Tuesday 31 March 2020

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul

by nurjeehan

Oleh Lokman Ismail

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya."(Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 

(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan "dengar khabar" mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir. 


Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 11.44 pm

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?

KREDIT : USTAZ NAIM

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan kemasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj
ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj
adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


~http://dirihamba.blogspot.com~

Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 11.38 pm

BANGSA MELAYU


Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.


Etimologi
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

* Penakrifan undang-undang
* Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.



Asal usul bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Kekeluargaan orang Melayu
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Perkahwinan orang Melayu
Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.



Cerita dongeng masyarakat Melayu

Dongeng Melayu ialah cerita rekaan bertujuan sebagai bahan pengajaran kepada kanak-kanak dengan perspektif yang positif dan juga membantu ibu bapa mendidikan anak-anak mereka dengan sopan-santun dan juga adat resam. Dongeng Melayu pada zaman sekarang telah dibukukan kepada buku cerita kanak-kanak pra-sekolah. Maksud dan erti dalam pengajaran kandungan Dongeng Melayu juga menjadi bahan didikan kanak-kanak pada usia kecil lagi.

Cerita Dongeng Melayu yang memberi pengajaran
Kisah mengenai jangan menderhaka kepada ibu dan bapa. Kisah-kisah bercorak sedemikian seperti Nakoda Tanggang/Si Tenggang (Malaysia), Nakoda Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei); menunjukan si anak yang di jaga dari kecil tetapi menderhaka kepada ibubapanya. dan cerita ini mengajar supaya anak-anak zaman sekarang lebih hormat kepada ibubapa.

Bawang Putih Bawang Merah - menceritakan dua orang anak perempuan sama bapa dan berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun kepada orang tua dan Merah, anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan tiada sopan-santun. Cerita ini mengajar supaya anak-anak sekarang bersabar apabila menghadapi rintangan, lebih menghormati orang tua dan tidak tamakkan harta. Selain itu, cerita ini turut mengajar bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat.

Kepercayaan orang Melayu

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.

Duduk atas bantal
Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Bergendang dalam rumah
Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.”

Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Menjahit pada waktu senja
Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya.
Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.”
Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

Bersiul atau bernyanyi di dapur
Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua.
Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

Tikus tidak boleh di seranah
Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi.

Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Sumber: Carigold Forum
Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 11.34 pm

Perihal Orang MELAYU menurut Frank Swettenham..



Dalam karya beliau yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.

Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

Bentuk Fizikal Orang Melayu
Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang.

Keperibadian Orang Melayu
Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. Orang melayu sangat cermat dan “terang hati” dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.

Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut. Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka.

Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan. Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman.

Keperibadian Perempuan Melayu
Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.

Hal ehwal berumahtangga
Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya. Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga.

Hidup Beragama
Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang bisa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.

Sikap pada raja, bangsa dan Negara
Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu “ Biar mati anak, jangan mati adat”. Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya.

Sifat Buruk orang melayu
Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:

1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
3) Suka mempercayai hal yang karut marut
4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan
6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
7) Orang melayu tidak menghargai masa
8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
10) Orang melayu suka mengamok
11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
12) Orang melayu suka berpuak-puak
13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.

Khatimah
Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau. Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu.


Sumber : Carigold Forum
Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 11.06 pm

SUKU CHEROKEE BERAGAMA ISLAM?


Di bawah Ini adalah Soalan dan Jawapan Dari Yahoo Answer...

Soalan:
Adakah yang tahu sejarah suku cherokee?

Saya baca arikel bahwa suku cherokee erat hubungannya dengan Islam, adakah yang tahu buku atau cerita tentang sejarah suku ini?

