Thursday 27 October 2016

"KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH - JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA"

(USTAZ MUHADIR HAJI JOLL)
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu...betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA....
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq). 
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)

Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ "aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata "tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu." Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa, 
اللهم زقنا الإستقامة 
"Allahumma zugna istiqamah" 
Ya Allah rezekikan kami istiqamah

Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut. 
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.

Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca "Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)" 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka." (HR Nasa'i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, "Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah."
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa "Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ ...اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka."
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita - tidak mampu melakukan apapun tanpa kekuatan dari Allah.

8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan "Tabung Subuh" di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi " (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)

10. Baca " ...innama sana'uu kaidu saahir wa la yuflihus saahiru haithu ataa"
Surah Taha: 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ....sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
Sumber: Kulliah subuh bersama Ustaz Muhadir Haji Joll pada 24/9/16 22 Zulhijjah 1437H di Surau At Taqwa Seksyen 7, Shah Alam.

Sunday 16 October 2016

2016 - JOHOR : JOHOR BAHRU & PLENTONG

Tahun 2016 program Yayasan Jantung Malaysia di Johor adalah di Sunway College Johor Bahru dan di Taman Plentong Utama, Johor Bahru. 

20 APRIL 2016 - SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU
Perjalanan kami ke Johor Bharu bermula selesai program Peringkat Sekolah di SMK Seremban 2 pada 19 April 2016. Perjalanan sejauh 272 km mengambil masa 2 jam 54 min. 



Nasib agak kurang baik apabila van kami rosak berhampiran Exit Alor Gajah. Kami terpaksa menghubungi PLUS Highway untuk meminta bantuan tunda. Kami membaiki van kami di sebuah bengkel di Alor Gajah Melaka.



Program Pemeriksaan Kesihatan Peringkat Kolej di Sunway College Johor Bahru pada 20 April 2016 telah dihadiri oleh seramai 137 orang pelajar dan setaf Kolej. 




Sunway College Johor Bahru terletak dibelakang hotel kami menginap di Taman Mount Austin, Johor Bahru. 
Ditubuhkan pada tahun 2004 Sunway College Johor Bahru adalah sebahagian daripada Sunway Education Group.




Semasa berada di Johor Bahru saya telah berpeluang bertemu kembali dengan rakan - rakan seperjuangan TLDM Intake 139/80 berhampiran hotel saya menginap di Hotel Vistaria di Jalan Austin Heights, JB. 

Hotel Vistaria Sdn Bhd
1 & 3, Tingkat 1,2,3, & 4
Jalan Austin Heights 3
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-359 7399     Fax: 07-359 7499







PROGRAM KOMUNITI
TAMAN PLENTONG UTAMA
15 OKTOBER 2016


Pemeriksaan Kesihatan di Taman Plentong Utama telah dihadiri oleh seramai 90 orang penduduk sekitar taman tersebut. 



Plentong adalah sebuah daerah di Johor Bahru yang merangkumi Permas Jaya dan Pasir Gudang. Ia bermula sebagai penempatan Kangchu yang dikenali sebagai Tey Chu Kang pada tahun 1859. 






Semasa program di sini kami menginap di Rooms Boutique Hotel di Jalan Ros Merah 2/16, Johor Jaya,Johor Bahru.


FIND US

  • Rooms Boutique Hotel
    41 Jalan Rosmerah 2/16,
    Taman Johor Jaya,
    81100 Johor Bahru, Johor,
    Malaysia.
  • Tel: +607-355 6600
  • Fax: +607-355 6603






Demikian kembara kami anggota Awareness Team ke Johor sepanjang tahun 2016.

Updated: 14/12/2017 : 1.03 pm

Saturday 8 October 2016

NASIHAT SULTAN PARA WALI

(Syekh Abdul Qadir Al-Jailani)
qaddasallahu sirrahu mengatakan:
“Allah Azza wa Jalla telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s., “Berkasih-sayan­glah agar Aku menyayangimu! Sesungguhnya Aku Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Barangsiapa yang menyayangi, maka Aku pun menyayanginya dan akan memasukkannya ke syurga-ku.”

Maka, sungguh beruntung orang-orang yang berkasih sayang.
Umurmu telah habis untuk urusan makan, minum, pakaian dan mengumpulkan harta. Barangsiapa yang mengharapkan keberuntungan maka hendaknya ia bersabar dari perkara yang haram dan syubhat, dari keinginan nafsu, serta sabar dalam menunaikan perintah Allah dan menjauhkan diri dari larangan-Nya, juga sabar dalam mematuhi takdir-Nya.
Para wali yang saleh itu telah bersabar bersama Allah dan tidak sabar untuk segera bertemu dengan-Nya. Mereka telah keluar meninggalkan rumah nafsunya, hawa nafsunya dan tabiatnya, serta menjadikan syariat sebagai pendamping mereka, lalu, berjalan menuju Tuhan mereka.
Mereka kemudian menghadapi berbagai musibah, ketakutan, penyakit, kesusahan, kelaparan, kehausan, ketiadaan pakaian, dan kehinaan, namun mereka tidak memedulikan semua itu dan tidak mundur dari perjalanan mereka, serta tidak berubah keyakinan mereka.
Mereka terus berjalan maju ke depan tanpa memperlambat langkah. Mereka terus demikian hingga mencapai kelestarian hati dan bentuk.

Wahai Kaum Muslimin, beramallah kalian untuk menjumpai Allah Azza wa Jalla dan jawablah panggilan-Nya sebelum berjumpa dengan-Nya. Seseorang mukmin itu merasa malu kepada Allah Azza wa Jalla, lalu ia pun malu kepada makhluk-Nya, kecuali dalam urusan agama dan batasan hukum syara’ dimana ia tidak boleh malu untuk menegakkannya.
Bahkan, hendaknya ia hilangkan rasa malunya dalam mendakwahkan agama Allah dan menegakkan hukum-hukum-Nya­, serta menjalankan perintah-Nya, seperti firman Allah, “Dan, janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah untuk (menjalankan) agama Allah,” (QS An-Nur: 2).
Barangsiapa benar-benar setia kepada Rasulullah SAW, maka beliau akan memberinya baju besi, topi baja, dan pedang beliau. Bahkan, beliau akan menghiasinya dengan adab, perangai dan akhlak mulia beliau. Beliau sangat gembira karena kau telah menjadi bagian dari umatnya.
Beliau sangat bersyukur kepada Tuhannya atas hal tersebut, kemudian menjadikan orang-orang tersebut wakil-wakilnya di tengah-tengah umatnya, sebagai penunjuk jalan dan penyeru bagi umat kepada pintu Allah Azza wa Jalla.”
--Ceramah Syekh Abdul Qadir A-Jailani, Jumat pagi di Madrasah, 12 Dzulhijjah 545 H. Dikutip dari kitab Al-Fath Ar-Rabbani wa Al-Faidh Ar-Rahmani.

Sumber: Dari Facebook
8.10.2016