Tuesday, 31 December 2024

MISTERI VILLA NABILA

Sumber: Malaysia Ku Dulu Dulu

Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang telah lama menjadi bualan masyarakat JB. Dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.
Tiada sumber rasmi yang mengisahkan tentang individu bernama Nabila ini dan keluarganya. Tetapi kebanyakkan penduduk akan bercakap tentang cerita yang hampir sama tentang Villa Nabila. Menurut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakan berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.
Dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
Kini banglo tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar dan lebih kelihatan menyeramkan dan misteri. Ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. Ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar dan ada yang sebaliknya tetapi di ganggu pula oleh makhluk halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
Apa pun kisah yang berkisar tentang Villa Nabila itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui kebenarannya. Oleh itu, janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui perkara yang sebenar. Kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan berniat serong. Ini kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut "berminat" dengan anda.
Berikut adalah beberapa versi daripada kisah Villa Nabila ini :
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .
Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya.
Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut.
Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Copy and paste:
31/12/2024: 11.34 p.m

RUMAH SEWA RM50 SEKSYEN 2 SHAH ALAM

Sumber: Misteri Benua Asia MY

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak sedap.
Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh.
Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310
SUMBER GOOGLE.
Copy and paste:
31/12/2024: 11.28 p.m

KISAH HOSPITAL LADY TEMPLER

Sumber: Misteri Benua Asia MY

06.08.2017 @ Ahad
kisah hospital Lady Templer
Kira-kira sepuluh tahun lalu saya berbual kisahkisah misteri dengan seorang sifu qigong bernama Master Wee. Kata Master Wee, dia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu serta roh orang mati.
Sebagai wartawan, saya bertanya kepada Master Wee, di manakah tempat paling berhantu di Lembah Klang? Lalu disebutkannya satu persatu, antaranya sebuah hospital yang besar dan terkenal.
Master Wee turutm mendakwa dirinya boleh nampak roh-roh mundarmandir di tepi jalan di hadapan hospital itu. Adakalanya roh itu mengganggu kenderaan yang lalu lalang hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
“Biasalah… hospitalkan tempat orang mati. Roh mereka ini ada yang tidak aman. Ia berkeliaran di situ,” begitulah cerita dan pendapat Master Wee dalam konteks kepercayaan bangsanya. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Hospital mana, maaflah ya. Nanti ada yang takut pula.
Sebuah lagi hospital yang dikatakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.
Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.
Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat hospital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.
Sejak penutupan hospital tersebut, diceritakan banyak kisah misteri berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.
Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti memburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh berjaya mereka kesan.
TANGISAN MISTERI
Sebenarnya, bukan saja di negara kita, kisah hospital berhantu juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Salah satunya adalah Hospital Jiwa Sai Ying Pun, di Hong Kong. Dibina pada 1892, hospital ini pernah digunakan sebagai kuarters jururawat. Ia kemudian ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan menggunakannya sebagai tempat seksaan para tawanan perang. Banyak nyawa terkorban di sini.
Hospital Sai Ying Pun dijadikan hospital mental pada 1947 hingga 1961 dan seterusnya menjadi pusat rawatan psikiatri sehingga 1971. Selepas ditutup, masyarakat setempat sering terdengar suara wanita menangis serta bunyi dentuman yang menakutkan dari dalam bangunan tersebut.
Mereka juga sering terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan, jelmaan seorang lelaki di tingkat dua yang kemudiannya tiba-tiba terbakar serta kelibat-kelibat aneh berkeliaran pada waktu malam.
Hospital Nocton Hall di Engand pula asalnya merupakan kediaman mewah pembesar negeri. Ia kemudian digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai hospital tenteranya semasa Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, hospital lama itu dibiarkan terbengkalai mulai 1995 ekoran berlaku kebakaran yang menyebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Pelbagai kejadian misteri berlaku di sini. Antara yang paling kerap dilihat adalah kelibat seorang gadis berkeliaran di dalam bangunan itu sambil menangis teresak-esak dengan suara yang amat sayu. Ramai yang mengadu mereka akan terjaga pada pukul 4.30 pagi dan melihat si gadis menangis di hujung katil.
Dikatakan gadis itu adalah bekas seorang pekerja di hospital berkenaan yang telah dirogol dan kemudian dibunuh oleh anak lelaki pemilik Nocton Hall sebelum ia dijadikan hospital tentera.
Hospital Royal Hope di Florida, Amerika Syarikat (AS) dibina pada 1784. Ia dijadikan hospital tentera Sepanyol sehingga 1821, sebelum diruntuhkan atas sebab-sebab tertentu. Sebuah bangunan baru kemudiannya dibina menjadi rumah kediaman mangsa-mangsa Perang Seminole, tetapi ketika kerja-kerja pemasangan paip dilakukan, para pekerja mendapati bangunan tersebut rupa-rupanya dibina di atas tanah perkuburan masyarakat asli Amerika.
Dikatakan ramai yang terdengar suara rintihan dan jeritan dari bilik-bilik kosong di situ. Pada waktu yang lain, katil tiba-tiba bergerak sendiri, teko air menggelongsor di atas lantai dan meja, serta kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam bilik kosong.
KEJADIAN ANEH
Satu lagi hospital yang disenaraikan sebagai antara paling berhantu di dunia adalah Hospital Whittingham, di Preston, Lancashire, England. Dibuka pada 1873, ia merupakan hospital mental terbesar di England pada ketika itu.
Banyak kejadian aneh berlaku di sini. Dikatakan banyak kali berlaku pesakit tiba-tiba terkunci di dalam sebuah bilik kecil di bawah tangga dan di dalam bilik air.
Paling menakutkan adalah rambut pesakit ditarik “sesuatu” dan leher mereka dijerut dengan tuala basah hingga tidak sedarkan diri.
Ada pihak mengaitkan kejadiankejadian misteri ini dengan peristiwa seorang pesakit tua yang mati disembelih oleh seorang jururawat.
Namun begitu, barangkali daripada sekian banyak hospital berhantu di dunia ini, yang paling misteri adalah Waverly Hills Sanatorium, di Louiseville, Kentucky, AS. Hospital yang dibina pada 1908 ini asalnya digunakan sebagai pusat rawatan pesakit batuk kering yang merebak ketika itu.
Ramai yang meninggal dunia ketika dirawat di situ. Antara kisah misteri paling terkenal berlaku di pintu masuknya.
Dikatakan ramai pengunjung mendakwa terserempak dengan jelmaan seorang wanita tua berlari di situ dalam keadaan badannya diikat rantai dan dipenuhi luka serta darah.
Sambil berlari wanita tua itu meraung meminta tolong sebelum hilang begitu saja bagaikan kabus.
Di tingkat tiga bangunan tersebut pula kelihatan kelibat seorang gadis.Diceritakan ada kalanya gadis ini muncul seperti manusia biasa dan berbual dengan pengunjung yang hadir di hospital.
Pada waktu yang lain dia dilihat berdiri di tepi tingkap dan memandang ke luar dengan wajah yang sayu. Mereka menamakannya sebagai Mary.
Diceritakan bahawa kejadiankejadian misteri yang berlaku di sini ada kaitan dengan peristiwa seorang ketua jururawat membunuh diri pada 1928 kerana ditinggalkan kekasih dalam keadaan hamil.
Ia berlaku di Bilik 502. Kononnya juga berlaku kejadian seorang jururawat membunuh diri denganterjun dari tingkap bangunan itu pada 1932. Sejak itu kelibat seorang jururawat muda sering dilihat berlegar-legar di hospital berkenaan.
Ada juga yang mendakwa ternampak jelmaan seorang kanak-kanak di bumbung hospital. Kononnya suatu ketika dahulu budak itu ditempatkan di atas bumbung sebagai satu proses terapi bagi mendapatkan pancaran cahaya matahari secara optimum.
Tempat paling berhantu adalah di tingkat empat. Bayangan-bayangan aneh dilihat mundar-mandir, daun pintu terbuka dan tertutup sendiri dengan kuat serta suara jeritan dan bunyi bising kedengaran pada waktu-waktu tertentu.
Ada juga yang mendakwa terhidu bau masakan dari bahagian dapur yang telah lama terbiar. Malah ada yang mendakwa melihat jelmaan tukang masak bekerja di situ.
Di kaki lima hospital pula terdengar suara bisikan, tangisan dan jeritan misteri.
sumber : Zulkarnain Zakaria utusan online

Copy and paste :
31/12/2024: 11.23 p.m

Misteri Lubang Hitam di Luar Angkasa

Sumber: Himpunan Cerita Misteri, Fakta-Fakta Sejarah,Mitos dan Lagenda

MISTERI lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian aneh yang terjadi di Segitiga Bermuda, apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan perairan itu raib secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, ukurannya lebih luas daripada matahari serta langit di angkasa menyedot apa saja yang mendekatinya termasuk planet. Malah kekuatan tarikannya menyebabkan cahaya yang tidak memilik kekuatan juga tidak mampu melepaskan diri.
Misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang itu.
Menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan berbagai hukum fisik yang berada sekitar bumi, berbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan pada ruangan jawaban yang dicetuskan misteri alam itu.
Teori ini dipakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedot gas hampa – kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan gravitasi dalam lubang itu adalah kuat berbanding dengan tarikan sekelilingnya. Justru, apa saja yang menghampirinya akan disedot.
Bagaimanapun, kekuatan gravitasinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. Dikatakan jika kekuatan gravitasi itu wujud di bumi, ia akan menjadikan ukuran planet ini menjadi sekecil bola yang berjejari sekitar satu sentimeter.
Teori lobang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. Pada 1783, ilmuwan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau meneliti teori graviti Isaac Newton.
Beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh gravitasi bumi selepas mencapai kejahuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki gravitasi lebih besar daripada bumi.
Bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fisika Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama tersebut karena lubang hitam tidak dapat dilihat, cahaya turut ditarik ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi gelap.
Menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan melebihi 25,000 darajat Celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.
Kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. Dalam fase itulah, akibat tarikan gravitasinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau disebut Supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang Netron dan lubang hitam.
Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih dari satu dekade, menunjukkan kekuatan tarikan gravitasi lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.
Sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedot gas yang berterbangan di sekitarnya. Gas yang disedot itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam berbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya tampak dan sinar-X.
Berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lhilang ditelan lubang itu.
Lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi RX J1242-11 yang jaraknya dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. Bintang yang disedut lubang hitam itu pula memiliki ukuran sebesar matahari sistem tata surya kita.
Bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedot ke dalam lubang itu selama beberapa hari. Pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.
Selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darajat Celcius dan hilang ditelan lubang hitam. Dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang dihasilkan pada ledakan Supernova.
Ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar bintang ataupun gas di angkasa. Apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum hilang, maka titik tersebut ditandakan sebagai lubang hitam.
Terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi Bima Sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. Justru timbul persoalan sama, apakah matahari dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?
Ahli astronomi memberikan jawaban, ‘tidak’ karena berbanding galaksi lain, lubang hitam di Bima Sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang disedotnya.
Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehingga satu jawaban yang benar diperoleh. Selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar angkasa, saat itu pula jawapbn itu gagal diperoleh dan berbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.
Fakta: Lubang Hitam
Dikenal sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.
Ditemukan pada 1783 oleh John Mitchell.
Luasnya melebihi ukuran matahari.
Menyedot apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.
Teori sedotan akibat tarikan gravitasi di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.
Teori menyatakan ia terjadi akibat letusan Supernova bintang merah raksasa.

31/12/2024: 11.16 p.m

JOIN THE NAVY TO SEE THE WORLD

Posted on FB: 9 February 2023

A Popular phase used by the Navy recruiters, and also often reference in TV shows and movies. Being at sea for a month, far away from family and friends. You will definitely see the world, but remember, 72% of the world is covered by waters.
But is it true if you join the navy you have the opportunity to see the world.....
For some its true... you have the opportunity to visit places you might never had the chance to do without joining the Navy....
Its also depend on where you are assigned, is you are assigned on a ship at sea, you will visit a number of countries in a short period of time.....
And also some spend their entire career in the Navy and never went to sea on a single navy ship. I have many friends in the Navy who were based on the shore the entire time... and even some was on the ships that never sailed that far... maybe within Asia and not the world so to speak....some do "see the world" but only the sea of Singapore, Australia, Indonesia etc....
For me, when I joined the Navy in the early 80s....the recruiting slogan was "It's not just a job...it's an adventure"....that is what I really LOVE most... an ADVENTURE.....
"AHOY SAILOR...."














Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
31/12/2024: 6.35 p.m

SUP MAMAK LEGEND




Posted on FB by:
Hj Zulheimy Maamor: 14 December 2024

Sekitar 80 an / 90 an
Dulu Hotel ini pada 80 an adalah Keramat Supermarket.... didepan Keramat Supermarket inilah dulu saya akan menunggu Bas Sri Jaya nombor 255 atau 237A untuk balik ke rumah saya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Kalau siapa nak ke Mindef di Jalan Padang Tembak, boleh tunggu bas Sri Jaya di sini atau di seberang sebelah sana... boleh juga tunggu Bas Mini 20 dan Bas Mini 19...semuanya lalu Mindef.
Yang paling saya kenang tentang Keramat Supermarket ini ialah di sebelah belakang supermarket ini .... disitulah Warung Sup Mamak paling legend masa tu... Sup Ekor, Sup Kambing, Sup Tulang dll....
Cecah dengan roti .... aduuhhh....
Saya masih ingat ketika bertugas di Pejabat Semboyan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak.... Pejabat Semboyan ini 24 Jam.... jadi kami bertugas ikut Syif.....
Bila Syif Malam selalunya bermula jam 7 malam sehinggalah ke pukul 8 pagi keesokan harinya......
Bila bertugas syif malam ni....selalunya jam 1 pagi ke atas, signal dah dah banyak masuk.... bolehlah relax sikit.... kadang kadang sampai jam 8 pagi pun tak ada satu signal pun masuk....
Jadi saya dan rakan setugas (bertugas hanya 2 orang je) akan kunci COMCEN , start motor dan lari sekejap ke Keramat Supermarket... beritahu MP (Military Police)....bertugas di Gate nak keluar beli makan jap....
Kami pasti akan pekena Sup Tulang di gerai Mamak belakang Supermarket tu..... Stall mamak tu tutup pukul berapa saya tak pasti.... selalunya kami pergi pukul 1 - 2 pagi masih lagi buka....
Bayangkan dipagi yang sejuk tu pekena sup Tulang panas (bila lepas gaji pekena sup kambing...
😁😁
) lepas pekena sup terus balik ke COMCEN (Communication Centre)..... di tingkat 16 Wisma Pertahanan....
Pejabat Semboyan Tentera Laut di Mindef ini ada dua .... Satu COMCEN di tingkat 16....satu lagi SKTLDM Kuala Lumpur (rumah papan belakang Wisma Pertahanan)....
Bertugas di Tingkat 16 ini waktu malam.... hanya pejabat kami saja yang masih beroperasi waktu tu..... dah tu 2 Orang je bertugas ...cuma bila nak pergi toilet tu yang masalah sikit.... tak berani nak pergi seorang... toilet pula belah paling hujung sekali....kalau pergi sorang ....bila dalam tandas.... kang macam macamlah bunyi kat luar tandas tu.... kalau nak pergi kena pergi berdua..... kalau sorang memang meremang bulu roma.....
😁😁
Pernah kami turun lif masa nak pergi keluar pekena sup ekor....lif tiba tiba berhenti kat satu tingkat (tk ingat tingkat berapa).... aku pandang kawan aku....kawan aku pandang aku..... kalau tak ada orang tekan lif tu...lif tu tak akan berhenti.....
Masa tu kami baca apa yang patut..... Alhamdulillah dia tak kacau kami..... dan tak menampakan dirinya pada kami....
Itulah sedikit kenangan ketika bertugas di Mindef.....
Saya tak ingat setaf perempuan bertugas malam ke tidak.....

