Friday 29 September 2023

PENEMUAN SEJARAH DI BUKIT CHORAS

Berita Mutakhir

Written on 23 September 2023.
PENEMUAN BERSEJARAH CANDI TERBESAR DI BUKIT CHORAS - STRUKTUR BINAAN DAN ARTIFAK MENARIK, BERSENI TINGGI

YAN, KEDAH, 22 September 2023 – Para penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) membuat penemuan penting yang mengesahkan keberadaan dan saiz struktur binaan dan artifak yang menarik dan tinggi dengan unsur kesenian, berusia sekitar 1,200 tahun lalu di Tapak Arkeologi Bukit Choras, di sini.


Hasil ekskavasi yang dibuat dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu mendedahkan lima penemuan utama iaitu struktur binaan candi, dua buah arca, sebuah Kalam Semah, sebuah prasasti dan serpihan-serpihan tembikar tanah.

Menurut Ketua Penyelidik merangkap Pensyarah Kanan PPAG USM, Dr. Nasha Rodziadi Khaw, tujuan ekskavasi di tapak itu adalah untuk mengesahkan keberadaan dan saiz struktur yang telah dikesan melalui kajian geofizik pada tahun 2017.


Katanya, dengan pembiayaan geran FRGS oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, pihaknya telah memulakan kerja-kerja penggalian/ekskavasi bermula Ogos lalu dan mendapati penemuan baru itu mempunyai signifikasi terhadap Kedah Tua di Lembah Bujang, Kedah.

Tambah beliau, penemuan berkenaan bukan sekadar memperluas pemahaman mengenai sejarah kuno di tanah air, malah telah menimbulkan persoalan baharu mengenai hubungan budaya antara Lembah Bujang dan tamadun purba lain di Asia Tenggara.

Tinggalan struktur candi yang ditemui juga berada dalam keadaan yang terpelihara dan memperlihatkan ciri ukiran dan seni bina yang unik, terutamanya dengan wujudnya struktur bertingkat, serta ruang-ruang khas bagi meletakkan arca.

“Penemuan ini turut mendedahkan struktur binaan dan artifak yang berseni tinggi. Ia termasuk dua buah arca yang diperbuat daripada stuko, yang mana seni binanya memiliki persamaan dengan artifak kerajaan Srivijaya purba yang ditemui di Sumatera dan Jawa Barat, Indonesia.

“Tapak ini istimewa kerana kebanyakan tapak arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang terletak di selatan Gunung Jerai iaitu di sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Muda.

"Bukit Choras adalah satu-satunya tapak yang terletak di utara Gunung Jerai dan terpencil sepenuhnya. Kami terkejut dengan penemuan tapak candi purba terbesar ini,” ujarnya lagi.

"Ini menunjukkan bahawa terdapat penduduk yang besar berhampiran bukit ini yang dahulunya adalah tanjung sebelum proses pemendapan yang mendorong pantai semasa ke jarak kira-kira 8 km dari sini. Kami berharap dapat membuat lebih banyak penemuan tidak lama lagi," tegasnya.

Tapak tersebut telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 28 Disember 2016 dan kolaborasi ini merupakan projek rintis dalam bidang penyelidikan dan pendidikan susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) antara JWN dengan Universiti Awam yang telah ditandatangani pada bulan Mac 2023 yang lalu.

Dalam pada itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed pula berkata, USM akan terus bekerjasama dengan JWN untuk menjalankan lebih banyak kerja-kerja penggalian di tapak arkeologi bagi mengembangkan lagi produk arkeologi-pelancongan.

“Masih banyak kerja ekskavasi yang boleh diterokai di kawasan Lembah Bujang yang mana kita memerlukan lebih masa untuk terus menjalankan kerja-kerja penggalian. Penemuan ini akan membolehkan kita mengkaji semula peristiwa sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah barat,” kata Abdul Rahman.

Pesuruhjaya JWN, Mohd Azmi Mohd Yusof pula berkata, penemuan arkeologi ini adalah yang paling penting di negara ini sejak pandemik COVID-19 dan beliau turut memuji penemuan itu berikutan kerja penggalian yang dijalankan selama dua minggu.

Beliau turut menegaskan paling unik mengenai penemuan ini adalah keadaan artifaknya yang masih utuh, kukuh dan candinya yang masih mengekalkan keadaan struktur yang penuh.

“Harapan kami agar lebih banyak penemuan dapat dibuat untuk membawa elemen ke dalam tamadun Kedah selain menambah produk arkeo-pelancongan baharu di negeri ini,” kata Mohd Azmi.

Tambahnya lagi, berikutan MoU yang ditandatangani bersama 11 universiti tempatan lain, ini merupakan penemuan pertama di bawah projek perintis.

Sementara itu, Pengarah PPAG USM, Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon menambah, kerja-kerja penggalian setakat 8 September 2023 mendedahkan keseluruhan dinding barat candi dan separuh dinding utara dan selatannya.

“Patung-patung dan artifak yang ditemui dari tapak itu akan dibawa ke Galeri Arkeologi USM untuk pemuliharaan dan penyelidikan lanjut,” katanya.

Fasa kedua kerja-kerja penggalian pada baki struktur candi dijangka akan bersambung semula pada bulan Januari tahun hadapan.

Teks: Marziana Mohamed Alias & Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim Created on 23 September 2023.
Hits: 820


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : mprc@usm.my | Web : www.usm.my

Petunjuk Ke Ibukota Srivijaya

OLEH: SRIKANDI

Mengapa penyelidik menyatakan penemuan baru-baru ini seperti struktur binaan dan artifak yang berseni tinggi termasuk dua buah arca yang diperbuat daripada stuko, yang mana seni binanya memiliki persamaan dengan artifak kerajaan Srivijaya ?
Ini kerana Srivijaya, sebuah empayar maritim yang pernah berkuasa di Asia Tenggara itu pernah memerintah dari Kedah sekaligus menjadikan Kedah sebagai ibukotanya.
Ini ada bukti dan rekod bertulis yang sangat konkrit.
Dalam Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11M) yang di­tulis dalam bahasa Sanskrit, peme­rintah Srivijaya pada mulanya di­sebut sebagai “Śriviṣayādhipatinā Kaṭah-ādhipatyam ātavantā” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud “Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah”.
Baginda juga telah diberi gelaran “Kaṭah-ādhipates” yang bermaksud “Pemerintah Kedah”. Pada bahagian bahasa Tamil pula, Raja Suvarnabhumi disebut sebagai “Kiḍāratta-araiyan” atau “Kaḍāratta-araiyan”, masing-masing bermaksud Raja Kidara & Raja Kadara, kedua-duanya membawa makna Raja Kedah.
Jika kita perasan, kaitan gelaran pemerintah Srivijaya dengan lokasi Kedah adalah unik dan ini adalah bukti paling jelas dan muktamad. Manakala calon lokasi ibukota Srivijaya di tempat-tempat lain diambil berdasarkan catatan pengembara China dan sumber-sumber analisis sejarahwan.
Tapi kes Kedah adalah unik kerana nama Kedah disatukan dengan gelaran berprestij pemerintah Srivijaya atau maharaja Srivijaya, dinyatakan dengan jelas dalam satu prasasti.
Malah kedudukan Kedah sebagai ibukota Srivijaya diakui oleh Chola sendiri!
Ini kerana Prasasti Leiden Besar atau Inskripsi Kepingan Tembaga Leiden Besar itu dibuat semasa pemerintahan Rajaraja I. Srivijaya sebagai kuasa ekonomi ketika itu memiliki hartanah di selatan India. Geran terpaksa dikeluarkan oleh Chola untuk mengiktiraf kolonisasi Srivijaya ke atas tanah-tanah yang dijadikan tapak biara dan kampung-kampung di sekelilingnya.
Apakah yang maksud tersirat dari semua ini?
Kedah mesti dipromosikan sebagai ibukota Srivijaya (capital of Srivijaya).
Kalau kita tengok dalam laman-laman sesawang Thailand pun mereka sudah lama promosikan Segenting Kra sebagai salah satu kawasan bersejarah era Srivijaya. Mereka klasifikasikan seni rupa, ukiran dan senibina gaya Srivijaya dan bangunkan tarian yang dinamakan ‘Rabam Srivichai’.
Begitu juga dengan Palembang dan lain-lain tapak yang menjadi calon ibukota Srivijaya. Mereka gigih mempromosikan. Namun semua tempat ini tidak ada bukti bertulis yang mencatatkan secara langsung dan jelas bahawa Srivijaya menjalankan pemerintahan di tempat itu.
Kelebihan di negara-negara luar, mereka rajin menjalankan ekskavasi dan menemui banyak tapak dan artifak. Jadi, kita mesti menjalankan lebih banyak ekskavasi dan penyelidikan. Ini kerana kita sudah ada rekod paling mahal yg mengatakan Srivijaya menjalankan pemerintahan dari Kedah.
Maka dengan bukti rekod luarnegara dan bukti di dalam Kedah sendiri, maka pihak-pihak berwajib yang ada kaitan dengan sejarah, pemuliharaan warisan dan pelancongan mesti bersikap pragmatik dalam bertindakbalas terhadap penemuan ini.
Tidak ada gunanya jika ada berjuta tapak sejarah dan artifak jika kita hanya memandang sepi sahaja semua penemuan ini tanpa memahami apa benda pun nilai dan kepentingannya. Bertindak adalah lebih bijak. Jangan jadi seperti beruk mendapat bunga.
~Srikandi
"there I keep chanting for your forgotten history"

Copy and paste:
29/9/2023 > 14 Rabiulawal 1445H: 10.08 pm

Sebab Daging Babi Diharamkan untuk Dimakan

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah dalil dan sebab daging babi diharamkan untuk dimakan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Secara umumnya, pengharaman daging babi adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya).”[1]

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebutkan bahawa pengharamkan babi itu meliputi semua bahagiannya sehingga pada lemak dan kulitnya. Adapun dikhususkan dengan menyebut dagingnya sahaja kerana ia merupakan kebanyakan bahagian yang dimakan. Sesungguhnya syarak telah melarang untuk mengambil manfaat daripada semua bahagian babi.[2] Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.’[3]

Selain itu, Dr. Soleh al-Fauzan ada menukilkan bahawa tiada khilaf dalam kalangan ulama berkenaan pengharaman daging babi berdasarkan ayat-ayat di atas yang menyebutkan berkenaan pengharamannya. Di samping itu, menurutnya lagi, babi memiliki taring yang digunakan untuk mencari makanan. Oleh itu, ia juga termasuk dalam keumuman hadith yang menyatakan mengenai keharaman setiap haiwan yang bertaring. Justeru, pengharaman babi ini adalah berdasarkan kepada nas, kaedah umum dan ijmak.  Pengharaman babi itu merangkumi babi daripada jenis yang jinak dan liar, juga semua bahagian anggotanya termasuklah lemaknya.[4]

Begitu juga di dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah ada dinukilkan perkataan al-Alusi bahawa dikhususkan dengan menyebut dagingnya, sedangkan baki bahagiannya yang lain juga adalah dihukumkan sebagai najis, berbeza dengan pendapat ulama dalam kalangan mazhab Zahiri kerana ia merupakan kebanyakan bahagian daripada haiwan yang dimakan. Manakala baki bahagian-bahagiannya yang lain pula adalah mengikuti hukumnya — yakni hukum daging itu. Menurutnya, pengkhususan dengan menyebut dagingnya itu adalah bertujuan bagi menzahirkan keharaman apa yang dianggap baik dan disukai pada seluruh daging serta membesarkan lagi tanda pengharamannya itu.

Selain daripada itu, dhamir pada ayat “أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ”, dalam kaedah bahasa Arab ia akan kembali yang terdekat disebutkan iaitu perkataan ‘babi’ itu sendiri. Maka, sahihlah dengan al-Quran bahawa babi itu ‘ainnya adalah kotor dan najis. Sesuatu yang kotor dan najis adalah haram dan wajib dijauhi. Justeru, babi itu keseluruhannya adalah haram dan tidak terkeluar daripada hukum haram itu sama ada bulunya mahupun selainnya.[5]

Selain itu, dari segi sains pula terbukti bahawa babi ialah haiwan yang tidak digalakkan untuk dimakan kerana memudaratkan. Kami ringkaskan sebab-sebabnya sebagaimana berikut:

  • Babi memiliki kelenjar peluh yang sedikit berbanding saiz badannya. Perpeluhan merupakan proses fisiologikal penting bagi mengekalkan suhu badan yang ideal. Proses penyejatan air peluh daripada permukaan kulit menyebabkan kesejukan badan dan pada masa yang sama, berperanan untuk membuang toksin dalaman. Mereka yang tidak berpeluh terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya. Tambahan lagi, fungsi utama kelenjar peluh adalah untuk membuang toksin. Jadi bagaimanakah caranya babi mengekalkan suhu badan normal?

Babi menggunakan lumpur sebagai alternatif kepada proses penyejukan badan melalui perpeluhan. Jika anda pernah ternampak mereka berkubang atau berguling-guling di atas lumpur, tingkah laku itu membantu mereka untuk menyejukkan badan. Ia seperti anda menggunakan kipas tangan pada musim panas. Babi sebenarnya suka kepada kawasan lumpur yang bersih. Namun, bagi sekumpulan binatang tersebut yang diternak di ladang-ladang atau kilang, ia ditempatkan di ruangan yang sangat sempit. Ini membuatkan kawasan perkubangan mereka menjadi terhad dan kebiasaannya, lumpur yang digunakan bercampur dengan najis dan muntah mereka sendiri.

Jika hendak dibayangkan betapa banyaknya bahan buangan mereka, 5,000 ekor babi boleh menghasilkan najis bersamaan dengan 50,000 orang yang tinggal di bandar. Kawasan buangan inilah kadangkala menjadi tempat mereka menyejukkan badan. Namun tidak semua tinggal seperti itu. Babi seperti Kurobuta, diternak di kawasan persekitaran yang kurang tekanan dan diberi makanan berasaskan bahan-bahan organik. Mereka merupakan “wagyu” dalam kalangan binatang tersebut.

  • Bakteria kebal antibiotik dalam daging babi. Disebabkan oleh keadaan tempat tinggalnya yang diternak di kawasan kilang itu kebiasaannya kotor, babi mudah mendapat penyakit kulit dan jangkitan kulat. Kebarangkalian yang tinggi ini menggalakkan penternak untuk menggunakan antibiotik bagi memastikan kesihatan binatang ternakan tersebut berada pada tahap yang optimum. Secara teorinya, penggunaan antibiotik secara meluas ini bukan sahaja boleh menggalakkan tumbesarannya dengan cepat, ia boleh melahirkan spesies bakteria kebal antibiotik yang mampu mengancam kesihatan populasi manusia secara umum. Kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016, telah mendapati bahawa, babi yang diternak di dalam kilang mempunyai spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik AmpicilinTetracyclinTrimethoprimSulphonamide atau Streptomycin. Bakteria tersebut boleh kebal terhadap 1 atau lebih antibiotik. Oleh sebab harga daging babi organik adalah sangat mahal, majoriti masyarakat memakan daging babi yang diternak di kilang. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mendapat bakteria kebal antibiotik tersebut.
  • Risiko jangkitan parasit. Walaupun jangkitan parasit pada binatang tersebut telah menurun secara mendadak sejak 20 tahun yang lalu, babi (termasuk babi organik) masih terdedah kepada jangkitan tersebut. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), walaupun banyak langkah boleh diambil untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, binatang ternakan tersebut masih terdedah kepada jangkitan jika mempunyai sentuhan secara terus dengan rodensia yang lain. Rawatan pencegah kepada jangkitan ini boleh mencecah 80% daripada perbelanjaan keseluruhan penternakan babi membuatkan ramai penternak yang enggan melaburkan wang mereka. Pengguna yang membeli daging babi yang mempunyai jangkitan ini terdedah kepada risiko penyakit trichinosis jika daging tersebut tidak dimasak dengan betul. Simptom seperti jangkitan mata, bengkak mata, fobia cahaya, kelesuan dan sakit otot merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit ini. CDC menggalakkan pembekuan daging tersebut sebelum dimasak secara teliti bagi memastikan parasit tersebut telah terbunuh.[6]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, jelaslah bahawa pengharaman daging babi dan bahagian-bahagiannya yang lain adalah berdasarkan kepada nas al-Quran dan dalil-dalil yang lain. Lebih-lebih lagi, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa daging babi adalah tidak elok untuk dimakan kerana berkemungkinan memberi mudarat kepada pemakannya. Perkara ini adalah selari dengan kaedah fiqh yang menyebutkan:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ النَافِعَةِ الإِبَاحَةُ، وَفِي الأَشْيَاءِ الضَّارَّةِ الحُرْمَةُ

Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu yang bermanfaat adalah dibolehkan (yakni harus) dan hukum asal bagi sesuatu yang berbahaya adalah diharamkan.”

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk memakan makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.[7]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 4 April 2022 bersamaan 2 Ramadhan 1443H

[1] Surah al-Ma’idah: 3

[2] Lihat al-Tafsir al-Munir, 6/77.

[3] Surah al-An‘am: 145

[4] Lihat al-At‘imah, hlm. 215.

[5] Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/140-141.

[6] Lihat https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/makan-daging-babi/. Diakses pada 1 April 2022.

