Lingkaran Api Pasifik. Keadaan ini berbeza sama sekali dengan jiran kita Indonesia yang seringkali diuji dengan letusan gunung berapi, gempa bumi, dan tsunami. Namun perubahan titik gempa sebanyak satu sentimeter setahun seharusnya menginsafkan kita. Semakin banyak dan kerap berlakunya gempa bumi, bermakna semakin hampir ketibaan Imam Mahdi seperti mana janji Nabi Muhammad s.a.w.
10. Ketibaan Imam Mahdi nanti amat berkait rapat dengan situasi politik di bumi Timur Tengah, khususnya di Palestin, Syria, Arab Saudi, Turki, dan Iran. Hadis Nabi memberi petunjuk mengenai empat peperangan yang akan dipimpin secara langsung oleh Imam Mahdi: “Kalian akan perangi Semenanjung Arab sehingga Allah memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian, kalian perangi Parsi sehingga Allah memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian, kalian perangi Rom sehingga Allah memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian, kalian perangi Dajal sehingga Allah memenangkan kalian ke atasnya” (Shahih Muslim, no.5161).
11. Saat ini, rejim Zionis Israel cukup angkuh di Perhimpunan Agung PBB. Sudahlah mereka dengan celakanya mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka – yang diiktiraf pula Presiden Amerika Donald Trump pada 6 Disember 2017 – pembunuhan mereka ke atas warga Palestin yang menuntut hak mereka yang sah dikatakan pula sebagai langkah memerangi pengganas.
12. Zionis Israel juga semakin rancak meluaskan campur tangan ketenteraan mereka di Syria, di samping melobi Amerika untuk melindungi kepentingan strategik mereka. Tidak cukup dengan pencerobohan pesawat ke atas Syria, kini Tel Aviv menggesa pula ‘perang’ dengan Iran; peta lokasi pusat nuklear milik Tehran kononnya dipersembahkan Benjamin Netanyahu di PBB.
13. Pencerobohan jet F-16 Israel di ruang udara Syria telah menimbulkan huru-hara yang mengakibatkan pesawat Il-20 milik Rusia ditembak jatuh sistem pertahanan S-200 milik Syria pada 17 September lalu. Akibatnya, Rusia kini telah memulakan proses mengirimkan sistem S-300 yang lebih canggih kepada Syria untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang.
14. Amerika Syarikat pula semakin ‘menggila’ di bawah rejim Donald Trump – tidak cukup dengan perang perdagangan dengan China dan Turki, sekatan ekonomi ke atas Iran juga ingin ditingkatkan. Malah, Washington turut mengenakan tekanan terkini ke atas China kerana mengadakan urusan pembelian persenjataan dan aset ketenteraan dengan Rusia (Rosoboronexport).
15. Percaturan Zionis Israel dan Amerika Syarikat ini jelas makin mengukuhkan kedudukan mereka di pentas politik antarabangsa. Palestin terus terjajah, Baitulmaqdis terus tertawan, dan umat Islam pula terus tertunduk.
16. Tun Mahathir pula terlalu idealistik ketika berucap di PBB semalam. Beliau mencadangkan agar kuasa Veto Majlis Keselamatan PBB distruktur semula. Namun hakikatnya ia hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Sarjana dari University of Chicago, John J. Mearsheimer umpamanya dalam karya terkemuka beliau ‘The Tragedy of Great Power Politics’ telah menegaskan berulang kali – mustahil kuasa besar akan rela untuk mengurangkan kuasa mereka dalam apa jua keadaan sekali pun. Akibatnya, seperti mana menurut beliau dan seorang lagi sarjana ulung, Stephen M. Walt dari Harvard University dalam karya mereka ‘The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy’, kuasa Amerika akan terus melindungi kecelakaan Zionis Israel.