Jawapan Terbaik - Dipilih oleh Penanya

Menurut Dr. Youssef Mroueh, sekarang saja terdapat tidak kurang dari 565 nama tempat di Amerika Utara, baik di negara bagian, kota, sungai, gunung, danau, dan desa yang diambil dari nama Islam ataupun nama dengan akar kata bahasa Arab. Sebanyak 484 di Amerika Serikat dan 81 di Canada. Ini merupakan bukti yang tak terbantahkan bahwa Islam telah ada di sana sebelum Columbus mendarat. Dr. A. Zahoor bahkan menegaskan bahwa nama negara bagian seperti Alabama, sebenarnya berasal dari kata Allah-bamya, dan juga nama negara Arkansas berasal dari kata Arkan-Sah, serta Tennesse dari kata Tanasuh. Youssef Mroueh dalam tulisannya Muslim in The Americas Before Columbus memaparkan penuturan Mahir Abdal-Razzaaq El, orang Amerika asli yang menganut agama Islam. Mahir berasal dari suku Cherokee yang dikenal sebagai Eagle Sun Walker. Mahir memaparkan, para penjelajah Muslim telah datang ke tahan kelahiran suku Cherokee hampir lebih dari 1.000 tahun lalu. Yang lebih penting lagi dari sekedar pengakuan itu, kehadiran Islam di Amerika, khususnya pada suku Cherokee adalah dengan ditemukannya perundang-undangan, risalah dan resolusi yang menunjukkan fakta bahwa umat Islam di benua itu begitu aktif.
Salah satu fakta yang membuktikan bahwa suku asli Amerika menganut Islam dapat dilacak di Arsip Nasional atau Perpustakaan Kongres. Kesepakatan 1987 atau Treat of 1987 mencantumkan bahwa orang Amerika asli menganut sistem Islam dalam bidang perdagangan, kelautan, dan pemerintahan. Arsip negara bagian Carolina menerapkan perundang-undangan seperti yang diterapkan bangsa Moor. Menurut Youssef, pemimpin suku Cherokee pata tahun 1866 M adalah seorang pria bernama Ramadhan Bin Wati. Pakaian yang biasa dikenakan suku itu hingga tahun 1832 M adalah busana Muslim. ''Di Amerika Utara sekurangnya terdapat 565 nama suku, perkampungan, kota, dan pegunungan yang akar katanya berasal dari bahasa Arab,'' papar Youssef.

Beberapa nama-nama suku Indian dan kepala sukunya juga berasal dari akar kata bahasa Arab, seperti: Anasazi, Apache, Arawak, Cherokee (Shar-kee), Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Kepala suku Indian Cherokee yang terkenal, Sequoyah yang nama aslinya Sikwoya, merupakan ketua suku yang sangat terkenal karena beliau menciptakan sillabel huruf-huruf (Cherokee Syllabary) bagi orang Indian pada tahun 1821. Namanya diabadikan sebagai nama pohon Redwood yang tertinggi di California, sekarang dapat disaksikan di taman hutan lindung di utara San Francisco.

Berlainan dengan gambaran stereotip tentang suku Indian yang selalu mengenakan bulu-bulu burung warna-warni di kepalanya, seperti yang banyak digambarkan para seniman Barat selama ini, Sequoyah selalu mengenakan sorban. Dia tidak sendirian, masih banyak ketua suku Indian yang mengenakan tutup kepala gaya orang Islam. Mereka adalah Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Bahkan sebagian dari mereka mengenakan penutup kepala yang khas Arab seperti ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870

Orang-orang Indian Amerika juga memegang nilai ketuhanan dengan mempercayai adanya Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ini, dan Tuhan tersebut tidak teraba oleh panca indera. Mereka juga meyakini bahwa tugas utama manusia diciptakan oleh Tuhan adalah untuk memuja dan menyembahnya. Seperti penuturan seorang kepala suku Ohiyesa: ”In the life of the Indian, there was only inevitable duty -the duty of prayer- the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Di dalam Al Qur’an, kita diberitahukan bahwa tujuan penciptaan manusia dan jin adalah semata-mata demi untuk beribadah kepada Allah SWT.

Fakta-fakta itu membuktikan bahwa Islam telah hadir di tanah Amerika, ketika kekhalifahan Islam menggenggam kejayaannya. Hingga kini, agama Islam kian berkembang pesat di Amerika - apalagi setelah peristiwa 11 September. Masyarakat Amerika kini semakin tertarik untuk mempelajari ajaran agama Islam.

ok...mdh2an bisa membantu...

materi referensi:
Lebih jelasnya bisa kamu baca artikel atau buku tentang Sejarah Islam di Amerika :

Sumber :


Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 10.44 pm

YAP AH LOY


Yap Ah Loy (juga dikenali sebagai Yap Tet Loy dan Yap Mao Lan)(14 Mac 1837 - 15 April 1885) merupakan Kapitan Cina ketiga dan orang yang banyak menyumbang kepada perkembangan Kuala Lumpur dari sebuah pusat perlombongan kepada ibu kota Malaysia. Hari ini sempena memperingati beliau, sebuah jalan diabadikan sebagai Jalan Yap Ah Loy di tengah-tengah kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.

Beliau dilahirkan di Wilayah Guangdong di selatan Negara China. Ibubapanya menetap di kampung Tan Shui di daerah Kwai Yap. Beliau juga merupakan keturunan Hakka. Yap Ah Loy meninggalkan China melalui Macau untuk ke Malaya pada 1854 pada umur 17 tahun dan mendapati Malaya sangat berbeza dari China. Malaya pada ketika itu dikenali sebagai negara emas dan bijih timah. Beliau pada mulanya tinggal di Durian Tunggal dan kemudiannya menumpang di rumah pak ciknya di Kesang.
Pada mulanya, dia gagal menyara diri dan telah membuat keputusan untuk kembali ke China. Ketika kapalnya berlabuh di tengah perjalanan, kerana terdesak kerana tak ingin kembali dengan tangan kosong, dia telah mencuba nasib di meja judi. nasib tak menyebelahinya dan dia kehilangan semua duit yang dia ada. kerana terlalu malu untuk balik setelah gagal, dia mengambil keputusan untuk mencuba lagi sekali lalu beliau pun ke Lukut.
Di Lukut, Yap Ah Loy berkerja sebagai tukang masak dan kemudiannya penternak ****. Kemudiannya dia berpindah ke Sungai Ujung. Dia bernasib baik dapat tinggal dengan Liu Ngim Kong, ketua panglima atau orang kanan kepada Kapitan Shin. 1860, berlakunya perang Sungai Ujung dimana Kapitan Shin telah terbunuh. Yap Ah Loy sendiri hampir mati akibat perang itu. Kapitan Yap Ah Shak kemudiannya memberi kata putus untuk melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan Sungai Ujong.
Dalam enam atau tujuh tahun, Yap Ah Loy bertukar menjadi seorang yang tegas dan lebih arif dalam perniagaan. Dia ketika itu sangat berbeza dari dirinya ketika mula tiba di Malaya. Yap Ah Loy pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan Ngim Kong yang ketika itu telah menjadi orang kanan Kapitan Hiu Siew. Ngim Kong dan Ah Loy sangat rapat. Apabila Ngim kong menjadi kapitan kedua Kuala Lumpur, dia memilih Ah Loy untuk menjadi pemangkunya.
[sunting]Senarai Kapitan Cina Kuala Lumpur

1858-1861: Kapitan Hiu Siew
1862-1868: Kapitan Liu Ngim Kong
1868-1885: Kapitan Yap Ah Loy
1885-1889: Kapitan Yap Ah Shak
1889-1902: Kapitan Yap Kwan Seng
Selepas kematian Yap Kwan-Seng pada 1902, gelaran Kapitan Cina telah dihapuskan.



Yap Ah Loy bukan pengasas Kuala Lumpur, kata pakar




BANGI, 19 Julai ― Yap Ah Loy bukan pengasas Kuala Lumpur seperti digambarkan dalam beberapa tulisan sehingga tanggapan itu diterima ramai.

Dua pakar sejarah termasuk Tan Sri Dr Khoo Kay Kim semalam sepakat menyatakan kapitan terkenal itu bukan pengasas atau pembuka ibu kota.

Yap, sebagai kapitan ketiga, membangunkan semula Kuala Lumpur selepas perang saudara susulan konflik pembesar Selangor, lapor Harian Metro.

“Kesimpulan itu dibuat berdasarkan beberapa fakta sejarah yang begitu nyata.

Jika Yap Ah Loy membuka Kuala Lumpur sedangkan dia dilantik sebagai kapitan ketiga, bagaimana taraf dua lagi kapitan sebelumnya?

“Melihat daripada fakta itu saja jelas bercanggahan maklumat,” kata pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) profesor Dr Supyan Hussin.

“Yap Ah Loy dipersetujui individu yang bertanggungjawab membangunkan semula Kuala Lumpur atas restu sultan ketika itu dan Britain.”

Selain Khoo, pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan Datuk Ar Hajeedar Abdul Majid juga terlibat dalam diskusi “Apakah Kuala Lumpur Dibuka oleh Yap Ah Loy?”.

Beliau berkata sejarah negara sekarang banyak mengambil pandangan Barat sejak di bangku sekolah lagi sehingga ramai beranggapan Kuala Lumpur dibuka oleh Yap.

“[...] saya bersama profesor Khoo membuat kesimpulan bahawa Yap Ah Loy bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur, bukan membukanya,” kata Hajeedar.



Sumber: Carigold Forum
Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H: 10.36 pm

MELAYU ITU YAHUDI YANG TELAH MEMILIH MASUK ISLAM?



1. “What if” orang Melayu di semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia dan selatan Thai adalah salah satu dari “The Lost Tribe” etnik Yahudi yang telah lari ke asia 2,000-3,000 tahun yang lalu?

2. “What if” orang Yahudi yang selama ini dibenci oleh orang Melayu adalah saudara segenetik mereka sendiri?.

3. “What if” orang Melayu adalah Yahudi yang telah di-Islamkan?

4. Ada khabar angin mengatakan bahawa genetik orang Melayu adalah dari keturunan yahudi Menashe iaitu keturunan isteri Nabi Ibrahim, yakni kerabat diRaja Sargon. “what if” perkara ini dibuktikan benar?

