Friday 22 December 2006

2006 - BANGKOK & PATTAYA

BANGKOK & PATTAYA , 2006
KUALA LUMPUR TO BANGKOK

Sekali lagi pada tahun 2006, saya dan Staf The Institution of Engineers Malaysia berpeluang kembali ke Bangkok dan Pattaya...  berikut gambar kenangan sekitar lawatan. Lawatan kali pertama ialah pada tahun 2000. 

Lawatan pertama ke Bangkok adalah pada tahun 2000. 
http://zulheimymaamor.blogspot.my/2013/06/bangkok-pattaya-2000-2006.html

Sedikit info mengenai Thailand

Thailand mengikut sejarah didirikan pada tahun 1238M yang dikenali sebagai Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Ia bersempadan dengan Laos, Kemboja dan Myanmar (Golden Triangle). Thailand dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga tahun 1949 perkataan “Thai” yang bermaksud ‘bebas’ mula digunakan.
Thailand merupakan negara yang ke 51 terbesar di dunia. 95% penduduk Thailand berugama Buddha. 
Bangkok, ibukota Thailand dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di negara ini. Dikenali di Thailand sebagai Krung Thep Maha Nakhon terletak di delta Sungai Chao Phraya.





Suvarnabhumi Airport terletak di 999 หมู่ 1 Nong Prue, Amphoe Bang Phli, Chang Wat Samut Prakan 10540, Thailand.
Salah satu Lapangan Terbang yang paling sibuk di Asia. Terdapat satu lagi Lapangan Terbang di Bangkok iaitu DonMuang International Airport. Lapangan Terbang baru ini dibuka pada 15 September 2006 menggantikan DonMuang International Airport. 




Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan ialah sebuah kuil Buddha terletak di daerah Bangkok Yai, Thonburi ditebing barat Sungai Chao Phraya. Nama Kuil ini diambil dari sempena nama tuhan Hindu Aruna.






Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand(Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.

Teringat ketika zaman sekolah dulu, dalam subjek Ilmu Alam saya pernah belajar mengenai Negara Thailand dan antaranya ialah Sungai Chao Phraya atau lebih dikenali Menam Chao Phraya (Menam adalah bahasa Thai Mae Nam yang bererti Sungai). 




Bangkok MRT (Metropolitan Rapid Transit) memulakan operasinya pada tahun 2004 diantara Hua Lamphong dan Bang Sue. 




Sepanjang di Bangkok kami menetap di Emerald Hotel Bangkok terletak di Ratchadaphisek Rd, Khwaeng Din Daeng, Din Daeng, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand, dibuka pada tahun 1992.


Mak Yah Muslim Restaurant terdapat di Phetchaburi Rd, Khwaeng Thung Phaya Thai, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10200, Thailand.
Di sini kami menikmati makanan halal Thailand, bukan senang nak jumpa restoran Muslim di Bangkok... Syukur Alhamdullillah. 



Bangkok Floating Market terletak di Soi Bang Ramat, Bang Phrom, Khet Taling Chan, Krung Thep Maha Nakhon 10170, Thailand.

BANGKOK TO PATTAYA, THAILAND

PATTAYA 2006




Pattaya adalah merupakan sebuah Bandar yang terletak di Pantai TimurTeluk Thailand kira-kira 165 km dari tenggara Bangkok. Ianya merupakan sebuah Bandar pelancongan yang cukup terkenal di Asia. 







Kenangan manis ketika bertugas di Institute of Enginees Malaysia dari 1999 sehingga 2011 tak mungkin dapat ku lupakan. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update:
31 July 2023 > 13 Muharram 1445H: 12.26 pm