[7] Surah al-A‘raf: 157

Copy and paste:29/9/2023 > 14 Rabiulawal 1445H: 9.36 pm


AL-KAFI #1143: HIKMAH PENGHARAMAN KHINZIR

SUMBER: PEJABAT MUFTI WPKL\

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Kenapa binatang seperti khinzir dilarang atau haram dimakan oleh orang Islam?

Jawapan

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat.

Pada asasnya, khinzir adalah binatang yang diharamkan dengan jelas di dalam Islam melalui al-Quran dan al-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) para ulama’. (Lihat al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir, hlm. 177)

Antara ayat al-Quran yang menegaskan akan pengharaman ini adalah firman Allah SWT:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ

MaksudnyaSesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.

(Surah al-Baqarah: 173)

Ibnu Kathir berkata, “Begitu juga dilarang memakan daging babi baik yang mati dengan cara disembelih atau mati dalam keadaan tidak seperti biasanya. Lemak babi juga haram dimakan sebagaimana dagingnya kerana penyebutan daging dalam ayat cuma menunjukkan keumuman (aghlabiyyah) atau dalam daging juga sudah termasuk pula lemaknya, atau hukumnya diambil dengan jalan qiyas (analogi).” 

(Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 2/36)

Ibn al-‘Arabi berkata: “Umat telah bersepakat haramnya daging babi dan seluruh bahagian tubuhnya. Dalam ayat disebutkan dengan perkataan ‘daging’ kerana babi adalah haiwan yang disembelih dengan maksud mengambil dagingnya. … Dan lemak babi termasuk dalam larangan daging babi.” (Lihat Ahkam al-Qur’an, 1/94)

Menjawab persoalan di atas, pengharaman khinzir adalah disebabkan ia membawa beberapa kemudaratan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi), iaitu ia disebut boleh menghilangkan perasaan cemburu serta menjadi dayus. 

(Lihat Tafsir al-Manar, 2/98)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam ketika mengulas berkenaan pengharaman daging babi menyebut: Perkara ketiga yang diharamkan Allah SWT ialah daging babi. Ini adalah kerana tabiat yang sihat akan memandangnya kotor dan tidak akan menyukainya. Sebab babi ini, makanan yang sangat disukainya ialah dari benda-benda yang kotor, jijik dan najis.

Ilmu perubatan moden menetapkan bahawa memakan daging babi itu sangat berbahaya di seluruh pelusuk dunia, khususnya di daerah yang beriklim panas. Sebagaimana yang berkaitan dengan penyelidikan ilmiah bahawa sesiapa yang memakan daging babi itu menyebabkan lahirnya cacing kerawit yang sangat merbahaya, dan ulat-ulat yang dapat membinasakan tubuhnya.

Justeru, dalam masa terdekat ini, ilmu moden ini akan mendedahkan banyak lagi rahsia pengharaman itu, lebih banyak dari apa yang difirmankan Allah SWT, ketika dia mensifatkan Rasul-Nya dalam firman-Nya (وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ) yang bermaksud: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) telah mengharamkan ke atas mereka semua yang kotor.” (al-A'raf: 157)

Ada sesetengah penyelidik bependapat: Jika membiasakan diri selalu memakan daging babi, nescaya akan menghilangkan perasaan cemburu terhadap perkara yang terlarang. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 69-70)

Dr. Joseph Mercola, pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat menyebut: “Kajian mendapati daging babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan dalam pelbagai peringkat. Menurut kajian oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging babi yang diuji mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan.” [1]

Dr. Muhammad Abdul Khair menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: "Daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing-cacing lain. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Perlu dicatat, sehingga ini, generasi babi belum terbebas daripada cacing-cacing ini. 

(Lihat Ijtihadat fi al-Tafsir al-Quran al-Karim, hlm. 112)

Dr. Zakir Abdul Karim Naik dalam “20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam” berkata: Antara sebab pengharaman daging babi ialah: Memakan daging babi akan menyebabkan tidak kurang daripada 70 pelbagai jenis penyakit yang akan dijangkiti antaranya:

  • Helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi.
  • Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum cacing pita. Tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai ke semua organ tubuh. Jika ianya memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata, boleh menyebabkan buta. Jika memasuki hati, akan menyebabkan kerosakan pada hati.

Sebagai penutup, kami nukilkan kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyebut: Tidak semestinya setiap Muslim untuk mengetahui secara terperinci kesemua barangan yang dianggap rosak dan bahaya, yang dengan sebabnya diharamkan oleh Allah SWT sesuatu barangan itu. Adakalanya, hal itu terlindung dari kefahamannya, yang mana keadaan yang sama kelihatan pada keadaan yang lain. Adakalanya, keburukan sesuatu barangan itu tidak jelas pada sesuatu zaman yang tertentu, manakala ianya jelas pula pada zaman yang berikutnya. Oleh itu, sewajarnya sikap seorang mukmin itu selalu mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.”

Tidakkah kamu lihat bahawa Allah SWT mengharamkan memakan daging khinzir? Namun tidak seorang Muslim pun yang mengetahui apakah sebab pengharaman daging khinzir itu selain daripada ianya adalah kotor. Setelah zaman berlalu, dan sekarang barulah ilmu moden masa kini menyingkap hakikat kebenarannya bahawa daging khinzir penuh dengan cacing dan kuman-kuman halus yang boleh membinasakan orang yang memakannya. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 33)

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman berkenaan agama kita dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Amin.

Nota Hujung:

[1] Lihat web Dr. Joseph Mercola, Why I Do Not Recommend Porkhttps://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/12/12/eating-pork.aspx 

Lihat juga portal Consumer Reports, Pork Chops And Ground Pork Contaminated With Bacteria, https://www.consumerreports.org/cro/magazine/2013/01/what-s-in-that-pork/index.htm

Copy and paste: 29/9/2023 > 14 Rabiulawal 1445H: 9.24 pm


Tuesday 26 September 2023

BUKIT CHORAS > ARCHAELOGY FINDING

SUNGAI BATU 788 BC : THE GREAT KINGDOM OF KEDAH TUA

2 years ago, in 24 July 2021, we made a posting about Bukit Choras, where prior to that, PPAG researcher have announced a potential discovery resulting from ground survey.
Several days ago, JWN and PPAG made the announcement pertaining to the discovery of Buddhist temple where the relative dating shows 8 - 9 th century AD.
Bukit Choras is not new to archaeology finding and even the Site # 1 was marked at Bukit Choras though it was not the first discovery of Bujang Valley archaeology. (The numbering does not indicate the sequence of discovery).

Few days ago, I received a screenshot that highlighted 3 issues. 
First, the location of BC is quite far from the heart of Bujang Valley, which is Sg Merbok and Sg Kuala Muda.
Secondly, in Malaysiakini, a historian claim that the recent discovery is the evidence that the native of Malay Peninsula is Hindu-Buddhist.
Thirdly, it says Bukit Choras was an island and isolated from main land.
Ok, we discuss the third issue first. From geological data, the sea level during 8th-9th century AD was not as high as we thought, it almost similar to current level due to holocene cycle. During 2nd - 10 th century, it was cold epoch due to high amount of glacier on the poles. Therefore it caused a low level of sea, but the riverine might different. It could be larger and deep since river stream relies on the water from hinterland. Since the river network was big, it ease the movement of ships to reach Bukit Choras back then. Surprisingly, some said, Bukit Choras not in Bujang Valley. Its made me think that more things have to be done to ensure the public is well informed. Bujang Valley has no fix geographic boarder rather it depends on archaeological findings. That was the reason why the area of Bujang Valley begins with 200km² and now its more than 1000km². As gazetted, the most northern part of Bujang Valley is Bukit Choras and the sourhern part is Cheruk To' Kun. Eastern part, is Tasik Pedu and western part is up to the shore facing Selat Melaka.
The second issue where a claimed made by the historian in Malaysiakini that can be considered as pre-mature. Just based of the statue and excavation result he made a careless deduction. There not even a paper published by the researcher in regards of the finding, but the historian has made a hypothesis based on old and outdated theory of Indianisation. These are the problem when he looks Bukit Choras in isolation. As far as at this moment, the narrative have changed as proposed by many scholars based on research findings, that the temple regardless Buddhis or Hindu was built by the initiative of traders or pilgrims, and even the current Bukit Choras researcher hold to later narratives / theory.
Undoubtedly, Indian traders were important players in Kedah Tua trading society.
WHY there were many Indians in Kedah ? The answer is, to supply the Indian ports with trade goods from SeAsia and China.
WHO's account we can refer to that time ? The answer is Abu Dulaf. His real name is Mis'ar al Mulhalhil, he was the Persian court envoy to China and he wrote about Kalah during his stoppage and he mentioned that many Indians in the market place and the trade used siver coin called 'fahri’ (Fatimi, 1963)/ ‘fihzi’ (Arshad,2018).
WHAT currency the fahri/fihzi belongs to ? The most probable answer is Srivijaya coin because Abu Dulaf said the silver coin was about two third the value of his dirham (Caliphate dirham). One dirham equivalent to 3 grams and Srivijaya silver coin weight less than 3 gram based on relics found. By logic, it was Srivijaya coins since Kedah was absorb into Srivijaya in 7th century AD as I-Tsing wrote in his account.
WHEN was Abu Dulaf stop at Kedah ? The answer is 10 th century AD.
Therefore the story, the accounts, the WHO, WHY, WHAT and WHEN matched to each other.
Although Srivijayan was a Buddhis kingdom, it does not mean the people were Buddhis in total. The historian failed to understand the real situation back then when he look at the Bukit Choras temple in isolation and hastily made a statement to suit his opinion.
Back to our posting 2 years ago, it has proved that Prof Agus esotheric cosmological study was right when he said in his presentation that northern part of Gunung Jerai might locate a significant important structure especially Buddhism since they are particular in cosmological aspects. This might be the answer for the first issue.


