Thursday, 31 July 2025

PENGAJARAN SEJARAH oleh ninotaziz

Sumber: The Patriots

Translated by TerataiMelur
Selalunya, pengajaran yang paling pedih dan yang terbaik untuk dipelajari adalah sejarah kita sendiri.
Penakluk Portugis, Alfonso de Albuquerque hanya mengambil 20 hari untuk merampak pelabuhan Melaka pada 15 Ogos 1511. Perkara ini berlaku walaupun Melaka mempunyai lebih banyak pahlawan, lebih banyak senjata dan lebih banyak meriam malah turut mempunyai negara jiran sebagai negara sekutu.
Jadi, di manakah silapnya?. Melaka menyangka bumi bertuah ini sebuah negara kebal serta dilimpahi dengan kemewahan. Melaka juga yakin China akan mendapatkan bantuan dari Siam dan dari Pahang.
Pada kurun ke-15 dan ke-16, Melaka ialah pusat dalam dunia Melayu, pelabuhan yang mengawal Selat Melaka, laluan air semulajadi dan saluran utama antara India dan China.
Namun, kekalahan Melaka dalam peperangan [menentang Feringghe] amat muktamad sehingga tidak dapat mengembalikan semula status asalnya.
Menurut Tome Pires yang menulis buku Suma Oriental dan beliau tiba di Melaka sejurus penaklukan, Melaka ialah bandar terkaya dalam cubaan Portugis untuk menakluk. Menurutnya lagi, walaupun Melaka mempunyai kekayaan, mempunyai kekuatan tentera seramai 20,000 dan mempunyai lebih daripada 8,000 buah meriam, Sultan Mahmud Shah ialah sultan yang tidak popular. Agama digunakan sebagai punca pembahagian juga sebab ketidak puasan dalam kalangan bangsawan dan kalangan pedagang asing.
Petikan daripada Sejarah Melayu menunjukkan bahawa general Portugis itu telah mengkaji serta telah menyusup masuk serta mempengaruhi pembesar dan saudagar di Melaka untuk mendapatkan maklumat serta melakukan risikan bagi membuat strategi kempen perangnya. Walaupun Melaka telah bersedia untuk menghadapi peperangan ini namun perpecahan dalam kalangan rakyat di Melaka yang kelihatan canggih ini adalah antara perkara yang menyumbang kepada kemenangan mutlak kepada Portugis. Di sebalik kekayaan Melaka yang tidak dapat ditandingi ini, Melaka sebenarnya sedang menderita dalam kalangan orang kaya - dengan sifat tamak dan iri hati.
SATU HALAMAN DARIPADA SEJARAH
Pada awal tahun 1600, adalah diketahui semua bahawa Vatican memiliki satu salinan manuskrip iaitu Undang-Undang Melaka dengan anggapan ingin memahami Melaka secara mendalam. Sehingga ke hari ini, Vatican City Library memiliki manuskrip Undang-Undang Melaka yang tertua di dunia.
Setelah sekian lama, mungkin benar bahawa penaklukan Melaka adalah sebahagian daripada agenda yang lebih besar. Selain daripada ingin mengawal perdagangan rempah, Raja Portugal, Manuel I merancang untuk menghalang dan menghapuskan perdagangan dengan menakluk Aden, Ormuz dan akhir sekali Melaka.
Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, dunia Melayu dan empayar Islam bekerjasama menentang penguasaan barat. Kerjasama ini boleh dinilai dalam buku bertajuk Ottoman Connections to the Malay World menerusi satu siri rencana yang diedit oleh Said Kayadibi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Buku ini membincangkan mengenai sejarah panjang antara dunia Melayu dengan Muslim termasuk Rumi-Turks, Hadramis dan Uthmaniyah. Buku ini turut menceritakan bagaimana perhubungan ini menggambarkan kerjasama dalam agama, dalam politik dan dalam undang-undang. Ia juga membincangkan peranan Sultan Abdulhamid II dalam memperbaiki hubungan dunia Melayu dengan cendiakawan, pemerintah dan warisan mereka dalam menentang kuasa koloni Barat.
MISI PENAKLUK
Pada April 1511, Alburquerque mula bertolak dari India ke Melaka dengan 18 buah kapal bersama-samanya. Beliau memberitahu orang-orangnya, "Saya amat pasti jika perdagangan Melaka dapat dirampas daripada mereka, Kaherah dan Mekah akan hilang punca (daripada The Commentaries of The Great Alfonso den Albuquerque).
Mungkin kurang tepat untuk menyatakan bahawa Albuquerque hanya mengambil masa 20 hari untuk mengalahkan Melaka. Sudah terdapat tanda-tanda kejatuhan Melaka sebelum ketibaan Albuquerque lagi dengan angkatan tenteranya. Dalam mana-mana peperangan adalah penting untuk mengetahui kelemahan musuh. Ini ialah kunci kejayaan. Beliau berjaya memujuk pedagang asing agar tidak mencampuri peperangan yang akan berlaku. General tentera laut Portugis berkata kepada mereka, ini bukan peperangan mereka dan mereka tidak perlu menderita seperti keluarga diraja Melaka atau rakyat Melaka.
MALAM MENJELANG PEPERANGAN
Malam sebelum pertempuran akhir. Raja Ahmad, putera kepada Sultan Mahmud berdiri di Balairong Seri, ruang utama untuk mengadap Sultan bersama-sama dengan orangnya. Pahlawan paling berani Melaka, kaum lelaki dan kaum wanita turut hadir dalam perjumpaan ini.
Sultan Ahmad bertitah kepada orang-orangnya yang tiba dengan senjata masing-masing. "Apakah harus kita lakukan - malam sebelum pertempuran. Adakah kita menanti fajar menyingsing dengan berdiam diri? Beta fikir tidak. Ayuh kita membaca legenda pertempuran kita yang terkenal agar para pahlawan kita akan bersemangat."
Tun Indera Segera mengeluarkan manuskrip Hikayat Hanafiah Maohamed dan beliau berkata: "Jika kita membaca kisah Hikayat Hanafiah Muhammad, tiada siapa akan mempercayai bahawa mereka berupaya melakukan aksi sehebat ini. Ayuh kita baca Hikayat Amir Hamzah dengan kecantikan bahasanya serta keberanian Amir Hamzah akan memberi semangat kepada orang-orang kita sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka."
Mereka yang hadir dalam perjumpaan itu mendengar epik Hikayat Amir Hamzah dalam suasana penuh kesunyian dengan kata-kata dalam berkemandang memecah suasana malam. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Tun Ali Hati, Seri Udani dan ramai lagi. Antara mereka ialah seorang pemuda yang dihormati. Beliau dikenali sebagai Enrique The Black of Malacca di dunia luar dan bagi kita beliau ialah Panglima Awang. Beliau menjadi teman rapat kepada Ferdinand Magellan, warga Portugis yang mengetuai Expedisi Spain untuk mengelilingi dunia.
PATAH TUMBUH KEMBALI
Sejarah mempunyai caranya tersendiri dalam mengejutkan kita. Kejadian yang berlaku 500 tahun lalu boleh menjadi dokongan kepada hasil yang tidak disangka. Setelah pertempuran berakhir di Melaka, Panglima Awang telah ditangkap oleh Portugis. Beliau telah dijadikan hamba dan beliau telah kehilangan kebebasan bersama-sama dengan ribuan penduduk Melaka. Seolah-olah ketentuan nasib, Albuquerque telah menyerahkan beliau kepada pegawai beliau yang bernama Magellan yang memerlukan penterjemah. Sejak itu, beliau dikenali sebagai Enrique of Malacca.
Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah Enrique mengelilingi dunia bersama-sama Magellan sebagai hamba beliau yang paling dipercayai.
Lapan tahun setelah Melaka ditawan, Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama dengan anak kapal seramai 270 termasuk Enrique untuk mencari jalan baharu ke pulau rempah. Menerusi jurnal perjalanan Antonio Pigafetta, kita dapat mempelajari bagaimana Enrique memainkan peranan utama dalam berkomunikasi dengan Raja Humabon apabila armada Portugis tiba di Nusantara. Pada mulanya, beliau mengalami kesukaran berkomunikasi dengan penduduk asli, maka, di Cebu, Enrique berbicara dengan Raja Humabon dalam bahasa Melayu - lingua franca di rantau ini. Ferdinand Magellan disambut baik oleh Raja Humabon, sebahagian disebabkan oleh perhubungan baik antara Magellan dan Enrique.
Malangnya, perbalahan dalaman dengan Datu Lapu Lapu berakhir dengan kematian Magellan. Tempat Magellan digantikan dengan abang ipar Magellan, Duarte Barbosa sebagai kapten baharu. Beliau enggan memberi kebebasan kepada Enrique seperti yang diwasiatkan oleh Magellan. Seterusnya, kejadian yang tidak diingini berlaku, kru kapal yang masih tinggal dibunuh oleh Raja Humabon dalam satu bankuet dan yang terselamat kembali semula ke Sepanyol.
Enrique dipercayai terselamat dan kembali semula ke Melaka. Hari ini, ramai ahli akademi mengakui bahawa kemungkinan Enrique ialah orang pertama mengelilingi dunia. Beberapa tahun lalu ketika bersarapan di sebuah bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Isle, Singapore on Javanese and Malay Literature. Prof G L Koster of Universidade do Minho, Portugal berkongsi dengan saya fakta mengenai Enrique of Malacca yang diterima dalam dunia akademi.
James Duncan Phillips, Professor of History di Universiti Harvard mendedikasi buku tulisan Dr Joyce E. Chaplin dengan tajuk Round About The Earth - Circumnavigation from Magellan To Orbit yang pernah memenangi hadiah kepada pelayar yang mengelilingi dunia, Enrique d Malacca yang juga dikenali sebagai Henry The Black, dengan beliau berkata , "mencipta sejarah dengan tidak sangka".
Walaupun kita telah kehilangan pelabuhan kosmopolitan kita pada tahun 1511, kejadian yang berlaku sejak hari itu membawa kepada banyak plot dan perjumpaan. Itulah sejarah.
Pada garis masa sekarang, Melaka berada di legasinya ditambah dengan pengiktirafan daripada Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia.
Maka, keputusan Tunku untuk mengisytiharkan kemerdekaan di Melaka dahulu adalah satu keputusan yang mendalam dan signifikant. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman membawa delegasi kecil yang terdiri daripada gabungan Perikatan dan wakil Raja-raja ke London. Setelah beberapa minggu mengadakan rundingan, Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaysia pada 31 Ogos tahun berikutnya.
Peristiwa Tunku kembali dari London pada 20 Februari 1956, beliau mengumumkan berita yang dinanti-nantikan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka adalah satu peristiwa yang bersejarah.
Maka, kedaulatan negara kita yang pernah hilang telah dikembalikan kepada kita untuk dihargai dan mempelajari kepentingan sejarah.
Sumber : New Straits Times
Tarikh ditulis : 30hb Ogos 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
P.S: ninotaziz adalah salah seorang daripada kami.

Copy and paste:
31 Julai 2025: 11.12 pm

PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

SUMBER: PVATM

Persatuan Veteran ATM (PVATM) adalah merupakan sebuah persatuan yang tertua di Negara ini. Mula ditubuhkan pada 20 Mei 1922, dengan nama Ex-Services Association of Malaya (ESAM) dan telah diterima menjadi Ahli Gabungan “British Empire Services League” pada 22 Mei 1922. Mengikut rekod inisiatif untuk menubuhkan persatuan ini dilakukan oleh bekas-bekas anggota tentera British dan beberapa buah negara Eropah yang pernah berkhidmat ketika perang dunia pertama di negara ini. Mereka ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai ekspatriat British yang berkhidmat di Malaya.

Pada awal penubuhannya pertubuhan ini diketuai oleh Mr. F.W. Palmar sebagai Pengerusi Cawangan Selangor. Pada ketika itu persatuan ini ditubuhkan bagi membolehkan ahli-ahli bergerak dalam kegiatan sosial sahaja. Malangnya persatuan ini terpaksa dibubarkan apabila perang dunia kedua meletus. 

Persatuan ini digerakkan semula pada tahun 1946 di Selangor dan kemudiannya dituruti oleh beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang , Alor Setar, Kota Bharu dan Melaka. Apabila tentera british mula berkembang di Singapura dan Malaya dan dengan tertubuhnya Batalion Pertama RAMD pada 1933, ramai anak watan turut menceburi bidang ketenteraan. Mereka inilah yang menjadi benteng pertahanan negara semasa berlakunya perang dunia kedua, begitu juga dengan Pasukan Federation of Malaya Volunteer Force (FMVF), Force 136, Area Security Unit (ASU), Jungle Squad dan pasukan-pasukan kawalan kampong (Home Guard) ketika darurat (1942-1948). Sejak itu bilangan bekas-bekas anggota tentera bertambah ramai dan turut menyertai persatuan ini.

Pada 1958 British Service League telah menukar namanya kepada British Commonwealth Ex-Services League (BCEL) dan PBTM turut menjadi Ahli gabungan sehingga sekarang . sejak persatuan ini digerakkan semula sehingga 1968, sebuah urusetia telah dibentuk dan pentadbirannya telah diubahsuai, segala urusan pentadbiran dan urusan mesyuarat persatuan dilaksanakan oleh sebuah firma setiausaha yang dilantik iaitu ” Walgrems Limited”. Menerusi urusetia inilah persatuan ini telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada tahun 1966 dengan nama Persatuan Bekas Perajurit Malaya. Sekretariat diwujudkan oleh seorang Setiausaha Agung Mej (B) Ismail bin Babu dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan dan terus berkembang dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan persatuan termasuk pentadbiran terutama dalam menguruskan hal-hal kebajikan ahli-ahli dan tanggungan mereka.

Pada tahun 1967, dua buah lagi negeri telah diterima menjadi ahli gabungan ini, iaitu Sabah dan Sarawak dan selepas itu nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM). Mengikut rekod pada penghujung 1959, jumlah ahli persatuan ini hanyalah seramai 2,607 orang, namun bilangan ini bertambah kepada 7,442 (1970) dan 16,257 (1974). Urusetia atau sekretariat PBPM telah mula bergerak dengan pesat selaras dengan pembangunan dan perkembangan persatuan. Sejak itu sambutan serta sokongan daripada kerajaan, sektor awam dan sektor swasta telah meningkat dari masa ke semasa sehingga membolehkan PBPM bergerak sebagai sebuah badan kebajikan yang terunggul di Malaysia.

Selaras dengan pembangunan dan kemajuan PBPM kini sudah berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terunggul di Negara ini. Nama Persatuan ini sekali lagi telah ditukar kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pada 28 Julai 1998. Pada tahun 2013, nama persatuan ditukarkan kepada nama yang ada sekarang iaitu Persatuan Veteran ATM (PVATM) atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut “Veterans Association of Malaysian Armed Forces” (VAMAF). Selaras dengan pembangunan dan kemajuan Negara, PVATM masih kekal relevan dan terunggul di kalangan persatuan/kelab Veteran dan NGO di Malaysia. PVATM kini mempunyai keahlian seramai 160,000 pada sesuatu masa di 14 buah negeri/bahagian dan 246 cawangan di seluruh daerah negara.

Mengikut rekod dan catatan yang ada, tarikh penubuhan setiap Negeri/Bahagian adalah seperti berikut:1. Selangor : 1922/1952
2. Pulau Pinang : 1950
3. Kedah : 1968
4. Perak : 1951/1987
5. Negeri Sembilan : 1968
6. Sarawak : 1957/1967
7. Perlis : 1968
8. Kelantan : 1968
9. Pahang : 1968
10. Johor : 1968
11. Melaka : 1968
12. Terengganu : 1968
13. Wilayah Persekutuan : 1976
14. Sabah : 1977

Kerajaan secara tidak langsung mengiktiraf PVATM sebagai peneraju dan penggerak perjuangan seluruh Veteran di Malaysia. Dengan itu, PVATM mempelopori perjuangan secara berhemah bersandarkan kepada perjuangan “Satu suara, Satu nada” dalam bersama berusaha memperjuangkan kepentingan seluruh Veteran di Malaysia.

PVATM kini telah bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan berikut:
a. World Veteran Federation (WVF)
b. Royal Commonwealth Ex-Service League (RCEL)
c. Veteran Confederation of ASEAN Countries (VECONAC)
d. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
e. Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Copy and paste: 31 Julai 2025: 7.15 p.m




Wednesday, 23 July 2025

Melayu Champa kini golongan minoriti di Vietnam

Oleh Hafizah Iszahanid > bharian.com
25 Mac 2019

KUALA LUMPUR: Empayar Champa yang diasaskan orang Melayu pernah mencatat sejarah panjang sejak dibina pada kurun ke-2 dan bertahan selama 1,643 tahun hingga jatuh awal abad ke-19.

Bagaimanapun, Melayu Champa masih wujud meskipun jumlah itu semakin merosot, manakala hanya generasi tua bertutur dalam bahasa Melayu, sedangkan orang muda menggunakan bahasa Vietnam.

Hasil kajian dan penelitian sekumpulan penyelidik tempatan antara 2017 hingga 2018 mendapati, Melayu Champa kini menjadi golongan minoriti di Vietnam dan menerima pakai budaya setempat.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Asyaari Muhamad, berkata Melayu Champa dikesan berada di Chau Doc, An Giang, Ho Chi Minh, Nha Trang, Danang dan Guy Nhon di tengah Vietnam.

“Kumpulan ini menyedari mereka bangsa Melayu, tetapi hanya golongan tua sahaja mampu berbahasa Melayu.'

“Generasi mudanya bertutur dalam bahasa Vietnam, selain tidak semua Melayu Champa beragama Islam,” katanya dalam Bicara@Muzium bertajuk Melayu yang Hilang: Menelusuri Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja di Muzium Negara di sini.

Forum itu turut disertai Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Dr Mohamad Zain Musa.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A Kasim.

Asyaari berkata, Melayu Champa ialah rumpun bangsa dengan tiga etnik utama, iaitu Champ Bani, Champ Balamo dan Cham Islam dengan hanya Champ Islam (Champ Lima) yang kekal mengamalkan Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Champ Bani (Champ Tujuh) pula mencampurkan Islam dengan amalan animisme, manakala Champ Balamo mengamalkan campuran Hindu dan animisme.

Melayu Champa yang membina Empayar Champa di Vietnam pada abad ke-2 mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-7 hingga ke-10 dan menerima pengaruh Islam sekitar abad ke-10 yang dibawa pedagang Arab.

Bagaimanapun, empayar berusia 1,643 tahun itu jatuh pada awal abad ke-19 berikutan peperangan dan tekanan daripada Kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan selatan China.

Peperangan itu menjadikan Melayu Champa sebagai pelarian termasuk raja terakhirnya, Po Con yang beragama Islam dan turun takhta pada 1822 untuk mencari perlindungan di Kemboja.

Golongan pelarian

“Kelompok yang masih ditinggal di sana kemudiannya ditekan orang Dai Viet dan akhirnya menjadikan Melayu Champa golongan pelarian.

“Mereka berhijrah ke wilayah Kemboja terutama di Siem Reap dan Kompong Thom selain sebahagian berhijrah ke Kelantan serta Melaka juga ke Barat,” katanya.

Tegas Asyaari, Melayu Champa di Kemboja mendiami daerah Siem Reap, Kampong Cham, Kampong Thom, Battambang, Trakeo dan Phnom Penh, selain wilayah kecil lain.

Sementara itu, Wan Hashim berkata, nama Champa kekal dalam peta dunia hingga abad ke-15 sebelum pupus dan digantikan dengan Vietnam hingga kini.

Bagaimanapun kesan kegemilangan dan ketamadunan Melayu Champa yang merangkumi candi serta batu nisan masih ditemui di Vietnam seperti di Po Nagar, Po Klong Garai, My Son, Thap Doi, Tham Guan Di Tich dan Bahn It.

“Ketika ini, Kerajaan Vietnam dan Perancis berusaha untuk mengekalkan dan memulihara tinggalan peradaban itu.

“Banyak pengajaran boleh kita ambil daripada kejatuhan Empayar Champa dan Kesultanan Langkasuka selepas itu serta seterusnya Melaka. Kita tidak boleh jatuh lagi, jagalah negara dan bangsa sebaiknya,” katanya.

Tegas Wan Hashim, nasib rumpun Melayu Champa sebenarnya lebih malang daripada rumpun Melayu Sri Lanka.

Katanya, hal itu dilalui secara berperingkat bermula dengan kehilangan kerajaan yang berusia lebih 1,000 tahun kepada musuh.

“Pada tahap kedua, walaupun mereka cuba beradaptasi dan tinggal secara aman di Vietnam dan Kemboja, mereka diperlakukan dengan zalim dan ditindas pemerintah komunis ketika itu.

Dasar penghapusan budaya

“Kerajaan Vietnam ketika itu cuba menjadikan Melayu Champa sebagai orang Vietnam menerusi dasar penghapusan budaya dan asimilasi menyebabkan mereka merantau ke Barat seperti Perancis, Kanada serta Amerika Syarikat (AS), selain ke negara ini dan Thailand,” katanya.

Sementara itu Mohamad Zain berkata, bangsa Melayu Champa dikenal pasti sebahagian daripada kumpulan besar Malayo Polinesia berdasarkan bahasa mereka yang tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia.

“Pada abad ke-2 Masihi lagi, mereka menulis dengan mencipta huruf Cam berdasarkan sistem tulisan Sanskrit sehingga berjaya menghasilkan baru bersurat pertama dalam bahasa Cam di Alam Melayu pada abad ke-4.

“Ada banyak inskripsi yang dihasilkan bangsa Melayu Champa dengan sebahagiannya sudah musnah tetapi ada masih tersimpan hingga ke hari ini di beberapa perpustakaan di Perancis, selain di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perpustakaan Muzium Etnologi Dunia Melayu,” katanya.

Tegas Mohamad Zain, tinggalan manuskrip itu membantu memperjelaskan hubungan sejarah antara Champa dengan masyarakat setempat dan peringkat antarabangsa.