Copy and paste:
31/12/2024: 3.58 p.m

Piagam Taiping: Dokumen sejarah yang dilupakan

Posted by:Rozza Zainal
PERISTIWA N' SEJARAH: 8 OCTOBER 2023

RAMAI sekali tokoh pejuang kemerdekaan dari Tanah Melayu dan Indonesia yang telah mencatatkan perjuangan menuntut kemerdekaan pada zaman Jepun. Ia lebih awal daripada kelahiran Umno, parti kebangsaan yang menghegemonikan perjuangan kemerdekaan sebagai milik mereka. Lihat sahaja bagaimana catatan Hamka dalam ‘Kenang-kenangan Hidup’ tentang perjuangan bangsa Melayu yang menuntut kemerdekaan daripada Jepun. Usah dikira catatan para Pahlawan Nasional Indonesia seperti Sukarno, Bung Hatta, Pak Nasir, Haji Agus Salim dan lain-lain, kerana Hamka yang belum menjadi tokoh nasional saat Perang Jepun itu pun terlibat sama.
Di Malaya, kisah-kisah perjuangan kemerdekaan pada zaman Jepun dicatatkan oleh Mustapha Hussein lewat puterinya, Insun Sony. Bukunya, ‘Memoir Mustapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum Umno’ merakamkan sebahagian kisah itu. Mustapha sebagai tokoh cendikiawan Melayu yang berjiwa kiri ketika itu menjadi rujukan Jepun. Beliau mencadangkan supaya seorang inteligen Melayu yang masih muda, Dr Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Adat Istiadat Melayu di Gunseikanbu (Pejabat Propaganda), di Syonan (Singapura) pada 1943. Pada 1944, Dr Burhanuddin al-Helmy mula bertugas sebagai Penasihat Adat Melayu di Markaz Besar Tentera Jepun di Taiping, Perak. Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pegawai Melayu yang paling tinggi jawatannya dalam Pemerintahan Tentera Jepun di Malai (Tanah Melayu).
Ketika berkhidmat dengan Jepun ini, Dr Burhanuddin al-Helmy berkata, beliau mengambil pendekatan ‘Musa dalam Istana Firaun’ untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Pada pandangan beliau, bagi memperjuangkan kemerdekaan, tenaga ulamak seluruh Malai dan Sumatera mesti disatukan untuk membina kekuatan umat Islam. Melalui Gunseikanbu, Persidangan Alim Ulamak Malai-Sumatera diadakan di Syonan pada 1943. Hamka yang hadir dalam persidangan ini mewakili Kerajaan Deli turut mencatatkan mengenai persidangan ini. Pada 1944, Dr Burhanuddin al-Helmy menganjurkan satu lagi persidangan ulamak, Persidangan Majlis Agama Malai-Sumatera di Kuala Kangsar. Rancangan Dr Burhanuddin al-Helmy untuk menganjurkan satu lagi persidangan serupa pada 1945 telah ditolak oleh Jepun, setelah penjajah itu menyedari adanya pergerakan politik di sebalik persidangan-persidangan tersebut.
Dalam tahun 1945 itu, Dr Burhanuddin al-Helmy yang turut mendapatkan pandangan-pandangan politik Mustapha Hussein telah membawa isu kemerdekaan Tanah Melayu kepada Pemerintah Tentera Jepun di Taiping. Mustapha Hussein telah mencatatkan bagaimana kisah Dr Burhanuddin al-Helmy diminta oleh Jepun untuk menyediakan sebuah draf Perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Dr Burhanuddin al-Helmy bukan sahaja berbincang dengan Mustapha Hussein, tetapi turut bermunajat kepada Allah pada malam hari, agar negara ini mendapat kemerdekaan. Mustapha Hussein memberitahu bagaimana beliau melihat Dr Burhanuddin al-Helmy begitu bersungguh-sungguh bermunajat dalam tahajudnya sehingga menangis teresak-esak merayu pertolongan Allah.
Akhirnya, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menyiapkan sebuah draf Perlembagaan Tanah Melayu merdeka dengan menjadikan Perlembagaan Amerika Syarikat sebagai rujukan perbandingannya. Draf Perlembagaan ini dikenali sebagai Piagam Taiping. Piagam ini telah dikemukakan kepada Pemerintah Tentera Jepun dan diterima untuk rundingan lanjut dengan Markaz Besar Tentera Jepun Asia Tenggara di Saigon.
Pada 8 Ogos 1945, Sukarno, Mohammad Hatta dan Radjiman Wediodiningrat telah bertolak ke Dalat, Vietnam untuk berunding dengan Terauchi, Pemerintah Tentera Jepun Asia Tenggara. Mereka singgah di Taiping dari Jakarta untuk berunding dengan Ibrahim Haji Yaakub dan Dr Burhanuddin al-Helmy mengenai kemerdekaan bersama.
