Monday, 11 August 2025

KERAJAAN YANG BETUL-BETUL ETNIK MELAYU

Oleh Helmi Effendy

Kerajaan yang betul-betul etnik Melayu:
1. Melaka
2. Srivijaya
3. Langkasuka
4. Kedah Tua
5. Singapura
6. Johor-Riau
7. Brunei
Dan banyak lagi...
Kerajaan yang serumpun dengan kerajaan Melayu:
1. Majapahit (Jawa)
2. Funan (rumpun Austronesia, sebab ada kajian yang cakap pembina ialah orang Austronesia + Khmer)
3. Champa (Cham)
4. Kerajaan Bugis
5. Kerajaan Minangkabau
Dan kerajaan-kerajaan serumpun dalam Austronesia di Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara. Kerajaan ni atau bangsa yang asaskan kerajaan ni tidaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka, bahkan memiliki bahasa pertama sendiri yang berbeza dengan bahasa Melayu, memiliki budaya sendiri, memiliki tradisi dan mitologi tersendiri.
TETAPI... boleh kita panggil deme ni kerajaan Melayu? Tengok dulu apa definisi Melayu anda. Sebab Melayu boleh bawak kepada beberapa definisi.
1. Melayu sebagai Etnik, jadi kalau kita sembang Melayu sebagai etnik, list aku bagi tu cukup Melayu. Jadi bahagian 1 jer boleh dikira sebagai KERAJAAN YANG BERETNIKKAN MELAYU.
2. Kerajaan belah Utara ni unik sikit, sebab ada potensi nenek moyang orang Melayu Kedah dan orang Melayu Utara hari ni daripada penutur Austroasiatic yang dah diconvert dan berasimilasi menjadi penutur Austronesia, yang barangkali berlaku ketika era Srivijaya dan Melaka. Jadi, secara genetik dan keturunan, memandangkan orang Melayu Kedah dan Utara ada kaitan dengan deme, maka saya merasakan tiada masalah pada label Melayu di situ.
3. Melayu dalam perlembagaan Malaysia ialah mesti beridentiti dengan agama Islam, maka Srivijaya, Langkasuka, Singapura, Kedah Tua semua dah tercampak keluar dari identiti Melayu-Islam dalam perlembagaan.
4. Kebetulan, ikut definisi Melayu di Malaysia, bahagian 2 tu jugak dipanggil sebagai Melayu iaitu Melayu Dagang, orang Jawa, orang Bugis, orang Minangkabau, malahan orang Cham yang jadi pelarian kemudiannya di Tanah Melayu turut dipanggil sebagai Melayu Dagang. Tapi diluar Malaysia, suku-suku saya sebut tak dipanggil sebagai Melayu sebab tak mengalami proses Melayunisasi seperti mana di Malaysia, dan benda ni kena baca abad 18 dan 19 dulu, apa yang ideolog Melayu buat dalam proses Melayuniasi. Jangan korang hulur keris, buh kat leher orang Indonesia pulak kalau deme tak dapat terima definisi Melayu kita sebab deme tak alami proses Melayunisasi macam kita dulu.
5. Melayu sebagai Malay Race yang dipercayai dalam sejarah, macam tokoh seperti Jose Rizal dan Maharaja Hawaii bernama Kalฤkaua, yang pernah panggil Maharaja Abu Bakar sebagai adik beradik Melayu yang hilang. Ini istilah lama yang mengkelompokkan orang-orang Austronesia sebagai bangsa Melayu, yang ada kaitan dengan pandangan Ahli Antropologi Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach yang orang terawal mencipta istilah Malay Race.
6. Walaupun istilah ni kemudiannya ketinggalan, digantikan dengan istilah lebih neutral macam Austronesian, tetapi masih ada lagi dalam dunia yang berpegang pada istilah Malay Race ni, contohnya di Filipina di mana dalam buku-buku teks mereka, malahan pemimpin mereka, memanggil diri Melayu. Bila kita sembang bab ni, maka ya, dalam konteks ni, mereka jugak Melayu.
7. Kalau tanya kepada saya, kalau ada list-list kerajaan yang disebut sebagai Melayu atau tidak, kena tanya dulu deme konteks Melayu. Melayu sebagai Etnik kah? Melayu ikut perlembagaan Malaysia kena agama Islam kah? Atau definisi Melayu ikut Malaysia yang ada kaitan dengan proses Melayunisasi pada abad ke-18 dan 19 dulu kah? Atau korang maksudkan Melayu yang dipegang sebagai Malay Race oleh orang Filipina?
8. Bangsa ni social construct bagi aku. Ia fluid. Tak terikat sangat dengan darah dan keturunan. Kalau tak, tak akanlah Ismail A.S yang memang sah-sah keturunan Babylon dari belah ayahandanya Nabi Ibrahi A.S, boleh melahirkan Suku Arab Musta'ribah, juga dikenali sebagai Arab Adnaniyah, adalah kelompok Arab yang berasal dari keturunan Nabi Ismail.
Mereka dianggap sebagai "Arab yang ter-Arabkan" kerana Nabi Ismail sendiri tidak berbahasa Arab asli, tetapi kemudian belajar bahasa Arab setelah berkahwin dengan wanita dari kabilah Jurhum di Mekah.
Aku harap ni dapat leraikan kekusutan pasal apakah kerajaan Cham itu sebuah kerajaan Melayu atau tidak. Gitu...

Copy and paste:
11 Ogos 2025: 6.29 p.m

No comments: