Oleh: SharifahFaizurah Albukhari
PUSAKA NUSANTARA OFFICIAL ORI (PNOO)
10 Ogos 2025
Salah!
Hakikatnya, istilah ini adalah istilah dalam politik dan sejarah yang berakar jauh sebelum Malaysia wujud merangkumi lebih 60 etnik dari Perlis sampailah ke Sabah.
Bhลซmi (bumi) + Putra (anak) dari bahasa Sanskrit.
Maksudnya: Anak Bumi, pewaris asal tanah ini.
Di Malaysia, istilah ini diiktiraf dalam perlembagaan dan undang-undang negeri.
Jadi, siapa yang dalam Keluarga Bumiputera?
1) Melayu (Semenanjung)
Orang Melayu seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan:
Beragama Islam. Bertutur dalam bahasa Melayu secara lazim. Mengamalkan adat Melayu. Lahir di Persekutuan atau Singapura sebelum 31 Ogos 1957, atau anak kepada seorang yang memenuhi kriteria tersebut.
Gabungan dari pelbagai sub-etnik Nusantara:
Melayu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Bugis, Jawa, Minang, Banjar, Rawa, Mandailing dan lain lain lagi.
2) Orang Asli (Semenanjung)
Warisan prasejarah, wujud ribuan tahun sebelum kedatangan Melayu Austronesia seperti:
Orang Negrito - (Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, dan Bateq. Mereka mendiami kawasan sekitar Banjaran Titiwangsa, terutamanya di utara semenanjung Malaysia.)
Orang Senoi - (Semai, Temiar, Jah Hut, Semoq Beri, Mah Meri, dan Che Wong)
Proto-Melayu - (Temuan, Jakun, Semelai, Kanak, Kuala, dan Seletar)
3) Bumiputera Sabah
Lebih 30 etnik, setiap satunya ada bahasa dan adat unik:
Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Rungus, Bisaya,
Lundayeh, Suluk, Orang Sungai, Tagaas, Brunai,
Bugis, Cocos,Kadayan,Idaan, Dumpas, Kimaragang, Lotud, Sonsogon, Kiram, Keningau
Tambanuo, Kuamut,Paitan, Sinobu, Sangau, Tidong, Orang Ulu, Bisaya.
4) Bumiputera Sarawak
Bumi kenyalang dengan 27+ etnik:
Iban (Dayak Laut), Bidayuh (Dayak Darat), Melanau, Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Berawan) Melayu Sarawak, Kedayan, Bisaya,Lahanan,Sekapan,Kejaman,Punan,Baketan,Ukit,Sihan,Tagal,Tabun,Saban,Lisum,Longkiput,Kadazandusun Murut.
5) Tambahan - Etnik Siam, Komuniti Peranakan & Orang Laut
Etnik Siam (Thai tempatan):
Telah menetap di utara Semenanjung sejak zaman kerajaan purba seperti Langkasuka (abad ke-2–15), Ligor (Tambralinga, abad ke-10–13), dan di bawah pengaruh Ayutthaya (abad ke-14–18) juga sebelum perjanjian siam 1909.
Mereka mempunyai hubungan sejarah, budaya dan perkahwinan campur berabad sebelum sempadan Malaysia dan Thai moden ditetapkan.
Diiktiraf sebagai Bumiputera bukan Melayu di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis.
Komuniti Peranakan:
Termasuk Peranakan Serani , Baba Nyonya dan Chitty Melaka. Mempunyai budaya, bahasa kreol, dan adat istiadat unik.
Diiktiraf sebagai Bumiputera di negeri-negeri tertentu seperti Melaka dan Negeri Sembilan.
Orang Laut (Bajau Laut & Komuniti Pesisir):
Komuniti pelaut dan nelayan tradisional di pesisir Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan lain.Hidup nomad laut dengan adat dan bahasa tersendiri. Termasuk dalam kategori Bumiputera di negeri-negeri tersebut.
Bumiputera bukan sekadar satu kaum, tapi sebuah keluarga besar dari pelaut Bajau Laut di perairan timur Sabah, pemburu Batek di Taman Negara, penoreh getah Melayu Banjar di Perak, hingga pahlawan Iban di hulu Batang Rajang.
Mereka semua adalah anak bumi yang mencorak wajah Malaysia.
No comments:
Post a Comment