Copy and paste:
23 Julai 2025: 10.47 a.m

Tuesday, 22 July 2025

NOTA ILMU : AUSTRONESIAN


Resource: WIKIPEDIA
  1. Adriaan Reland: the Dutch Scholar, the first to observed similarities between the languages spoken in the Malay Archipelago and by the people in the Pacific Ocean. The linguistic connections between Madagascar, Polynesian and Southeast Asia particularly the similarities between Malagasy, Malay dan Polynesian numerals were recognised early in the colonial era by European authors. 
  2. Australasia: A region which comprises Australia and New Zealand and some neighbouring islands. 
  3. Australoid: decsribing the tribes or populations of Native Australia which was introduced by Thomas Huxley in 1870. 
  4. Australo-Melanesians : an outdated historical grouping of various people indigenous to Melanesia and Australia.
  5. Austric languages: a proposed language family that includes the Austronesian languages spoken in Taiwan, Maritime Southeast Asia, the Pacific Islands and Madagascar, as well as Kra-Dai and Austroasiatic language spoken in Mainland Southeast Asia and South Asia. 
  6. Austro-Tai languages: sometimes also Austro-Thai languages > a proposed language family that comprises the Austronesian languages and Kra-Dai languages
  7. Austroasiatic languages: a large language family spoken throughout Mainland Southeast Asia, South Asia and East Asia. These languages are natively spoken by the majority of the population in Vietnam and Cambodia, and by minority populations scattered throughout parts of Thailand, Laos, India, Myanmar, Malaysia, Bangladesh, Nepal dan Southern China.
  8. Austronesia : The nations and territories predominantly populated by Austronesian-speaking people, including Malay, Filipino, Indonesian, Maori, Malagasy, native Hawaiian, the Fijian language and around a thousand other languages. Austronesian is the second-largest language family in the world.
  9. Austronesian Ancestry: is found throughout Indonesia. But where the inhabitants of the large western islands have strong genetic ties to the Southeast Asian mainland, the inhabitants of the islands east of Bali have very little.
  10. Austronesian Diaspora: believed to have been initiated by the migration of the Lapita peoples from Taiwan around 5,500 years ago, who settled throughout Southeast Asia, the Pacific and Madagascar in the Indian Ocean just off the coast of East Africa. 
  11. Austronesian ExpansionAbout 5,000 years ago, a major wave of migration from Taiwan, consisting of Austronesian-speaking people, began to spread through the Philippines and Indonesia. These skilled seafarers, who were ancestors of the Malays and other ethnic groups, perfected sophisticated sailing techniques and colonized vast areas of the Indo-Pacific, from Madagascar to Easter Island.
  12. Austronesian language: a language family widely spoken throughout Maritime Southeast Asia, parts of Mainland Southeast Asia, Madagascar, the islands of the Pacific Ocean and Taiwan(by Taiwanese indigenous people).  Spoken by about 386 million people (4.9 % of the world population). The fifth largest language family by number of speakers
  13. Austronesian Migration Theory: propounds on the expansion of a group of people called the Austronesians from Asia into the Pacific bymeans of Taiwan 6,000 years ago. A Theory proposed by Peter Bellwood a professor of Archaelogy. 
  14. Austronesian Peoples : Austronesian speaking peoples, a large group of various peoples in Taiwan known as Taiwanese Indigenous people, Maritime Southeast Asia, Oceania and Madagascar. The name Austronesia comes from the Latin world 'Australis' meaning 'Southern' and 'Nesos' meaning 'Island'. The early Austronesian-speaking peoples were located on Taiwan dan the northern Philippines, specifically Luzon. 
  15. Austronesian Sailors: were expert in Navitation using Monsoon winds, star constellation, bird migration pattern cloud shape and direction of waves. 
  16. Cham Language: Vietnam is the homeland of many ethnicities including the Cham People. The Cham language is classified as the Austronesian language family.  > The Kingdom of Champa
  17. Cornelis de Houtman: a Dutch explorer who observed linguistic links between Madagascar and the Malay Archipelago a century earlier in 1603. 
  18. Dong Yen Chau Inscription: the oldest inscription in the Cham language dated to the mid 6th century AD, is the first attesttion of any Austronesian language
  19. El Rabih Makki: In his book "Hamito-Semitic and Austronesian: Obvious Genetic Relatedness" Part 1. P. 37 > Proto-Austronesian, the parent language of all inherited Austronesian languages, is believed by some scholars to have been spoken around 6000 years ago.
  20. Formosan Language: a language of Taiwan are grouped into as many as nine first-order subgroups of Austronesian. All Austronesian language spoken outside Taiwan belong to the Malayo-Polynesian
  21. Franz Bopp: the term "Malayo-Polynesian" was originally coined in 1841 by Franz Bopp as the name for the Austronesian language family as a whole. 
  22. Fujian Ancestry: a major branch of the "Ancient Southern East Asians" (ASEA). They were first represented by an individual from the Qihe Cave in Fujian. Fujian/Austronesian ancestry is inferred to have expanded into Southeast Asia, speciafically onto the Taiwan and the Philippines between 10,000 to 7,000 years ago. 
  23. Hawaiian language: belongs to the Austronesian group, seems to have dispersed from Taiwan 3000 years ago. 
  24. Hayato People: ancient Hayato people of Japan >suggested to be Austronesian tribes in Japan before the Yayoi-migration as well as the Kumaso and Azumi tribes. 
  25. James Cowles Prichard: treating the Papuans and Indigenous Australians as being descendants of the same stock as Austronesians. 
  26. Johann Friedrich Blumenbach :added Austronesians as the fifth category to his 'varieties' of humans in the second edition of 'De Generis Humani Varietate Nativa' (1781). He named Austronesians the 'Malay Race' or the 'Brown Race' due to his belief that most Austronesians spoke the 'Malay idom'.
  27. Johann Reinhold Forster: German naturalist > traveled with James Cook on his second voyage,recognised the similarities of Polynesian languages to those of Island Southeast Asia. 
  28. Juha Janhunen : a Finnish linguist > Austronesians may have also settled parts of southern Japan, especially on the islands of Kyushu and Shikoku. It is suggested that Japanese tribes like the Hayato people, the Kumaso and the Azumi were of Austronesian origin
  29. Kedukan Bukit Inscription: the oldest specimen of Malay in the world, found in Palembang. 
  30. Lapita Culture: the name given to the Neolithic Austronesian people and their distinct material culture, who settled Island Melanesia via a seaborne migration at around 1600 t0 500 BCE. Believed to be originated from the northern Philippines via Mariana Islands. 
  31. List of Austronesian People  : The Austronesian People
  32. Lorenzo Hervas: Spanish philologist - devoted a large of his idea dell'universo (1778-1787) to the establishment of a language family linking the Malay Peninsula, the Maldives, Madagascar, Indonesia (Sunda Islands and Moluccas), the Philippines and the Pacific Islands eastward to Easter Island. 
  33. Major Austronesian languages: include Cebuano, Tagalog, Ilocano, Hiligaynon, Bicol, Waray-Waray, Kapampangan, and Pangasinan of the Philippines; Malay, Javanese, Sundanese, Madurese, Minangkabau, the Batak languages, Acehnese, Balinese, and Buginese of western Indonesia; and Malagasy of Madagascar. Each of these languages has more than one million speakers.
  34. Malagasy: one of the official language of Madagascar, alongside French. Malagagy is the westernmost Austronesian language, brought to Madagascar with the settlement of Austronesian speakers from the Sunda Islands, around the 5th century AD. 
  35. Malay: an Austronesian ethnic group native to eastern Sumatra, the Malay Peninsula and coastal Borneo. The Malay language is spoken by 250 million people, makes its the 8th most spoken language in the world.
  36. Malay Archipelago: the archipelago between mainland Indonesia and Australia. 
  37. Malayo-Polynesian: a branch of Austronesian, means all Austronesian language outside of Taiwan. Malayo-Polynesian language is a sub-group of Austronesian language, with approximately 385.5 million speakers, spoken by the Austronesian people outside Taiwan,in the islands of Southeast Asia (Malaysia, Indonesia, Brunei , Thailand and Philippines). In recent years, many authors have concluded that the Malayo-Polynesians originated from the present-day coastal area of eastern China (long before the rise of the Chinese Empire).
  38. Maori Language: Maori te reo Maori > Eastern Polynesian subgroup of the Eastern Austronesian (Oceanic) languages, spoken in the Cook Islands and New Zealand.Since the Maori Language Act of 1987, it has been one fo the two official languages of New Zealand
  39. Maritime Southeast Asia: comprises the countries of Brunei, East Timor, Indonesia, Malaysia, the Philippines and Singapore. 
  40. Melanesia : a subregion of Oceania extending from New Guinea island in the Southwestern Pacific Ocean to the Arafura Sea, and eastward to Tonga. 
  41. Micronesia : a subregion of Oceania, composed of thousands of small islands in the Western Pacific Ocean. It has a close shared cultural history with three other island regions: the Philippines to the west, Polynesia to the east, and Melanesia to the south; as well as with the wider Austronesian peoples.
  42. Moken: an Austronesian people of the Mergui Archipelago, a group of approximately 800 islands claimed by both Myanmar dan Thailand and the Surin Islands.
  43. Monogenism : theory of human origins which posits a common descent for all human races. 
  44. Negrito : several diverse ethnic groups who inhabit isolated part of Southeast Asia and the Andaman Islands. They are the first inhabitants in the Malay Peninsula dates back 40,000 years
  45. Nusantarian Family: also called "Malayo-Polynesian" or Austrussian by Western Authors. Refer to Malayo-Polynesian (no.29) above. 
  46. Oceania : a geographic region that includes Australasia, Melanesia, Micronesia and Polynesia (eg: Australia & N.Zealand)
  47. Otto Dempwolff (1871 - 1938): a German linguist and anthropologist, was the first linguist to research Austronesian languages in depth using comparative methods.
  48. Out of New Guinea theory(published in 1965) - The proto-Malays are believed to be seafarers knowledgeable in oceanography and possessing agricultural skills. They moved around from island to island in great distances between modern day New Zealand and Madagascar, and they served as navigation guides, crew and labour to Indian, Arab, Persian and Chinese traders for nearly 2000 years. Over the years they settled at various places and adopted various cultures and religions.
  49. Out of Sundaland TheoryThe "Out of Sundaland" theory proposes that a unique and advanced civilization existed on the now-submerged Sundaland continent during the last Ice Age, and that this civilization was the origin of many subsequent cultures, including the Austronesian peoples. This theory is considered a fringe theory, as the widely accepted model for human origin is the "Out of Africa" theory.
  50. Out of Taiwan Theory: atttibuted to archaelogist Peter Bellwood and linguist Robert Blust > The "Out of Taiwan" hypothesis proposes that the Austronesian language family originated in Taiwan and subsequently spread to other islands in Southeast Asia and the Pacific. This theory is based on linguistic and archaeological evidence, suggesting a seaborne migration from Taiwan to these regions.
  51. Out of Yunan Theorynot a recognized or common phrase. However, "Yunnan" refers to a province in China, and "Yunan" is also an older, often oriental, name for Greece or the Ionia region in Anatolia (modern-day Turkey). The term "Yunan" is also associated with the theory about the origin of the Malay people, suggesting their ancestors migrated from Yunnan. The theory supported by R.H.Geldern, J.H.C.Kern, J.R.Foster, J.R.Logen, Slamet Muljana dan Asmah Hj Omar. 
  52. Paleolithic : also called the Old Stone Age, a period in human prehistory distinguished by the original development of stone tools that covers 99% of the time period of human technological prehistory.
  53. Perak Manthe name given to a remarkably complete prehistoric human skeleton discovered in Lenggong, Perak, Malaysia. Dating back 10,000 to 11,000 years, it is the oldest and most complete skeleton found in Southeast Asia from that period. The discovery, made in Gua Gunung Runtuh cave, has provided valuable insights into the lives of early humans in the region.
  54. Peter Bellwood:contends that the ancestors of the Austronesian language family originated in Taiwan, with a subsequent expansion into Island Southeast Asia and beyond. 
  55. Polygenism : theory of human origins which posits the view that the human races are of different origins (polygenesis). 
  56. Polynesia : a subregion of Oceania, made up of 1,000 islands scattered over the southern Pacific Ocean. The largest country in Polynesia is New Zealand. 
  57. Polynesian language: a subgroup of very closely related languages, originated in the area of Samoa as speakers of Austronesian languages spread into the islands of the South Pacific. 
  58. Pre-Proto-Austronesian People: located in the coastal regions of Southeastern China, specifically Fujian, close to the homeland of Proto-Kra-Dai in Guangdong. They are associated with the Yangtzean civilisation. 
  59. Proto-Austronesiana proto-language. It is the reconstructed ancestor of the Austronesian languages, one of the world's major language families. Proto-Austronesian is assumed to have begun to diversify c. 4000 BCE – c. 3500 BCE in Taiwan.
  60. Sino-Austronesian languages: or Sino-Tibetan-Austronesian is a proposed language family suggested by Laurent Sagart in 1990. He argued that the Austronesian languages are related to the Sinitic languages phonologically, lecically and morphologically. 
  61. Taiwan: birthplace of Austronesian languages, the Austronesian language family which originated in Taiwan, spans half the world from Madagascar to Easter Island. 
  62. Tanjung Tanah Manuscript: the oldest Malay language manuscript in the world
  63. Wilhelm Schmidt: the Austrian linguist and ethnologist coined the term 'Austronesian' from Latin auster 'South Wind' and Greek Î½á¿†ÏƒÎ¿Ï‚, "island" to refer to language family. 
  64. William Marsden : European explorers - he noted the connections between Southeast Asia, Madagascar and the Pacific Islands .
References:
5. Hj. Zulheimy Maamor - Note: The Austronesian People
6. Wikipedia - Austronesian People


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
22 July 2025: 9.06 p.m

NOTA - YAHUDI (JEWS)

Susunan: Hj Zulheimy Maamor
20 Julai 2025

  1. 12 Suku Bani Israel: The 12 Tribes of Israel > Reuben, Simeon, Levi,Yehuda, Dan, Naftali, Gad, Asher, Isakhar, Zebulon, Yusuf dan Benjamin. Mereka adalah keturunan dari 12 anak laki-laki Nabi Yaakub (Israel). Kini yang tinggal 2 suku sahaja iaitu Yehuda dan Benjamin. 
  2. Alhambra Decree: dikeluarkan pada 31 Mac 1492 oleh pemerintah Katolik Sepanyol, Isabel I dari Castilla dan Fernando II. Dekri ini memerintahkan pengusiran orang Yahudi dari Sepanyol dan wilayah-wilayahnya. Dekri ini dimansuhkan secara rasmi pada 16 Disember 1968,selepas Majlis Vatican kedua. 
  3. Ashkhenazi: Orang Yahudi dari Eropah Timur dan bahasa rasmi mereka adalah bahasa Yiddish. Yahudi yang menyokong Zionisme adalah kebanyakannya berketurunan Yahudi Ashkhenazi. Mereka bukan keturunan Bani Israel (Nabi Yaakub a.s), mereka bangsa Khazar dari Rusia yang memeluk agama Yahudi. 
  4. Bani IsraelKaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Kini Suku Bani Israel asalnya ada 12 suku hanya tinggal 2 iaitu Yehuda dan Benyamin, manakalan 10 lagi dianggap sebagai Bani Israel yang hilang. Istilah Bani Israel disebut sebanyak 41 kali pada 16 surah Al Quran.  
  5. Bar Mitzvah: Undang-undang Yahudi menyatakan bahawa kanak-kanak berusia 13 tahun sudah memasuki alam dewasa. Mereka diarahkan untuk membaca Taurat buat kali pertama. 
  6. Bene Ephraim: Yahudi Telugu > datang ke timur Andhra Pradesh sekitar tahun 1981. 
  7. Bene Israel: Kelompok Yahudi yang tiba di Maharshtra, India kira-kira 2,100 tahun lampau. 
  8. Beta Israel: dikenali juga Yahudi Ethiopia, berasal dari Ethiopia dan mendakwa sebagai keturunan Menelik I (anak Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis.
  9. Black Hebrew Israelites (Amerika Syarikat): bukan berasal dari keturunan Yahudi mengikut hukum Agama.Mereka percaya bahawa orang Afrika-Amerika (Negro) adalah keturunan sebenar 12 suku Israel yang hilang.  
  10. Bnei Menashe: Kelompok Yahudi suku Miza dan Kuki di Manipur dan Mizoram, India. Mereka mendakwa mereka keturunan Menasseh, salah satu daripada 10 suku Yahudi yang hilang. 
  11. Bris : berkhatan > kanak-kanak lelaki Yahudi akan dikhatan pada hari kelapan selepas dilahirkan sebagai tanda memperingti kesetiaan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah. Kanak-kanak itu akan diberi nama pada hari tersebut. 
  12. Crypto-Jews: Yahudi Tersembunyi - kumpulan ini wujud abad ke-15 di Sepanyol dan Portugas dimana ramai orang Yahudi dipaksa memeluk agama Kristian. Mereka ini mengamalkan ajaran Kristian secara luaran untuk menyelamatkan diri, tetapi secara rahsia mereka masih mengamalkan ritual Yahudi. 
  13. Deklarasi Balfour 1917: diadakan pada 2 November 1917, kenyataan rasmi dasar Kerajaan British yang menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. 
  14. Der Judenstaat: bermaksud 'Negara Yahudi' karya Theodor Herzl menyeru ke arah pembentukan negara Yahudi, diterbitkan pada tahun 1896. 
  15. Freemason: sebuah organisasi Yahudi yang didirikan sejak lebih kurang 900 S.M.
  16. Gemara: merupakan Mishnah yang disajikan dalam bahasa Aramaic dan Ibrani (Hebrew). 
  17. Ghoyyim: semua bangsa yang bukan Yahudi disebut sebagai Ghoyyim atau Gentile yang disedarjatkan dengan Keldai. 
  18. Haikal Sulaiman: Solomon Temple > pihak Zionis meyakini Haikal Sulaiman merupakan pusat bagi seluruh kepercayaan dan pemerintahan segala bangsa. Mereka berusaha untuk membina semula Solomon Temple yang telah dihancurkan oleh pasukan Romawi yang menyerang Jerusalem. 
  19. Hanukkah: perayaan ini disambut selama 8 hari. Penganut Judaisme akan menyalakan lilin setiap malam. Pada malam kelapan, mereka akan menambah satu lilin yang digelar 'Shammash'. Perayaan ini sambut bagi memperingati tentera Israel Purba, yang diketuai Judah Maccabae ketika menentang tentera Syria-Greek pada tahun 165 S.M. yang membawa kepaa penubuhan Haikal kedua. 
  20. Haskalah: gerakan intelektual pencerahan Yahudi, dipelopori oleh Moses Mandelssohn. Tujuan utama ialah penyesuaian antara kehidupan Yahudi dengan dunia moden daripada pembebasan politik dan sosial untuk umat Yahudi. 
  21. Hebrew: Didalam bahasa Arab ianya dikenali dengan perkataan 'Ibrani' yang bermaksud 'menyeberang'. Secara ringkas, Hebrew merujuk kepada Bahasa kuno yang pernah dituturkan di Israel dan Yudea (sekitar 1200 hingga 586 S.M)
  22. Hesronot: Manuskrip bahan kesusasteraan Yahudi. 
  23. Israel: gelaran kepada Nabi Allah Ya'aqub a.s. Israel berasal dari kalimah Ibrani (Hebrew) yang bermaksud 'Kamu mengalahkan Tuhan'. 
  24. Judaisme: agama bangsa Yahudi. Judaisme menyatakan agama mereka merupakan agama pertama yang menyembah Tuhan yang satu (monotisme). Bagi mereka bangsa Yahudi merupakan 'bangsa terpilih' seperti yang terkandung dalam perjanjian antara Allah dengan Nabi Ibrahim a.s. 
  25. Kabbalah : falsafah agama yang bersifat rahsia dan dipegang teguh oleh pendeta Yahudi. Ia juga adalah suatu amalan mistik atau kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat Yahudi di dalam Judais. 
  26. Ketuvim: Kitab Penulis > disusun daripada ayat-ayat keagamaan dan kata-kata hikmah yang terdiri daripada Psalms, Proverbs, Job (Nabi Ayub a.s), Song of Songs, Ecclesiastes, Ruth, Esther, Lamentations, Daniel (Nabi Danial a.s.) Ezra (Nabi Uzair a.s.) Nehemiah dan Chrocnicles. 
  27. Kosher: atau Kashrut bermaksud 'makanan suci'. Menurut kepercayaan Yahudi, makanan dianggap suci jika persediaannya mengikut cara-cara yang diajar dalam kitab Taurat. Ianya lebih kurang sama dengan konsep 'Halal' dalam Islam.
  28. Labor Zionism: Zionis Sosialis > berasal dari Eropah Timur. Fahaman yang paling terkenal sebelum tahun 1977 dimana pada tahun ini Parti Buruh Israel dikalahkan. 
  29. Lemba: (Afrika Selatan & Zimbabwe) - mereka mendakwa berasal daripada keturunan Yahudi dari Yaman. 
  30. Liberal Zionism: Fahaman Zionis Liberal > ideologi dominan bermula pada Kongres Zionis pertama pada tahun 1897. Fahaman ini mengasaskan pemikiran prinsip pasaran bebas, demokrasi dan keadilan sejagat. parti Kadima merupakan parti yang menganut fahaman ini. 
  31. Melkisedek: atau Raja Sadek yang bermaksud ' Raja Kebenaran', adalah Raja Salem (Jerusalem). Menurut kitab Kejadian, Raja Sadek ini merupakan Imam Allah yang paling tinggi
  32. Meyer: Nama Meyer paling sinonim dengan sejarah Singapura. Sir Manasseh Meyer (1846-1927) merupakan Yahudi Baghdad yang berpindah dari Calcutta ke Singapura. 
  33. Mishnah : Bahagian dari Talmud, merupakan hukum-hukum lisan Yahudi dari Mazhab Farisi yang dibahaskan dalam Tanakh sekitar 70 - 200 SM. 
  34. Mizrahi: Yahudi berasal dari Timur Tengah (Iraq, Iran dan Yaman)
  35. Mossad: Ha-Mossad le-Modi'in ule'Tafjudun Neyuhadim > Agensi perisik Israel, ditubuhkan pada 13 Disember 1940. 
  36. Nationalist Zionism: Zionis Kebangsaan > diketuai oleh Revisionis Zionis, Jabotinsky. Tujuan penubuhannya adalah supaya Israel digeruni oleh bangsa dari negara Arab. 