5. Ada khabar angin juga mengatakan bahawa orang Melayu dan Yahudi mempunyai persamaan genetik sebanyak 40%. “What if” khabar angin ini benar? Sanggupkah orang Melayu mengaku mereka Yahudi dan jika ya, mahukah mereka pulang ke tanah Israel iaitu “The Promised Land”?

6. Jika orang Melayu benar-benar mempunyai persamaan genetik sebanyak 40% seperti yang digembar-gemburkan, mahukah orang Melayu Islam hari ini mewujudkan hubungan diplomasi dengan negara Israel?

7. Mengapa dalam banyak-banyak negara bersimbol Islam diserang barat, tapi tidak Malaysia? Adakah kerana Amerika juga tahu orang Melayu keturunan Yahudi maka sebab itu negara Malaysia begitu aman?

8. Populasi etnik Melayu berjumlah 200 juta orang di Asia Tenggara ini dan “what if” 200 juta ini ada mempunyai persamaan genetik 30%-40% dengan bangsa Yahudi?

9. Antara kepakaran orang Yahudi adalah berdiplomasi, bijak berkata-kata, berjenaka dan berseloroh, iaitu satu karakter sama dalam dunia Melayu yang juga suka berdiplomasi, berjenaka dan berseloroh.

10. Dari segi bahasa pula, Yahudi menyebut kulit sebagai “Geled” dan Melayu menyebut kulit sebagai “kulit”. Persamaan bunyi Geled dan Kulit wujud cuma bezanya dalam nahu Melayu huruf “G” telah ditukar menjadi “K”.

11. “Mat” dalam bahasa Yahudi bermaksud mati, di dalam bahasa Melayu, bunyinya juga sama cuma tiada huruf “I” dihujungnya.

12. “Melech” dalam bahasa Yahudi adalah Raja. Persamaan di tanah Melayu kuno Melaka adalah nama sebuah empayar lama. Perhatian bunyi “Melech” dan “Melaka”?

14. Begitulah sedikit sebanyak perbincangan kita mengenai Melayu dan Yahudi. Saya menulis artikel ini adalah kerana tajuk Melayu dan Yahudi sangat popular di laman web, pelbagai perbincangan telah wujud membincangkan kaitan Melayu dan Yahudi. Saya tidak tahu, tapi jika ditanya, saya akan mencadangkan supaya satu kajian genetik di jalankan bagi mencari jawapan yang sebenar supaya persoalan kaitan genetik orang Melayu dan Yahudi terungkai dengan jelas.

15. Saya dapat tahu sebuah kajian Genome Melayu telah dijalankan. Apakah dapatan kajiannya? Adakah benar genetik Melayu mempunyai 40% persamaan dengan genetik orang Yahudi? Jika benar, MasyaAllah, orang Melayu adalah Yahudi yang telah di-Islamkan.

16. Apapun bangsa sebenar orang Melayu, syukurlah kita telah menjadi orang Islam. Itulah nikmat sebenar dalam kehidupan.

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa-apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Akan tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya teramat perlu. Mengapa?

KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin.

Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Yer la… kalau dah tahu maksudnya tidak “lost” la. Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru.

Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Ya… negatif. Kemudian Prof. Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali.

Keputusan yang beliau dapat adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Haaa… ini baru nama “lost”… “the lost tribe”. Asal usul pun tidak diketahui.

MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.

Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahawa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olsen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.

Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salsilah “Melayu” ? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf?Kenapa nak buru pula?

MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?? .

Apakah itu “3Mim” ?

Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism… kenapa? Macam mana?

MELAYU – JAWI

Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.

‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa sesiapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka… dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur! Tidur jer kerjanya…

Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada disebutkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

Tapi… siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat… nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.

Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala.

MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S).

Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.

DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’ tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana yang pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya.

Yang kedua, jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina.

Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor, Kelantan dan lain-lain yang sewaktu dengannya serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa.

Namun Melayu Selangor dan Johor kelihatan jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. Namun… INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini… Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi (200 BC) berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?

Ada misteri di situ? Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Bangsa Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Menasseh, Suku Sakya dan Buddha

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s). Sedangkan hipotesis dari Dr.Ralph Olssen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s. Ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘Bnei Menashe’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.

Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumi-hanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya sendiri Shimon dan Yehudah.

Di sini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s. @ Joseph) maka layak la digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya… Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang hanya wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. wafat.

Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Prof. Ralh Olssen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau, link: http://www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe di sebelah South East Asia region.

Allahu’alam… Wassalam - zulsegamat


Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 10.09 pm