Copy and paste:
26/9/2023 > 10 Rabiulawal 1445H: 11.00 am


ARCA BERUSIA LEBIH 1,200 TAHUN DITEMUI DI CANDI BUKIT CHORAS, YAN, KEDAH

POSTED BY IBN KAMAL > PERISTIWA N' SEJARAH

YAN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia menemui dua arca patung dan batu bertulis dengan huruf Pallava abad kelapan Masihi di tapak arkeologi Bukit Choras di sini.Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Dr Nasha Rodziadi Khaw, berkata Candi Bukit Choras mempunyai keistimewaan kerana satu-satunya tapak terletak di luar kawasan Sungai Merbok dan Sungai Muda (Lembah Bujang).
Katanya, kerja penyelidikan bermula 28 Ogos lalu, berjaya mendedahkan hampir separuh candi yang dianggar mempunyai ukuran sembilan meter panjang dan sembilan meter lebar, manakala ketinggian belum diketahui.
"Keistimewaan Candi Bukit Choras kerana masih dalam keadaan terpelihara bentuknya berdasarkan kedudukan dinding barat, utara dan selatan struktur yang berada dalam keadaan asal..."
"Kita juga menemui dua arca bersaiz manusia yang diperbuat daripada bahan 'stacco' iaitu campuran kapur dan bahan lain yang dibentuk di tapak secara terus dengan arca sebegini tidak pernah ditemui di kawasan Lembah Bujang.
"Penyelidikan awal juga menemui terdapat persamaan arca ini dengan arca ditemui di tapak Batu Jaya, Jawa Barat dan Sumatera. Kajian awal turut menunjukkan terdapat persamaan pada seni bina candi," katanya di sini, hari ini.Hadir sama Naib Canselor USM, Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed; Pesuruhjaya Warisan, Mohd Azmi Mohd Yusof dan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Prof Dr Stephen Chia Ming Soon.
Nasha berkata, penemuan berkenaan membangkitkan persoalan baharu mengenai hubungan kebudayaan di antara kerajaan Kedah Tua bersama tapak warisan serantau lain dengan pelbagai kajian boleh dilakukan pada masa depan.
"Berdasarkan saiz pelan, Candi Bukit Choras boleh dikatakan agar besar mengikut ukuran panjang. Arca patung juga yang terbesar pernah ditemui. Ini berbeza candi di Lembah Bujang kerana kita hanya jumpa dasar dan tingginya tidak pasti.
"Setakat ini, kerja ekskavasi hanya kira-kira 40 peratus dan kita percaya terdapat banyak lagi candi sekitar Bukit Choras yang belum ditemui dan memerlukan lebih banyak kajian.
"Kami sendiri agak terkejut dengan penemuan ini kerana untuk candi yang besar, bermakna kena ada populasi yang besar. Candi ini satu-satunya di luar Lembah Bujang. Mungkin terdapat penempatan awal di Bukit Choras sejak abad ketujuh lagi," katanya.
Beliau menjelaskan, sejak sekian lama kebanyakan candi hanya ditemui di kawasan selatan Gunung Jerai dan Candi Bukit Choras terletak di kawasan utara gunung yang berdiri sendiri dan tidak dikelilingi tapak lain.
Sementara itu, Pesuruhjaya Warisan, Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, pihaknya dan kerajaan negeri akan memastikan penemuan itu dijadikan rujukan serta dikongsikan sebagai bukti peradaban dan teknologi kerajaan Kedah Tua.
"Tapak ini berpotensi dijadikan sebagai produk pelancongan domestik di Yan dengan limpahan ekonomi akan dinikmati secara langsung oleh rakyat," katanya.
M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my
September 22, 2023 @ 3:22pm
BH ONLINE
May be an image of 2 people and text that says "Candi yang besar bermakna ada ramai penduduk di Tapak Arkeologi Bukit Choras Yan. -Foto BH/SYAHARIM ABIDIN"
COPY AND PASTE:
26 SEPTEMBER 2023 > 10 RABIULAWAL 1445H: 10.47 AM