17. Segala usaha Zionis di Israel dan Amerika ini tidak lain tidak bukan adalah persiapan kepada ketibaan Dajal menjelang akhir zaman. Seperti mana diketahui umum, Nabi Muhammad telah menjanjikan dalam Hadis Sunan Ibnu Majah, no.4067 bahawa Baitulmaqdis ialah bumi di mana Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. bakal berganding bahu berhadapan dengan Dajal. Baitulmaqdis jugalah bumi di mana Dajal akan mati dibunuh Nabi Isa a.s. Maka saat ini Zionis mengusahakan segala yang terdaya bagi mencengkam bumi Baitulmaqdis dengan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat sebesar USD3 bilion setiap tahun. Bahkan Washington di bawah Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017 lalu.
18. Bahaya Dajal ini cukup dahsyat hinggakan berulang kali Nabi Muhammad memberi amaran mengenainya. Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w. menyatakan, “Tidaklah seorang Nabi pun melainkan Baginda sudah mengingatkan umatnya daripada si buta sebelah mata dan pendusta. Ingat, sesungguhnya ia buta sebelah mata, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah mata. Di antara kedua-dua matanya tertulis ‘kafir’” (Shahih Muslim, no.5219).
“Dajal buta mata sebelah kanan, berambut ikal, bersama-samanya terdapat syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka” (Shahih Muslim, no.5222).
“Dajal akan keluar di suatu sempadan di antara Syam dan Iraq. Lalu, ia membuat kerosakan di kanan dan di kirinya…Ia akan pergi kepada satu kaum dan mengajak mereka mengikutinya. Lalu, kaum itu beriman kepadanya dan menerima pelawaannya. Maka, Dajal memerintahkan langit. Kemudian, turunlah hujan. Ia memerintahkan bumi, kemudian hiduplah tumbuhan…Selepas itu, Dajal pergi kepada suatu kaum lain lalu menyeru mereka. Namun, mereka menolak ucapannya. Lalu, ia meninggalkan mereka. Maka, negeri itu menjadi kering-kontang. Tidak ada harta yang berbaki di tangan mereka. Kemudian, Dajal melalui tempat yang tandus, lalu ia berkata, ‘Keluarkan harta simpanan kamu’. Maka, harta simpanan mengikut perintahnya. Lalu, ia keluar seperti kurma yang bergantungan pada pohon” (Shahih Muslim, no.5228).
19. Bagaimana pula dengan umat Islam saat ini? Jelas, umat Nabi Muhammad hari ini cukup berpecah-belah. Malah kekuatan tentera Amerika yang mendukung Zionis Israel menjajah Baitulmaqdis hari ini adalah berpunca daripada sokongan ekonomi negara-negara Islam sendiri kepada ekonomi Amerika seperti kes petro-Dollar dan pembelian senjata untuk saling membunuh saudara Islam sendiri. Presiden Parti Amanah Negara, Mat Sabu contohnya antara yang bergurau mesra dengan Setiausaha Pertahanan Amerika James ‘Mad Dog’ Mattis di New York sedangkan umat Islam di Palestin terus disembelih saban hari – ‘berkat’ bantuan Amerika. Tidak sepatutnya slogan ‘Rahmatan-lil-alamin’ turut diluaskan menjadi ‘Rahmatan-lil-Zionis’ mahu pun ‘Rahmatan-lil-Dajal’.
Semoga Allah mengampuni segala dosa kita dan melindungi kita serta anak cucu kita daripada Fitnah Dajal. Semoga kita dan anak cucu kita tergolong dalam kalangan pembantu Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. di akhir zaman kelak, dan bukannya pembantu Dajal dan Zionis tanpa sedar yang terpedaya dengan ‘syurga’ dan ‘neraka’ ciptaan Dajal seperti mana amaran keras Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Copy and paste:FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
30.9.2018: 8.28 am

