Thursday 29 August 2019

TOKOH-TOKOH ISLAM SECARA RINGKAS

  1. Abdel Khak : Ketua kaum Cherokke Indian di US, pernah menandatangi Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan di Sungai Delaware pada tahun 1787. Menunjukkan kaum Red Indian di Amerika Syarikat ketika itu telah beragama Islam. 
  2. Abdul Al-Rahman al- Dakhil : Pengasas Bani Umayyah di Andalus, Sepanyol pada 756M.
  3. Abdul Aziz bin Saud : Raja Arab Saudi yang pertama. 
  4. Abdul Aziz ibnu Musa Ibn Nusayr : Gabenor pertama di Andalus, Sepanyol. 
  5. Abdul Aziz Rantisi (Dr.) : Pemimpin HAMAS yang gugur syahid pada 17 APril 2004. 
  6. Abdul Majid II : Khalifah Turki Uthmaniyyah yang terakhir. 
  7. Abdul Rahman al Ghafiqi : Panglima Tentera Islam di Sepanyol yang berjaya menawan  Cassonne dan Nimes di Perancis. 
  8. Abdul Rahman Ibrahim Ibn Sori : seorang hamba abdi di Ladang Georgia di Amerika Syarikat dikenali sebagai "The Prince of Slave". Potrait beliau kini terdapat di Perpustakaan Kongress di Amerika Syarikat. 
  9. Abdul Rahman Limbong (Haji) : Tokoh ulama yang menetang Britih di Terengganu. Meninggal di Mekah tahun 1929.
  10. Abdul Rahman III : Khalifah Bani Umaiyah di Sepanyol yang memerintah Sepanyol selama 50 tahun. 
  11. Abdul Rauf Singkel : Ulama dan tokoh tasauf yang terkemuka di Acheh, Indonesia dan juga di Nusantara. 
  12. Abdullah bin Mubarak (118H - 181H) : Tokoh tasaquf dan zuhud, mengarang beberapa kitab tasawuf. 
  13. Abdullah bin Nafai : Panglima Tentera Islam yang dihantar oleh Khalifah Uthman untuk menakluk Sepanyol. 
  14. Abdullah bin Qais Harthi : Panglima Tentera Laut Islam yang pertama diwujudkan di zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. 
  15. Abdullah bin Qays : Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. yang cuba menakluk Sicily tetapi gagal. 
  16. Abdullah Jun Deuk Lin : Muslim Korea yang berdakwah kepada orang  -orang di Korea tahun 1978. 
  17. Abu Abdullah Muhammad : Sultan terakhir Kerajaan Islam di Granada di Sepanyol. 
  18. Abu al-Abbas Abdullah Muhammad : Pengasas Kerajaan Bani Abbasiyyah  pada tahun 132 Hijrah. 
  19. Abu Bakari : Raja Muslim Kerajaan Mali yang melakukan pelayaran di Lautan ke Dunia Baru pada 1310 M. 
  20. Abu El-Barakat Yusuf El-Berbery : tokoh ulama Maghribi yang telah mengislamkan penduduk di Kepulauan Maldives pada 1153M. 
  21. Abu Jaafar al-Mansor : Pengasas Kerajaan Bani Abbasiyah
  22. Abu Ubaida Abdullah al-Qasim : Orang Islam pertama di China pada 750 Masehi. 
  23. Abu Youseff : Ketua Pergerakan PLO di Palestin yang dibunuh oleh pihak Israel pada tahun 1973.
  24. Abu Yusuf @ Ya'qub bin Ibrahim bin Habib bin Khanis bin Saad al-Ansari (113H - 182H) : orang kedua setelah Abu Hanifah dalam fiqh mazhab Hanafi. Orang pertama membuku kitab Mazhab Hanafi. 
  25. Ahmad bin Tulun : Panglima Tentera Turki dan pengasas Kerajaan Tuluniyyah
  26. Ahmad ibn Fadlan : an Arab sent by the Caliph of Baghdad to travelled along with the Vikings in the 10th Century C.E. A movie "The 13th Warrior"  was based on his adventure with the Viking. 
  27. Ahmad ibn Majid : Ahli Pelayaran Islam - mualim yang membantu Vasco da Gama mencari arah dari Afrika ke India. 
  28. Ahmad Shuqairi : Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada 1964. 
  29. Ahmad Tikudar : Putera Hulagu Khan, penakluk Baghdad yang memeluk Islam.
  30. Ajrnas Khan bin Silki : Muslim ruler who invited Muslim engineers to set direction  of Qiblah in 921 CE at Russia. 
  31. Alauddin al-Hussain : Pemimpin Tentera Ghor yang membentuk kerajaan Ghori di India. 
  32. Alauddin al-Mufari : Jurutera Islam di Zaman Dinasti Yuan yang mahir membuat senjata meriam bagi Tentera Mongol. 
  33. Alauddin Khilji : Maharaja Dinasti Khilji, Kesultanan Delhi (1396-1316M), membina institusi pendidikan di India. 
  34. Alawi Balpaki : Pendakwah dari Mekah yang berusaha mengislamkan penduduk Sulu pada abad ke 18 Masehi. 
  35. Alexander Harris @ Reid Murad : seorang pelaut Islam yang terkemuka, beliau telah dipaksa untuk menukarkan agamanya kepada agama Kristian Katolik. 
  36. Alexander Litvinenko : Bekas Ejen KGB Rusia, beliau meninggal dunia akibat racun Radioactive Polonium 201. Beliau telah memeluk agama Islam 2 hari sebelum hari kematiannya. 
  37. Al-Fadil bin Yahya : Menteri Khalifah Harun al-Rashid yang memberi inisiatif mendirikan kilang kertas yang pertama pada tahun 178H / 794M.
  38. Al-Ghafiqi : Panglima Tentera Islam yang telah disekat kemaraannya oleh tentera Perancis pimpinan Charles Martel
  39. Alija Izetbejovic : Presiden Bosnia Herzegovina yang mengarang buku "Islam betweet East and West".
  40. Al-Izz bin Abdissalam @ Abdul Aziz bin Abdissalam bin Abi Qassim bin Hassan  bin Muhammad Muhazab (577H-660H) : Ulama fiqh bermazhab Syafie dan mencapai darjat Mujtahid. 
  41. Al-Laits bin Saad (94H-175H) : Ahli Fiqh yang terkenal di Mesir pada zamannya. 
  42. Al-Malik Kamil : Raja Mesir yang menyerahkan Jurusalem kepada Tentera Salib semasa Perang Salib ke 5.
  43. Al-Samhu bin Malik al-Haulani : Gabenor di Andalus - gugur syahid dalam misi dakwah di Sepanyol. 
  44. Al-Tawashi Jamal al-Din Muhsin : pemimpin tentera Mamluk al-Salih Ayyub. 
  45. Al-Wahib bin Abdul Malik : Khalifah Kerajaan Umawi , yang pertama menubuhkah hospital  di Damsyik pada 707 Masehi.
  46. Amin El-Husseini , Hajj : Mufti Besar Baitulmuqaddis yang meluluskan rancangan untuk menubuhkan Division SS (Tentera Jerman) dari bangsa Turki semasa Perang Dunia Kedua.  
  47. Amir Khusrau : Ahli sastera terkemuka dizaman Kesultanan Delhi, pujangga Islam pertama menggunakan perkataan Hindi dalam Karyanya.
  48. An Ming : Sarjana Islam di Beijing, China. Mendirikan Sekolah Waniping di Beijing yang memberikan pendidikan Islam.
  49. Anbasah bin Suhaim al-Kalbi : Gabenor di Andalus yang gugur syahid dalam misi dakwah di Sepanyol.
  50. Anwar Al-Sadat : Presiden Mesir pada 1970 yang menandatangani Perjanjian Damai dengan Menahem Begin. Ditembak mati oleh Fundamentalis Islam.
  51. Atabeq Saljuq : Pemimpin Turki Saljuq yang memerintah Bailulmuqqadis.
  52. Awang Alak Betatar : dikatakan beliau adalah Raja Brunei yan pertama memeluk agama Islam pada  1368 M bergelar Sultan Muhammad Shah dan mengasaskan Kerajaan Islam di Brunei dan Borneo.
  53. Ayatollah Khomeini : Ketua Syiah di Iran yang menjatuhkan Kerajaan Shah Iran.
  54. Ayyub Ibn Sulaiman Jallon : Seorang hamba Abdi Muslim di Maryland, Amerika Syarikat yang dibebaskan oleh James Oglethorpe, pengasas Georgia pada tahun 1732.
  55. Az-Zahir Baybars : Panglima Tentera Mesir – menewaskan tentera Mongol di Ain Jalut dan menamatkan ancaman Mongol di Asia Tengah. Beliau dianggap pahlawan Islam yang handal selepas Salahuddin Al Ayyubi.
  56. Az-Zuhri @ Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab Az-Zuhri (50H - 124H) : ulama pertama menyusun hadis Nabi
  57. B.G.Knocc Out : Penyanyi Rap Amerika, memeluk Islam ketika di penjara.
  58. Baber : Pengasas Kerajaan Islam Moghul  di Delhi(1526-1530M).
  59. Bahadur Shah II : Maharaja terakhir Kerajaan Moghul di Delhi (1827-1857M).
  60. Bakr bin Abdullah : Panglima Tentera Muslim yang tiba di Azerbaijan pada 14H.
  61. Barkah Khan : Pemerintah Cremian di Rusia yang memeluk Islam pada abad ke 13.
  62. Bumpachio Ariga @ Ahmad Ariga : Orang Jepun yang pertama memeluk agama Islam pada tahun 1909.
  63. Charles Brooke Jr : dijatuhkan hukuman mati di Amerika Syarikat. Memeluk Islam sebelum hukuman dijalankan.
  64. Charles Edward Archibald Watkin Hamilton (Sir) : Bangsawan Inggeris yang memeluk agama Islam pada 20 Disember 1923.
  65. Diponegoro @ Putera Abdul Hamid : Ulama Nusantara yang memimpin orang Jawa melawan Belanda. Beliau meninggal dunia dalam buangan di Benteng Rotterdam, Sulawesi Selatan pada 8 Januari 1855.
  66. Duse Muhammad Ali : mengasaskan Pertubuhan “Universal Islamic Society” di Detroit, USA.
  67. Edward W. Blyden : Aktivis Sosial di USA, memeluk Islam pada 1889.
  68. Elijah Mohammed : Membantu pertubuhan  “Nation of Islam” di Amerika Syarikat  menjadi sebuah gerakan etnik yang kuat yang menganjurkan Islam sebagai Cara Hidup.
  69. Estevanico of Azamor : Muslim dari Morocco , beliau antara 3 orang Amerika yang melayari benua Amerika pada 1539.
  70. Fakhr al-Din Shyakh al-Shuyukh : Panglima Tentera Mamluk Mesir.
  71. Fakhruddin al-Raziy : Ahli Tafsir terkemuka (1209-1269M).
  72. Fakhrurrazi @ Muhammad bin Umar bin Hassan Taimiy Al-Bakri (544H - 606H) : Mengarang beberapa kitab  agama dan falsafah. 
  73. Fard Muhammad @ Wallace Fard : memperkenal falsafah Nation of Islam di Amerika Syarikat pada 1933.
  74. Farouk El-Baz : Saintis Mesir yang berkhidmat dengan NASA – terlibat dengan program Apollo yang mendarat di bulan.
  75. Farwah bin Amir Al-Judhami : Gabenor Byzantine Rom di daerah Ma’an yang telah disalib kerana memeluk agama Islam.
  76. Fatahillah : “Sunan Gunung Jati” – Panglima Kerajaan Islam Demak.
  77. Fathi Shikaki : Pengasas Pertubuhan “Jihad Islami” di Palestine pada tahun 1980’an.
  78. Francis Verney (Sir) (1584-1615) : dipenjarakan dan dipaksa menjadi hamba abdi sebagai hukuman kerana memeluk agama Islam.
  79. Fudhail bin Iyadh (105H - 187H) : bekas ketua perompak yang suka berfoya-foya yang akhirnya bertaubat setelah mendengar bacaan Al Quran dari seorang qari. Beliau menjadi Syeikhul di Masjidilharam.
  80. Georgius Theodirius : Panglima Tentera Rom yang masuk Islam setelah bersoal jawab dengan Khalid Ibn Walid. Beliau gugur syahid selepas memeluk Islam.
  81. Ghazi Husrev Beg : Gabenor Kerajaan Turki di Sarajevo, beliau telah menubuhkan Madrasah sepenuh masa di Sarajevo pada 1537.
  82. H. Rap Brown : Bekas Black Panther yang dipenjara kerana terlibat kes Bunuh Pegawai Polis. Beliau telah memeluk Islam ketika di Penjara.
  83. Hamas Abdul Khaalis : Pengasas Pertubuhan Hanafi di New York, 1965.
  84. Hamzah Fansuri : Tokoh Fahaman Wujudiyyah di Acheh, Indonesia.
  85. Hanan Ashrawi :Memainkan peranan penting dalam intifada pertama & proses perdamaian - berfungsi sebagai jurucakap perwakilan Palestin & menubuhkan Jabatan Bahasa Inggeris di Birzeit University.
  86. Harun Al-Rashid : Khalifah terkenal zaman Abbasiyah -  bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahannya. 
  87. Hassan Al-Banna : Pengasas “Ikhwan Al-Muslimin”, gerakan Islam yang sangat komited  terhadap isu Palestin.
  88. Hassan al-Basri : Tokoh usuluddin zaman Kerajaan Bani Umaiyyah.
  89. Hassan bin Nu’man : Pendakwah Islam di Afrika.
  90. Hassan Kamal Al-Sabbah:  Jurutera Lebanon yang mencipta tiub Television & Panel Tenaga Solar.
  91. Hisham Ibn Urwah Ibn Zubair : Guru kepada Imam Malik dan Abu Hanifah dan tokoh hadis terkemuka.
  92. Hisyam bin Abdul Malik : Khalifah Bani Umaiyyah yang memulakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Tang di China.
  93. Hoda Sha’rawi : Pengasas gerakan Feminis di Mesir.
  94. Hulagu Khan : Pengasas Kerajaan Ilkhan di Iran, cucu kepada Genghiz Khan yang memeluk agama Islam.
  95. Hussain Che Dol (Haji) (1904 – 1967) : Ulama dari Kedah, pengasas dan Mudir Madrasah al-Akhlak al-Islamiah di Guar Chempedak Kedah. Beliau juga pertama Persatuan Ulama Kedah yang ditubuhkan pada 9 Februari 1949. Beliau turut menentang acaman Komunis Bintang 3 di Kedah.
  96. Ibnu Abbad : Panglima Tentera Islam di Sicily yang menentang orang Normandy selama 14 tahun (1072M – 1086M).
  97. Ibnu Al-Thumma : Pemimpin Islam di Sicily yang meminta bantuan kaum Normandy untuk menyerang sekutunya Ibn Abbad.
  98. Ibnu Battuta : Pengembara Islam zaman Pertengahan yang telah melawat ke semua Negara dibawah pemerintahan Islam di zamannya. Beliau telah belayar sehingga 75,000 batu sepanjang hidupnya.
  99. Ibnu Farukh : Ahli Pelayaran Islam Granada – belayar dari Kadesh ke Lautan Atlantik.
  100. Ibnu Hajar Al-Asqalani @ Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Kinani Al-Asqalani (773H -852H) : Pengarang kitab Fathu al-Bari fi-Syarhi Sahih Bukhari. 
  101. Ibnu Hazm @ Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm Azh-Zahiri (384H-456H) : Ulama dari Cordova, karyanya mencapai 400 jilid selain 13 buku-bukunya yang terkenal. 
  102. Ibnu Jarih : Ulama Tafsir Al Quran Bani Umaiyyah.
  103. Ibnu Majah @ Muhammad bin Yazid Az-Rib'i Al-Qazwini (209H - 273H) : Kitab Hadisnya Sunan Ibnu Majah memuatkan 4,000 hadis. 
  104. Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah (691H - 751H) : Murid kepad Ibu Taimiyyah. Antara kitab karya beliau Zad al-Ma'ad,Bada'i al-Fawaid dan al-Tibb al-Nawawiyah. 
  105. Ibnu Qudamah @ Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Jama'ili (541H - 620H) : Syeikhul Mazhab Hambali, pakar Ilmu debat, Faraid, Tauhid, Fiqh, Nahu, Ilmu Hisab dan Astronomi. 
  106. Ibnu Taimiyyah @ Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Abdullah bin Taimiyah (661H - 728H ): Seorang ulama yang gigih memerangi bidaah, kurafat serta penyelewangan dalam penafsiran Al Quran dan Hadis. 
  107. Ibnu Zihat al-Zuhri: Ulama Hadis Bani Umaiyyah.
  108. Ibnul Hanafiah @ Muhammad bin Ali bin Abi Talib Al-Hasyimi Al-Quraisyi (21H - 81H) : Pembawa bendera ayahnya dalam Perang Siffin menentang pasukan Mu'awiyah bin Abi-Sufiyan. 
  109. Ibnul Jauzi @ Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad bin Ali al-Quraisyi at-Taimi al-Bakri (509H-597H) : Ulama Mazhab Hambali. 
  110. Ibnul Qayyim @ Muhammad bin Abi Bakar bin Ayub bin Sa'ad Zur'i ad-Damsyiq (691H - 751H) : murid Ibnu Taimiyyah, Ulama fiqh Mazhab Hambali, Ahli tafsir, ilmu hadis, usul fiqh, nahu, tasawuf dan ilmu teologi.  
  111. Ibrahim bin Adham (       - 161H) : antara ulama yang menyertai peperangan menentang penjajah Romawi dan gugur syahid dalam pertempuran. 
  112. Ikrimah @ Ikrimah bin Abdullah (25H - 105H) : Ulama tabi'in yang paling faham tentang sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. 
  113. Imad Ad-Din Zanki: Gabenor di Mawsil yang menyatupadukan kembali perpecahan di kalangan umat Islam selepas Perang Salib Pertama.
  114. Imam Abu Daud @ Sulaiman bin Asy'ats bin Bisyr bin Amru bin Amir Al-Azdi Al-Sijistani (202H - 275H) : Pengarang Kitab Sunan Abu Daud memuatkan 4,800 hadis yang dipilih daripada 500,000 hadis yang dikumpul.
  115. Imam Abu Hanifah : Pengasas Mazhab Hanafi. Nama Penuh Al-Nu'man bin Thabit bin Marzabah  Al Farisy . Lahir tahun 80 H di Kufah. Meninggal pada 150 H pada usia 70 tahun. 
  116. Imam Ahmad : Pengasas Mazhab Hambali. Nama Penuh Ahmad bin Hambal Syaibani Al-Marwazi. Lahir di Baghdad pada tahun 164H dan meninggal pada 241 H di Baghdad.
  117. Imam Al-Auza'i @ Abdul Rahman bin Amru bin Yahmad bin Amru al-Auza'i (88H-157H) : memberi fatwa dalam 70,000 masalah. 
  118. Imam Al-Baihaqi @ Ahmad bin Hussain bin Ali Bin Abdullah Al-Baihaqi (384H - 458H) : Orang pertama mengumpulkan naskah-naskah fiqh Syafie dalam kitabnya Al-Mabsuth.  
  119. Imam Al-Bukhari @ Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Mughirah bin Bardizbah (194H - 256H) : Orang pertama menyusun Hadis Nabawi dan kitab Hadisnya yang amat terkenal ialah Shahih Bukhari
  120. Imam Al-Ghazali @ Abu Hamid ibn Muhammad al-Tusi Al-Gazali (1058-1111M) : Ulama Fiqh Syafie, Teologi, tafsir, tasawuf, falsafah dan syair Arab. Kitabnya yang paling terkenal ialah Ihya Ulumuddin
  121. Imam Al-Qurthubi @ Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farkh. Ahli tafsir, fakih, muhadis, warak, zuhud dan ahli ibadah. Mengarang beberapa kitab tafsir dan fiqh.   
