Sunday 21 December 2003

2003 - SUZHOU, HANGZHOU & SHANGHAI

Kuala Lumpur to Shanghai distance : 3,594.54 km
Disember 2003 - lawatan setaf The Institution of Engineers Malaysia ke Bandar Suzhou, Hangzhou dan juga Shanghai. Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang telah sempat kami lawati semasa di China. 



RIVERSIDE CRUISE, SUZHOU










Kota Suzhou terletak di bagian selatan Delta Sungai Yangtze dan merupakan salah satu kota kuno di Cina yang telah ada semenjak 514 B.C., Suzhou sangat terkenal sebagai Venezia dari Timur dan juga sebagai kota taman. Kota ini mulai bekembang pesat sebagai kota dagang pada saat The Grand Canal yang menghubungkan Beijing dan Hangzhou selesai dibangun pada masa Dinasti Sui(589-618). Sehingga banyak bangsawan mulai mendirikan bangunan dan taman-taman yang keindahannya terkenal sampai saat ini.Menurut cerita, ada lebih dari 200 taman di kota ini, dan sampai saat ini 69 di antaranya terawat dengan sangat baik sehingga masih dapat dinikmati sampai saat ini dan perjalanan kita nanti hanya melihat beberapa di antaranya.
Suzhou Creek (juga dipanggil Sungai Wusong) adalah sebuah sungai di China yang melalui pusat bandar Shanghai. Ia dinamakan sempena Suzhou, sebuah bandar di negara jiran wilayah Jiangsu yang merupakan bandar utama di kawasan ini sebelum kebangkitan Shanghai sebagai sebuah metropolis.
Salah satu daripada kedai-kedai utama Tasik Tai, Suzhou Creek mempunyai panjang 125 km, yang 54 km dalam wilayah pentadbiran Shanghai dan 24 km dalam bahagian bandar sangat perbandaran. Sungai mengalir ke Sungai Huangpu di hujung bahagian utara Bund di Huangpu District.

LIU YUAN GARDEN SUZHOU




Tempat pertama yang kami lawati ialah sebuah taman yang berkeluasan 23.300 meter persegi (5.8 ekar), Liu Yuan Garden ini terletak di luar Changmen Gate di Suzhou dalam daerah Jiangsu. Asalnya ialah sebuah taman peribadi dan merupakan salah satu dari 4 taman-taman yang terkenal di China. Dibina pada tahun 1539 semasa Dinasti Ming oleh seorang pegawai Istana bernama Xu Tai. Semasa Dinasti Qing (1644-1911), ia telah dibeli oleh Liu Shu. Taman ini hampir dirobohkan pada tahun 1930 namun telah diambil alih dan dibiayai pembaikannya oleh Kerajaan yang kemudiannya dibuka kepada umum.
Taman ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997.

GINKGO BILOBA


Antara jenis-jenis tumbuhan dan pokok yang terdapat di taman ini ialah sejenis tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam perubatan sejak berzaman iaitu Ginkgo Biloba.... Antara pokok yang tertua di dunia ini.. Mulanya dijumpai di Jepun dan China.. Mempunyai berbagai khasiat...Antara khasiat.. digunakan untuk memperbaiki daya ingatan, Membetulkan perjalanan darah dalam badan anda, mengurangkan tekanan emosi individu, mengelakan pening yang boleh membawa pitam.... mempunyai daya tahan bahang yang luar biasa, tumbuhan yang tidak mati walaupun terkena bom atom....

Suzhou to Hangzhou
CITY OF HANGZHOU
Gambar ini di ambil dari Hotel Jian Feng, tempat penginapan kami di Hangzhou, China




Hangzhou adalah ibu kota wilayah Zhejiang di China dan ada pusat pentadbiran, ekonomi dan kebudayaan China. Terkenal dengan keindahan semula jadi dan mempunyai banyak warisan budaya, Hangzhou dikenali sebagai 'Syurga di Bumi' dan salah satu tempat pelancongan yang paling penting di China.
Hangzhou terletak di muara Sungai Qiantang di tenggara China, berkedudukan unggul di Delta Sungai Yangtze dan hanya 180 kilometer dari bandar Shanghai. 


Makan Malam di Zhejiang Railway Station dan melawat Kilang Sutera di HangZhou, China

SONG DYNASTY TOWN
Bandar Dinasti Song terletak bersebelahan dengan Tasik Barat. Ia adalah merupakan pusat rekreasi bandar Song. Dinasti Song memeringah China dari tahun 1127 – 1279. Zaman pemerintahan Dinasti Song adalah zaman kemakmuran dan perkembangan yang pesat di China pada masa itu. Dipercayai Marco Polo pernah melawat bandar ini dan merasa amat kagum melihat bandar-bandar yang besar dengan penduduknya yang melebihi 1 juta orang.
Bandar ini telah dibahagikan kepada 6 bahagian, iaitu Jiulong Square, Dinasty Song Town Square, Fairy Hills dengan Wonderful towers dan Istana Song dan Riverside scene on Qingming Festival.
Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan berbentuk drama mengenai zaman kegemilangan Raja Raja Dinasti Song yang dipersembahkan pada setiap hari. 











HANGZHOU TO SHANGHAI
SHANGHAI
NANJING ROAD MARKET




Nanjing Road Market adalah pusat membeli belah paling sibuk di dunia. Nanjing Road terbahagia kepada 2 bahagian iaitu Nanjing Road East dan Nanjing Road West. Ia juga ada lah daerah membeli belah yang terpanjang di dunia dengan jarak 6 km panjang dan berjaya menarik lebih 1 juta pengunjung setiap hari. 

ORIENTAL PEARL TOWER PARK


 


Oriental Pearl Radio & TV Tower adalah sebuah menara TV di Shanghai , China. Terletak di daerah Pudong,Shanghai, disebelah Sungai Huangpu dan bertentang dengan The Bund menjadikan ianya sebagai mercu tanda yang berbeza di Shanghai. Menara ini siap dibina pada 1994 mempunyai ketinggian 468 m (1,535 kaki) tinggi.

Rekabentuk Menara ini ada didasarkan pada sebuah sajak Pipa Song oleh Bai Juyi pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu bunyi petikan indah instrumen pipa yang seperti mutiara jatuh pada plet jed. 

NIGHT CRUISE AT HUANGPU RIVER


Sungai Huangpu (97 kilometer panjang) adalah sungai yang terpanjang di Shanghai. Sungai ini membahagikan Shanghai kepada 2 bahagian iaitu Puxi di Barat dan Pudong di timur. Sungai ini mempunyai purat lebar kira-kira 500 meter dengan kedalaman 11 meter. Ia juga adalah sumber air minuman bagi penduduk Shanghai.

Pengunjung boleh memilih beberapa pakej pelayaran dari 30 minit hingga pelayaran untuk jangkamasa 3 jam yang akan melalui beberapa pemandangan yang menarik dan indah mengikut jangkamasa lama pakej yang diambil.

FENG HUANG MOSQUE, HANGZHOU




Zhen-Jiao Si (Mosque of the True Religion), juga dikenali sebagai Feng-Huang Si (Masjid Phoenix) terletak di Zhongshan Road di Hangzhou, Zhejiang Province, dipercayai telah dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia adalah antara 4 masjid lama China yang terbesar (tiga lagi adalah Masjid  Xianhe di Yangzhou, Masjid Qingjing di Quanzhou dan Masjid Huaisheng di Guangzhou)

Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman Pemerintahan Dinasti Song (960-1279).  Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula. 

Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek  melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.

MASJID FUYOU LU, SHANGHAI



Fuyou Road Mosque.JPG

Di belakang Yu Gardens, di daerah Huangpu di pusat Kota Shanghai, terletak Fuyou Road mosque salah satu masjid tertua yang dibangun pada 1870 oleh Dinasti Qing dizaman Maharaja Tongzhi. Ia juga dikenali dengan nama Masjid Utara. 
Jemaah muslim Nanjing Hui adalah mereka yang membangun masjid tersebut ketika bermigrasi ke Shanghai. Ketika itu, masjid adalah pusat kehidupan budaya jemaah tersebut. Pada awal 1900-an, masjid tersebut dijadikan markas bagi sekolah dasar, Dewan Direksi Islam Shanghai dan Masyarakat Bisnis Muslim. 

CHRISTMAS EVE AT SHANGHAI
Berkesempatan juga menyaksikan sambutan Christmas Eve di Shanghai yang agak meriah juga walaupun Agama Kristian bukan majoriti di Korea. 




Terima kasih kepada pemandu pelancong kami Cik Winnie dan Cik Annie yang telah banyak membantu kami untuk mengenali Negara China dengan lebih mendalam terutama mengenai Shanghai.... 



上海GOOD BYE

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update: 30 Julai 2023 > 13 Muharram 1445H: 9.39 pm