MELAYU - BANGSA TERKUAT DI DUNIA?

Kita selalu dimomokkan dengan kelemahan bangsa kita. Kononnya Melayu itu sendiri diambil daripada istilah ‘layu’, bangsa paling pemalas di dunia adalah bangsa Melayu, dan sebagainya yang menjurus kepada ke’layu’an bangsa Melayu itu sendiri.
Tetapi jika saya katakan bahawa bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang paling kuat di dunia, adakah anda percaya?
Nah, di sini saya selitkan sedikit fakta berkaitan kekuatan bangsa Melayu. Semoga kita tidak terus layu lagi.
Semua orag tahu bahawa Melaka dikuasa oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Portugis ketika itu dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugis pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan). Persoalannya, adakah impian Portugis tercapai?
Ya, Portugis memang berjaya memperluaskan wilayahnya serta membolot kekayaan yang melimpah ruah hasil daripada penjajahan ke atas Melaka. Namun, Portugis sebenarnya gagal dalam satu misi mereka yang paling utama, iaitu keagamaan.
Mereka gagal dalam memurtadkan masyarakat Melayu yang ketika itu begitu kuat dengan agama Islamnya. Walaupun paderi-paderi agama dibawa khas ke Melaka serta pembinaan gereja-gereja yang begitu banyak (malah gereja-gereja itu masih berdiri utuh di muka bumi Melaka), namun itu tidak langsung menggoyangkan aqidah masyarakat Melayu yang tinggal di saku.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Belanda juga sama seperti Portugis, mahu memurtadkan masyarakat Islam di Melaka. Namun ternyata usaha mereka hanya sia-sia. Akhirnya pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Sama seperti penjajah-penjajah sebelum ini, British juga mempergiatkan usaha dalam menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam di Tanah Melayu. Dibinanya sekolah-sekolah methodist dalam usaha untuk mencucuk pemikiran pelajar-pelajar Melayu supaya beralih kepada agama Kristian. Pihak gereja juga memberi bantuan yang besar dalam membantu masyarakat Melayu yang miskin, moga-moga mereka terbuka hati untuk menerima agama Kristian. British juga cuba mahu menukar bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Takuh Melayu.
Namun? Hasilnya tetap sama, bangsa Melayu yang hebat ini tetap berpegang teguh dengan aqidah mereka serta bahasa Melayu tetap menjadi tunjuang dan asas kepada kekuatan bangsa Melayu.
Sesudah Inggeris, Jepun pula menyusul. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Jepun dengan tindakan rakus dan kasar mereka juga cuba untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi. Usaha mereka itu nyata sia-sia. Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Komunis dalam tempoh yang singkat, iaitu selama dua minggu. Cubaan Komunis untuk menyebarkan fahaman komunisme dan atheis (tidak percaya pada tuhan) hanyalah umpama menuang air ke daun keladi, tidak berbekas langsung kepada masyarakat Melayu Islam.
Mungkin cerita di atas tidak dapat menggambarkan kekuatan bangsa Melayu secara total. Untuk memberikan keadilan dan timbang tara yang lebih sempurna, saya akan membandingkan pula bangsa Melayu yang dikatakan lemah dan layu ini dengan bangsa-bangsa yang lain yang wujud di muka bumi ini.
British seperti mana yang kita tahu, juga telah menjajah India serta Australia. Hasilnya? British berjaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di kedu-dua negara tersebut. Agama Kristian juga telah menjadi agama rasmi di Australia sementara ramai masyarakat India telah memeluk agama Kristian. Negara-negara di benua Afrika juga terkena tempias yang sama hasil daripada penjajahan British di tanah air mereka.
Argentina dan Brazil juga menerima tamparan yang sama. Kedua-dua negara yang begitu gah dengan bola sepaknya sebenarnya juga lemah, malah tidak dapat menandingi Malaysia, atau yang lebih tepat, bangsa Melayu. Argentina yang dijajah oleh Sepanyol akhirnya menjadikan bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi mereka. Kerana itu kita melihat ramai pemain-pemain bola daripada Argentina seperti Messi dapat bermain di Liga Sepanyol dengan mudah tanpa mengalami masalah bahasa.
Begitu juga Brazil yang dijajah oleh Portugal akhirnya tunduk kepada tekanan dan menjadikan bahasa Portugal sebagai bahasa rasmi bagi negara mereka.
Kita lihat pula negara China. Negara China yang kononnya gagah juga sebenarnya lemah pegangannya. Negara ini akhirnya tunduk dengan fahaman Komunisme selepas kemenangan Komunis di China yang ketika itu dimimpin oleh Mao Zedong.
Russia yang merupakan negara yang terbesar di dunia juga terkena tempiasnya. Negara kuasa besar dunia itu juga turut mengalah dan dikuasai oleh fahaman komunisme yang ketika itu tersebar dengan luasnya ke seluruh dunia.
Ketika itu, hampir separuh negara dunia menerima fahaman Komunis. Namun, antara negara yang mampu membendung fahaman ini daripada tular ialah Tanah Melayu. Harapannya moga fahaman Komunis ini terus terkubur di Malaysia baru.
Masih tidak dapat melihat dengan jelas akan kekuatan bangsa Melayu?
Baiklah, bangsa Melayu itu bukan sahaja terdiri daripada negara Malaysia, malah mencakupi Negara Indonesia, Thailand, sebahagian Kemboja serta utara Filipina.
Filipina dahulu merupakan negara Islam. Namun selepas sahaja Sepanyol menawan negara ini, habis punah aqidah Islam di sana. Agama Kristian menjadi agama rasmi. Namun, selatan Filipina masih utuh dengan keislamannya. Kenapa? Kerana mereka adalah bangsa Melayu.

Hal tersebut juga berlaku di Selatan Thailand. Walaupun mereka ditekan dengan hebatnya, namun aqidah dan tauhid mereka masih utuh di dalam sanubari. Kerana apa? Kerana mereka juga bangsa Melayu yang sama seperti kita. 

Begitu juga Indonesia yang begitu menjaga agama Islamnya walaupun dijajah dengan begitu lama oleh penjajah Belanda.
Hakikatnya, bangsa Melayu itu menjadi kuat kerana agama Islam. Bangsa lain juga tetap akan dipandang tinggi dan menjuadi kuat kerana Islam. Jika tidak kerana agama Islam, bangsa Melayu pasti tidak dimuliakan dan dipandang hina.
Moga dengan perkongsian ini, kita tidak terus bersikap lemah diri dan layu dek kerana kemeLAYUan yang ada pada diri kita. 
Ingatlah, bangsa Melayu adalah bangsa yang dipandang mulia di sisi Allah SWT hanya kerana agama Islam.
Hamid Addin,
Ghostwriter & Peminat Sejarah

Copy and paste: FB Bangun Ekonomi Umat DPEIN
30 September 2018 : 08.00 am

Friday 28 September 2018

ILMU FITAN : JANGAN TAKSUB PADA KETUANAN MELAYU

Hidup Melayu !! Takkan Melayu Hilang Didunia !!
Percayakah anda, ada dikalangan org Melayu yg sangat taksub pada ketuanan Melayu, sedangkan Islamnya hanya pada nama.
Melayu batas geografinya sekadar sampai ke lubang kubur, lepas itu Melayu pasti akan lenyap. Malaikat tidak akan tanya, apa bangsamu?
Yang ditanya ialah apa agamamu? Susah atau senang nk jawab? bergantung pada amalan kita.
Mantan pemimpin yang mendakwa tentang pentingnya Melayu, merekalah yang menjahanamkan Melayu. Merekalah yang melingkup Bahasa Melayu. 
Mereka yang memusnahkan indentiti Melayu dan jati diri Melayu. Raja-raja Melayu. Hak Istimewa Melayu.

Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu, kita tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini, kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia, bukan para korporat, sultan dan ahli politik.

TUHAN TIDAK ZALIM
Tuhan tidak zalim menciptakan sesuatu kaum hanya untuk di masukan ke dalam neraka.
Freemason itu ada pada semua kaum... Mason Melayu, Mason Inggeris, Mason Cina, Mason Jepun, india siam negro arab bla bla bla. ...
Dalam neraka nanti ada Mason Melayu Inggeris jepun india cina siam negro arab bla bla bla..
Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya.
Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.
Demikian seseorang Yahudi, Cina, India etc tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi/Cina/India.
Ada Mat Salleh yang sangat bagus Islamnya. Ada Cina/Yahudi/India yang lebih baik pegangan Islamnya.