  122. Imam An-Nasa'i @ Ahmad bin Syu'aib bin Ali bin Sinan bin Bahr (215H- 303H) : Ahli Hadis, pernah belajar dengan Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi dan sauwah di Bukhara. 
  123. Imam An-Nawawi @ Yahya bin Syaraf bin Murra bin Hasan Al-Hizami Al-Haurani (631H - 676H) : Imam dan muhaqqiq mazhab Syafie. Diantara kitabnya yang masyur ialah kitab Riyadus As-Salihin.
  124. Imam Ath - Thabari @ Muhammad bin Jarir bin Yazid Ath-Thabari (224 H - 310H: Kitabnya yang termasyur ialah Tafsir Ath-Thabari, Tarikh Ath-Thabari dan Tahdzib al-Atsar. 
  125. Imam At-Tirmizi @ Muhammad bin Isa bin Saurah bin Adh-Dhahak As-Salami Al-Bughi (209H - 279H). Imam Hadis, Karyanya yang teragung ialah Kitab Sunan At-Tirmizi
  126. Imam Bonjol @ Muhammad Syihab bin Tunku Raja Nurudin : Ulama Nusantara yang meninggal dalam buangan di Menado, Filipina pada 8 November 1864.
  127. Imam Malik : Pengasas Mazhab Maliki. Nama penuh Malik bin Anas bin Abi Amir Al-Ashbahy Al-Himyari. Lahir di Madinah tahun 93 Hijrah. Meninggal di Madinah pada 179 H. 
  128. Imam Muslim @ Muslim bin Hajjaj bin Muslim bin Warad Al-Qusyairi An-Naisaburi (204H - 261H) : Pengarang kitab Hadis Shahih Muslim yang memuatkan 12,000 hadis. 
  129. Iman Syafie (150H-   ): Pengasas Mazhab Syafie. Nama penuh Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Ubaid bin Hisyam bin Abdul Muthalib bin Abdu Manaf bin Qushaiy. Lahir di Syam pada tahun 130 H. Meninggal di Mesir pada 204 H.
  130. Ismail R. Al-Faruqi (Dr.) : Pengasas AMSS dan The International Insititute of Islamic Thought. Dia dan isterinya telah dibunuh di Philadephia pada tahun 1986.
  131. Izzudin Aibak : Sultan pertama Dinasti Mamluk Mesir (1250-1257M).
  132. Khayri Effendi : Syakh-al-Islam Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutu-sekutunya.  
  133. Jacques-Francois Menou (General) : Panglima Tentera Napoleon Bonarparte yang dikatakan memeluk agama Islam.
  134. Jalaludin Akbar : Maharaja Moghul di India, mentadbir negaranya dalam keadaan keadaan stabil dan toleransi beragama.
  135. Jamaluddin Al-Afghani : Mencetuskan Fahaman Pan-Islamisme (Persatuan Negara-Negara Islam) pada 1838M.
  136. Jeff Fort : bekas ketua kumpulan samseng di Chicago, AS. Dipenjarakan pada tahun 1987 atas kesalahan bersuhabat dengan Libya untuk melakukan keganasan domestic. Beliau telah memeluk Islam ketika dalam penjara.
  137. Jeffrey Mark Deskovic : Banduan di Penjara U.S. yang memeluk Islam ketika dalam penjara.
  138. Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh pada 1205H.
  139. John Nelson : Orang Inggeris pertama memeluk agama Islam pada 1584M.
  140. John Ward (Captain) @ Yusuf Rais : Seorang lanun berbangsa Inggeris pada abad ke 17 Masehi yang akhirnya memeluk Islam. Beliau dikatakan menjadi inspirasi filem “Pirates of the Carribean.”
  141. Jonas of Portmouth (Captain) : a.k.a. Mani al-Inglizi – convicted of practising Islam by Spanish raiders.
  142. Jose Padilla : Convicted of aiding terrorist in the 'Dirty Bomb Pilot' – convert to Islam while in U.S. Prison.
  143. Junaid @ Muhammad Junaid Al-Baghdadi (220H - 297H) : Ahli tasauf terkemuka di zamannya. 
  144. Kashkash Ibn Saeed Ibn Aswad : Ahli Pelayaran Islam Cordova, Sepanyol.
  145. Kevin James : mengetuai pengeboman Los Angeles pada tahun 2005. Memeluk agama Islam ketika dalam Penjara.
  146. Khatib Dayyan : Mubaligh dari Jawa yang membawa Islam ke Selatan Kalimantan sekitar abad ke 15.
  147. Kim Myung Hwan : Pendakwah Islam di Korea Selatan sekitar tahun 70’ an.
  148. Ku Cham : Sami Buddha di Ayutthaya yang memeluk agama Islam setelah tewas dalam ujian dengan Syeikh Ahmad Qomi.
  149. Lewis Crew : The Plymouth Muslim – was convicted and tortured by the Priest for practising Islam.
  150. Maharaja Gana : Raja Brunei yang melawat Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming) di China pada tahun 1408 M.
  151. Mahmud Ghaznawi Satuktiqin : Pemerintah ke 3 Dinasti Ghaznawi di India.
  152. Mahmud Shaltut : Tokoh Pembaharuan Universiti Al-Azhar di Mesir (1893-1963).
  153. Makhdum Abd ur-Rahman : Ahli sufi yang menyebarkan Islam di Tapul, Filpina.
  154. Makhdum Amin – Ullah : Tokoh Sufi yang menyebarkan Islam di Selatan Filipina.
  155. Malcolm X @ Malik al-Shabaz (AlHajj): Tokoh Muslim Amerika Syarikat berkulit hitam yang ditembak mati pada tahun 1965.
  156. Malik al-Salleh : Raja Samudera-Pasai yang pertama memeluk agama Islam.
  157. Malik al-Zahir : Pemerintah Samudera-Pasai yang alim dan warak, pernah dikunjungi oleh Pelayaran Islam yang terkemuka iaitu Ibnu Battutah.
  158. Malik bin al-Harith al-Nakha @ Al-Asytar : Gabenor di Mawsil semasa zaman Khalifah Ali bin Abi Talib. Seorang pahlawan yang berani dan pedangnya bergelar “Al-Lujju” (Kilauan Air Mengalir).
  159. Malik bin Dinar @ Abu Yahya (       - 131H) : seorang perawi hadis meriwayatkan dari Anas bin Malik,Ibnu Sairin, Qasim bin Muhammad dan Salim bin Abdullah. 
  160. Malik Imaduddin Zangky : Raja Mosul yang telah Berjaya menawan kembali Edessa dari Tentera Salib.
  161. Mas’ud bin Abd Su’ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari :  Ulama Nusantara yang gugur syahid menentang Siam di Kuala Kedah pada 1821. Dianggap sebagai pengasas sistem pengajian pondok di Kedah.
