Tuesday 21 September 2021

Tokoh-Tokoh Wanita Islam Yang Menginspirasi Dunia

SUMBER: WAFIQ

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, banyak tokoh wanita Barat telah dijadikan role-model dan diberi penghormatan atas perjuangan mereka dalam memperkasakan hak-hak wanita. Walaupun demikian, wanita Muslim juga sebenarnya tidak kurang hebatnya dan mempunyai sumbangan yang banyak kepada agama, bangsa dan negara. Mereka turut sama memperjuangkan emansipasi wanita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Beberapa tokoh wanita Islam berikut diperkenalkan dan wajar dicontohi bagi mengiktiraf bahawa Islam juga memberi hak yang saksama kepada wanita untuk turut menyumbang dalam pelbagai aspek kehidupan.

10 Tokoh Wanita Islam

Aishah binti Abu Bakar (w. 678) seharusnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Akan tetapi, sumbangan beliau terhadap budaya ilmu sangat besar dan beliau memainkan peranan penting ketika hayat dan selepas kematian suaminya, Rasulullah SAW. ‘Mendapat gelaran Humayra’ daripada suami tercinta, beliau adalah gadis bijak yang mempunyai daya ingatan yang baik sejak dari kecil lagi dan dicatatkan bahawa beliau telah meriwayatkan 2210 hadis. Aishah telah meriwayatkan sejumlah hadis yang besar setanding dengan Abu Hurairah, Ibn ‘Umar dan lain-lain. Beliau mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap hukum-hukum al-Quran, Sunnah, Fiqh, Fara’id dan sebagainya, dan juga mahir di dalam sya’ir dan kesenian Islam. Sepanjang hayatnya digunakan untuk menegakkan syiar Islam sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah ketika umurnya mencecah 67 tahun.

Nusaybah binti Ka’ab al-Ansariyyah (w. 634) merupakan antara penganut Islam terawal di Madinah. Beliau dikenali sebagai Ummu Ammara dan berasal dari suku Bani Najjar. Beliau diingati kerana keberaniannya menyertai Perang Uhud menentang tentera Makkah. Dengan bersenjatakan pedang dan perisai, beliau melindungi Nabi Muhammad SAW dari serangan musuh, bahkan mengalami kecederaan parah apabila menggunakan tubuhnya bagi mengelakkan serangan ke atas baginda. Diriwayatkan bahawa beliau rebah pengsan setelah mengalami kecederaan yang kedua belas, dan apabila sedar (keesokan harinya di Madinah) persoalan pertama yang keluar dari mulutnya ialah “adakah Nabi masih hidup?”

Fatimah al-Fihri (w. 880) dikenali sebagai wanita penting dalam kemajuan pendidikan dan tamadun. Beliau mengikut ayahnya berhijrah dari Qayrawan di Tunisia ke Fez di Maghribi. Membesar dengan kakaknya dalam keluarga yang berpendidikan, beliau mewarisi sejumlah wang dari ayahnya yang digunakannya untuk membina sebuah masjid untuk komuniti Muslim. Ditubuhkan pada tahun 859, masjid Qarawiyin adalah antara masjid yang tertua tertua, dan telah diiktiraf sebagai universiti pertama di dunia. Pelajar dari pelbagai pelusuk dunia mengembara ke sana untuk mengkaji Islam, astronomi, bahasa, dan sains. Nombor Arab dikenali dan digunakan di Eropah melalui universiti ini. 

Lubna dari Cordoba (w. 984) merupakan seorang hamba dari Sepanyol yang kemudiannya menjadi seorang tokoh istana terpenting pada zaman Umayyah di Cordoba. Beliau sangat mahir dalam bidang sains, penyelesaian masalah geometri dan algebra yang paling kompleks, dan kesusasteraan umum. Oleh sebab itu, beliau memperoleh pekerjaan penting sebagai setiausaha swasta kepada Khalifah Al-Hakam II, dan bertugas sebagai pengerusi perpustakaan diraja yang mengandungi lebih daripada 500,000 buku. Menurut sarjana Andalusia tersohor, Ibnu Bashkuwāl: “Beliau cemerlang dalam penulisan, tatabahasa, dan puisi. Pengetahuannya tentang matematik juga amat luas dan beliau mahir dalam ilmu-ilmu lain. Tiada yang lebih mulia di istana Umayyah tersebut daripada dia.” 

[Ibnu Bashkuwal, Kitab al-Silla (Kaherah, 2008), Jil. 2: 324].

Sutayta a-Mahmali (w. 987) adalah antara contoh wanita yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Nama asalnya adalah Amat al-Wahid, anak perempuan kepada hakim terkenal di Baghdad iaitu Abu Abdullah al-Husayn al-Muhamili. Antara bidang yang dikuasainya adalah kesusasteraan, hadis, dan bahasa Arab serta matematik. Dikatakan bahawa beliau seorang pakar dalam ilmu hisab (aritmetik) dan fara’id (pengiraan harta), kedua-duanya adalah cabang praktikal matematik yang telah dibangunkan dengan baik pada masanya. Dikatakan juga bahawa beliau telah mencipta penyelesaian untuk persamaan yang telah dipelopori oleh ahli matematik lain, yang menunjukkan kebolehan dalam algebra. Walaupun persamaan ini sedikit, mereka menunjukkan bahawa kemahirannya dalam matematik melebihi kebolehan untuk melakukan perhitungan.

Maryam al-Ijliya al-Astrulabiy berasal daripada Aleppo, Syria. Beliau hidup pada kurun ke-10 dan terkenal sebagai seorang wanita yang berprestij dalam dunia astronomi. Namanya menjadi sebutan kerana telah mencipta sebuah alat yang dipanggil astrolobe iaitu sebuah instrumen yang menentukan posisi matahari dan planet-planet. Instrumen tersebut digunakan untuk keilmuan astronomi, astrologi, dan horoskop. Astrolobe juga digunakan untuk mengetahui waktu dan sebagai navigasi dengan cara mencari lokasi berdasarkan bintang dan bujur. Sedangkan, bagi umat Muslim, astrolobe digunakan untuk menentukan kiblat, waktu solat, dan awal Ramadhan serta Aidil Fitri. Zaman kini, astrolobe menyamai sistem navigasi pintar yang dikenali sebagai Global Positioning System (GPS). Kejayaan beliau adalah inspirasi daripada ayahnya yang merupakan seorang pegawai yang membuat astrolobe di Baghdad. Tetapi, hasil rekaan dan teknik pembuatan beliau lebih rumit dan inovatif berbanding ayahnya. Walaupun namanya tidak begitu terkenal, tetapi sumbangan dan rekaan beliau adalah sangat besar dalam dunia astronomi seperti mana yang telah disebut oleh Al-Fihris Ibnu al-Nadim.

Fatimah binti Sa’d al-Khayr (w. 1130) merupakan antara ulama hadis wanita yang terkemuka daripada kurun keenam hijrah. Beliau dikenali dengan gelaran Ummu Abdul Karim. Ayahnya, Sa’d al-Khayr bin Muhammad bin Sahl al-Ansari al-Balansi merupakan ulama’ hebat yang berniaga dan merantau daripada Andalusia. Fatimah telah dilahirkan di China ketika dalam pengembaraan keluarganya daripada Valencia, Sepanyol, dan meneruskan tradisi mengembara ke serata pelusuk dunia. Mengikut jejak langkah ayahnya, Fatimah juga turut mengembara. Ketika singgah di beberapa tempat seperti Baghdad, Isfahan, Hamadan dan sebagainya, beliau berpeluang belajar dari para ulama di situ sejak usianya masih kanak-kanak. Beliau berkahwin dengan Zayn al-Din Abul Hasan Ali Ibrahim b. Naja (w. 599AH) dan membawanya mengembara ke kota Damsyiq. Suaminya adalah anak murid ayahnya sendiri, dan kemudiannya berkhidmat sebagai setiausaha salah seorang pemimpin Ayyub iaitu Nur al-Din al-Zengi apabila mereka mengambil keputusan untuk menyambung kembara ilmu ke Mesir dan menetap di kota tersebut. Beliau hidup pada zaman terakhir zaman kegemilangan Islam, dan sempat hidup di bawah pemerintahan Salah al-Din al-Ayyubi (memerintah 569-589AH), dan Pertempuran Hittin (583H/1187M) yang telah membebaskan Jerusalem dari Tentara Salib.

Arwa al-Sulayhi (w. 1138) yang juga dikenali sebagai al-Malika al-Hurra merupakan seorang ratu dan pemerintah Yaman pada tahun 1067 hingga 1138. Beliau seorang Syi’ah Ismailiyah dan mahir dalam pelbagai ilmu agama, al-Quran, hadis, dan juga puisi dan sejarah. Ahli sejarah menggambarkan beliau sebagai yang sangat bijaksana. Hakikat bahawa beliau memerintah kerana kelayakannya sendiri sebagai ratu disokong dengan fakta bahawa nama beliau disebut sejurus selepas nama khalifah di zaman Fatimi, iaitu al-Mustansir-billah dalam khutbah Jumaat. Arwa diberi kehormatan tertinggi dalam hierarki keagamaan Fatimi Yaman (iaitu gelaran hujja) oleh Khalifah al-Mustansir. Beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah Islam yang dianugerahkan pangkat dan mempunyai kuasa yang sebegitu dalam hierarki agama. Pemerintahan beliau dicirikan dengan pelbagai projek pembangunan dan kemajuan infrastruktur Yaman, dan juga peningkatan integrasi Yaman dengan seluruh dunia Islam.

Fatima binti Abi al-Qasim ‘Abd al-Rahman bin Muhammad (w. 1216) merupakan seorang wanita yang terpelajar di bumi Andalusia. Kegiatan beliau dengan karya-karya teori perundangan dan juga mistik menunjukkan bahawa beliau fasih dengan pelbagai ilmu Islam. Beliau adalah ibu kepada profesor terkemuka Abu al-Qasim b. al-Ṭaylasān. Menurut sarjana Andalusia Abu Ja’far al-Gharnāṭī (m. 1309): “Beliau menghafal begitu banyak buku di bawah bimbingan bapanya, termasuklah Tanbih tulisan al-Makki, al-Syihab dari al-Qudā’ī, Mukhtasar dari Ibnu ‘Ubayd al-Ṭulayṭalī, ketiga-tiganya yang dihafal ayat demi ayat. Beliau juga menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan Abu ‘Abd Allah al-Madwarī, ahli zuhud hebat yang dianggap dari kalangan Abdal [iaitu pangkat penting dalam ilmu tasawuf]. Bersama ayahnya, beliau juga mempelajari Sahih Muslim, kitab Sirah yang ditulis Ibnu Hisham, Al-Kamil karya al-Mubarrad, Nawādir karya al-Baghdadi, dan karya-karya lain.”

Shajarat al-Durr (w. 1257) pernah memainkan peranan penting dalam politik Mesir selepas kemangkatan suaminya, Sultan al-Salih Ayyub pada zaman Ayyubi (1240-1249). Pada tahun 1250, beliau telah menjadi pemerintah (atau Sultanah) Mesir; pemerintahannya umum dianggap menandakan permulaan kesultanan Mamluk di Mesir. Beliau memainkan peranan penting dalam persiapan mempertahankan Mesir utara dalam Perang Salib Ketujuh, mengalahkan tentera salibi (walaupun beliau sendiri tiada di medan peperangan) dalam Pertempuran Fariskur (1250) dan mengambil Raja Louis IX dari Perancis sebagai tawanan. Beliaulah ketua negara dan nama beliau disebutkan dalam khutbah dan syiling ditatahkan dengan nama beliau dengan gelaran “Malikat al-Muslimin” (Ratu Muslimin). Walau bagaimanapun, terdapat perbalahan pendapat untuk memilih wanita sebagai pemimpin, dan beliau membuat keputusan untuk bernikah dengan seorang tokoh Mamalik bernama Sultan Izzudin Aybak. Walaupun begitu, Shajar al-Durr tetap mengekalkan kuasa beliau, bahkan memastikan bahawa dokumen-dokumen negara dimaterikan dengan kedua-dua nama pemerintah tersebut, dan bukan hanya pada nama Aybak. Tetapi, sebuah tragedi menimpa hubungan mereka dan menyebabkan beliau membunuh suaminya itu. Apabila diketahui, beliau diusir dan dibunuh dengan kejam, menamatkan pemerintahan beliau dengan tragis. Biarpun demikian, sesetengah ahli sejarah menyatakan bahawa Syajarat al-Durr merupakan pengasas Kerajaan Memalik di bumi Mesir yang bertahan sehingga tahun 1811 dan merupakan dinasti yang paling lama bertahan di bumi Mesir.

Islam mengiktiraf Hak Wanita

Selain 10 wanita yang dinyatakan di atas, terdapat ramai lagi wanita Muslimah yang menempah nama di persada dunia dengan kehebatan ilmu dan kepakaran yang mereka miliki. Jika Fatimah al-Fihri telah membina universiti pertama di dunia, ramai juga beberapa wanita lain yang mendirikan sekolah dan memperjuangkan hal pendidikan seperti Fatimah Ghalimah binti Muhammad dan Maryam binti Abu Ya’qub Shalibah. Antara tokoh-tokoh dalam bidang perundangan adalah Perundangan: Fatima b. Abi al-Qasim ‘Abd al-Rahman, Sitt al-Wuzara’ binti ‘Umar, Parī Khān Khanum dan lain-lain. Tambahan itu, ramai juga wanita yang mampu menguasai pelbagai bidang dalam suatu masa seperti Sheikhah al-Fudayliyya yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hadis, tafsir, fiqh dan usul, serta mempunyai kemahiran dalam ilmu kaligrafi.

Tanggapan umum tentang kemunduran peranan wanita dalam sejarah Islam adalah tidak benar. Namun demikian, kegemilangan mereka mengalami kejatuhan yang teruk akibat dari sistem sosio-politik yang berubah dan seterusnya menyembunyikan kedudukan wanita jauh terkebelakang sehingga dianggap sebagai kaum kelas kedua. 

Walaupun terdapat beberapa usaha yang mengkaitkan sambutan Hari Wanita dengan agenda Barat, perlu difahami bahawa Islam adalah sebuah agama yang mengiktiraf hak dan peranan wanita. Beberapa contoh kisah wanita telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, malah sebuah surah telah dikhaskan buat wanita bagi membuktikan keistimewaan wanita.

Hak wanita yang telah dinyatakan di dalam al-Quran termasuklah hak untuk mendapat pendidikan, hak memilih pekerjaan, hak menyertai politik, hak memperolehi harta pusaka, hak dalam undang-undang, dan hak-hak sivil yang sesuai dengan sifat wanita. Hadis-hadis Nabi juga mengakui hak-hak yang dimiliki oleh kaum wanita, malah Nabi Muhammad SAW secara peribadinya menghormati wanita dan mengiktiraf sumbangan besar yang telah diberikan oleh wanita khasnya pada zaman baginda.

Walaupun demikian, tuduhan bahawa Islam sebagai agama yang menindas wanita masih ada disebabkan oleh sistem patriarki yang telah diserap menjadi sebuah budaya dan amalan yang sukar untuk dihapuskan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Oleh itu, pada Hari Wanita yang disambut seluruh dunia ini, ayuh membuang persepsi bahawa Islam menyekat hak kebebasan wanita, dan membangkitkan semula prinsip-prinsip agama yang memandang tinggi terhadap kedudukan wanita. Ia adalah tanggungjawab bersama untuk menghormati wanita dan peranannya dari aspek teori dan juga praktikal dalam masyarakat yang penuh cabaran pada masa kini.

Wanita adalah golongan istimewa yang diberikan hak, tanggungjawab dan perlindungan yang istimewa di dalam Islam. Hak wanita perlu diperjuangkan secara sama-rata dengan berlandaskan syariah Islam, bukannya berdasarkan kebebasan hawa nafsu dan logik akal semata-mata. Malah, mesej keseimbangan yang dibawa perlu diterjemahkan dengan bahasa wahyu, bukan bahasa nafsu. Kini, perbahasan utama terletak kepada perlaksanaan dan tindakan yang perlu diambil bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagian yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Dr. Nur Saadah Khair
Exco Kajian Islam & Hadis
International Women’s Alliance for Family and Quality Education
WAFIQ

C&P: 21/9/2021 / 14 SAFAR 1443H: 4.16 PM

Saturday 18 September 2021

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang.

OLEH: MOHD HAKIMI > FB BANGSA NUSANTARA JAYA

Assalamualaikum mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.
Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.
Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.
Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.
Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI..
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara.
Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai KepulauanMelayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.
Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)
Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.

Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.
Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).
Plato dalam bukunya:
"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)
Dan...
"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang
hebat
dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?
Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.
Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.
Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.
Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

Kerajaan Aroi Matahari
Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.
Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.
Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.
Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.

Kesimpulan
Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi
hebat
seperti mereka dan jangan tidur lagi...