STRATEGI PERANG SARAF MELAYU - CINA
Freemason sengaja gunakan agen2nya dikalangan Cina untuk cetuskan isu perkauman.
Contohnya, Alvin Tan & Sally Yen adalah agen Mason utk mengapi2kan isu perkauman & cetuskan huru hara Melayu-Cina.
Lihatlah tattoo di badannya.. dah terang2 tatoo freemason (malta cross)
So jgn kita melayan lakonan2 Alvin, Sally etc.. dia hanya ikut skrip..
Nak bunuh ular hentam kepala dulu.. sia2 je hentam ekor. nnti dipatuk ular.
Alvin Tan tu ekor jer.. kena kenal siapa 'bos' mereka.
Allah suruh kenal siapa musuh kita.....
Mcm mana nk jd tentera Imam Mahdi jika musuh sendiri pun tak kenal?
Malah ada yg mengatakan Kuil Freemason@Bukit Jalil adalah MASJID??
Alvin & Sally tak akan berani buat macam2 jika bukan Freemason dibelakang mereka. Badan2 kerajaan, PDRM hatta Sultan sekalipun tak akan mengambil tindakan terhadap Mason2 ini, malah merekalah yg memelihara markas2 Freemason. Pastinya Alvin & Sally akan terus bebas melakukan provokasi.
Henry Ford :
''Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dalam sesebuah negara, anda akan dapati ia dari ''Yahudi-Freemason.''
( The International Jew, 1922)

KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
Pemimpin2 Cina & Melayu ramai yg bermahzab Mason.
Ramai yg tidak sedar tugu setan Obelisk dibina oleh kerajaan regim DAP di parlimen pemimpin mereka iaitu Guan Eng di Taman Cantik, Butterworth. Kos untuk buat tugu ini didakwa berjumlah RM 700 ribu.
Teresa Kok juga adalah ahli Freemason kacukan Yahudi.
Ketahuilah bahawa Umno & DAP saling bekerjasama, tetapi berlakon ''bergaduh' di media utk mengawal minda rakyat.
Jangan kerana segelintir Cina Mason ini, kita bersangka buruk terhadap seluruh kaum Cina. Melayu juga ramai yang menganut mahzab Freemason, adilkah jika kita pun dianggap jahat seperti mereka?
Saya mempunyai ramai kawan berbangsa Cina, Indonesia, India etc.. dan mereka semuanya baik hati, keluarga mereka juga baik2, malah lebih mudah memberikan bantuan dikala saya memerlukan, berbanding Melayu.
Banyak juga kes yg saya dengar, kaum Cina & India banyak membantu orang Melayu dgn ikhlas tanpa bayaran, seperti kes kenderaan rosak di highway baru2 ini.
Janganlah kita sentiasa bersangka buruk pada kaum Cina dan India. Itu BUKAN AJARAN RASULULLAH SAW.

MEMAHAMI PERCATURAN THE HIDDEN HAND
Utk memahami percaturan Freemason di Malaysia, kita recall semula kata2 Lord Chromell di parlimen British yg berbunyi :
"Jangan merdekakan mana2 negara umat Islam sehingga kamu dapati ada dikalangan mereka spt kita"..
Apa maksud kata2 itu..itulah lafaz sejahat-jahat musuh Allah..
Utk melaksanakan kata2 itu perlukan waktu bg melahirkan watak2 tempatan yg berkiblatkan pemikiran barat..

Ia dtg dari sistem pendidikan sekular krn dgn cara itu barulah watak2 itu dpt dizahirkan..
Maka dilahirkan elit2 Melayu utk menjayakan gagasan pemikiran Lord Chromell ini.. dari sinilah ia bermula.. dari sinilah masyarakat dipecahkan kepada kelas2 tertentu..
Memandangkan masyarakat Melayu punya sistem monarki dlm politik bernegara, maka sistem ini dikekalkan..
Dari situ org2 Melayu melihat penjajah menghormati institusi politik tradisi org2 Melayu?
BUKAN.....
Mereka sbnrnya sedang merosakkan insitusi tertinggi masyarakat ini dgn menyuntik roh2 pemikiran kolinial kpd elit2 kita..
Dan lihatlah hasilnya hari ini..

Lihat masalah2 yg wujud hari ini dlm kelas masyarakat kita..ia berlaku kerana praktik sistem kapitalism dlm negara kita..
Agama dihadkan dan hanya juzu' tertentu shj yg dipraktikkan..itu pun dlm bentuk Islam make-up..
Islam hanya dilihat pd praktik ibadah shj..
Ttp dlm hal2 Muamalat, kita mengikut telunjuk mereka..

