Friday 31 May 2019

DATO BAHAMAN


Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Yang kaya dengan ilmu persilatan dan makrifat , dan beliau juga adalah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh Orang Besar Bengkinang,Kampar Kanan,Sumatera telah membawa diri ke Tanah Melayu kerana konflik dengan beberapa Orang Besar disitu.Tuanku Imam Nuh menuju ke Pahang melalui Linggi,Pedas,Kuala Pilah,Sri Menanti dan Jelebu hingga ke Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang, Tuanku Imam Nuh diperkenalkan kepada Tok Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Diberikan anak nya Rokiah sebagai isteri Tuanku Imam Nuh kerana berkenan dengan tingkahlakunya. Tok Setia adalah anak Monjok,Orang Besar Bugis dari Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana tekanan Belanda.
Isteri Tuanku Imam Noh, Rokiah atau lebih dikenali Tok Rik telah didatangi mimpi yang memberi alamat anak nya Bahaman adalah bertuah dan perlu diserahkan kepada Sultan. Datuk Bahaman Ketika berusia 9 tahun, Bahaman diserahkan kepada Bendahari Ali (1806-1847) untuk tinggal di istana. Bahaman bersahabat karib dengan Putera Sultan, Wan Ahmad yang dua tahun lebih tua. Melihat kedua-dua begitu akrab, Bendahara Ali telah meludah dalam mulut Wan Ahmad dan memerintah nya supaya jangan bercerai dengan Bahaman. Bendahara Ali menghantar Bahaman mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Bahaman bertapa di Bukit Bongkok,Hulu Teris,Jambu Rias,Bukit Hulu Sungai Jeralis dan Semantan untuk menuntut ilmu Pendekar. Cerita lisan turun temurun yang masyhur tentang Bahaman ialah beliau dapat mengerat keting gajah.
Bahaman Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Terdapat beberapa versi tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh. Tetapi secara peribadi saya lebih percaya versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang. Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
"Penglibatan Dalam Perang Semantan"
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan Pejuang-pejuang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Tok Guru Peramu ialah Dato' Bahaman. Tok Guru Peramu meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa mengakui identiti beliau yang sebenar. Dan ketika Mat Kilau Mengisytiharkan diri Tok Guru Peramu Sempat Berkata "Dah langgar Janji , Tak lama dah tu (Meninggal Dunia).
Bissirril Al-Fatihah
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
31 Mei 2019 : 10.05 pm

Tuesday 28 May 2019

Isu Berbuka Puasa di Kuil Gurdwara


1. Apabila timbul isu berbuka puasa di Kuil Gurdwara ini, teringat saya kisah Saidina Umar yang dipelawa untuk solat di dalam Gereja oleh Paderi di Jerusalem. Apabila ditanya oleh Paderi tersebut: Mengapa engkau tidak solat sahaja di dalam gereja ini? Jawab Saidina Umar:

لو صليتُ داخل الكنيسة أخذها المسلمون بعدي وقالوا هنا صلَّى عمر

“Kalau aku solat di dalam Gereja ini, kaum Muslimin selepas aku nanti akan berkata: Di sinilah Umar solat (iaitu di dalam Gereja).” (Tarikh Ibn Khaldun. Kisah ini terdapat pertikaian dari aspek pengriwayatannya).

Riwayat ini menggambarkan bagaimana Umar berasa bimbang akan perlakuan seorang pemimpin itu boleh memberikan kesan terhadap kefahaman masyarakat Muslim. 

2. Benar, pada hakikatnya tidak salah untuk kita berbuat baik kepada non Muslim, namun perlakuan seorang Pemimpin dibimbangi akan menjadi ikutan buat umat selepas dari itu. 

Atas dasar itu Saidina Umar dilihat bersikap tegas terhadap perkara yang mempunyai elemen kekufuran. Ibadah Islam tidak dilakukan di dalam rumah ibadah yang mempunyai unsur syirik dan kekufuran. Kata Umar:

إِنَّا لَا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَرُ 

“Kami tidak masuk ke gereja kamu disebabkan patung-patung serta gambar-gambar yang terkandung di dalamnya (iaitu yang mempunyai unsur syirik).

3. Malah berhubung mendirikan solat di dalam Gereja dan Biara, Mufti Wilayah di dalam artikelnya menegaskan bahawa:

“Kami berpendapat, makruh solat di gereja adalah lebih kuat berdasarkan kepada pendapat jumhur dan juga Mazhab Syafi’e. Dalam konteks di malaysia, kami berpendapat tidak sewajarnya seseorang itu solat di gereja tatkala negara kita yang agama Islam sebagai agama persekutuan mempunyai banyak masjid, surau dan kemudahan tempat solat yang telah dikhususkan untuk umat Islam. Oleh itu, mengelakkan diri daripada solat di gereja adalah perlu diambil kira.”


4. Pemimpin Muslim boleh, malah mesti melakukan dan membina hubungan baik dengan Muslim dan Non Muslim. Namun, apabila melibatkan sesuatu yang dinilai sensitif berhubung ibadah orang Islam, adalah amat wajar sekiranya para pemimpin itu meminta pandangan mereka yang berautoriti dalam perkara ini. 

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Copy and paste from FB
28/5/2019: 8.25 pm

SEJARAH DAN PENGALAMAN YANG DILUPAKAN.

Oleh Ady Amin
Sejarah yang tidak mungkin boleh dilupakan sepanjang hayat Jalil ialah bermula pada 8 April 1993 semasa menyertai KD Sri Sarawak (KDSS) belayar untuk rutin Ops Cabut untuk kesekian kalinya. KDSS berlepas dari Jeti TLDM Tanjong Gelang pada jam 0800. Keesokan harinya sekitar jam 1000, kapal telah menahan sebuah Bot Pukat Tunda Thai (BPTT) di Perairan Trengganu. Setelah digeledah BPTT dtersebut ternyata tidak mempunyai dokumen yang membenarkan penangkapan ikan dalam negara Malaysia.
Susulan daripada itu Pegawai Memerintah mengarahkan supaya BPTT serta 6 orang awak-awak yang semuanya rakyat Thailand di bawa ke Pulau Redang. Jalil bersama Tim Menggeledah yang lain LK1 PPP Al Haimi Alip yang merupakan Ketua Tim ini malah juga Serang Kedua (2nd Buffer) KDSS dan seorang lagi LK1 TMK Hairozali Hamzah yang bertindak sebagai anggota teknikal tim ini.

