Monday, 11 August 2025

UJIAN DNA SEORANG HELMI EFFENDY

Oleh Helmi Effendy

Aku baru jer dapat result DNA aku daripada myPreciseDNA. Jadi, apa yang aku boleh simpulkan daripada hasil ujian DNA aku? Pertama ialah dari belah yDNA aku ialah Haplogroup O1b1a1a1b1.
Kumpulan Haplogroup ini mempunyai kaitan dengan kedua-dua kumpulan Austroasiatic dan Austronesia, tetapi terdapat perbezaan penting dalam frekuensi dan penyebaran genetik antara kedua-dua kumpulan ini. Pertama, Haplogroup ni dominan dalam kaum Austroasiatic yang dekat Asia Tenggara.
Ini aku tak hairan sebab aku orang Kedah. Orang Kedah ni memang aku percaya bahawa asalnya orang Austroasiatic yang telah di-Austronesia-kan apabila bertutur dalam Bahasa Austronesia iaitu bahasa Melayu. Barangkali proses ni terjadi ketika Kedah Tua berada dibawah pengaruh Srivijaya. Contoh kaum Austroasiatik lain - Khmer pembina Angkor Wat, orang Dai-Viet iaitu kaum Vietnam, orang Mon kat Myammar.
Tapi tak bermakna tiada orang Austronesia yang berkongsi haplogroup ini. Orang Austronesia, seperti yang disebutkan sebelum ini, tersebar luas di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Haplogroup O1b1a1a1b1 juga ditemui dalam kalangan populasi Austronesia, tetapi dengan frekuensi yang lebih rendah berbanding kumpulan Austroasiatic. Contoh kaum Austronesia - Orang Melayu, Jawa, Maori, Hawaii etc.
Orang Austronesia lebih sering dikaitkan dengan Haplogroup O1a dan Haplogroup O2a, yang juga berasal dari Asia Timur dan menyebar ke Asia Tenggara melalui migrasi maritim. Namun, Haplogroup O1b1a1a1b1 tetap wujud dalam populasi Austronesia, menunjukkan bahawa terdapat campuran genetik antara penduduk awal Austroasiatic dan migran Austronesia yang tiba kemudian.
Ini mencerminkan sejarah migrasi yang berbeza antara kedua-dua kumpulan ini. Orang Austroasiatic dipercayai merupakan salah satu kumpulan penduduk awal di Asia Tenggara, sementara orang Austronesia datang kemudian melalui migrasi maritim dari Taiwan dan kawasan sekitarnya.
Okey, kalau kita tengok peta perjalanan migrasi nenek moyang aku. Korang perasankan yang nenek moyang aku bermula dari Afriika? Sebenarnya nenek moyang korang pun sama. Manusia moden, iaitu Homo Sapiens, kita pada hari ini hanya keluar daripada Afrika kira-kira 60, 000 hingga 70, 000 tahun yang lalu.
Sebab tu pada 200, 000 tahun yang lalu, dalam peta migrasi ni, nenek moyang belah bapak aku masih lagi dekat Afrika. 70, 000 tahun yang lalu, dah mula keluar dari sana dan singgah di Iraq. Nenek moyang aku hanya sampai ke China pada 12, 000 tahun lalu. Dari sini barulah ada migrasi sampai ke Asia Tenggara, dan mereka sampai ke Kedah ketika Zaman Gangsa suatu masa dulu. Maka disinilah bermulanya pembina tamadun Kedah Tua suatu masa dahulu?
Keputusan DNA mtDNA pulak mendapati bahawa nenek moyang aku daripada Haplogroup F1a. Haplogroup F dipercayai muncul sekitar 45,000 tahun yang lalu dan berasal dari kawasan sekitar Asia Barat atau India. Dari situ, ia menyebar ke Asia Timur dan Tenggara, dengan subkelompok F1a menjadi salah satu cabang utama.
Haplogroup F1a muncul sekitar 18,000 tahun yang lalu dan paling kerap ditemui dalam kalangan populasi di Asia Tenggara, terutamanya di Vietnam, Thailand, dan Kemboja. Ia juga dijumpai dalam kumpulan etnik di kawasan seperti Taiwan dan Kepulauan Pasifik. Penduduk Vietnam Thailand dan Kemboja ni adalah kaum Austroasiatic manakala penduduk Taiwan dan Kepulauan Pasifik ni pulak kaum Austonesia.