Saturday 23 September 2023

FAKTA MENARIK AEON ALPHA ANGLE

SUMBER: FB ORANG WANGSA MAJU

1. Bekas tapak shopping kompleks ini ialah tanah lembah dan sebahagiannya adalah lombong tinggal dan menjadi tempat kanak-kanak lejen Wangsa Maju bermain basikal BMX ala-ala X-Game suatu ketika dahulu.
2. Upacara pecah tanah telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed sekitar penghujung tahun 1990 sebagai sebahagian rancangan menjayakan 'Dasar Pandang Ke Timur'.
3. Alpha Angle Jaya Jusco telah dirasmikan pada 24hb April 1992 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dan Pengerusi Jusco Company Limited, Mr. Takuya Okada.
4. Seperti juga The Mall Yaohan, Alpha Angle juga menyimpan nota di dalam kapsul masa yang akan dibuka mengikut tarikh yang tercatat pada monumen kapsul.
5. Keluasan premis ini ketika itu ialah seluas 334,000 kaki persegi.Kini keluasannya telah bertambah kerana tingkat 2 (yang kini premis saloon dan Secret Receipi dahulunya adalah ruang kosong) telah diubah suai.
6. Ruang parkir shopping complex ini mampu di isi sehingga 1,400 buah kenderaan.
7. Anchor tennant Alpha Angle ialah Jaya Jusco (kini Aeon) iaitu melebihi 50% ruang perniagaan.
8. Antara nama awal yang mengisi ruang tengah Alpha Angle ialah Body Shop, Guardian Pharmacy, Bata, Memory Lane, MPH Bookstore, Athletes World, Bobson, Habib Jewels, TieShop, WataTime dan lain-lain.
9. Restoran makanan segera yang terawal ialah McDonalds, Shakeys Pizza dan KFC.
10. Ketika awalnya, Alpha Angle mempunyai pusat hiburan keluarga (Amusument Centre) dan Cineplex berkembar (Cathay Cinema).
11. Kos pembinaan Alpha Angle ialah RM70 juta, shopping complex pertama yang dibina dan diuruskan sendiri oleh Aeon Group of Companies.
12. Pengurus pertama Alpha Angle Jaya Jusco ialah Encik Ramli Bin Idris.
13. 'Alpha' ialah bahasa Latin yang bermaksud 'pertama', merujuk kepada shopping complex pertama di Wangsa Maju dan 'Angle' bermaksud 'sudut' yang menunjukkan tempat ini dibina di tempat yang mempunyai ruang sudut.
14. Pembinaan shopping complex ini adalah selari dengan polisi syarikat untuk membina shopping complex di pinggir bandar dan tidak di pusat bandar.
15. Pada hari pembukaan, Alpha Angle telah bekerjasama dengan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dengan menanam baka-baka balak seperti Tembusu, Keruin dan Meranti di bahagian belakang shopping complex yang telah dikhaskan sebagai mini hutan simpan untuk menghargai alam sekitar (GOOD JOB!!!).
16. The Forest Festival Musical Clock dengan penampilan Snow White And Seven Dwarfs telah di import daripada Jepun dan kos jam ini ialah sebanyak RM1 juta (kini tiada lagi... sob sob sob...).
17. Sepanjang tempoh 30 hari pembukaan, berbagai aktiviti seni telah dijalankan sebagai promosi memperkenalkan Alpha Angle kepada warga kota.Antara aktivitinya ialah persembahan badut, tarian singa, kompang, pelbagai pertandingan dan persembahan artis seperti Ella, kumpulan rock Fotograf, UG14, Febians, Damasutra, WOW dan lain-lain.
Fuh... penat Admin taip.
OWM
Copy and paste:
23/9/2023 > 7 Rabiulawal 1445H: 5.15 pm