Kelantan terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya adalah Kota Bharu dan Bandar DiRaja adalah Kubang Kerian.
Semasa kecil dahulu, sebelum bersekolah, saya pernah tinggal di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ... ketika itu arwah ayah saya berkhidmat dengan Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja di kem Pengkalan Chepa.
1987 - PENGKALAN KUBUR
Pada tahun 1987, ketika berkhidmat dengan kapal ronda KD Panah dari Sekuadron ke 14 Kapal Ronda TLDM yang berpengkalan di Tg. Gelang, Kuantan, Pahang, kami sering berhenti rehat di Pengkalan Kubur di Kelantan setelah berhari-hari menjalankan rondaan ZEE di Laut Cina Selatan. Dari Jeti Pengkalan Kubur kami akan menaiki bot menuju ke Tatbai di Thailand.
Pengkalan Kubor ialah bandar di Kelantan yang bersempadan dengan Tatbai, Narathiwat, Thailand. Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungai Golok yang lebarnya kira-kira 500 meter.
Pengkalan Kubor ialah sebuah kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang seperti pakaian, kasut, beg tangan, peralatan dapur dan lain-lain, seperti di Padang Besar, Perlis.
KELANTAN 2012
13 OKTOBER 2012 - KETEREH, KOTA BHARU
Setelah sekian lama meninggalkan bumi Kelantan, akhirnya pada tahun 2012 saya dapat kembali ke Kelantan. Kali ini untuk menyelenggarakan Program Pemeriksaan Kesihatan "Go Red for Women" di Dewan Rukun Tetangga, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 123 penduduk kampung berdekatan telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang kempen.
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, kami melalui beberapa daerah di Kelantan seperti Gua Musang, Kuala Krai, Kok Lanas dan lain-lain.
Sepanjang berada di Kota Bharu, kami menetap di Dynasty Inn yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, mengambil sempena nama Siti Khadijah, isteri pertama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Majoriti peniaga di pasar ini adalah wanita.
Kota Bharu, ibu negeri Kelantan mula dibuka pada zaman Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan.
Alhamdulillah dapat kesempatan bertemu dengan rakan lama sama intake 139/80 dan juga sama sekapal di KD Ganas tahun 1981 di Woodlands, Singapura. Roseli Zin menetap di Kg Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan.
KELANTAN 2016
KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
Saya dan Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej Poly-Tech MARA di Kota Bharu, Kelantan pada 26 April 2016. Seramai 167 pelajar kolej dan setaf telah hadir menjalani Ujian Saringan Kesihatan pada hari tersebut.
![]() |
| PASAR SITI KHADIJAH |
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah istirehat di Hentian Gua Musang, Kelantan. Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan.
KELANTAN 2018
MASJID SULTAN MANSOR,KOTA BHARU
21 JULAI 2018
Rujukan: 2018: KEMBARA KELANTAN
Pada 20 Julai 2018, kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan. Kami telah singgah istirehat di Hentian Rehat Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.
Program Pemeriksaan Kesihatan dijalankan pada 21 Julai 2018 di Perkarangan Masjid Sultan Mansor yang terletak di Jalan Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 105 orang penduduk berhampiran dengan Masjid telah hadir untuk menjalani Ujian Saringan Kesihatan dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Kami turut dibantu oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Kami menginap di Diamond Hotel yang terletak di Jalan Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan. Hotel ini terletak betul-betul di hadapan Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu.
KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
22 JULAI 2018
Ini merupakan program kali kedua kami di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dimana kalai pertama diadakan pada tahun 2016.
Program kali ini dilaksanakan pada 22 Julai 2018 dan telah dihadiri oleh 100 orang pelajar dan setaf kolej dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.
Semasa berada di Kota Bharu, kami mengambil kesempatan untuk makan di sebuah Warung yang popular di Kota Bharu iaitu Restoran Nasi Ulama Cikgu terletak di Kg. Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan. Berkonsepkan menu makanan kampung ala negeri Kelantan dengan harga yang berpatutan. Ianya tidak jauh dari Pasar Khadijah.
KG POS BROOKE LAMA, GUA MUSANG
11 OGOS 2018
Saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bertolak dari Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2018 untuk program Kesihatan di Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan.
Namun kami tidak bermalam di Gua Musang, kami bermalam di sebuah Hotel di Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Program Pemeriksaan Kesihatan kepada penduduk orang Asli di Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan. Boleh rujuk pada link di atas mengenai program tersebut.
Pos Brooke adalah kawasan penempatan orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan.
Pos Brooke diwujudkan oleh Kerajaan British ketika era Darurat kerana ketika itu orang Asli dianggap oleh Kerajaan British dalam Rancangan Briggs sebagai kunci utama kemenangan untuk melawan komunis. Oleh itu beberapa pos telah diwujudkan ketika itu antaranya ialah Pos Telanok di Ulu Jelai, Pos Brooke di Gua Musang dan Pos Betau di Kuala Lipis.
Pos Brooke (Fort Brooke di zaman British) pernah menjadi kem Latihan Pasukan Perintis VAT 69 (Komando Polis) di awal penubuhannya.
Gua Musang adalah sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Negeri Pahang di selatan, Negeri Terengganu di Timur dan Negeri Perak di Barat.
76% penduduk Gua Musang adalah Kaum Melayu dan 13% Kaum Orang Asli manakala selebihnya adalah kaum Cina dan India.
Demikianlah berakhirnya perjalanan saya di Bumi Kelantan. Ini merupakan kali terakhir saya di Kelantan kerana saya telah berhenti kerja di YJM selepas balik dari Gua Musang, Kelantan.
Susunan:
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
26 Ogos 2025: 5.26 p.m

.jpg)
-vert.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment