Tuesday, 16 December 2008

MELAKA : 1994-2008

MELAKA - 1994

PUSAT LATIHAN TERNAKAN AYAM, AYER KEROH, MELAKA
Kenangan ketika menghadiri Kursus Ternakan Ayam Penelor Komersial di Pusat Latihan Ternakan Ayam (PLTA) Ayer Keroh, Melaka pada 1994. 

KUALA LUMPUR TO AYER KEROH, MELAKA

Catatan:
Pusat Latihan Ternakan Ayam Ayer Keroh (PLTA Ayer Keroh) telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2009. Ia kini digantikan dengan Institut Teknologi Unggas (ITU) yang mula beroperasi pada tahun 2007. 

Institut Teknologi Unggas
Km 34, Jalan Ramuan Cina Besar
78300 Masjid Tanah
Melaka
Tel:06-384 1321    Faks: 06-384 1324
(Update : 11/12/2017)

TAMAN MINI MALAYSIA
Taman Mini Malaysia ini merupakan kompleks tema yang memperlihatkan rumah-rumah tradisional dari 13 buah negeri di Malaysia (Dari Perlis hingga ke Sabah). Ianya telah dirasmikan pembukaannya pada 17 Jun 1986 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
PLTA Ayer Keroh (kini telah ditutup) terletak tidak jauh dari Taman Mini Malaysia.


MAKAM TUN TEJA, MERLIMAU, MELAKA
Makam Tun Teja terletak di Merlimau dalam daerah Jasin, Melaka. Tun Teja atau nama penuhnya Tun Teja Ratna Benggala adalah anak perempuan kepada Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang.
Kisah Tun Teja disebut dalam 2 Hikayat Melayu Lama iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. 
Dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan Tun Teja dibawa lari oleh Hang Tuah untuk diperisterikan oleh Sultan Melaka. 
Namun dalam Sejarah Melayu pula dikatakan Hang Nadim yang membawa lari Tun Teja. 
(Cerita lanjutnya boleh rujuk laman Wikipedia)


PERIGI HANG TUAH
Perigi Hang Tuah terletak di Kampong Duyong, Melaka dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pahlawan terkemuka di zaman Kesulatanan Melayu Melaka (1398-1511) iaitu Hang Tuah. 
Samaada Hang Tuah wujud atau hanya mitos, ianya telah banyak diperbahaskan oleh Ahli Akademi Negara, ada yang mengatakan Hang Tuah hanyalah mitos dan ada pula bukti yang sah bahawa Hang Tuah itu wujud. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh rujuk laman di bawah. 

Rujuk: 
1. Berita Harian - Hang Tuah wujud, bukti melalui dokumen. 
2. Malaysian Digest - Lagi Bukti Hang Tuah Wujud, Bukan sekadar Mitos. 
3. Hang Tuah Catatan Okinawa - Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin

user posted image


MUZIUM SAMUDERA
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Muzium ini merupakan replika kapal Portugis Flor de La Mar dibina pada awal tahun 1990. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. 

Muzium Samudera berbentuk kapal Portugis, Melaka.


Kapal Flor De La Mar adalah kapal Perang Portugis yang dibina di Lisbon pada tahun 1502. Ianya adalah salah sebuah daripada kapal perang Portugis yang terlibat dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511 dibawah pemerintahan Alfonso de Albuquerque. Flor De La Mar telah tenggelam di Perairan Sumatera pada 20 November 1511 akibat dilanda ribut. 

Frol de la mar in roteiro de malaca.jpeg


MELAKA 1998
KUALA LUMPUR TO MALACCA PARADISE VILLAGE, AYER KEROH

Kenangan Percutian bersama keluarga ke Melaka pada tahun 1998. Kami sekeluarga mengingap di Paradise Malacca Village Resort di Ayer Keroh, Melaka. 
(Update terkini (11/12/2017) yang aku dapat dari laman web, ianya telah ditutup pada tahun 2000)

Rujuk: 
1. Melaka Net 
2. Lovelyvic - Horror story of Paradise Malacca Village.

Wallahu'alam...




 
 
MELAKA - 2000
KUALA LUMPUR TO MAHKOTA HOTEL MELAKA

Kenangan ketika menghadiri "IEM BRAINSTORMING SESSION" , The Institution of Engineers Malaysia di Mahkota Century Hotel (kini Mahkota Hotel Melaka), Melaka pada tahun 2000 .

Mahkota Hotel Melaka
Jalan Merdeka
75000 Melaka
Tel: 06-281 2828    Faks: 06-284 3996








MELAKA 2008
KUALA LUMPUR TO AYER KEROH D'VILLAGE, MELAKA

Percutian keluarga di Ayer Keroh D'Village, Melaka.
Ayer Keroh D'Village dibuka pada Disember 1992 dan dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1993. 
Antara tempat menarik berdekatan adalah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Tema Melaka, Taman Mini dan Lain-lain lagi. 

Ayer Keroh D'Village
75450 Ayer Keroh
Melaka Bandaraya Bersejarah
MALAYSIA
Tel : (6)06 – 232 8000
Fax : (6)06 – 232 7541


 

(Boleh Rujuk info mengenainya di atas)

Saya dan keluarga berada di atas bekas kapal TLDM KD Sri Trengganu yang dipamerkan di Muzium TLDM di Melaka. 
KD Sri Trengganu adalah sebuah bot peronda TLDM yang pernah beroperasi di perairan Malaysia suatu ketika dulu. Saya ketika berkhidmat dengan TLDM dulu pernah berkhidmat di atas kapal Peronda jenis yang sama dengan KD Sri Trengganu, ia itu KD Panah dan KD Sri Negri Sembilan. 

KD SRI TRENGGANU adalah bekas kapal peronda TLDM yang telah beroperasi selama 31 tahun bersama TLDM dan telah belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang pegawai Memerintah. 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu ditempah khas oleh Kerajaan Malaysia dari Syarikat Vosper Limited, PortsmouthEngland dalam tahun 1961 dan ditauliahkan pada 16 Disember 1963. Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Berada di atas kapal ini mengingatkan kembali kenangan ketika bertugas dengan TLDM dulu. 

Rujuk : 
1. KD Panah - 14th Squadron Patrol Craft, Kuantan, Pahang
2. KD Sri Negri Sembilan - 12th Squadron Patrol Craft, Lumut, Perak

KD PANAH - Jenis bot peronda yang sama dengan KD SRI TRENGGANU

KD Hang Tuah dan KD Sri Trengganu merapat di Jeti Sri Igan, Sibu, Sarawak selepas tragedi tenggelamnya KD Sri Perak pada tahun 1984. Kalau diperhatikan gambar ini... di sebelah KD Hang Tuah, bot kecil yang nampak haluannya sahaja itu lah KD SRI TRENGGANU




TAMAN MINI MALAYSIA
Taman Mini Malaysia ini merupakan kompleks tema yang memperlihatkan rumah-rumah tradisional dari 13 buah negeri di Malaysia (Dari Perlis hingga ke Sabah). Ianya telah dirasmikan pembukaannya pada 17 Jun 1986 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


16.1.2015