  37. Neturie Karta: Sebuah organisasi Yahudi Ortodoks yang anti Zionis
  38. Nevi'im : Kitab Nabi-Nabi > terdiri daripada Joshua (Yusha'), Judges (Hakim-hakim), Samuel (dua buah), Kings (Raja-raja, 2 buah)Isaiah, Ezekiel (Nabi Zulkifli a.s), Jeremiah, Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum, Habakkuk, Zephaniah, Haggai, Zechariah (Nabi Zakaria a.s.) dan Malachi. 
  39. Old Testament: atau Kitab Perjanjian Lama ialah kitab suci kaum Yahudi dan Kristian. Ia terkandung dalam Bible bahagian pertama. 
  40. Parti Kadima: ditubuhkan pada 24 Novmeber 2005, diasaskan oleh Ariel Sharon. 'Kadima' adalah bahasa Ibrani bermaksuk 'Kehadapan'. 
  41. Parti Likud: diasaskan oleh Menachem Begin pada tahun 1973, sebuah parti politik berhaluan kanan Israel. 
  42. Passover: perayaan selama 8 hari bagi memperingati pembebasan Israel daripada kepungan Mesir. 
  43. Pentateuch: Kitab syariah > dikenali sebagai Kitab Nabi Musa a.s. yang lima. Juga dinamakan sebagai Taurat (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy). 
  44. Purim: perayaan ini disambut bagi memperingti kejayaan Yahudi menggagalkan plot pembunuhan oleh penasihat Raja Parsi, Raja Ahasuerus sekitar abad ke 5. 
  45. Rabbi Yehuda Hanasi : Putera Judah > Rabbi Yahudi abad ke-2 Masehi. Menurut Kitab Talmud, beliau merupakan keturunan Nabi Daud a.s. 
  46. Religious Zionism: Zionis Keagamaan > diwujudkan oleh Rabbi Abraham Isaac, ketua Rabbi Pertama Palestine dan anaknya Rabbi Zevi Judah Kook pada 1920an. Fahaman ini berperanan sebagai penghubung antara Yahudi Konservatif (Ortodoks) dan Yahudi Sekular. 
  47. Rosh Hashanah: Sambutan Tahun Baru Yahudi > orang Yahudi akan bercuti dan perayaan dimulai dengan tiupan tanduk biri-biri jantan pada permulaan 10 hari dan berakhir semasa Yom Kippur. 
  48. Sabbath: merupakan penghulu segala hari bagi penganut Judaisme dan berlaku pada hari Sabtu. Mereka tidak akan melakukan sebarang aktiviti pada hari tersebut. 
  49. Sephardi : orang Yahudi yang berasal dari Semenanjung Iberia (kini Portugal dan Sepanyol). 
  50. Shavout: Perayaan yang disambut selamat 2 hari. Penganut Judaisme akan bercuti pada hari tersebut denga pengisian serta perbincangan mengenai permasalahan agama. Perayaan ini turut dirakam bagi memperingati penganugerah Taurat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s di Bukit Tursina (Sinai). 
  51. Simchat Torah: disambut sehari selepas perayaan Sukkot tamat. Ia merupakan satu ritual yang dilakukan setelah menamatkan pengajian Taurat. 
  52. Sukkot: perayaan yang dirayakan selama 8 hari. Mereka akan membina binaan pondok (sukkah) yang menyerupai binaan kaum Yahudi semasa saat dibuang di Padang Pasir Sinai selama 40 tahun. 
  53. Tabut:bermaksud kotak, peti atau keranda. Disebut juga dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 248. Tabut adalah kotak yang terpelihara terkandung didalamnya kitab Taurat. 
  54. Talmud: diturunkan melalui hafalan seperti hadis Nabi, tetapi tidak dinasabkan kepada Nabi Musa a.s. Terdapat 2 edisi Talmud iaitu Talmud Yerushalmi (Jerusalem) dan Talmud Balvi (Babylon). 
  55. Tanakh: Kitab Suci Agama Yahudi. Perkataan 'Tanakh' diambil daripada huruf awal nama tiga kitab suci Yahudi iaitu Taurat, Nevi'im dan Ketuvim
  56. Taurat : wahyu samawi bertulis yang diterima Nabi Musa a.s. daripada Allah s.w.t. 
  57. The Thirteen Tribe: Buku sejarah Yahudi yang ditulis oleh Arthur Koestler. Buku ini dikecam oleh bangsa Yahudi dan dianggap sebagai hoax (bohong). 
  58. Treifah: Penyediaan makanan yang tidak mengikut hukum Yahudi, merujuk kepada binatang yang disembelih dengan cara yang salah. 
  59. Western Wall: Tembok Meratap atau Tembok Barat Yahudi > dianggap suci oleh kaum Yahudi. Ia adalah sisa tinggalan dinding Haikal Sulaiman yang dibangunkan oleh Raja Solomon yang terletak di tengah-tengah di antara Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Sakrah (Dome of the Rock)
  60. Yahudi : dikenali juga dengan Suku Israel dan Bani Israel merujuk kepada anak-anak lelaki Yaa'kub a.s, bapa bangsa Israel, juga cucu kepada Ibrahim a.s. Manakala Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bernama Yahouza (Yehuda). Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s.
  61. Yahudi Baghdadi: Kelompok Yahudi yang tiba di Mumbai, India dari Iraq, Iran, Afghanistan dan negara-negara Arab sekitar 250 tahun lampau. Tokoh utama ialah David  Sassoon (1792-1864). 
  62. Yahudi Cochin (Malabari): Tiba di India sekitar 562.S.M. tinggal di Cochin, Kerala sebagai pedagang. Apabila Jerusalem dihancurkan oleh tentera Romawi pada 70 Masehi, bilangan pendatang Yahudi bertambah di Cochin, India.
  63. Yahudi Diaspora: merujuk kepada orang Yahudi yang merantau dan meninggalkan tempat asal mereka. 
  64. Yahudi Hasidic: atau Hasidisme adalah satu cabang Yahudi Ortodoks yang mengangkat aspek kerohanian melalui popularisasi dan penghayatan kebatinan Yahudi sebagai aspek asas agama. Diasaskan oleh Rabbi Israel Baal Shem Tov. 
  65. Yahudi Hebrew: berpegang kepada 24 sifr (kitab) yang mereka yakin ianya diwahyukan. 
  66. Yahudi Helenis: kaum Yahudi yang berasimilasi dengan budaya Yunani sehingga ajaran agamanya juga bercampur. 
  67. Yahudi Hybrid: Yahudi yang bercampur dengan kaum lain. 
  68. Yahudi Kaifeng: atau Yahudi Yow Tai - komuniti Yahudi tertua dan paling terkenal di China yang menetap di bandar Kaifeng, Wilayah Henan. 
  69. Yahudi Maccabean: Yahudi Makabi - merupakan kelompok pemberontak Yahudi yang mengambilalih daerah Judah serta berjaya meluaskan wilayah Tanah Israel (Eretz Yisrael) serta mengurangkan pengaruh Helenisme. Pemberontakan berlaku sekitar 167 - 160 SM. 
  70. Yahudi Samiri: mempunyai Taurat yang khusus yang dikenali sebagai 'Taurat Samiri'. Sebahagiannya pula 2 lagi Kitab iaitu Kitab Yusha' (Joshua) dan Kitab Hakim-Hakim. 
  71. Yahudi Taurat: penganut yang berpegang teguh dengan Judaisme (agama Yahudi) berpandukan Taurat dan Perintah Tuhan. Mereka menentang kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis kerana tindakan Zionis bertentangan dengan ajaran Taurat. Yahudi Taurat tidak mengiktiraf puak Zionis.
  72. Yahudi Zealots: Yahudi ekstremis yang melakukan pemberontakan Yahudi pertama pada tahun 66 M. 
  73. Yom Kippur: Hari paling suci dalam kalendar Yahudi dan disebut sebagai 'Hari Penebusan Dosa'. Pada hari penganut Judaisme akan bercuti dan berpuasa sepanjang hari. 
  74. Z Street: ditubuhkan oleh 2 orang Yahudi Zionis iaitu Lori Lowenthal Marcus dan Allyson Rowen Tayler. Ia merupakan kumpulan Yahudi yang menggelarkan diri mereka penyokong kuat kepada penubuhan dan kedaulatan Israel yang dijanjikan. 
  75. Zera Yisrael: Benih Israel - mereka yang mempunyai darah Yahudi tetapi tidak dianggap Yahudi mengikut hukum agama sepenuhnya. 
  76. Zionisme: berasal daripada perkataan 'Bukit Zion', iaitu tapak paling suci dalam agama Yahudi. Dipercayai Bukit Zion adalah tapak Haikal Sulaiman (Solomon Temple). Ditubuhkan oleh Theodor Herzl pada 1897 di Basel, Switzerland. 
Perbezaan antara Yahudi, Israel dan Zionis