  162. Maslamah al-Majriti : Ahli Matematik dan Astronomi awal di Andalusia.
  163. Maulana Malik Ibrahim : Pendakwah pertama yang datang ke Pulau Jawa untuk menyebarkan Islam . Beliau adalah seorang daripada 9 Wali Songo di Pulau Jawa.
  164. Meurah Shahr Nuwi : Pemerintah Perlak yang memeluk agama Islam.
  165. Mike Tyson : Bekas penyandang Juara Heavyweight Boxing yang memeluk Islam ketika di penjara.
  166. Mimar Sinan (1490 – 1588) : Tokoh senibina Turki yang terkenal di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
  167. Mitsutaro Takaoka @ Omar Yamaoka : Orang Jepun pertama memeluk Islam pada tahun 1909 .
  168. Mohamad Wasfi : Perdana Menteri Mesir yang telah menembak mati Ulama Hassan al-Banna pada 1949.
  169. Mohammed Alexander Webb : Proclaimed himself a Muslim at the world's Columbian Expositin in Chicago, 1893.
  170. Monseur Dinet : Orientalis Perancis yang mengkaji Agama Islam & Nabi Muhammad s.a.w dan akhirnya memeluk agama Islam.
  171. Mu’awiyah bin Khudayj : Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Uthman bin Affan yang cuba menawan Sicily tetapi gagal.
  172. Mufti Muhammad Sadiq (Dr.) : Pengasas cawangan Pergerakan Ahmadiyya di Chicago yang telah Berjaya mengislamkan ramai orang kulit hitam di Amerika Syarikat.
  173. Muhammad Abu Zahrah @ Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah (1898M - 1974M) - Ulama Mesir yang mengarang beberapa Kitab Agama. 
  174. Muhammad Al-Fateh (Sultan) : Raja Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang Berjaya membebaskan Konstatinople pada tahun 1453M.
  175. Muhammad Al-Ghori : Pengasas Kesultanan Islam di Delhi India.
  176. Muhammad bin Abdul Wahab : memperkenalkan Fahaman Wahabi di Semenanjung Arab pada 1746M.
  177. Muhammad bin Humayyun : “Akbar The Great” – pemerintah ke 3 Kerajaan Moghul di India.
  178. Muhammad bin Munkadir : Ahli Zuhud, Imam Malik pernah menyifatkannya sebagai Ketua Ulama al-Quran (Sayyid Al-Qura). Meninggal dunia pada tahun 130H.  
  179. Muhammad Ibn Abdullah : Signatories of the Cherokee peace & Frienship Treaty on the Delaware River in 1787.
  180. Muhammad ibn Abdullah ibn Al-Aghlab : Panglima Tentera Islam yang Berjaya menawan Sicily pada 902 Masehi.
  181. Muhammad ibn Fadhlullah al-Burhanpuri : penulis kitab Tuhfat al-Mursalah.
  182. Muhammad Imarah : Pemikir Islam unggul di Mesir.
  183. Muhammad Umar Kim Kin Kyu : Pengerusi Jawatankuasa Muslim Korea yang pertama, 1955.
  184. Muhammad Yoon Doo Young : Ketua Setiausaha Jawatankuasa Muslim Korea, 1955.
  185. Muhyiddin Muhammad Aurangzeb : Maharaja Kerajaan Moghul di Delhi (1658 – 1707M). Seorang Maharaja yang sangat warak dan tegas.
  186. Mujahid bin Jabar Al-Makhzumi  (21H - 104H) : Ulama tabi'in , pemimpin para ulama dizamannya. 
  187. Munthana bin Harith : Ketua puak Islam di sempadan Parsi yang sering mempertahankan serangan Parsi terhadap orang Islam.
  188. Musa Abdul Ghani (Haji) : Ulama Terengganu yang menentang Inggeris di Terengganu bersama –sama dengan Haji Abdul Rahman Limbong.
  189. Musa bin Nusair : Gabenor Afrika Utara. Panglima Tentera Islam Tariq Bin Ziyad dibawah pemerintahan beliau telah Berjaya menakluki Sepanyol pada 711 Masehi.
  190. Muslimah bin Mukhlid : Panglilma Tentera Islam dizaman Khalifah Umar yang memimpin tentera Islam mementang kerajaan Rom.
  191. Mustafa Al Syiba’iy : Tokoh Kebangkitan Syria  (1915-1964).
  192. Nafi' @ Nafi' bin Hermez bin Kawus : Ulama tabi'in. Meninggal di Madinah pada tahun 117H. 
  193. Nakhoda Khalifah : Pemimpin Ulama Syiah yang telah mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak pada tahun 820 Masehi.
  194. Nawal el-Saadawi : Write more than 50 novels, revolutionised the treatment of Egyptian women in fiction.
  195. Nizam Al Mulk : The Persian - one of the greatest statesmen of medieval Islam. Established a system of madrasahs or theological seminaries.
  196. Noble Ali Drew : Established a Black Nationalist Islamic Community, The Moorish Science Temple, New Jersey, 1913.
  197. Nuruddin Al-Raniri : Ulama terkenal di Acheh , pengarang Kitab “Hidayat al-Islam” dan lain-lain.
  198.  Nuruddin Zanky : Gabenor Masul yang berjaya menguasai Damascus (1147M), Antiokia (1149M) & Mesir (1169M). 
  199. Omar Lim Yew Hock : Chief Minister of Singapore (1956-59) – died as a Malaysian Muslim in Jeddah.
  200. Omar Mokhtar : Pejuang Mujahid Libya yang menentang Penjajahan Italy.
  201. Omar Ong Yoke Lin : Malaysian Independence fighter and member of the country's first cabinet under Tunku Abdul Rahman – converted to Islam in 1961.
  202. Pengasas Nation of Islam di Amerika.  : Son of Elijah Mohammad - one of the leading Muslim spokesman in US.
  203. Phaya Tu Nakpa @ Sultan Mahmud Shah : Raja Pattani yang menganut agama Islam pada tahun 1457 Masehi.
  204. Qadhi Al-Fadhil : Penasihat kepada Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.
  205. Qadi Iyadh @ Iyadh bin Musa bin Iyadh bin Amru Yahshabi as-Sabati (476H - 544H) : Ulama besar Maghribi dan Andalusia, serta imam Ahli Hadis di zamannya. 
  206. Qais bin Maksyuh : Phaya Tu Nakpa @ Sultan Mahmud Shah
  207. Qasim Amin : Pemikir dan Tokoh Pembaharuan di Mesir. Beliau telah meningkatkan martabat kaum wanita di Dunia.
  208. Qutbuddin Ahmad Abu al-Fayyad : "Syah Wali Allah" - ulama Islam zaman Kerajaan Moghul India - berperanan memurnikan kembali akidah umat Islam di India. 