Di Tanah Melayu, bagi tujuan mencapai kemerdekaan ini, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ibrahim Haji Yaakob telah menubuhkan sebuah badan politik, Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945 untuk mengendalikan perisytiharan kemerdekaan. Di Indonesia, proses perundingan kemerdekaan dengan Jepun turut mencapai tahap kemuncaknya sehingga Sukarno, Mohamad Hatta dan Radjiman dipilih untuk mewakili Indonesia bagi memutuskan tarikh kemerdekaan mereka. Bung Karno dan Bung Hatta yang tiba dengan pesawat di Taiping dari Jakarta, dalam perjalanan ke Saigon telah bertemu dengan wakil Tanah Melayu. Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ibrahim Haji Yaakob yang mewakili Tanah Melayu telah membuat perjanjian dengan Bung Karno dan Bung Hatta di Lapangan Terbang Taiping supaya Tanah Melayu dan Indonesia dapat mengisytiharkan kemerdekaan serentak pada 17 Ogos 1945. Bung Karno dan Bung Hatta akan mendapatkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada Tentera Jepun dalam perundingan tersebut di Saigon.
Pada 13 Ogos 1945, rombongan Bung Karno, Bung Hatta dan Radjiman tiba di Taiping dari Saigon dan bertemu dengan Ibrahim Haji Yaakub bersama beberapa pegawai Jepun. Ibrahim Haji Yaakub diberitahu bahawa Jepun telah bersetuju memberikan kemerdekaan serentak kepada Indonesia dan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1945. KRIS akan mengaturkan seluruh proses perisytiharan kemerdekaan tersebut bagi pihak Tanah Melayu. Bung Karno yang tiba di Jakarta pada 13 Ogos 1945 pula telah memberitahu rakyat Indonesia bahawa ‘Sebelum jagung berbunga, Indonesia pasti merdeka’.
Di pihak KRIS, Tanah Melayu merdeka adalah berasaskan Piagam Taiping, draf Perlembagaan yang digubal oleh Dr Burhanuddin al-Helmy dan dipersetujui oleh Pemerintah Tentera Jepun di Taiping. KRIS pula akan mengaturkan majlis proklamasi kemerdekaan di Kuala Lumpur pada 17 Ogos 1945. Dr Burhanuddin al-Helmy dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Tanah Melayu yang merdeka. Namun begitu, rencana mereka tergendala kerana serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945 telah membuatkan Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Tidak seperti di Jakarta, proses Proklamasi Kemerdekaan di Kuala Lumpur telah tertangguh kerana beberapa pemimpin KRIS telah melarikan diri ke Indonesia. Dr Burhanuddin al-Helmy tidak dapat berbuat apa-apa, seluruh rancangan asal tersebut telah terbatal dan kemerdekaan terpaksa ditangguhkan.
Tertangguhnya merdeka kerana satu kesilapan teknikal bukanlah satu dosa. Tetapi menyembunyikan maklumat sejarah, sehingga ia tenggelam sedalam-dalamnya dari pengetahuan anak bangsa adalah satu dosa. Maklumat mengenainya diperukkan semata-mata untuk mengatakan kemerdekaan negara ini adalah hasil usaha Umno. Buku sejarah, buku sekolah dan seluruh kisah telah menjadi alat hegemoni pemerintah. 66 tahun fikiran rakyat diperbodoh, bahawa pemimpin merekalah bapa kemerdekaan, sedangkan mereka memperolehinya tanpa perjuangan, hanya berbincang di meja rundingan. Tiada air mata, keringat dan darah yang ditumpahkan, akibatnya seluruh kepentingan agama dan bangsa tergadai di meja rundingan. Untuk menutup kelemahan itu, hanya kisah tuntutan yang lahir selepas Perang diketengahkan, sedangkan air mata, keringat dan darah yang tumpah sebelumnya disembunyikan.
Harus kita bertanya sekarang…
I. Kenapa proses menuntut kemerdekaan ini disembunyikan, sedangkan rundingan dengan British di London diuar-uarkan?
II. Kenapa Dr Burhanuddin al-Helmy atau Ibrahim Haji Yaakub tidak dianggap bapa kemerdekaan atau pahlawan nasional, lalu pemimpin Umno yang diketahui menjadi penyokong British sejak era Malayan Union yang ditabalkan?
III. Kenapa Piagam Taiping tidak diperkatakan, tetapi Perlembagaan PTM 1948 pula yang dibesar-besarkan?
IV. Apakah Umno itu pejuang kemerdekaan sebenar, sedangkan yang menumpahkan air mata, keringat dan darah dipencilkan. Sumbangan para ulamak kenapa disepikan?
Kredit : MOHD FADLI GHANI - HARAKAHDAILY

Copy and Paste:
31.12.2024: 2.50 a.m