Rujukan:
  1. The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
  2. Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
  3. Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
  4. The Ancients oleh Fernando Gallegos.
  5. The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
  6. The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
  7. The Solar System Oleh Powell
Sambungan sikit
Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.
Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.
Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?
Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa?
INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.

C&P: 18/9/2021 / 11 SAFAR 1443H: 5.51 AM

Sunday 12 September 2021

AN IRON AGE FIND NEAR KLANG

Note:
This paper was produced in December 1949 about ancient iron work in, Bukit Jati, Klang.
We did bring the same subject based on SQ Fatimi thesis paper that he writes in 1963. But the story was quite different, as SQ Fatimi claimed that those artefacts were found during Japanese occupation by Japanese army while land clearing job being carried out.
Anyway, lets read while we refer the actual events to the the researchers.

AN IRON AGE FIND NEAR KLANG
By H. D. COLLINGS
In December last year, Public Works Department coolies found twenty-one iron age tools and parts of tools of the kind which the Malays call tulang mawas, on Bukit Jati, a small hill about a mile and a half east of Klang, Selangor. Mr. R. H. Rains, the Executive Engineer, told the District Officer, Mr. M. C. ff. Sheppard, and he asked for me to come and see the site.
The site was right on the top of the hill, which is 132 feet high, and the tools were found by the coolies while digging a pit for the foundations of a water tank. The pit was 46 x 36 feet and the tools were found in three hoards, two of them on the northern side near the east corner, and one near the south-west corner; they were said to have been about one foot six inches down and lying on the hard laterite which is the bed rock of the hill.
A few bits of much broken pottery and some charcoal were also found, but not much importance can be put on the latter, as charcoal is usually common in ground that has been cleared of jungle. There is quite a lot of iron stone in the hill, but there was no sign of iron smelting, indeed the waterless top of a small hill is not the place that any one would choose for that kind of work. Nothing else was found and there were none of the great granite grave slabs which would normally have been there if the place had been used as a burial ground.
When I first saw the tools they were in the District Office, and it was no longer possible to know how they had been associated. While walking round the site under the guidance of Dato' F. W. Douglas, I was struck by the lack of signs of early occupation and found only one small nest of much broken and rotten pot shards in the road cutting near the top of the hill. These shards were of the usual Iron Age type of soft grey ware with burnt reddish-brown outsides, or perhaps a red brown slip that may have been burnished. No soft brick-red ware was seen; neither was there any of the ware decorated on the rim with lines and dots which is found in the slab graves, but there were a few small bits which had string marked patterns on the outside like those of the Neolithic period.
The only two rims found were shaped like the two specimens in fig. 3 of my paper "Re-cent finds of iron age sites in southern Perak and Selangor" (1), but the flat rim is undecorated and it is not the all-through soft red ware. A few shards have small traces of a black coating which is almost certainly the same as that described in the above paper and which was said to be "bitumastic rather than resinous".There are also several shards with a bright yellow glossy coating which analysis shows to be made "essentially of lead oxide (litharge) and an organic medium such as a drying oil".
The iron tools are spear heads and axes and are all so much rusted that little metal remains. The spear heads are of two kinds: waisted (no. b) and leaf-shaped (no. c), and in their present state, only four can be identified as being waisted and one as leaf-shaped. There are five others tha t are so much rusted tha t their shape can no longer be made out; one of them has a socket 6 inches long. As they are now, the average length of the spear heads is about 14 inches.
The axes are of four kinds (nos. a, d,f and g.). Four belong to type a, one to type d, four to type f, and one to type g. The biggest one, type f, is 19 inches long. I have not seen a tool of type g from any other site and although the socket was broken when it was being dug up enough bits remain to allow it to be reconstructed. It is of such a strange shape that its use must be conjectural.