Bank Islam pun ada interest rate.. Islam apakah itu?
Praktik Munakahat kita pun berterabur.. sehingga skrg masih wujud elemen2 syubahah dari praktiknya sehingga membebankan masyarakat..
CONTOH: budaya kenduri puluh2 ribu,bercampur dgn amalan hindu dan kristian dlm perkahwinan..
''Biar mati anak, jangan mati ADAT..''
itu blm masuk bab agihan harta lg..berapa ramai yg dpt hak mengikut faraid dan berapa ramai yg faham dgn sistem ini..bab ini jer berapa ramai yg berpatah arang berkerat rotan dgn saudara2 terdekat..
Bab Jinayat, undang2 kolonial masih beraja dimata lg..kadar jenayah makin meningkat malah praktik perlakuan jenayah semakin agresif seolah negara ini tiada undang2..
Ini kesan2 zahir yg kita nmpk..
Ttp yg lbh dahsyat adalah kesan dari segi PEMIKIRAN..
Krn dari pemikiranlah membentuk sikap dan sikap itu diterjemahkan dlm bentuk tindakan dan kata2..

Kita masih bergelut dlm hal ini.. berapa ramai yg mengakui kewujudan Freemason, Rotary Club, Lion Club dlm negara tetapi bersikap defensif bila watak2 tertentu yg jd idolanya dikaitkan dgn anasir2 Freemason..
Inilah mental block yg masih menghantui kita..
Tak mengapa kalau mereka tak bersetuju tetapi tampil la dgn fakta.
Tetapi org yg celaru suka keluar dari persoalan dan mengajak kita keluar dari perbincangan asal..
KENAPA??
Krn org2 begini hidup dlm penafian...
Ibarat kita tgh bincang bab tiang,dia cerita bab tingkap dan atap..
Mereka mengaku rajin membaca, tapi kenapa berhujah isi ke laut??
Ingat! Buku2 Sejarah, Sains Sosial etc yg kite pelajari di sekolah. kolej atau universiti, semuanya buku yg telah dikaji dan diluluskan oleh British. Semua buku dlm Perpustakaan Negara perlu dpt kelulusan KDN.. KDN dicontrol oleh Freemason.
Begitu juga Buletin Utama, RTM, Utusan Malaysia etc...
Freemason mencipta sistem politik yang menyebabkan umat Islam bercerai-berai, supaya bila Islam LEMAH, senjata kita paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” (Surah Ali ‘Imran: 103)

PEMIKIRAN MELAYU MESTI DIUBAH SEKARANG
CONTOH :
Saya letak di sini, sebelah kiri seekur babi . Di sebelah kanan seorang gadis comel.
Orang melayu akan marah apabila saya 'sengaja' memegang paha babi. Mungkin ada yang menuduh kafir. Begitu kebanyakan orang Melayu berfikir tentang babi@ anjing.

Tapi dalam masa yang sama, dalam keadaan (orang Melayu) dalam sedar, sempurna akal, melihat saya memegang gadis ini, saya yakin anda tidak akan melihat dengan jijik.
Tapi malang orang tidak merasa apa-apa, malah merasa hebatnya pula saya, beraninya saya memegang seorang gadis. Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan mahram kita pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini.
(Artis bukan muhrim berpelukan di majalah@drama tv adalah perkara normal bagi Melayu)

PERIHAL MELAYU BERFIKIR
Jika ada berita sesuatu produk makanan mengandungi gelatin, Melayu pasti akan jijik, tetapi dalam masa sama ada di antara mereka yg makan duit HARAM tanpa rasa jijik, seperti RASUAH, JUDI etc...
Adakah orang Melayu mahu berfikir begini? Aneh, fikiran orang Melayu songsang, maka sebab itu mereka membuta tuli mempertahankan Melayu tak tentu sebab.
Sama seperti gadis yang mengandung di luar nikah, kita menyediakan berbagai kemudahan, malah bertaraf ‘menteri’ pula menyambutnya. Pemikiran apakah namanya ini? (Ini bukan soal menghina) tetapi siapa pula yang mahu menyambut seorang hafiz atau seorang gadis yang menghafaz al Qur`an 30 juzuk dalam masa enam bulan? Menteri mana yang sanggup menyediakan sebuah rumah untuk anak-anak muda yang melakukan kerja-kerja agama?
‘Pemikiran orang Melayu masih terbalik sekarang.. Dan akan ada lagi mereka yang bercakap tentang Melayu sedang dalam masa yang sama mencemik Perpaduan Islam.
Nampaknya tak dapat juga kita keluar-keluar dari kepompongnya Melayu kita ini.
Bila dikritik dengan keras, kita lari ke dalam kelambunya 'Melayu'.
Bila gagal berhujah kita bersembunyi juga di sebalik hujah Melayu.
Agaknya bilakah kita mampu keluar?
Ya, keluar dari tempurung Melayu itu?
Bukankah kita sering ditertawakan kerana terlalu kerap menjadikan Melayu itu alasannya?
Bila kita berjaya, ada yang berpendapat bahawa ini semua berkat kouta dan hak-hak keistimewaan sedangkan berapa ramai Melayu yang sangat cemerlang dan berjaya kerana titik peluh mereka sendiri.
Dan bukanlah semua Melayu itu terlalu bagus Islamnya, (termasuk saya). Ada Mat Salleh yang sangat bagus Islamnya. Ada Cina yang lebih baik pegangan Islamnya.
Maknanya: Islam itu bukan milik kita, Melayu.
Oleh sebab itu mestikah kita terlalu bangga kerana kita Melayu? Saya tak fikir begitu.

KETUANAN MELAYU MAINAN ORANG POLITIK
Soal ISLAM dan MELAYU hanyalah mainan org2 politik yang begitu 'gila' meraih kuasa.
Melayu itu ISLAM, tapi TIDAK semua islam itu MELAYU...
Bila Muhammad ( diri kita ) mengucap dua kalimah syahadah maka kita kena tegakkan hukum Allah swt dan mengembangkan syiar Islam, sebalik kita menegakkan Bangsa melebihi Islam itu sendiri.
Sedangkan kita sudah berjanji dengan Allah swt di Alam Ruh untuk menegakkan hukum Allah dan mengembangkan syiar Islam tapi sebalik bila kita lahir ke dunia yang fana ini. Inilah sebabnya Nabi Muhammad saw tidak memperjuangkan Bangsa sebaliknya Islam.
Sepatutnya orang Melayu Islam merasa lebih sensitif bila sebut fasal Islam bukan sekadar fasal Bangsa, Raja dan ketuanan Melayu sahaja.
Semua orang menyayangi Bangsanya , Rajanya tapi tidaklah sampai Islam itu di letakkan di bawah kedua-dua perkara tersebut. Amat silap kalau kita kata Melayu Islam, Islam Melayu kerana benda itu berbeza sama sekali,
Melayu adalah Bangsa dan Islam itu adalah Agama.Bak kata Hang Tuah, Tak Hilang Melayu Di Dunia, memang betul Melayu itu tidak akan hilang tapi yang akan hilang dari Melayu itu sendiri adalah ISLAM sekiranya orang Melayu tidak mempertahankan Agama ISLAM dan tidak mengamalkan cara hidup sebagai orang ISLAM.
Hebatnya satu-satu BANGSA itu kerana ISLAMNYA bukan kerana BANGSANYA.....
Mengapa kita mungkiri janji kita dengan Allah SWT di alam Lahut iaitu di alam Ruh untuk menegakkan Hukum Allah sebaliknya kita di atas bumi Allah ini menyokong pemerintahan yang menolak melaksanakan Hukum Allah disamping menyokong sistem SEKULAR sebagai rujukan dan menjadikan perjuangan Bangsa sebagai Agenda utama bukannya ISLAM.

KESIMPULAN
Sesiapa yang memerangi Islam, maka mereka harus DITENTANG tanpa mengira apapun agamanya.
Rasulullah SAW dan sebahagian besar para sahabatnya adalah bangsa ARAB yg berpegang pada dasar ISLAM, menentang Abu Jahal serta pendokongnya yg juga dari kalangan bangsa ARAB yg berpegang di atas dasar KEBANGSAAN.
p/s: Kenapa kebelakangan ini banyak malapetaka menimpa negara kita? #PrayForMalaysia?? Mcm mana Allah nk makbulkan doa kalau maksiat dibiarkan berleluasa? Sama2 kita buka hati dan minda...
**Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'raf Ayat 179)

Copy and paste: Facebook : Info Akhir Zaman
28 September 2018 : 2.35 pm