IstilahMerujuk KepadaContoh
YahudiAgama / KeturunanSeseorang di New York yang beragama Judaism.
IsraelWarganegaraSeorang Arab yang tinggal di Tel Aviv dan memegang pasport Israel.
ZionisIdeologi / PolitikSeseorang (Yahudi atau bukan) yang percaya tanah tersebut mesti menjadi negara Yahudi.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 22 Julai 2025: 12.05 a.m

Sunday, 20 July 2025

Serangan pertama Portugis gagal tawan Melaka

Oleh Megat Hisemudin Megam Kasim
Melaka Dulu-Dulu : 20 Julai 2025

Ketika Afonso de Albuquerque mengaturkan orang-orangnya untuk menyerang bandar Melaka, satu keputusan konsensus telah dicapai antara para kapten Portugis bahawa kaedah terbaik ialah dengan membuat serangan dari darat. Afonso de Albuquerque sendiri akan mengetuai satu skuadron untuk menyerang jambatan yang menghubungkan tebing Sungai Melaka bersama dengan kapten Duarte de Silva, Jorge Nunes de Leao, Simao de Andrade, Aires Pereira, Joas de Sousa, Antonio de Abreu, Pero de Alpoem, Dinis Fernandes de Melo, Nuno Vaz de Castelo Branco, Simao Matins dan Simao Alfonso.
Satu lagi skuadron akan menyerang bandar Melaka di mana terletaknya masjid agong yang berhampiran dengan istana Sultan. Skuadrron ini diketuai oleh D. Joao de Lima, Fernao Peres de Andrade, Bastiao de Miranda, Gasper de Paiva dan Jaime Pereira Teixeira. Untuk tugasan menawan jambatan yang diketuai oleh Afonso sendiri, satu kumpulan akan segera mengepong jambatan dan kumpulan yang lainnya ditugaskan untuk melindungi jambatan daripada serangan balas pihak Sultan. Ini kerana jalan utama di dalam bandar adalah menuju ke jambatan dan tentunya tentangan dari pihak Sultan akan tertumpu di sini.
Pedagang-pedagang China melihat bahawa bandar ini akan jatuh ke tangan Portugis maka telah menawarkan bantuan untuk urusan pendaratan tentera kerana mereka telah dikhianati oleh Sultan. Ini kerana pada ketika itu Sultan Melaka mengadakan majlis perkahwinan puterinya dengan putera Sultan Pahang dengan penuh gilang gemilang yang dihadiri oleh Sultan Pahang sendiri. Sultan Melaka telah mengambil banyak barang-barang dari pedagang-pedagang China tetapi tidak membayar harganya. Sudah tentulah ianya dalam nilaian yang tinggi untuk satu majlis yang besar kerana hampir semua barang-barang keperluan di Melaka adalah dibekalkan oleh pedagang-pedang asing.
Inilah yang membuatkan para pedagang China amat marah kepada Sultan dan tidak meninggalkan pelabuhan. Kerana mereka harus pulang ke China dengan membawa muatan barangan lain pula yang dibeli dari pedagang lain. Kerana Melaka adalah sebuah pelabuhan entreport yakni yang menemukan pelbagai barangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang China, kepulauan Maluku, Jawa, Sumatera, Pegu (Mynmar), India dan Arab.
Afonso de Albuquerque mengucapkan terima kasih kepada pedagang-pedagang China atas kesudian mereka untuk membantu pendaratan tentera Portugis namun tidak mahu mereka terlibat secara langsung. Bagaimanapun Afonso de Albuquerque bersedia untuk menerima dipinjamkan jong-jong China bagi mendaratkan angkatan tenteranya. Akhirnya jong-jong China telah digunakan untuk pendaratan tentera Portugis dengan kendalian mereka sendiri. Dikatakan pedagang-pedagang China juga telah mendapat habuan atas kerjasama ini bagi menggantikan kerugian ke atas barangan yang diambil oleh Sultan.
Sehari kemudiannya mereka bercuti di hari memperingati St. James, 12 daripada pengikut setia Jesus Christ di mana tiupan trumpet dimainkan di semua kapal-kapal. Kemudiannya setelah menerima arahan maka angkatan Portugis telah melakukan pendaratan. Berdasarkan carian internet, hari St. James ialah pada 25 Julai bagi orang-orang Kristian di barat maka tarikh Melaka diserang Portugis diyakini pada 26 Julai, 1511. Bermakna telah 26 hari armada Portugis berada di Melaka barulah berlaku serangan Portugis secara besar-besaran.
Skuadron yang bersama Afonso de Albuquerque telah berjaya merampas jambatan setelah bedilan meriam bertalu-talu di arahkan ke jambatan. Kedua-dua pihak antara tentera Portugis dan orang-orang Melaka telah bertempur secara berdepanan dari dua lokasi iaitu di jambatan dan dalam bandar Melaka. Pertempuran berterusan di jambatan yang mana di pihak Sultan diketuai oleh Tuan Bandar. Dalam catatan Portugis menulis, “….. much fighting, hand-to-hand and steel against steel”. Bermakna kedua-dua pihak menggunakan pedang dan tombak atau lembing untuk beradu kekuatan.
Akhirnya tiga orang kanan Sultan telah terkorban termasuk Tuan Bandar. Dalam catatan ini menyebut Tuan Bandar ialah seorang Benggali yang mempunyai kebijaksanaan dan licik. Dalam mempertahankan jambatan, putera Sultan, Alauddin dan adik iparnya iaitu putera Sultan Pahang yang baru berkahwin dengan puteri Sultan Melaka telah berjuang di jambatan habis-habisan yang menyebabkan pertempuran merebak hingga jauh ke jalan-jalan. Orang-orang Melaka pula telah menyerang tentera Portugis dari sebelah sisi.
Skuadron yang melindungi Sultan terdiri dari 700 anggota yang disusun dengan penuh persenjataan dan bergajah. Malah dua ekor gajah digunakan khas untuk melindungi Sultan. Mereka yang terlibat dalam pertempuran di lain-lain tempat juga berkejaran menuju ke skuadron Sultan untuk membantu mempertahankan Sultan. Tentera yang menaiki gajah duduk dalam satu “rengga” iaitu satu struktur kayu tempat duduk di mana mereka menggunakan senjata anak panah.
Tentera Portugis menerima tentangan hebat dari orang-orang Melaka melalui sebelah sisi lalu membahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan bertempur dengan skuadron putera Sultan, Alauddin manakala yang lainnya cuba untuk menghentikan serangan dari skuad bergajah dengan menggunakan lembing. Dua ekor gajah cedera lalu rebah disebabkan terkena balingan lembing yang kemudiannya bangkit kembali dan berlari laju tanpa arah tanpa dapat dikesan oleh tentera Portugis. Sultan pula melihatkan gajah-gajahnya sendiri yang lari dan berundur ke jalan-jalan yang lain untuk mengelakkan pertempuran namun masih mengharapkan untuk membuat serangan dari sisi.
Tentera Portugis membiarkan saja gajah-gajah itu lari ketakutan tetapi kemudiannya mereka mengejar dengan membalingkan lembing ke arah gajah-gajah itu. Akhirnya gajah-gajah ini dapat melepasi kepungan tentera Portugis dan lari ke jalan-jalan yang lain. Tentera Portugis membiarkan saja kerana tugas terpenting ialah untuk menjaga jambatan yang telahpun ditawan sebelum itu.
Ketika angin laut mula bertiup, Afonso de Albuquerque telah mengarahkan Gasper de Palva dan Simao Martins dengan membawa 200 orang askar membakar rumah-rumah yang terletak di kedua-dua tebing Sungai Melaka berhampiran dengan jambatan. Rumah-rumah ini mudah terbakar dalam masa yang singkat kerana diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun nipah ditambah dengan tiupan angin laut.
Ini kerana askar-askar Portugis menerima tentangan daripada orang-orang Melaka yang berlindung di rumah-rumah ini dengan menggunakan anak panah dan buluh sumpitan. Tambahan dengan membakar rumah-rumah ini akan memberikan pandangan yang lebih luas kepada askar-askar Portugis. Selepas saja askar-askar Portugis membakar rumah-rumah ini, mereka juga memusnahkan gudang-gudang yang menempatkan barang-barang dan sebahagian daripada masjid.
Begitu juga sebuah rumah yang baru dibina dengan terdapatnya roda pada rumah tersebut dan digunakan semasa majlis perkahwinan puteri Sultan juga telah dimusnahkan. Dipercayai ia merujuk kepada sebuah kenderaan yang dibuat menyerupai sebuah rumah yang mempunyai roda dan ditarik oleh gajah. Adalah menjadi kebiasaan pengantin diarak sedemikian tambahan pula pengantin diraja. Keluasan kenderaan ini mungkin boleh memuatkan sebilangan tetamu termasuk Sultan Pahang.
Namun ia digambarkan oleh Pieter Van Der Aa dalam lukisannya di tahun 1706 dengan lebih sensasi sebagai, "royal carriage of thirty wheels pulled by twelve elephants". Ia juga berdasarkan tulisan Fernao Lopez de Constanheda dan catatan anak kepada Alfonso de Abuquerque sendiri yang mengumpulkan banyak maklumat selepas kematian Afonso de Albuquerque. Berdasarkan lukisan inilah terdapatnya catatan dalam buku-buku sejarah mengatakan ia sebuah "istana bergerak" padahal ia hanyalah kenderaan yang digunakan untuk mengarak pengantin diraja.
Pertempuran berakhir dua jam selepas tengahari dengan orang-orang Melaka berterusan menyerang dari kedua-dua belah jambatan. Orang-orang Portugis juga keletihan tetapi tiada masa untuk berehat dengan mengorek parit untuk dijadikan pertahanan di sekitar jambatan.
Askar-askar Portugis telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan tanpa sebarang penghargaan selepas berperang dengan orang-orang Melaka. Maka pada sebelah petangnya Afonso de Albuquerque telah membenarkan askar-askarnya memindahkan barang-barang daripada dua buah gudang Sultan yang mana telahpun dimusnah sebelum itu. Ianya berakhir sehingga senja untuk memindahkan barang-barang ini ke kapal mereka.
Orang-orang Portugis juga bimbang kemungkinan orang-orang Melaka akan menyerang mereka dengan rakit-rakit yang dibakar ke arah kapal-kapal Portugis menjelang air pasang di waktu malam. Dengan catatan ini mengesahkan bahawa Melaka ketika itu tidak mempunyai angkatan laut, apatah lagi yang disebut memiliki kapal tempur Mendam Berahi yang dikatakan mirip kapal ghali.
Sebelum berundur ke kapal, bilangan orang-orang Portugis yang cedera di hari pertama pertempuran ialah 70 orang yang kebanyakannya disebabkan oleh racun anak panah dan buluh sumpitan. Kemudiannya 12 orang daripada mereka telah meninggal dunia. Tidak diketahui angka korban dan cedera di pihak Sultan Melaka. Sultan Pahang yang sebelum itu datang ke Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan puteranya dengan puteri Sultan Melaka telah bergegas pulang dengan gajahnya.
Ditulis oleh:
Megat Hisemudin Megat Kasim

Copy and paste:
20 Julai 2025: 8.24 p.m