Pelayaran dari posisi BPTT ditahan ke Pulau redang memakan masa 3 jam dengan diiringi oleh Kapal Induk KDSS. Mereka bersauh dan bermalam di Pulau Redang sehingga keesokan harinya 10 Apr jam 0600, mereka diarahkan supaya meneruskan perjalanan untuk membawa BPTT ke Pulau Kapas yang akan memakan masa lebih kurang 3 jam untuk tiba ke lokasi untuk diserahkan kepada agensi Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya. Biasanya agensi Perikanan yang akan mengambil tugas pendakwaan.
Benar kata orang bahawa langit tidak selalu cerah. Selepas dua jam setengah pelayaran ke Pulau Kapas yang pada mulanya cuaca agak tenang tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya. Angin bertiup kencang dan keadaan laut bergelora. Jalil dan rakan-rakannya jadi kelam kabut dan hilang tumpuan. Memburukkan lagi keadaan, kompas bot BPTT turut tidak berfungsi dan mereka jadi hilang arah tuju dan pedoman. KDSS sudah tidak kelihatan lagi di belakang, Pulau Kapas yang pada mulanya jelas kelihatan hilang dari penglihatan disebabkan hujan lebat. Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengawasi awak-awak BPTT seramai 6 orang yang berada di dalam bot bersama mereka.
Kesemua awak-awak BPTT ditempatkan di haluan bot basah kuyup dan kesejukan. Atas dasar perikemanusiaan, setelah mendapat persetujuan dari Al-Haimi selaku Ketua Tim, semua awak-awak dipindahkan ke Anjungan bot di mana Jalil mengawal di sebelah kiri bot, Al-Haimi mengawal di sebelah kanan dan Hairozali menjaga di bahagian enjin bot.
Setelah kesemua awak-awak berada di Anjungan, AL-Haimi mengarahkan Tekong BPTT supaya mengemudikan bot sementara mereka bertiga mengawasi keadaan yang agak kelam kabut pada masa itu. Hampir 2 jam mereka bertarung dengan ombak dan mencari haluan yang sebenar untuk dituju namun Pulau Kapas masih juga belum kelihatan. KDSS juga tidak kelihatan, perhubungan mereka terputus kerana alat perhubungan walkie-talkie tidak mampu untuk memberi liputan bila berada di luar jarak kemampuannya atau mungkin juga disebabkan cuaca buruk.
Dalam perjalanan yang cukup menyeksakan itu, mereka ada mendengar perbualan antara awak-awak dalam bahasa Thai, tapi mereka tidak faham apa butirannya. Diperhatikan salah seorang dari awak-awak tersebut ada memerhatikan di sekeliling bahagian luar, mungkin mereka ingin meninjau di mana KDSS berada ketika itu dan masuk semula ke Anjungan dan berkata sesuatu kepada kawan-kawannya. Jalil dan rakan-rakannya tidak mengesyaki yang awak-awak ini sedang merancang sesuatu sehingga tiba-tiba kedengaran enjin bot dimatikan.
Serentak dengan itu, 2 orang dari 6 awak-awak yang berada di dalam bot telah menyerbu ke arah Jalil, 2 orang lagi menyerang AL-Haimi dan 2 orang selebihnya menyerang Hairozali. Mereka bertiga tidak sempat untuk berbuat apa-apa tindakan balas disebabkan ruang bot yang sempit.
Jalil dipukul namun Jalil dapat mempertahankan diri dan senjata M16 yang dibawanya sepanjang masa. Dalam pergelutan itu Jalil dapat meloloskan diri dan keluar ke sebelah kanan (starboard) bot. Pada masa itulah Jalil melihat Hairozali sedang diikat. Jalil mencari Al-Haimi namun tidak kelihatan tiba-tiba matanya terpandang ke arah 2 orang lain yang tadinya menyerang Al-Haimi sedang menekan sesuatu objek. 
Firasatnya kuat mengatakan objek yang ditekan itu adalah Buffer Al-Haimi lantas Jalil cuba mengguna senjata yang dibawanya tapi malangnya salah seorang yang melihat tindakan Jalil telah bertindak lebih pantas menerajang sebelah kaki kanannya. Jalil gagal mengimbangi badannya apatah lagi dalam keadaan laut yang bergelora membantunya terhumban ke laut. M16nya turut terlepas dari gengamannya dan tenggelam ke dasar lautan.



29 Jam Terapung Di Laut
Di dalam laut, Jalil mengapongkan diri seketika mengawasi pergerakan bot dikuatiri bot itu berpatah balik dan melanggarnya. Namun beliau bersyukur kepada Ilahi kerana bot BPTT itu tidak bertindak seperti yang dikuatirkan. Bot BPTT terus beredar daripada situ dengan membawa kawannya Hairozali dan Al-haimi yang tidak diketahui apa nasib mereka.
Setelah meyakini Bot itu tidak berpatah balik, Jalil menarik tali pelepas gas karbon dioksida bagi mengembangkan jaket keselamatan yang sepanjang masa berada di pinggangnya bila merapat ke Stesen Menggeledah. Jaket keselamatan yang dibekalkan oleh TLDM boleh bertahan sehingga 72 jam mengikut jaminan pengeluar jika tidak tercucuk benda-benda tajam yang boleh membocorkannya.
Walaupun agak cemas, namun Jalil cuba mengawal perasaan itu kerana beliau yakin KDSS atau bot-bot nelayan yang melalui kawasan itu akan ternampak beliau. Tekaan Jalil meleset….saat demi saat, minit demi minit masa berlalu namun tidak kelihatan satu makhluk pun lalu yang memungkinkan beliau dapat diselamatkan. Masa terus berlalu dari pagi hingga ke petang, menyusur malam dan kembali siang. Jalil telah dihanyutkan jauh dari lokasi asal di mana dia tercampak.

Jalil menjangkakan dia sudah hanyut jauh ke sempadan negeri Kelantan berdasarkan objek-objek yang biasa di lihat melalui pengalamannya. Sebenarnya banyak bot yang Jalil nampak tapi dalam jaraknya yang agak jauh dan tidak nampak atau mendengar jika dipanggil. Jalil cuba juga untuk berenang namun arus deras yang berlawanan menggagalkannya.

Hatinya takut berbaur hiba. Takut mengenangkan keadaan dirinya ketika itu yang sudah tidak berdaya yang boleh mengundang bermacam-macam kemungkinan. Sepanjang beliau terapung kelibat Jerung banyak kali dilihatnya. Obor-obor membelit badannya dan gatal, bisa, pedih yang sangat menyakitkan. Jalil betul-betul pasrah. Sudah lebih 20 jam beliau bersabung nyawa di lautan. Hanya Allah sahaja tempat Jalil mengharap. Kematian boleh menjemput beliau bila-bila masa samada dalam bentuk disambar Jerung, kelemasan, kesejukan, kelaparan atau mungkin beliau dilanggar kapal atau bot yang melalui di kawasan itu. 
Bermacam-macam kemungkinan bemain di fikirannya yang cuma mampu diterjemah dengan doa, istighfar dan laungan azan agar Allah mencampakkan keajaiban. Alhamdulillah, dalam keadaan lapar dan dahaga Allah telah menurunkan hujan lebat dan Jalil hanya membuka mulut menadah air hujan sebagai penghilang dahaga. Siang hari keduanya iaitu 11 Apr 1993 cuaca agak baik. Cuaca panas akan menambahkan lagi keletihan dan dahaga. Seekor burung camar datang hinggap di atas badannya yang terapung bagaikan malaikat yang datang bertanya kabar dan memberi pengharapan kepada Jalil supaya bersabar dan bakal diselamatkan tidak lama lagi.
Hiba mengenangkan isteri yang sedang hamil 4 bulan mengandungkan anak pertamanya. Apakah nasib yang akan dialami oleh isteri dan anaknya jika ketiadaan beliau nanti. Hiba juga mengenangkan sampai saat ini rakan seperjuangan KDSS maupun tim search and rescue (SAR) tidak datang menyelamatkannya.
Dalam keadaan hambanya yang sudah berputus harap untuk terus hidup, tiba-tiba Allah telah mencampakkan keajaiban memakbulkan doa dan pengharapan hambanya yang sudah tidak berdaya dan pasrah menerima apa saja kemungkinan yang ditakdirkan. Lebih kurang jam 1700, sebuah kapal dagang lalu berhampiran dengan kedudukan Jalil. Mengumpul sekuat tenaga Jalil melambai-lambai ke arah kapal tersebut dengan menggunakan jaket keselamatan. Jaket yang berwarna merah itu lebih mudah untuk dilihat oleh pemerhati kapal berbanding lambaian tangan kosong. Namun tindakan Jalil tidak berhasil bila melihat tiada respon dari pihak kapal yang berlalu pergi.
Kecewa melanda di hati Jalil. Fikirnya sudah tiada harapan lagi baginya untuk hidup setelah peluang yang sesekali datang ini berlalu begitu saja. Posisi Jalil sudah melepasi ke buritan kapal …tiba-tiba seorang anak kapal yang berada di buritan terpadang ke arahnya lantas memaklumkan kepada kapten kapal. Beberapa ketika kelihatan kapal tersebut menukar haluan menuju ke arahnya. Semangatnya pulih serta merta. Allah telah memakbulkan doanya. Kapal GASTOR GAS yang berdaftar di Panama dalam pelayaran ke Korea telah menyelamatkan dirinya.
24 jam kemudian kapal GASTOR GAS berlabuh di Singapura dan menyerahkan Jalil kepada Imigresen Singapura sebelum diserahkan kepada BEREK TLDM Woodlands. Di BEREK TLDM, Jalil cuma dirawat sebagai pesakit luar di Sickbay (Rumah Sakit ATM), jauh meleset dari perkiraan Jalil sebelum itu dia sekurang-kurangnya akan di wadkan di Hospital beberapa waktu bagi menghilangkan trauma di samping merawat kulitnya yang hancur teruk. Belum pun terubat kesedihan itu pada Jalil diarahkan balik ke Markas Wilayah Laut 1 (MAWILA 1) di Kuantan dengan menaiki bas Ekspres untuk Board of Inquiry (BOI). Terlintas di benak Jalil, dia seolah-olah dilayan seperti orang salah. Dia jadi keliru.
Apa telah terjadi kepada dua orang lagi rakannya?. Hairozali ditawan oleh awak-awak BPTT dan dibebaskan di Songkhla Thailand dan Buffer Al-Haimi hilang tanpa berita. Mungkin samudera nisannya. Berita ini diketahui setelah beliau tiba di MAWILA 1 bila Hairozali memberitahunya. Hairozali tiba di MAWILA 1 sehari lebih awal daripadanya. 
Walaupun Jalil masih trauma dan fobia dengan laut akibat dari peristiwa lepas namun beliau dikehendaki mengikuti pelayaran macam biasa dan meneruskan perkhidmatan di KDSS sehingga 1995.
Dari tahun 1995 hingga tahun 1996 Jalil ditugaskan di MAWILA 1 bahagian Pusat Kawalan Berek. Pada tahun 1996, Jalil diderafkan ke Berek TLDM Woodlands Singapura sehingga tutupnya Berek TLDM Woodlands pada tahun 1998 lalu berpindah ke Pangkalan TLDM Tanjong Pengelih sehinggalah tahun 1999 yang mana mencapai tempoh tamat perkhidmatan (TTP) wajib selama 13 tahun, Jalil mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan.
Sejak peristiwa hitam yang terjadi ke atas dirinya, Jalil merasakan dia tidak boleh bertahan lebih lama lagi dalam perkhidmatan TLDM memandangkan TLDM sendiri pun tidak pernah mengambil ingatan atas peristiwa tersebut apatah lagi untuk menghargai pengorbanan beliau sekurang-kurangnya. Selepas peristiwa itu hanya kerajaan negeri Pahang sahaja yang telah menyumbang wang tunai RM1,000.00 kepadanya.
Untuk ‘arwah’ Al-Haimi yang diistiharkan mati selepas beberapa ketika, namanya diabadikan pada dewan serbaguna MAWILA 1 di samping berhak menerima pencen bulanan kepada warisnya. Manakala Hairozali meneruskan perkhidmatan.

Kehidupan Pasca Perkhidmatan
Jalil menyedari menamatkan perkhidmatan tanpa pencen akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar jika tidak mengurus diri dengan betul terutamanya dalam soal ekonomi.

Sekarang Jalil mencari rezeki dengan berkerja sendiri seperti mengambil upah memotong buah Kelapa Sawit dan apa-apa saja kerja halal yang boleh mendatangkan wang. Bekerja sendiri walau pun pendapatan tidak tetap namun hatinya lebih tenteram, dengan pekerjaan inilah Jalil menyekolahkan 4 orang anaknya yang kini berumur 18, 16,12 dan 10 tahun.
Mengakhiri perbualan, Jalil berpesan kepada rakan-rakan yang masih dalam perkhidmatan supaya berhati-hati ketika bertugas dan ambillah cerita ini sebagai pedoman kerana kecelakaan boleh menimpa kita tanpa kita mengundangnya. Duka sengsara jangan mengharapkan ada orang yang akan mengenang dan menghargainya melainkan anda adalah Sang Juara yang menjulang piala yang menjadi kebangggaan negara. Derita dan mati dalam menjaga kedaulatan negara belum pasti anda akan diangkat sebagai wira. PERAJURIT



Copy and paste: FB Veteran Tentera Laut
28 Mei 2019 : 5.55 pm

Saturday 25 May 2019

MELAKA MENJADI TUMPUAN PEDAGANG RYUKYU

Family Mart, Uniqlo, Toyota, jenama dari Jepun kini bahagian daripada kehidupan kita. Tetapi tahukah anda pada abad ke-15 Kesultanan Melayu Melaka telah menjalin hubungan perdagangan dengan sebuah kerajaan kecil bernama Ryukyu?

Ryukyu asalnya ialah sebuah kerajaan bebas sebelum ia diserap ke dalam negara Jepun pada tahun 1879 Masihi ketika zaman Pemulihan Meiji. Ryukyu hari ini terdiri daripada sekumpulan pulau di barat daya Jepun dengan Okinawa sebagai pulau terbesar.
Menurut dokumen “Rekidai Hoan” (atau Dokumen Berharga Generasi Seterusnya) terdapat 19 pucuk surat daripada Ryukyu kepada Melaka, dan 11 surat daripada pihak Melaka kepada Ryukyu. Hubungan antara kedua-dua negara dipercayai bermula ketika pemerintahan Raja Sho Toku di Ryukyu dan Sultan Mansur Shah di Melaka.
Dalam surat bertarikh 15 Ogos 1468 Raja Ryukyu mengirimkan hadiah “berupa kain sutera, pedang Jepun, kipas berserta tembikar untuk dipersembah kepada kerajaan Melaka.”
Hubungan di antara Ryukyu dan Melaka berterusan hingga 1511. Antara sebab aktiviti maritim Ryukyu mula merosot adalah kebangkitan aktiviti lanun, kemunculan Portugis di wilayah selatan, dan hubungan yang semakin renggang dengan Dinasti Ming di China.
Tetapi kenapa sebenarnya Ryukyu ingin berdagang dengan Melaka? Apakah barang yang mereka jual dan beli daripada Melaka? Nantikan siaran kami pada hari Khamis ini.
Bahan rujukan:
1. "Sejarah Hubungan Ryukyu-Melaka Berdasarkan Sumber Jepun," Nasrudin Md Akhir & Lee Chee Leong (2017). 
2. "Ryukyu and Southeast Asia," Shunzo Sakamaki (1964). 
3. "Sejarah Perdagangan Maritim Ryukyu Serta Hubungannya Dengan Melaka," Azlansyah Aman & Azhar Mad Ros (2016).

Copy and paste: FB Melaka in Fact
25 Mei 2019 : 12.55 pm

Thursday 23 May 2019

Wajarkah Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah?




Pengenalan


PADA tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.

Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu. Adakah penyerahan Pulau Pinang menerusi perjanjian penyewaan ini sah di sisi undang-undang antarabangsa?
Sejarah
Malaysia sebelum menjadi sebuah negara yang kita kenali hari ini, pernah dikuasai oleh beberapa kerajaan Melayu pra-penjajahan seperti Srivijaya, Majapahit, Kedah, Melaka, Brunei, Johor dan Aceh. Kedah adalah kerajaan tertua di kalangan kerajaan-kerajaan Melayu ini. Kedah telah diasaskan pada tahun 630 Masihi, lebih dikenali sebagai Kadaram pada ketika itu.
Kedah pernah menjadi penguasa yang berpengaruh melampaui kawasan-kawasan yang kini menjadi wilayah negeri Kedah sekarang ini. Sewaktu era kegemilangannya, Kedah mempunyai pelabuhan yang kaya-raya dan catatan Tamil lampau memberikan Kedah julukan ‘kota segala kebahagiaan’.
Walaubagaimanapun, Kedah telah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.
Setelah keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi, Kedah telah menjadi negeri vassal atau negeri bawahan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh di rantau ini seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Kedah kemudiannya diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.
Penyerahan Pulau Pinang
Menjelang kurun ke-18 Masihi, Kedah muncul sebagai sebuah negeri Timur yang lemah, diapit oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Burma dan Siam. Kedua-dua kuasa serantau ini amat agresif dan sering berperang lalu mengancam kelangsungan Kesultanan Kedah.
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah, Kedah telah mula mengirim bunga mas kepada Siam sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah. Amalan ini telah dimulakan sejak tahun 1781. Namun begitu, terdapat juga pendapat bahawa pengiriman bunga mas oleh Kedah kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali menghakis kedaulatan Kesultanan Kedah.

Bunga Mas
Enggan menerima nasib yang sama seperti Kesultanan Pattani yang dihapuskan dan dibumihanguskan oleh Siam pada tahun 1785, Kedah mula berhasrat untuk meminta pertolongan sebuah kuasa baru, perlindungan dari kuasa Eropah yang lebih unggul – iaitu British. Francis Light pada ketika itu telah mengembara ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Melayu mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan pangkalan perdagangan.
Pada tahun 1785, Light telah gagal meyakinkan pihak SHTI untuk menduduki Jung Ceylon, atau nama asalnya, Ujung Salang di Pulau Phuket. Beliau kemudiannya memberi fokus kepada Pulau Pinang, sebuah pulau yang berlokasi strategik di pintu masuk utara ke Selat Melaka. Pulau Pinang pada waktu itu adalah sebahagian daripada wilayah Kedah.
Menyembunyikan fakta dari SHTI bahawa Kedah adalah dibawah Siam, Light telah menghadap Sultan Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786 untuk memujuk Sultan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah. Menerusi perjanjian ini, Sultan Kedah membenarkan Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat SHTI memberikan perlindungan ketenteraan kepada Kedah beserta bayaran sewa sebanyak 30,000 Dolar Sepanyol setahun. Perjanjian ini, walaubagaimanapun tidak ditepati oleh Light dan enggan melindungi Kedah dari musuh-musuhnya terutama sekali pihak Siam.
Murka akan keadaan ini, Sultan Kedah cuba untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang pada tahun 1790. Akan tetapi, belum sempat baginda berbuat sedemikian, Light telah lebih awal melancarkan serangan awal yang mengejut ke atas Prai dan ini memaksa Sultan untuk berundur.

Dalam keadaan keterpaksaan, baginda tiada pilihan lain tapi untuk secara tanpa rela menyewakan Pulau Pinang kepada Inggeris dan seterusnya Prai juga, yang telah dinamakan semula sebagai ‘Province Wellesley’ pada tahun 1800 dengan bayaran nominal setahun sebanyak 16,000 Dolar Sepanyol, bukannya 30,000 Dolar Sepanyol menurut Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.
Sehingga kini, kerajaan negeri Pulau Pinang masih membayar honorarium tahunan sebanyak RM18,800 kepada Sultan Kedah. Episod sejarah ini dengan jelas menerangkan kenapa Pulau Pinang bukan lagi milik Kedah dan telah dijadikan negeri-negeri Selat, seangkatan dengan Melaka dan Singapura.

Adakah Penyerahan Pulau Pinang Sah?
Sejarah mencatatkan bahawasanya terdapat banyak empayar di seluruh dunia yang telah menjadikan negeri-negeri lain sebagai negeri lindungan atau vassal bagi memperluaskan kuasa mereka tanpa perlu penjajahan berbentuk ketenteraan dilakukan.
Dalam erti kata lain, konsep ‘vassal’ ini merujuk kepada negeri-negeri lindungan menyerahkan hal-ehwal urusan luar negeri kepada negara pelindung dan sebagai ganti, negeri pelindung akan memberikan jaminan autonomi menerusi pengiriman tanda-tanda penghormatan secara formal.
Amalan ini dilakukan oleh banyak negara di seluruh dunia termasuklah kerajaan-kerajaan awal Melayu sendiri.
Sebelum era penjajahan Barat, kerajaan Melayu Srivijaya berjaya menjadikan banyak negeri kecil yang wujud di Pulau Sumatera, Jawa Barat dan Tanah Melayu sebagai negeri bawahannya di antara kurun ke-7 Masihi hingga kurun ke-13 Masihi.
Negeri-negeri Melayu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pernah menjadi negeri naungan Siam sehingga tahun 1909, sebelum British mengambil alih sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Negeri naungan tidak mempunyai status yang sama dengan negeri jajahan, kerana negeri naungan mempunyai kuasa autonomi dalam menguruskan hal ehwal dalamannya.

Negeri jajahan seperti Portugis-Melaka dan Pattani ditadbir secara langsung oleh penjajahnya.
Konvensyen Montevideo Tentang Hak dan Tanggungjawab Negara 1933, yang digubal berdasarkan undang-undang adat antarabangsa menyatakan bahawa hanya negara berdaulat memiliki kapasiti untuk membuat perjanjian dengan negara berdaulat yang lain, dan ini tidak termasuk negara vassal.
Dalam kes seperti penyerahan Pulau Singapura oleh Johor kepada British pada tahun 1819, ia adalah sah kerana Johor diiktiraf sebagai negara berdaulat sehingga 1914. Hal yang sama berlaku dalam kes penyerahan Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada British pada tahun 1878 kerana Sultan Sulu adalah raja berdaulat yang memerintah Sabah pada ketika itu.
Oleh kerana Sultan Kedah pada ketika itu bukanlah raja berdaulat yang memerintah Kedah yang merupakan negeri naungan Siam, baginda tiada hak untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British. Bagaimana mungkin Sultan memberikan sesuatu yang tidak dimiliki oleh baginda? Konsep ini selari dengan maxim undang-undang nemo dat quod non habet (tiada siapa berhak memberi apa yang dia tidak miliki).
Berdasarkan fakta ini, adakah penyerahan Pulau Pinang (menerusi penyewaan) adalah sah?
Walaubagaimanapun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Sultan Kedah adalah penguasa berdaulat ke atas takhta Kedah dan oleh itu baginda berhak untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British.
Selain itu, tindakan British yang menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Kedah secara langsung menunjukkan Sultan Abdullah Mukarram Shah  adalah pemerintah Kedah yang berdaulat. Artikel 26 Konvensyen Vienna Tentang Undang-undang Triti yang digubal berasaskan undang-undang adat antarabangsa yang terpakai kepada semua negara menyebut ‘Triti haruslah dikuatkuasakan dengan sesuci hati’.
Francis Light tidak pernah memenuhi syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tahun 1876. Setelah tidak berhasil mendapatkan Pulau Pinang, Sultan Kedah telah dipaksa untuk menandatangani satu lagi perjanjian pada tahun 1791 yang telah menyaksikan pengambilan secara rasmi Pulau Pinang oleh British.
Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh, pihak British telah mengamalkan paksaan untuk mempergunakan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang. Oleh itu, dalam situasi ini, perjanjian tersebut boleh dibatalkan. Maka, sekali lagi, adakah penyerahan Pulau Pinang oleh Kedah kepada British sah?
Kesimpulan
Sama ada penyerahan itu sah atau tidak, pihak British telah pun memerintah Pulau Pinang selama 171 tahun, mempamerkan wujudnya kependudukan efektif ke atas wilayah tersebut. Pulau Pinang telah secara meluas diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa pada ketika itu sebagai sebahagian dari koloni British.
Namun begitu, dengan meletakkan elemen kependudukan efektif ini ke tepi, adalah munasabah untuk menyatakan bahawa kesahihan penyerahan Pulau Pinang kepada Kedah boleh dipersoalkan, dari sudut perspektif sejarah dan undang-undang.
Sekiranya Sultan Kedah tidak dianggap penguasa Kedah yang berdaulat, bagaimana mungkin baginda mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Pinang yang tidak dimiliki olehnya kepada British? Walaubagaimanapun, sekiranya Sultan Kedah dianggap sebagai raja Kedah yang berdaulat pada waktu itu dan mempunyai hak ke atas Pulau Pinang, perjanjian yang ditandatangani di antara baginda dan pihak British pada tahun 1791 itu dilakukan tanpa kerelaan, mengakibatkannya boleh dibatalkan.
Kini, Kedah bukanlah lagi negeri bawahan Siam ataupun negeri lindungan British tetapi sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. Sultan Kedah sekarang ini, Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah adalah Yang DiPertuan Agong, raja berdaulat yang memerintah Malaysia. Tidak seperti Johor dan Singapura ataupun Sabah dan Kesultanan Sulu yang bukan sebahagian dari negara yang sama, Pulau Pinang dan Kedah kedua-duanya adalah negeri di dalam Malaysia. Menurut sejarah, Pulau Pinang memang dianggap sebagai sebahagian dari Kedah.
Inilah masanya untuk memperbetulkan kesilapan yang dicipta oleh sang licik Francis Light lebih dari 2 abad yang lalu. Pemulangan Pulau Pinang kepada Kedah adalah wajar dan tidak akan menggugat kedaulatan negara Malaysia. Pulau Pinang sebetulnya tidak pernah secara sah diserahkan dan harus kekal bersama Kedah.

> Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah seorang profesor pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia dan pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Ini adalah pandangan peribadi beliau sebagai seorang pengkaji dan penyelidik undang-undang maritim antarabangsa.





Copy and paste: https://www.mstar.com.my/
23 Mei 2019 : 12.24 am

Tuesday 21 May 2019

PAHLAWAN PEDANG ALLAH

Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!
Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.
Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.
Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak didadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :
“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.
Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!
Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.
Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.
Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.
Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :
“Kepada semua tentera Parsi.Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan).Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup”
Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh.Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates!Ada tentera musuh yang sanggup terjun kedalam sungai untuk menyelamatkan diri!
Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi :
“Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang 
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..”

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.
Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh.Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :
“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.
Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.
Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.
Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :
Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.
Khalid : silakan.
Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?
Khalid : benar.
Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?
Khalid : tidak benar !
Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?
Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah.Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?
Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?
Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.
Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?
Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.
Gergorius : mengapa?
Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.
Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.
Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!
Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom.Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah.Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah.Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu.Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :
“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab.Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat.Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”
Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!
Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :
“ Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman.Disebabkan itulah kita kalah”
Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :
“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.
“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.
Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:
“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.
“Mengapa?” Tanya Khalid.
“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.
Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian.Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.
Kata Adi bin hatim :
“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”
Al-Fatihah untukmu wahai Saifullah ….
Copy and paste: FB Eschatology Nusantara Al Fitan
21.5.2019 : 2.10 am

Fahaman Pluralisme Agama

Maksud
Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama.Ia adalah satu bentuk tolenrasi agama dimana agama apa-apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama (different way of the same truth).Kerana itu,tidak boleh ada 'Dakwaan kebenaran' (claim of truth) dari agama mana-mana bahawa agama mereka lah yang paling benar dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar ( true salvation) dari seksa neraka hanya diperoleh apibila memeluk agama tertentu sahaja.
Menurut fahaman ini,agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza menuju titik kebenaran yang sama maka semua agama pasti akan menghantar ahli/pemeluknya menuju syurga.
Dari idea pluralisme inilah maka lahir perbagai gagasan.Sebagai usaha ke arah mewujubkan tolenrasi beragama seperti dialog antara agama,doa,perayaan sebagainya bersama.

Ciri-Ciri Pluralisme Agama
1.Mempunyai satu gerakan yang terancang yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith dialogue atau dialogue of faith dan civilizational dialogue.
2.Mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia dan telah lama berakar umbi di Indonesia.
3.Ideologi dan fahaman pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran umat Islam atas nama rasional, toleransi dan perpaduan.
4.Mempunyai elemen-elemen fahaman Islam Liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan terhadap autoriti keagamaan,kelemahan dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan sentiasa cuba menyamakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.
5.Mempromosi nilai-nilai barat dengan berselindung di sebalik slogan dan penekanan kepada terminologi universal values, good values, shared-values, positive values, noble values dan istilah-istilah yang sering didengari.
6.Menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan moto yang kelihatan baik seperti “One God Different Ways”, “Unity in Diversity”, dan seangkatanya.
7.Memisahkan nilai agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama dalam kehidupan seseorang.
8.Apabila fahaman ini menyatakan nilai-nilai yang diterima majoriti itu adalah suatu kebaikan, maka ia sebenarnya menolak autoriti agama, kesahihan agama dan keabsahan agama.
9.Memperjuangkan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau pandangan itu boleh menyakitkan hati penganut-penganut agama lain.
10.Metodologi yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak yang bertujuan memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat dalam agama masing-masing. Jika kebenaran adalah relatif, maka agama juga bermakna bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mutlak.
11.Pluralisme agama lebih cenderung meletakkan akal melebihi agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan segala-galanya....
Copy and paste: FB Eschatology Nusantara Al-Fitan
21/5/2019: 2.04 am

Monday 20 May 2019

MUAMMAR GADDAFI :SUPREME LEADER DI Libya.. RAKYAT KUFFUR NIKMAT.

Gambar di atas menunjukkan Almarhum Muammar Gaddafi mengimamkan solat jemaah bersama rakyatnya. Memang selalu jugalah Muammar Gaddafi menjadi Imam.
Di kiri bawah, gambar ketika Muammar Gaddafi baru sahaja ditangkap oleh rakyatnya sendiri yang mengerumuni untuk menyeksa beliau.Dan terakhir di sebelah kanan bawah, gambar kegembiraan anak muda Libya meraikan kematian Muammar Gaddafi disisi mayatnya.
SIAPA MUAMMAR GADDAFI?
Dilahirkan dari keluarga miskin dalam khemah di padang pasir luar kawasan bandar dalam kalangan suku nomad badwi yang tidak terkenal, Muammar Gaddafi membesar sebagai penternak kambing dan unta. Oleh kerana masyarakat sekeliling yang buta huruf dan tidak merekod sebarang maklumat, maka tahun kelahiran beliau tidak dapat dipastikan secara tepat.
Dibesarkan dalam hiruk-pikuk perang dunia kedua, Libya ketika itu dicengkam oleh kuasa Italy (sekutu Nazi). Bapanya telah dibunuh oleh tentera Italy. Setelah perang dunia tamat dengan kekalahan kuasa paksi (Jerman-Itali), maka pihak pemenang iaitu British dan Perancis berebut untuk memiliki wilayah Libya ini.
Namun, PBB melarang hal tersebut sebaliknya memberikan kemerdekaan kepada Libya dibawah pentadbiran monarki mutlak yang perlu tunduk kepada telunjuk barat. Libya dipimpin oleh Raja Idris Qadasallahu Sirruhu iaitu seorang Ulama Sunni berketurunan Nabi Muhammad SAW dari jalur Saiyidina Hassan.
Muammar Gaddafi dibesarkan dalam suasana penuh ciri2 keislaman. Oleh kerana kesempitan hidup, Muammar Gaddafi hanya tidur di masjid semasa zaman persekolahan. Beliau sering dibuli kerana status latar belakangnya seorang Arab Badwi. Namun, beliau tetap berbangga dengan identiti asalnya itu dan mengajak rakan-rakan badwi lain agar usah berasa malu dengan status mereka.
Ketika sekolah menengah, beliau menjadi seorang yang terkenal dan guru-gurunya ramai berasal dari Mesir. Ketika ini, beliau mendapat banyak maklumat tentang perubahan politik negara Arab.
Pelbagai isu di timur tengah diketahuinya. Perang Arab-Israel, Revolusi Mesir, Krisis Terusan Suez dan pembentukan Republik Arab Bersatu oleh Mesir dan Syria. Muammar Gaddafi amat mengidolakan Gemal Abdel Nasir pemimpin masyhur Dunia Arab dari Mesir itu. Walaupun Mesir berada dalam benua Afrika secara geografi, tetapi mereka Arab secara budaya.
Muammar Gaddafi terpengaruh dengan idea-idea Gemal Abdel Nasir yang anti penjajah barat, anti zionis, pro Nasionalis-Sosialis. Ketika itu juga,Muammar Gaddafi mula belajar cara untuk melancarkan revolusi dan kudeta yang memerlukan tenaga rakyat dan tentera. Beliau yang masih muda ini mula memimpin demontrasi serta menyebarkan poster-poster mengkritik pentadbiran monarki.
Beliau banyak membaca sejarah Revolusi Perancis, teori-teori politik dari Michel Aflaq (Syria), Abraham Lincoln (US), Sun Yat-sen (China) dan Mustafa Kemal Ataturk (Turki). Beliau yang amat berminat dengan subjek sejarah melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di universiti. Namun kemudiannya beliau menamatkan pengajian untuk menyertai dunia ketenteraan.Ini kerana baginya,hanya melalui ketenteraan misi politiknya akan berjaya.
Beliau bersama beberapa rakan setia mula mewujudkan “gerakan bawah tanah” berinspirasikan ideologi Gemal Abdel Nasir. Mereka menjelajah ke seluruh Libya untuk menyebarkan pemikiran ini. Muammar Gaddafi juga turut mengumpul pemuda cerdik-pandai dari seluruh Libya bagi membina rangkaian kerja.
Walaupun pihak kerajaan ketika itu menyedari gerak kerja mereka, namun kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.Bagi mereka, gerakan Muammar Gaddafi dan rakan-rakannya hanyalah ancaman kecil.
IMPAK KEKALAHAN 6 HARI DENGAN ZIONIS
Selepas kekalahan Mesir dalam perang 6 hari melawan Israel, pendokong nasionalis seluruh negara Arab makin membenci kerajaan-kerajaan yang tunduk dengan telunjuk barat yg sememangnya pro Israel. Oleh itu, telah wujud huru-hara di Libya bagi melawan kerajaan yg merancang mengadakan rampasan kuasa secara kudeta.
Muammar Gaddafi menghidu peluang terbaik ini apabila Raja Libya telah pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan penyakitnya. Muammar Gaddafi dengan pantas menguasai beberapa lokasi penting dan strategik seperti lapangan terbang, stesen radio, balai polis dan pejabat kerajaan.
Beliau dan rakan-rakannya melakukan hal ini serentak di kota-kota besar Libya. Mereka juga telah menangkap putera mahkota Libya dan mendesak agar melepaskan jawatannya.
Kemudian dengan serta merta, Muammar Gaddafi mengumumkan kejatuhan kerajaan Monarki dan mengangkat dirinya sebagai pemimpin baharu Libya yg di umumkan melalui stesen radio. Revolusi tanpa penumpahan darah ini dikenali sebagai Revolusi Putih atau Revolusi 1 September.
MENSTRUKTUR SEMULA KERAJAAN LIBYA
Gaddafi dan rakan-rakannya telah mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan. Mereka membuat pembaharuan dalam ekonomi dan sosial termasuk menegakkan hukum syariah dan memperkenalkan dasar pertanian yang mapan.
Arak dan kelab malam diharamkan. Pakaian tradisional Libya diutamakan. Bahasa Arab menjadi bahasa utama komunikasi dan papan tanda di jalanan.Kaum wanita Libya juga diberikan pendidikan yang sepatutnya.
Muammar Gaddafi juga telah menguruskan telaga minyak Libya dengan baik sehingga membuahkan pertumbuhan ekonomi yang sejahtera.Kekayaan hasil petroleum digunakan untuk membina perumahan sebagai inisiatif utama kerajaan.
Program Bantuan Kebajikan Rakyat seluruh Libya diperkenalkan. Pendidikan dan kesihatan rakyat dijaga dengan baik sekali. Sektor awam membuka peluang pekerjaan. Status Muammar Gaddafi sebagai seorang badwi dipuja-puja dan disebut sebagai pengganti “Umar Mukhtar” pada ketika itu.
POLISI ANTI BARAT GADDAFI
Muammar Gaddafi enggan tunduk kepada mana-mana kuasa dunia sama ada Blok Amerika mahupun Blok Soviet Union. Beliau terkenal dengan teori politik ciptaan dirinya sendiri iaitu “Third International Theory”.
Muammar Gaddafi lantang mengkritik Barat terutama Amerika yang sentiasa memihak Israel dalam konflik Palestin-Israel. Selain Gemal Abdel Nasir, Muammar Gaddafi sebenarnya turut meminati gaya Yaser Arafat pemimpin Fattah di Palestin. Namun,beliau menganggap Yaser Arafat terlampau berlembut dalam menyelesaikan krisis di Palestin.
Gaddafi berpendapat Palestin perlu lebih keras melawan Israel. Oleh itu, Muammar Gaddafi telah membiayai gerakan bersenjata bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin. Di sebabkan itu, Gaddafi telah dilabel sebagai pencipta teroris oleh Barat.
Bagi tujuan memperkuatkan kedudukan kerajaan Libya untuk menghadapi ancaman antarabangsa, Muammar Gaddafi mahu memperkukuhkan ekonomi negara dengan memonopoli sumber petroleum. Hal ini menimbulkan kemarahan taikun-taikun (saudagar tempatan). Mereka merancang untuk menggulingkan Muammar Gaddafi dengan menyerang bangunan tentera.
Namun rancangan mereka untuk gulingkan Muammar Gaddafi tidak berjaya kerana maklumat yg terdedah. Mereka melarikan diri ke Mesir dan meminta berlindungan Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat.
Ekoran daripada pelan rampasan kuasa yg gagal itu,Muammar Gaddafi mula 'membersihkan' kerajaannya dengan menghapuskan para penentang sehingga beliau digelar diktator.Suara-suara kebencian terhadap Muammar Gaddafi semakin jelas kedengaran.Para pelajar universiti yang anti Muammar Gaddafi bergaduh dengan pelajar pro Muammar Gaddafi.
Lantaran itu Gaddafi telah memperkenalkan beberapa langkah tegas bagi mengekang golongan pelajar sehingga beliau semakin dibenci oleh para pelajar. Para agamawan Ikhwanul Muslimin turut mengecam Muammar Gaddafi sebagai Marxism dan Tidak Islamik, Tidak Sunnah. (Mu dok Isley! Bukey Sunnoh!)
Bahkan ada seorang ulama terkenal memfatwakan bahawa Muammar Gaddafi halal darahnya untuk dibunuh (malas nak cerita). Beberapa tindakan yg di ambil Muammar Gaddafi untuk mengekang golongan yg menentangnya menjadikan rakyat semakin marah! Kemarahan ini semakin memuncak apabila wujudnya gelombang ARAB SPRING.
Ya... Arab Spring kesukaan anak muda. Puak-puak Islamis mula main peranan. Bahkan sehingga ke tahap gerakan militan.
Berkecamuklah Libya dengan perang saudara. Militan itu perang dengan militan ini. Teroris itu perang dengan teroris ini. Kacau-bilau, haru-biru, hagemaru. NATO pun mula masuk mainkan peranan. Pejuang demokrasi katanya... Desakan rakyat semakin kuat.
NATO membantu gerakan militan ini bagi menjatuhkan kerajaan atas alasan suara rakyat. Muammar Gaddafi telah menjadi sasaran nombor 1 sehingga memaksanya berlindung menyelamatkan diri.
Keadaan yg semakin mendesak telah memaksa Muammar Gaddafi bersetuju untuk meletakkan jawatan dan ingin membincangkan perihal peralihan kuasa secara aman. Namun anak muda yang tegar membangkang tetap tidak berpuas hati. Mereka tetap memburu Muammar Gaddafi.
PENGAKHIRAN HAYAT GADDAFI
Dan akhirnya puak pemberontak menemui Gaddafi yg bersembunyi dalam paip saliran. Mereka segera menariknya keluar sambil menjerit “Muammar!, Muammar!”. Muammar Gaddafi ditembak di kaki dan belakang badan untuk melemahkannya.
Seterusnya mereka membawa Muammar Gaddafi berarak menaiki kereta militan. Mereka berhuha-huha, beryale-yale gembira. Mereka bertakbir, “AllahuAkbar!, AllahuAkbar!”.
Muammar Gaddafi cedera parah berlumuran darah. Beliau keseorangan ketika mana para militan mengerumuninya. Mereka merakam aksi-aksi terakhir Muammar Gaddafi. Videonya boleh lihat di Youtube. Muammar Gaddafi merayu;
“Jangan tembak saya... Allah larang perbuatan ini... Tidakkah kamu tahu beza perbuatan benar dan salah?”.

Namun, pemuda-pemuda itu tidak mengambil kisah. Mereka terus memukul, menyeksanya. Akhir sekali, “Dammm!!!”... peluru dilepaskan ke kepala tanpa diketahui siapa pelakunya hingga menyebabkan kematian Muammar Gaddafi.
Kesan luka besar seperti torehan bayonet juga ada di bawah perut beliau. Mayatnya dipamerkan buat beberapa hari dihadapan orang awam.Tamatlah riwayat Muammar Gaddafi.
Namun, Libya masih belum bangkit. Para teroris dan militan masih mengucar kacirkan Libya. Masing-masing berebut kuasa. Kuasa Barat yang mengaku pejuang demokrasi pulang ke negara masing-masing.Kata mereka,"Pemimpin Arab dah dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri, jadi bukan salah kita...”
Rakyat Libya sedang merempat penuh kehinaan. Tiada lagi kesenangan seperti zaman Muammar Gaddafi. Dulu, Libya tiada hutang dengan Bank Dunia, percuma kos perubatan, pendidikan percuma, percuma elektrik, pinjaman tanpa faedah, subsidi untuk pengantin membeli rumah pertama, ibu mendapat duit apabila melahirkan bayi, kereta separuh harga dan lain-lain.
Tapi rakyat tak mahu itu semua.Tak nak bersyukur.Walau apa pun jasa kebaikan, kalau dah benci tu, tetap benci. Kini tiada lagi. Amanlah di kau di sana wahai Libya.
Syabas anak muda. Rakyat Memilih...
NOTA: Artikel ini telah saya olah dan edit kembali tanpa mengubah maksud ayat artikel asal.Boleh follow beliau di:

Ziefenz Zee
Copy and paste from Facebook
20 May 2019: 8.47 pm