Bahkan, Di Semenanjung Tanah Melayu, haplogroup F1a juga ditemui dalam kalangan kumpulan Senoi, kumpulan Orang Asli yang berada di kawasan tengah semenanjung. Kehadiran F1a di sini mungkin menunjukkan hubungan migrasi antara Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Melayu pada masa lampau. Maksudnya, nenek moyang belah mak aku pun ada kombinasi Austroasiatic dan Austronesia gitu.
Kedua, korang nampak kan yang dalam badan aku ni ada peratusan 1.4 peratus Homo Neandertals dan juga 1.4 peratus Denisovan? Ini bermaksud nenek moyang aku dari Homo Sapiens, dalam 200, 000 ribu tahun perjalanan untuk sampai ke Tanah Melayu dari Afrika dulu, pernah bersemenda dengan dua spesis manusia purba yang berbeza dengan kita Homo Sapiens.
350, 000 tahun yang lalu, Homo Neandertals ni berhijrah keluar dari Afrika untuk sampai ke Eropah. Dalam perjalanan tu, nenek moyang aku yang baru nak keluar Afrika pun bersemenda dengan mereka. Kemudian, dari peta migrasi tu, nenek moyang aku sama ada belah ayah dan mak aku ada sampai ke Tanah Besar China. Tempoh persemendaan ini dijangka berlaku pada kira-kira 50, 000 tahun yang lalu.
Pada ketika 45, 000 tahun yang lalu, terdapat persemendaan nenek moyang aku dengan manusia Denisovan, meninggalkan aku peratusan kecil dalam badan aku. Justeru, daripada situ, aku mewarisi kelebihan dan kelemahan yang diterjemahkan pada ujian Personaliti aku.
Sebagai contoh, aku mewarisi kelebihan Denisovan pada Associated with increased attention and memory, yang dapat dikesan pada genetik COMT dalam badan aku. Sebab tu antara report berkaitan dengan Wellness aku, dia letak aku memiliki kemampuan memori yang sangat tinggi, dan ini aku akui sebab aku mampu ingat semua benda aku baca, dengan sangat senang, dan mungkin sebab tu aku jatuh cinta pada Sains dan Sejarah.
Tapi ujian DNA berkaitan dengan personaliti taklah 100 peratus tepat macam ujian keturunan sebab selain faktor genetik, faktor persekitaran aku membesar jugak diambil kira. Ujian DNA ni kata aku kemahiran kreativiti aku sederhana sahaja, tak tinggi macam kemahiran Memori aku. Tapi aku rasa aku kreatif kot. Aku menulis 16 buah buku fiksyen, aku dalam bidang content dan marketing, semuanya memerlukan aku ada kreativiti yang maha tinggi untuk capai apa aku capai.
Lagipun bab genetik kalau aku terlalu deterministik, maka aku akan jadi macam Eugenics pulak yang rasa superiority semata-mata ditentukan oleh genetik. Jadi fasis Nazi aku nanti. Akhir kata, ujian Genetik jugak cakap keturunan aku lower genetic diversity. Maksudnya nenek moyang aku berkahwin sesama sendiri, atau kelompok keluarga, kampung, tribe sendiri suatu masa dulu. Selalu dapat lower genetic diversity ni Royal atau Bangsawan.
Sebenarnya tak sihat. Jadi, alang-alang aku rasa aku kena kahwin dengan makwe Arab ke, makwe Korea atau Jepun ke, supaya anak-anak aku ada diverse genetic diversity di masa hadapan, tak gituuu?
Sekian analisis DNA aku, dan kalau korang nak buat ujian genetik macam ni, korang boleh buat ujian dia kat http://www.myprecisedna.com/ . Korang boleh pakai kod HELMI10 untuk dapatkan diskaun 10 peratus daripada harga sebenar!
P.S: Ini membuktikan bahawa orang Melayu bukan keturunan Keturah sebab kajian DNA saya mengelompokkan haplogroup yang sinonim dengan Austroasiatic dan Austronesia, tidak haplogroup Semitik gitu.
___
Sebenarnya macam mana manusia berevolusi? Nabi Adam AS berevolusi juga ke? Nak tahu pasal evolusi manusia? Dapatkan segera MANUSIA SEBELUM ADAM di Shopee kami:

Copy and paste:
11 Ogos 2025: 6.34 p.m

No comments: