Oleh: Sharifah Faizurah Albukhari
PUSAKA NUSANTARA OFFICIAL ORI (PNOO)
11 OGOS 2025
Pernah dengar tentang Drum Dongson ? Walaupun rupanya seperti loceng, ia sebenarnya adalah berupa drum, dan perlu diketuk untuk menghasilkan bunyi dan bukan sekadar dram gangsa biasa, ia adalah simbol status, kekuasaan, dan jaringan perdagangan maritim terhebat di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun lalu.
Budaya Đông Sơn berasal dari kawasan utara Vietnam, berkembang sekitar 1200 SM hingga 200 M. Mereka adalah masyarakat zaman Gangsa yang sangat mahir menghasilkan barangan gangsa halus seperti tombak, perisai, dan terutama sekali dram gangsa yang unik ini.
Corak pada drum ini seperti burung helang, katak, bintang dan perahu layar dlln menggambarkan kehidupan sosial dan kepercayaan masyarakat Đông Sơn serta Nusantara purba yang saling berkait rapat.
Masyarakat Đông Sơn hidup di lembah Sungai Merah (Red River Delta), terkenal dengan teknologi logam maju dan seni hiasan rumit yang melambangkan kepercayaan dan kehidupan sosial mereka.
Bayangkan, sebuah dram gangsa dari Vietnam yang unik dan halus ini ditemui di pelbagai lokasi Nusantara, membuktikan bahawa kita bukanlah masyarakat yang terasing atau mundur, sebaliknya kita adalah sebahagian daripada rangkaian global purba yang menghubungkan rantau wilayah Asia Tenggara dan lebih jauh lagi!
Antara Lokasi penemuan Dram Dongson di wilayah Nusantara adalah ;
Semenanjung Malaysia:
Empat drum ditemui di Selangor (Klang & Kuala Langat), tiga di Terengganu, dan satu di Sungai Tembeling, Pahang. Ini membuktikan masyarakat semenanjung ketika itu aktif berdagang dan berhubung dengan Vietnam (kini)!
Sumatra:
Kawasan Lembah Musi (Palembang), Jambi dan Aceh juga jadi ada dijumpai dram ini, menandakan status tinggi golongan elit masyarakat purba ketika itu.
Jawa:
Situs Batujaya di Jawa Barat serta beberapa lokasi di Jawa Tengah dan Timur menunjukkan budaya ini juga sampai ke tanah Jawa, jauh dari pusat asalnya di Vietnam.
Kalimantan (Borneo):
Penemuan drum serupa di Kalimantan Barat, Selatan menunjukkan jaringan perdagangan maritim yang hebat merentasi pulau-pulau besar.
Sulawesi dan Filipina:
Artifak gangsa serupa di Sulawesi Selatan dan Filipina membuktikan jaringan budaya dan perdagangan Austronesia meliputi hampir seluruh kepulauan Asia Tenggara
Bukan sekadar barang dagangan, Dram Dongson bukan cuma alat muzik, tetapi lambang kuasa dan ritual yang hanya dimiliki golongan elit. Juga bukti masyarakat Nusantara masa itu sangat maju, berinteraksi dan bertukar budaya dengan wilayah luar, jauh sebelum kedatangan penjajah. Jangan pandang rendah sejarah tempatan. Kita sebahagian daripada tamadun besar dan jaringan antarabangsa yang hebat!
Nak tahu lebih lanjut?
Replika dan artifak asli boleh dilihat di Muzium Negara Kuala Lumpur dan Muzium Kota Kayang, Perlis. Jangan lupa share dan tag kawan-kawan yang patut tahu sejarah hebat kita!
Copy and paste:
12 Ogos 2025: 8.11 p.m
No comments:
Post a Comment