  209. Qutbuddin Aibak : Pengasas Dinasti Mamluk (1206 – 1290M).
  210. Rabi'ah Ar-Ra'yi : Ulama Tabi'in, beliau menggunakan cara qiyas (analogi) dalam mendapatkan hukum. 
  211. Raja Haji bin Upu Daeng Celak : Ulama yang gugur syahid menentang Belanda di Melaka pada 18 Jun 1784.
  212. Ramadhan Ibn Wati @ Stand Watie : The last Cherokee Native-American Chief - A confederate Brig. General who surrended his command to U.S. on 23 June 1865.
  213. Rashidu'd Din Fadlullah : Ahli sejarahwan Parsi.
  214. Robin Locar of Plymouth  : a.k.a Ibrahim – capturen by Tuscan galleys & convicted or practising Islam in 1626. 
  215. Rowland Allanson – Winn (5th Baron Headley) (1855-1935) : a.k.a Shaikh Rahmatullah al-Farooq – Irish peer and a prominent convert to Islam , established the British Muslim Society in 1914.
  216. Saba bin Yashjab : Pengasas Kerajaan Saba pada 950M.
  217. Sadiq Imaizumi : The first President of the Japanese Muslim Association established in 1953.
  218. Sa'id bin Musayyib (15H - 94H) : tabi'in yang terkenal pakar dalam bidang hadis dan fiqh. Salah seorang di antara 7 ulama ahli fiqh Madinah pada zamannya. 
  219. Saif al-Din al-Ghazi & Nur al-Din Muhammad : Pemerintah Mesopotamia – bersma Imad Ad-Din Zanki (Bapanya) dan seorang saudaranya telah berjaya menewaskan Tentera Salib semasa Perang Salib Kedua (1147M). 
  220. Saladin Watie : Southern Cherokee delegation to Washington D.C – sign a new treaty with U.S. At the end of the Civil war. 
  221. Salah bin Abdullah Hanafi : Pendakwah Islam yang dihantar ke Tibet oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada abad ke 8 M.
  222. Salahuddin Al-Ayyubi : Pemimpin tentera Islam semasa Perang Salib yang Berjaya menawan Jurusalem.
  223. Salamah Bin Dinar : Ulama dan Hakim Kota Madinah. Meninggal dunia pada tahun 140H. 
  224. Salleh Abdul Karim (Kiyai Haji) : Tokoh ulama yang menentang Bintang 3 di Kedah.
  225. Salim bin Abdullah : Cucu Saidina Umar Al-Khattab , Ulama tabi'in dan banyak meriwayatkan hadis. 
  226. Sayyid Abdul Aziz : Makhdum dari Jeddah yang telah mengislamkan Raja Kecil Besar Melaka.
  227. Sayyid Abu Bakar : Pengasas Kesultanan Sulu di Filipina.
  228. Sayyid Sa’id : Pemerintah Oman yang mengarahkan kapal “The Sultana” belayar ke Amerika untuk urusan Perdagangan.
  229. Seif Shariff Hamad : Pemimpin agama Islam di Zanzibar yang ditangkap pada 1988.
  230. Selim I : Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menguasai Mekah pada 1517M.
  231. Shaikh Abdul Kadir Jailani : Ulama Terkemuka (Wali Allah).
  232. Shaikh Yusuf Hamdani : Tokoh Islam yang mempertahan Turkistan dari ancaman luar.
  233. Shaikh Zayn-eddine Ali ben Fadhel Al-Mazandarani : Pengembara Muslim, belayar dari Morocco ke Laut Carribean pada 1291M.
  234. Sharif Aulia Karim al-Makhdum : Seorang Sufi, menurut “Salasilah Sulu” beliau adalah pendakwah yang memperkenalkan Islam di Filipina.
  235. Sharif Muhammad Kabungsuan : Pengasas Kesultanan Maguindanao di Filipina.
  236. Sheikh Ahmad Qomi @ Chao Kun Takia : Pendakwah Pakistan yang Berjaya mengislamkan sami Buddha di Ayutthaya.
  237. Sheikh Dawood Ahmed Faisal : Founder of Islamic Mission Society in New Mexico, 1939.
  238. Sheikh Ibrahim bin Abdullah as-Shamsi as –Shafii : Ahli Fiqh semasa pemerintah Sultan Iskandar Muda di Acheh.
  239. Sheikh Kurwa Shauri : Aktivis Islam Zanzibar yang ditahan pada 2004.
  240. Sheikh Muhammad  Al Mutawalli  Al-Sya’rawi : tokoh Tafsir di Mesir abad ke 21M.
  241. Sheikh Muhammad Jailani Hamid al-Raniri : Ulama terkemuka Acheh.
  242. Sheikh Muhyidin bin Sheikh bin Abdullah al-Qahtany : mempelopori proses Islamisasi di Tanzania pada kurun ke 19.
  243. Simon Danseker (Captain) : Amont the most skilled seaman in English history who convert to Muslim in the 16th century.
  244. Siraj Wahhaj (Imam) : Offers an invocation (opening prayers) to the U.S. House of Representative, the first Muslim to do so. 
  245. Sird Ibn Ali & Yahaya Ibn Abl-Mansur: Directed the construction of the first regular astronomical observatory in Junday Sabur, Persia.
  246. Sokman bin Artuk : Pemimpin Turki Saljuq di Baitulmuqaddis.
  247. Subri Seo Jung Gil : mengetuai jemaah haji Korea yang pertama ke Mekah pada 1960.
  248. Sufyan Ats-Sauri @ Sufyan bin Said bin Masruq bin Habib bin Rafi Al-Adnani (97H - 161H) : generasi tabi'i at'tabi'in yang memiliki mazhab fiqh. 
  249. Sufyan bin Uyainah  (108H - 198H) : penghafal hadis dan Muhadis Kota Mekah di zamannya. 
  250. Sulaiman Bin Yasar (34H - 107H) : Hadis-hadis riwayatnya diriwayatkan oleh pengarang Kutub as-Sittah (6 Buku Hadis). 
  251. Sulaiman The Magnificient : Sultan of Ottoman Turks - enlarged the Ottoman Empire with campaign in Europe and North Africa.
  252. Sulong Patani (Haji) (1895-1954) : Ulama dan pemimpin rohani rakyat Patani.
  253. Sultan Abdul Hamid II : Khalifah terakhir Kerajaan Turki Uthmaniyyah, 1922.
  254. Sultan Abu Bakar 1 : Taken 2 expeditions into the Atlantic Ocean in 13th Century.
  255. Sultan Alaiddin Shah :  Pangasas Kerajaan Islam Perlak, Kerajaan Islam pertama di Asia Tenggara.
  256. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam : Sultan Acheh yang terkenal di Barat dan Juga di Timur – sultan yang menyelamatkan kedudukan Islam dari pengaruh asing. 
  257. Sultan Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh Darussalam pada 1205M. 
  258. Sultan Kalaminja @Mohamed Ibn Abdullah : Sultan Maldives yang pertama – meninggal dunia ketika pelayaran untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah. 
  259. Sultan Mansa Kankan Musa : 1312-1337 CE – the world renowned Mandika Monarch of the West African Islamic empire of Mali.
  260. Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah : Pengasas Kesultanan Perlak pada 840M, kesultanan Islam pertama di Asia Tenggara. 
  261. Sultan Sayyid Said : Pemerintah Dinasti Busaid di Muscat , Oman pada 1832.
  262. Sunan Ampel @ Raden Rahmat: salah seorang dari Wali Sembilan (Wali Songo), pusat dakwah beliau terletak di Ampel Denta,Surabaya Indonesia.
  263. Sunan Bonang @ Raden Maulana Makhdum Ibrahim: anak kedua Sunan Ampel, menjalankan kegiatan dakwah di kawasan pesisiran utara Jawa Timur.
  264. Sunan Derajat @ Raden Qasim: anak ketiga Sunan Ampel , penyokong kuat Kerajaan Islam Demak.
  265. Sunan Giri @ Sultan Abd al-Fakih: adik Maulana Mallik Ibrahim , pendakwah paling berpengaruh kerajaan Islam Demak di Indonesia.
  266. Sunan Gunung Jati @ Shafif Hidayatullah: pahlawan Demak yang Berjaya merampas Banten dari Portugis.
  267. Sunan Kali Jaga @ Radin Muhammad Sa’id: Ulama Nusantara yang menyerapkan nilai-nilai Islam melalui seni.
  268. Sunan Kudus @ Syeikh Ja'afar Sadiq:  terkenal dalam bidang tauhid, usul, hadis, mantik dan fikah. Beliau banyak mengarang cerpen berunsur agama. Seorang Panglima handal Kerajaan Islam Demak.
  269. Sunan Murio @ Raden Umar Syaid: Ulama, pendakwah dan ahli tasawwuf Nusantara.
  270. Syarif Amir Sayyid al-Syirazi & Tajuddin al-Asfahani : Antara ulama Samudera-Pasai yang terkemuka. 
  271. Syariff Ali Mufaqih Muqaddam @ Syariff Berkat : Ulama yang menyebarkan agama Islam di Brunei.
  272. Syed Syeikh al-Hadi : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu.  
  273. Syeid Abu Bakar : Ulama dari Palembang yang menyebarkan Islam di Sulu, Filipina. 
  274. Syeikh Abdul al-Khair : Ulama terkemuka di Acheh – Pengarang kitab 'Saiful Qati'.
  275. Syeikh Abdul Jalil @ Syeikh Siti Jenar : Ulama tasauf pantheisma di Jawa. 
  276. Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab al-Mahdali : Ulama Palembang yang menjadi Mufti Kedah semasa Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).
  277. Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis) : Ulama Nusantara mengarang beberapa kitab antaranya Syarah Hikam.
  278. Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Jalil al-Mahdali : Ulama Palembang yang menjadi Mufti di Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
  279. Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri :Ulama Nusantara yang mengarang beberapa kitab yang antaranya Kitab Wasiyah yang menyentuh persoalan Jihad fi-sabilillah.
  280. Syeikh Abdul Rauf Fansuri : Memperkenalkan ajaran 'Sifat 20' pada abad ke 17 di zaman kegemilangan Acheh.
  281. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani : Ulama Nusantara yang gugur syahid pada 1828M di bum Patani ketika berperang dengan Siam yang merampas Patani dan Kedah.  Antara kitab karangan beliau ialah Hidayat al-Salikin.
  282. Syeikh Abdul Wahab Bugis : Ulama Nusantara yang menetap di Mekah.
  283. Syeikh Abdullah al-Yamani : Ulama yang telah mengislamkan Raja Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa. 
  284. Syeikh Abdullah Arif : Ketua rombongan Ulama Mekah yang tiba di Pasai – pengarang kitab tasauf Falsafah yang berbau Syiah berjudul “Bahr al-Lahut”.
  285. Syeikh Abul Hassan al-Syazili (1197-1258) : pengasas Tareqat syaziliyah yang terkenal di Mesir.
  286. Syeikh Abul Khair Ibn Hajar : Pemuka tasauf falsafah Mekah yang telah mencetuskan pergolakan pertama Kerajaan Islam Acheh Darussalam. 
  287. Syeikh Ahmad Yassin : Pangasas dan pemimpin spiritual pergerakan HAMAS – ditangkap oleh pihak zionis pada 3 Feb. 1989 dan syahid pada 20 March 2004.
  288. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani : Ulama Nusantara di Mekah yang sentiasa mengingkatkan jemaaah Haji dari Nusantara akan ancaman dan muslihat Negara-negara Barat yang menjajah Negara Negara Islam di Nusantara.
  289. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769-1847) : Ulama Nusantara yang menulis beberapa kitab agama antaranya yang terkenal ialah Furu’il-Masail.  
  290. Syeikh Ismail al Siddiq : Ulama Arab yang diutuskan oelh Syarik Makkah yang telah mengislamkan Raja Pasai , Meurah Silu. 
  291. Syeikh Izzudin al-Qassam  : Pemimpin Revolusi Palestin, 1936 – menghadapi pihak British dan pendatang Yahudi di bumi Palestin. 
  292. Syeikh Mohd. Abbas al-Kalali : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu
  293. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) : Ulama Nusantara mengarang beberapa kitab agama antara yang termasyur ialah Sabil al-Muhtadin.
  294. Syeikh Muhammad Beiram  Ulama Islam & pengembara Inggeris – pernah melihat kitab Injil yang ditulis dengan kalam Himyari (Arab Himyari) kuno, dimana tersebut nama Rasulullah saw.
  295. Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli (meninggal 1470) : Tokoh Tareqat Syaziliyah di Mesir yang mengarang kitab salawat Dalail al-Khairat.
  296. Syeikh Muhammad Ismail Dawud al-Fatani : Ulama Nusantara mengarang kitab Matla’ul Badrain.
  297. Syeikh Muhammad Jailani bin Hasanji : Tokoh Sunnah dari India yang menimbulkan pertentangan faham di Acheh dengan seorang tokoh tasauf.
  298. Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari : Ulama Nusantara mengarang kitab agama al-Durr al-Nafis.
  299. Syeikh Muhammad Yamani : Ulama Usuluddin di Acheh.  
  300. Syeikh Nuruddin al-Raniri : Tokoh agama yang terkenal di Acheh. Mengarang beberapa kitab agama , antaranya yang termasyur ialah Sirat al-Mustaqim.  
  301. Syeikh Safiuddin : Ulama Islam Pasai yang menyebarkan Islam ke wilayah Pattani.
  302. Syeikh Salah Syahadah : Ketua Briged al-Mujahidun al-Falastiniyun – sayap ketenteraan Pergerakan HAMAS.
  303. Syeikh Shamsuddin al-Sumaterani : Antara tokoh tasauf yang tersohor di Acheh & pengarang beberapa kitab tasauf.
  304. Syeikh Tahir Jalaluddin : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu.
  305. Syeikh Tengku Arshad bin Tengku Shik : Ulama Nusantara yang membuka Kg. Bukit Acheh di Merbok, Kedah.
  306. Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fatani (Tok Bendang Jaya) : Ulama Nusantara dari Patani.
  307. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1908) : Ulama Nusantara dari Patani. Beliau antara tokoh Melayu terawal menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir. Beliau pernah mengajar di Masjidilharam di Mekah dan mengarang beberapa kitab terkenal alam Nusantara.
  308. Syeikh Wan Daud al-Fatani : Ulama Nusantara dari Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
  309. Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fatani : Ulama Nusantara dari Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
  310. Syeikh Wan Mustafa al-Fatani : Ulama Patani yang mengasaskan Pengajian Pondok Bendang Jaya di Patani.
  311. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati : Ulama Tarekat dari Makassar pada zaman perkembangan Islam di Banten. Beliau meninggal dunia dalam buangan di Cape Town Afrika Selatan pada 3 Mei 1699 oleh penjajah Belanda.
  312. Syer Syah Suri : Raja di Negeri India yang beragama Islam yang terkenal dengan sifat adilnya.
  313. Taj al-Alam : Antara wanita Islam yang pernah memerintah Kerajaan Acheh. 
  314. Tarif bin Malik : Tentera pengintip yang dihantar oleh Musa bin Nasir ke Andalus pada tahun 91H. 
  315. Tariq b. Ziyad : Pemimpin tentera Islam yang berjaya menawan Sepanyol dan Cordova. 
  316. Timothy Drew : a.k.a Noble Drew Ali - ditugaskan oleh Sultan Maghribi untuk mengajarkan agama  Islam kepada kaum Negro Amerika.
  317. Toghrul Bek : Pemimpin Turki Saljuq yang terkenal. 
  318. Tok Janggut @ Tuan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas : Ulama yang menentang Inggeris di Kelantan. Beliau gugur syahid dalam serangan Angkatan Inggeris pada 1915.
  319. Tok Ku Paloh @ Sayyid Abdul Rahman al-Idrus (1817-1917)  : tokoh Ulama yang mengembalikan semangat menentang Inggeris di Pahang pada 1894.
  320. Tok  Ku Tuan Besar @ Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus (1795 – 1878) : Ulama Terengganu bapa kepada Tok Ku Paloh.
  321. Tok Pulau Manis @ Syeikh Abdul Malik bin Abdullah : Ulama perintis Penulisan Sufi di Terengganu. 
  322. Torajiro Yamada @ Abdul Khalil : Kemungkinan orang Jepun yang pertama memeluk agama Islam. 
  323. Toshihiku Isutzu (1914-1993) : Tokoh ilmuan & Sarjana Islam Jepun yang menterjemahkan Al Quran kedalam bahasa Jepun pada 1958.
  324. Tuan Masha'ika : Ulama dari Arab Selatanyang dikatakan mula-mula memperkenalkan Agama Islam di Selatan Filipina. 
  325. Ubaidullah al-Mahdi : Pengasas Kerajaan Fatimiyyah di Tunisia.
  326. Umair bin Sa'ad : Seorang ahli ibadah yang tidak pernah berpisah dengan Mihrab. Dilantik menjadi Gabenor di Homs oleh Saidina Umar al Khattab. 
  327. Umar bin Abd al-Aziz : Umar II - Khalifah ke 8 Bani Umaiyyah.
  328. Umar ibn Sayyid (Al-Haj) : A slave from Charleston, USA – taken by John Owen, Governor of North Carolina to work at Owen Plantation where he live until the aged of 100 years. 
  329. Umar Mita : The second President of the Japan Muslim Association establish in 1953.
  330. Uqbah bin al-Hajaj al-Saluli : Gabenor di Andalus yang mati syahid dalam misi dakwahnya.
  331. Uqbah ibn Nafi : Penakluk Afrika – dibunuh dalam perjalanan pulang dari pertempuran di Algeria Timur pada 683M 
  332. Urwah bin Zubair (22H - 94H) : Ulama Tabi'in. Ayahnya Zubair bin Awwam dan ibunya ialah Asma binti Abu Bakar. Memiliki ilmu yang sangat luas umpama lautan.  
  333. Usama bin Munaith : Anak saudara Saladdin - membina Istana Ajloun, Jordan pada abad ke-12.
  334. Uthman b. Ertoghrul b. Sulaiman Shah : Pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 680H / 1281 M. 
  335. Vicente Yanex Pinzo : Kapten kapal Columbus 'Nina' - seorang Muslim dari Maghribi.
  336. Wallace D. Fard : Pengasas Nation of Islam di Amerika. 
  337. Wasil ibn Ata : Tokoh Usuluddin Kerajaan Bani Umaiyah.
  338. Yahya Ayyash : Memimpin tindakbalas terhadap rejim Zionis yang menyerang rakyat Palestin ketika solat Subuh pada 24 Februari 1994. 39 warga Israel terbunuh dan 158 cedera. Beliau dibunuh oleh Rejim Zionis dengan kejam pada 5 Januari 1996.
  339. Ya'qub b. Lait al-Saffar : Pengasas Kerajaan Saffariyah di Parsi
  340. Ya'qub bin Killis : Bertanggungjawab merangka dasar Kerajaan Fatimmiyyah.
  341. Yarrow Mamout : African Muslim Slave - one of the first shareholders of the second Chartered Bank in America, the Columbia Bank.
  342. Yusuf bin Tasyifin : Khalifah Kerajaan al-Muyrabitin yang berpengkalan di Afrika. 
  343. Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri : Gabenor Islam yang terakhir di Andalus, Sepanyol.
  344. Yusuf Musa (Dr.) : Ulama Reformis dan Ahli Mesir (1899-1963)
  345. Zahiruddin Muhammad Babur : Pengasas Dinasti Mughal pada 1526M                
  346. Zaid ibn Abihi : Ketua Polis Kerajaan Umaiyyah.
  347. Zainal Abidin @ Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib Al-Quraisyi Al-Hasyimi : Cucu kepada Saidini Ali bin Abi Talib. Dia turut bersama dengan Ayahnya Hussein dalam peristiwa Karbala.