There is also one broken blade that cannot be fitted into any type.
The question of the use to which tulang mawas axes were put is a difficult one, but there can be no doubt tha t most of them were for warlike or ceremonial use and some of them may indeed have been ordinary working tools. Since some antiquarians find it hard to believe tha t the axes were indeed axes, two drawings are given of copper battle axes from Kish, Mesopotamia, which are dated between 2943 and 2753 B.C. (nos. f and h). It is not for one moment suggested that the Malayan ones have any kinship whatsoever with those from Kish, but as weapons, they are as far removed from the conventional idea of axes as are the Malayan tulang mawas.
Objects of the Malayan Iron Age have been found in many places on the western side of the Main Range from Perlis to Negri Sembilan, as well as in several sites in Pahang, and Dato' F. W. Douglas records the finding of some iron tools many years age on Bukit Badak near Bukit Jati, so that the Klang river area may have been an important one. (1).
Who were the Iron Age folk?
The only thing tha t is certain is that no one knows. No human bones have ever been found associated with the culture either in graves or elsewhere. The tools and pottery are quite unlike those found in any other part of the Far East or India. The beads from the graves are almost certainly trade goods and are therefore of little use as a means of identification, and the granite slab graves, although belonging to a wide-spread megalithic type, are unlike those of Java , Sumatra or Indo-China. The socketed iron tools are also quite foreign to Malayan types for all the local tools are tanged and not socketed.
Dr. Quaritch-Wales believes that the makers of this culture were Indonesians but gives no good evidence for his theory. Moreover he does not say what he means by "Indonesian". The word can have three distinct meanings; it can mean a geographical area, a bodily type or a linguistic family. It cannot be used to describe accurately any one people or culture. All that can be said is that since this Iron Age culture is so unlike and foreign to any other culture known from Malaya it can be presumed to have come from overseas, and there is some evidence for this, for the black and yellow coatings found on the pottery do not seem to be of Malayan origin. The black coating is bitumastic and the yellow one is of lead oxide. Now neither of these things is found in Malaya in such a way as to be easily accessible under primitive conditions, but the bitumen could be easily got from the mineral oil areas of Burma, Sumatra or Borneo.
In a letter to me, Dato' Douglas says that it is known that there is a high percentage of manganese in the iron stone from Bukit Jati and he suggested that it might have been smelted to make the tools. Analysis of the tools shows that there is only 0.02 per cent of manganese in them, but this evidence is inconclusive as little is known about locally made iron.
APPENDIX
Extracts from two reports made by Mr. A. W. Burt, Chief Chemist, Singapore, on the coating on the pottery and the composition of the iron tools.
(1) The sample consisted of two fragments of pottery, small areas on which had a yellow "glaze".
The colour of this "glaze" was compared with a colour chart by a member of the I.C.I. staff who described it as "a shade yellower/lighter than Golden Brown 414 British Standard Colour Chart (Paints)".
The "glaze" was readily removable in thin flakes. On gentle ignition it was found to be partly organic in composition (the material charred, gave off smoke and finally glowed brightly for a moment) leaving an inorganic residue. The residue was found to contain lead. No other metal was detected; nor was there any evidence of the presence of silicates.
In my opinion the "glaze" is a paint composed essentially of lead oxide (litharge) and an organic medium such a drying oil. (2) The samples consisted of:—
(a) a flattish irregular fragment having a superficial layer, on both sides, of red iron rust, and an inner core of black, brittle, magnetic material. The black material appeared to be essentially Fe3 O4, but there was evidence of the presence of some free iron.
This fragment was found to contain:—
Iron(Fe) .. 61.1%
Manganese (Mn) .. 0.02%
(b) a very small piece of black, magnetic material, weighing 0.03 gram, similar in appearance to the black material in (a), but probably less oxidised. The presence of Manganese could not be detected by the colorimetric method used, but it should be noted that had the Manganese content been as small as that in (a) a negative result would be given by this method on the amount available.
Spectroscopic analysis could not, unfortunately, be carried out owing to the loss of equipment.

Copy and paste:
FB Sungai Batu 788 BC : The Kingdom of Kedah Tua
12 September 2021 / 5 Safar 1443H: 12.58 pm

Friday 10 September 2021

PENGARUH ARAK PADA BANI MELAYU ZAMAN BERZAMAN

 Zainuddin Omar

Semasa saya di zaman persekolahan iklan begini sesuatu yang lazim di surat khabar Utusan Malaysia dan majalah tempatan.
Kenapa diiklan dalam Utusan Malaysia?
Ianya dituju pada Bani Melayu yang sudah ramai minum arak pada zaman tersebut.
Budaya barat cuba diterap ke dalam kehidupan orang melayu sehinggakan ‘togok’ arak seperti perkara lazim dan menjadi perlakuan harian para hartawan dan bangsawan.
Pernah menuntun cerita P Ramlee, Anak ku Sazali dan Nasib Do Re Mi?
Karakter Sazali dan Pak Maon disabitkan dengan arak.
Karakter pemabuk dan ‘having a good time’ minum arak dijadikan jalan cerita.
Maknanya masyarakat melayu seperti sudah menerima budaya minum arak pada zaman tersebut.
Saya masih ingat, kebanyakan rumah orang kaya ada ‘bar’ minuman keras kerana meniru (imitate) suasana rumah di barat seperti dalam movie dan TV.
Angkatan Tentera Malaysia pula terikut budaya British Army dengan sistem ‘mess’ dimana semua majlis dihidangkan arak.
Anggota tentera pula dapat diskaun besar bila arak dibeli di kedai NAAFI (sebelum PERNAMA).
Di ITM pada tahun 70’an, ramai pemuda melayu mengambil jurusan Hotel & Catering dan F&B yang mana sebahagian kurikulum ialah belajar ‘bartending’ iaitu mencampur arak untuk menjadikan cocktail.
Bani Melayu diajar untuk menjadi seorang bartender dan pandai membuat cocktail Bloody Mary (vodka+jus tomato+spices), Mojito (rum+jus lime), Pina Colada (rum+jus nenas) dll.
Pernah dengar cocktail feveret James Bond - Vodka Martini, shaken not stirred?
Apabila berada di UK, ianya kejutan budaya pada saya kerana minuman arak menjadi cara hidup orang British. Mereka akan minum arak untuk semua occasion.
Arak ni menjadi satu kelaziman di negara barat dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, tradisi dan budaya di Eropah.
Saya diajar pula oleh senior bagaimana menolak pelawaan minum dengan baik tanpa mereka berasa hati (ada diceritakan dalam buku saya).
Minum wain pula mesti disajikan bersama makanan lain ketika lunch atau dinner.
Apabila mula revolusi Iran tahun 1979 dan kemunculan Arqam, baru ramai Bani Melayu kenal agama.
Walaupun revolusi Iran yang diketuai oleh Khomeini tidak mendapat sokongan kaum sunni ianya telah meniup semangat bani melayu untuk mendekatkan diri pada agama.
Pergerakan Al Arqam yang dibawa oleh Ustaz Ashaari Muhammad juga telah membuatkan masyarakat faham tentang Islam dengan menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Walaupun begitu, minum arak masih menjadi kelaziman di negara Islam Central Asia dan Turkey sehingga ke hari ini.
Pada mereka minum arak seperti menegok air mineral water kerana legasi dari sistem kominis USSR yang merosakkan tiga generasi orang Islam.
Perasan tak selepas mengakhiri penerbangan hot air balloon di Capadocia Turkey, mereka akan sajikan champagne untuk meraikan pendaratan selamat?
Bukannya dengan bacaan doa syukur tetapi dihidang dengan minuman arak.
Seorang rakan berbangsa turki berkata kepada saya bahawa ibu bapa beliau minum arak di rumah adalah perkara biasa.
Mereka hanya berhenti minum arak selepas pulang dari mengerjakan ibadah Haji.
Seorang rakan melayu pula merungut kepada saya berkenaan ibu bapa beliau yang masih minum arak dan tidak bersolat di rumah.
Ibu bapa beliau adalah bekas Kirkby trained teachers yang masih terikut dengan budaya british. Mereka tinggal di rumah emak angkat semasa di Kirkby UK, ‘embrace’ budaya sana dan membawanya pulang ke tanah air.
Budaya menyembur dan memancutkan champagne jenama MOET & Chandon jenis bergas masih lagi diamalkan oleh Kimi Raikkonnen dan Valentino Rossi pemenang perlumbaan F1 atau MotoGP atas podium semasa di litar Sepang Malaysia dengan disorak oleh ramai peminat melayu.
Alhamdulillah sekarang ini tradisi menyembur champagne telah ditukar kepada Waard, non alcoholic drink yang diperbuat dari rosewater dan pomegranates di podium F1 Bahrain dan Baku Azerbaijan untuk menghormati tradisi lokal.
Begitulah budaya arak yang masih berleluasa di zaman kita ini dan sebagai muslim kita masih terpalit dengan tempiasan dosa-dosanya.
أستغفر الله‎
Wallahua’lam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar
Copy and paste: 10 September 2021 / 4 Safar 1443H: 10.38 pm