Sunday 26 February 2012

2012 - AEON TEBRAU CITY, JOHOR BAHRU

Lokasi: AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 21-26 Februari 2012
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tebrau City Johor Bahru adalah sejauh 332 km dan mengambil masa perjalanan 3 jam 23 minit. 


Berhenti rehat di Hentian Rehat Machap Johor





Perjalanan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (AT  YJM) yang berikutnya ialah Program Minggu Jantung Johor yang diadakan di AEON Tebrau City Johor Bahru.  Dibuka pada Januari 2006 AEON Tebrau City yang dahulunya dikenali dengan Jusco Tebrau City adalah  komplek membeli belah terkenal di JB.

Selama seminggu di sini kami menjalankan ujian Saringan Kesihatan untuk orang ramai di Kompleks ini. Antara ujian yang dijalankan ialah Ujian Tekanan Darah,Ujian Kolesterol, Ujian Glukose, Body MassIndex dan Ujian Elektrokardiogram (jantung). Seramai 912 orang telah menjalankan ujian saringan kesihatan dan 130 orang menjalani ujian Elektrokardiogram sepanjang 6 hari kami di sini. 




Pendaftaran sedang dijalankan
Sepanjang program dijalankan bantuan tenaga jururawat dan Penasihat Pemakanan dibantu oleh Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. 

Kaunseling dan Nasihat Pemakanan diberikan kepada pengunjung

Antara ujian yang dijalankan ialah ujian Kolesterol dan Glukos

Ujian Tekanan Darah


Sepanjang program kami menginap di Check Inn Hotel di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. 





Program berakhir pada 26 Februari 2012. 


Zulheimy Bin Maamor
13.10.2013


Tuesday 21 February 2012

KEMBARA ROHANI - UMRAH 2012

Kenangan mengerjakan Ibadah Umrah isteri saya Norziah Ahmad bersama ibunya dan ipar. 

Isteri, ibu mertua dan biras saya telah berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah pada 21 Februari 2012. Inilah adalah kunjungan pertama isteri saya ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. 

Isteri saya bersama adik iparnya di Lapangan Terbang KLIA

Penerbangan dari KLIA ke Bandaranaike Airport Sri Lanka mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit


Transit di Lapangan Terbang Sri Lanka sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. 



Tiba di Lapangan Terbang di Jeddah



Mengunjungi Jeddah seperti pulang ke kampung halaman bertemu dengan asal usul, bertemu keluarga seagama kerana di sini bersemadinya jasad Hawa, wanita pertama yang Allah ciptakan di dunia ini. 
Jeddah bermaksud "Nenek", merujuk kepada Hawa yang diturunkan di Jeddah dan dipertemukan semula dengan Nabi Adam a.s di Jabal Rahmah, Padang Arafah. 
Jeddah sebuah bandaraya yang terletak di pinggir Laut Merah adalah bandar utama dan bandar kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah. 





Laut Merah atau Laut Kulzum ialah sebuah teluk di Lautan Hindi, diantara benua Afrika dan Asia. 
Telah dicatatkan dalam Al-Quran akan kisah Nabi Musa mengetuai Bani Israel untuk melarikan diri daripada dikejar Firaun dan bala tenteranya. Dengan takdir Allah, Laut Merah tiba-tiba terbelah dua dan Nabi Musa dan Bani Israel dapat menyelamatkan diri dengan mudah.

Tidak hanya di India, Kota Jeddah juga mempunyai masjid cantik yang terapung di tengah laut dikenali dengan nama Masjid Al Rahma, jika Laut Merah sedang pasang, Masjid Al Rahma tampak seperti masjid yang muncul dari dasar Laut Merah.




Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa Hijrah, namanya diubah menjadi Madinat Al-Nabi ataupun Al Madinah Al Munawwarah. Perkataan Madinah bermaksud "bandar / kota". 
Madinah ialah kota paling suci kedua selepas Makkah, kerana disinilah terletaknya Masjid an-Nabawi dimana terletaknya Makam Insan yang paling agung,junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. 
Rujuk : Wikipedia : Madinah al-Munawwarah





Jabal Uhud atau Bukit Uhud, sebuah bukit yang terletak di utara Kota Madinah dengan ketinggian 1077 meter.
Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.
Jabal Uhud bukanlah sebuah bukit Biasa, dari sebuah hadith yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(HR Bukhari dan Muslim)
Bukit Uhud juga adalah salah satu bukit di syurga. 









Mekah atau Makkah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah, terletak lebih kurang 73 km daripada timur Jeddah. Mekah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. 
Dinamakan Mekkah ertinya Membinasakan atau mengurangkan kerana Mekkah mengurangkan dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekkah. 

Kota Makkah terletak 600 km dari kota Madinah dan lebih 200 km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F).

Disini terletaknya Masjidil Haram dimana terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam diseluruh dunia. 

Kajian saintifik telah dapat membuktikan bahawa Mekkah adalah merupakan pusat bumi. Kajian ini dilakukan oleh Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir. 




Masjidil Haram adalah Masjid terbesar di dunia, terletak di Kota Mekkah yang dikelilingi dengan bukit bukau. Binaan kaabah yang merupakan qiblat umat Islam terletak di Masjid al-Haram. 
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud,"Sesungguhnya rumah ibadah yang pertama kali dibangun untuk manusia adalah Baitullah yang ada di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia."
Pahala bersolat di Masjidilharam 100,000 kali berbanding dengan solat di tempat-tempat lain. 
Perkataan "Masjidilharam" disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran. 

Perpustakaan yang terletak di Sooq Al-Layl lebih kurang 150 meter dari Masjidilharam dikatakan adalah bekas tapak rumah kelahiran Rasulullah s.a.w. Tapak rumah Baginda di Mekkah ini dimiliki oleh Sheikh Abbas Kattan yang membina sebuah perpustakaan disekeliling lokasi untuk melindungi struktur asal rumah itu daripada dimusnahkan pada tahun 1951. 



Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Saie adalah berjalan (dan berlari-lari anak bagi lelaki) antara kedua bukit tersebut sejauh 450 meter sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. 
Saie bererti pencarian kerana ia mengingatkan kita kepada Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berlari-lari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari air bagi anaknya Nabi Ismail a.s.







Jabal Rahmah merupakan sebuah bukit yang terletak di Timur Padang Arafah, kira-kira 18 km dari kota Makkah. Di Padang Arafah inilah tempat jemaah haji berwukuf pada 9 Zulhijjah.Di Jabal Rahmah ini jugalah tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa setelah diturunkan dari syurga. Mereka telah terpisah selama 40 tahun dan dipertemukan semula di bukit ini.Disinilah jugalah Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbah terakhir baginda.