Sunday 22 October 2017

2017 - FELDA PALONG 1 / FELDA PALONG 14, 15 & 16

GEMAS, NEGERI SEMBILAN


Pada 20 Oktober 2017, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Gemas, Negeri Sembilan, untuk program Komuniti di FELDA Palong Satu dan FELDA Palong 14, 15 dan 16 di Gemas. Perjalanan sejauh 172 km mengambil masa lebih kurang 2 jam. 


Kami menetap di Hotel Tropicana di Kawasan Industri Gemas, Negeri Sembilan. 


Gemas ialah sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Johor. Gemas merupakan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen Keretapi Gemas ditubuhkan pada tahun 1922 dan masih beroperasi hingga kini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gemas dan sejarah boleh rujuk laman web Wikipedia. 






Kelihatan ialah Pejabat Pos Gemas

Gerai makan di Stesen Keretapi Gemas, di sinilah saya dan rakan-rakan makan malam kerana ia tidak jauh dari hotel penginapan kami... masakan Negeri Sembilan memang sesuai dengan selera saya..

FELDA PALONG SATU, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Pada pagi 21 Oktober 2017 kami bergerak ke FELDA Palong Satu untuk program Komuniti. FELDA Palong Satu jaraknya adalah 18 km dari hotel penginapan kami di Gemas, iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan. 

FELDA Palong terletak di daerah Jempol Negeri Sembilan dan mempunyai Palong 1 hingga Palong 20. Palong menghubungkan Pasir Besar dan Bandar Muadzam Shah. 

Program Pemeriksaan Kesihatan YJM diadakan di FELDA Palong 1 bersempena dengan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kembalinya bertugas di FELDA Global Ventures Holdings (FGV), Datuk Hj. Zakaria bin Hj. Arshad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang dikatakan terbabit dengan Konflik FGV baru-baru ini. Beliau adalah merupakan anak tempatan Palong 1 yang dikenali oleh peneroka FELDA Palong 1. 

Seramai 93 orang penduduk dan peneroka FELDA Palong 1 telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari itu. 

Program di FELDA Palong 1 turut dibantu oleh Jururawat-jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital yang memang telah banyak kali berkerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia. 

 





Bergambar kenangan bersama AJK Majlis FELDA Palong 1 dan jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital. 




FELDA PALONG 14, 15 DAN 16, GEMAS, NEGERI SEMBILAN
Pada pagi 22 Oktober 2017, kami bergerak pula dari Hotel Tropicana Gemas ke FELDA Palong 14, 15 dan 16 untuk program Komuniti seterusnya. Jarak FELDA Palong 14 dari hotel kami di Gemas lebih kurang 51 km iaitu 45 minit perjalanan...lebih jauh dari FELDA Palong Satu dalam program sebelum ini. 
Seramai 90 orang telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari itu. Turut membantu ialah jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital. 











Bergambar kenangan dengan Penduduk FELDA Palong 14,15 dan 16 dan jururawat-jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital
 
Sarapan pagi sebelum bergerak ke FELDA



Selesai program Komuniti di FELDA Palong 14,15 dan 16 kami terus bergerak balik ke Kuala Lumpur.