Sunday, 7 February 2016

TOKOH-TOKOH ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Keluarga Rasulullah s.a.w:
  1. Abdullah bin Abdul Muttalib : Bapa Nabi s.a.w.
  2. Aminah binti Wahab - ibu Nabi s.a.w

Ummul Mukminin (isteri-isteri Rasulullah )
  1. Khadijah binti Khuwalid - wanita pertama memeluk Islam
  2. Saudah binti Zam'aah - wanita pertama dinikahi oleh baginda selepas kewafatan Khadijah. 
  3. Aisyah binti Abu Bakar - satu-satunya anak gadis yang nikahi oleh Rasulullah s.a.w. 
  4. Hafsah binti Umar Al-Khattab - anak kepada Saidina Umar Al Khattab. Gelarannya adalah Hafizatul Mashaf (Penjaga Al Quran). 
  5. Zainab binti Khuzaimah - Gelarannya ialah Ummul Masakin (ibu orang-orang Miskin). 
  6. Hindun binti Abi Umaiyah - gelarannya Ummu Salamah. 
  7. Zainab binti Jahsy - sepupu Nabi s.a.w, bekas isteri Zaid bin Haritsah (anak angkat Nabi s.a.w). Perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w adalah perintah lansung dari Allah s.w.t. berkenaan hukum menikahi bekas isteri anak angkat. 
  8. Juwairiyah binti Haris
  9. Ramlah binti Abi Sufiyan Sakhar : adik kepada Mu'awiyah bin Abi Sufiyan (pengasas Kerajaan Bani Ummaiyah). 
  10. Saffiyah binti Huyyai - keturunan Yahudi yang menjadi tawanan perang dalam Perang Khaibar. 
  11. Maimunah binti Haris - Ummul Mukminin yang terakhir. 
Isteri Rasulullah s.a.w dikalangan hamba:
  1. Mariah binti Sam'un Al-Qibtiyah : satu-satunya isteri Nabi s.a.w. yang melahirkan anak selain Khadijah. 
  2. Raihanah binti Sam'un bin Zaid. 
Anak-anak Rasulullah s.a.w:
  1. Al-Qasim bin Muhammad - wafat ketika berusia 2 tahun. 
  2. Zainab binti Muhammad
  3. Ruqayyah binti Muhammad - isteri Khalifah Uthman bin Affan. 
  4. Ummi Kalsom binti Muhammad - berkahwin dengan Uthman bin Affan setelah kewafatan kakaknya Ruqayyah. 
  5. Fatimah binti Muhammad -isteri Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
  6. Abdullah bin Muhammad - wafat sewaktu kecil. 
  7. Ibrahim bin Muhammad - anak dari Mariah Al-Qitiyah , wafat sewaktu kecil.
AL-SABIQUN AL-AWWALUN (YANG TERAWAL MEMELUK ISLAM)
1. Ummul Mukminin Khadijah bt Khuwalid
2. Zaid bin Tsabit
3. Ali bin Abi Thalib
4. Abu Bakar as-Siddiq
5. Uthman bin Affan
6. Zubair bin Awwam
7. Abdul Rahman bin Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqqas
9. Talhah bin Ubaidillah
10. Bilal bin Rabbah
11. Ubaidah Amir bin Jarrah
12. Abu Salamah bin Abd Al-Asad
13. Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
14. Uthman bin Maz'un
15. Qudamah bin Maz'un
16. Abdullah bin Maz'un
17. Ubaidah bin Al-Harith
18. Sa'id bin Zaid
19. Fatimah bt Al-Khattab
20. Khabbab bin al-Aratt
21. Abdullah bin Mas'ud

10 Sahabat yang dijamin Syurga oleh Nabi S.A.W :
  1. Abu Bakar As Siddiq
  2. Umar bin Al Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
  5. Zubair bin Awwam
  6. Sa'ad bin Abi Waqash
  7. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
  8. Abdul Rahman bin Auf
  9. Talhah bin Ubaidillah
  10. Sa'id bin Zaid

Orang- orang di sekeliling Rasulullah s.a.w :
  1. Abbad bin Bishir : Pembawa Al Quran semasa dalam peperangan. Pernah dipanah oleh musuh sewaktu mengerjakan solat namun dia tetap meneruskan solatnya. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  2. Abbad bin Sahli : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  3. Abban bin Sa'id : gugur syahid dalam peperang menentang tentera Rom bersama saudaranya Amr bin Sa'id. 
  4. Abbas bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. Telah meriwayatkan 35 hadis dari Nabi s.a.w. 
  5. Abbas bin Ubadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  6. Abd ar-Rahman bin Abd al_Qari : Tabiin yang lahir ketika Nabi s.a.w masih hidup. Murid kepada Saidina Umar al-Khattab. Meninggal dunia pada tahun 81 Hijrah ketika berusia 78 tahun. 
  7. Abdul Manaf bin Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w (anak Khadijah dengan suaminya yang dahulu). 
  8. Abdul Muthalib ibn Hasyim : Datuk kepada Nabi s.a.w. 
  9. Abdul Rahman bin Abu Bakar : anak Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penentang kuat Nabi s.a.w. Setelah memeluk Islam, beliau turut serta dalam peperangan menentang musuh Islam. 
  10. Abdul Rahman bin Auf : antara sahabat yang terawal memeluk Islam dan juga antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Seorang hartawan yang paling banyak menginfakkan harta ke jalan Allah. Beliau telah meriwayatkan 65 hadis dari Nabi s.a.w. 
  11. Abdullah bin Abbas @ Ibnu Abbas : sepupu Nabi s.a.w. Pakar tafsir al-Quran. Meriwayatkan 1660 hadis dari Nabi s.a.w. antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
  12. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul : Ayahnya Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik di Madinah. Beliau meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w dan gugur syahid dalam Perang Al-Yamamah. 
  13. Abdullah bin Al-Arqam : Penulis kepada Nabi s.a.w
  14. Abdullah bin Amir : Gabenor Basrah - yang pertama membuat kolam-kolam air di Padang Arafah. 
  15. Abdullah bin Amru @ Abu Jabir : antara 70 orang yang berbai'ah dengan Nabi s.a.w dalam Bai'atul Aqabah yang kedua. Syahid dalam Perang Uhud. 
  16. Abdullah bin Amru bin Al-As : seorang yang akan berada dibarisan hadapan ketika peperangan dan apabila perang selesai, dia ditemui beribadah dalam masjid. Beliau telah meriwayatkan 700 hadis Nabi s.a.w. 
  17. Abdullah bin Amr bin Haram : Salah seorang di kalangan 70 orang Ansar yang membai'at Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam perang Uhud. 
  18. Abdullah bin Jabir : Ketua Batalion Memanah di Bukit Uhud. antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  19. Abdullah bin Jahsy : Sepupu Nabi s.a.w. Adik perempuan beliau Zainab binti Jahsy adalah Isteri Rasulullah s.a.w. Beliau antara tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  20. Abdullah bin Mas'ud : sahabat yang paling baik bacaan Al-Quran. Beliau berjaya menebas leher Abu Jahal dalam Perang Uhud sebelum  Mu'az berjaya membunuhnya. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 848 hadis dari Nabi s.a.w. 
  21. Abdullah bin Mughaffal : sahabat Nabi s.a.w, antara yang menyertai Bai'atur Ridhwan. 
  22. Abdullah bin Rawahah : salah seorang dari Rombongan Madinah yang berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang mula-mula menyambut Rasulullah s.a.w ketika Baginda tiba di Madinah semasa Hijrah. Beliau Syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang Tentera Rom. 
  23. Abdullah bin Sa'ad : Penunggang Kuda Quraisy yang sangat Masyur. Beliau adalah salah seorang juru tulis wahyu Nabi s.a.w. Beliau berjaya membebaskan Afrika, Cyprus dan memerangi angkatan laut Romawi. 
  24. Abdullah bin Sahl : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  25. Abdullah bin Salam : pendeta Yahudi yang nama asalnya adalah Mu'ammar bin Sulaim. Nama Abdullah bin Salam diberi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 25 hadis dari Nabi s.a.w. 
  26. Abdullah bin Salamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  27. Abdullah bin Sarjis al-Muzani : sahabat Rasulullah s.a.w yang menetap di Basrah. 
  28. Abdullah  bin Umair : sahabat yang menolak jawatan pemimpin. Telah meriwayatkan 2630 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang terakhir meninggal di Mekah pada tahun 73 H. 
  29. Abdullah bin Umar : anak kedua Saidina Umar al-Khattab. Termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah r.a. iaitu sebanyak 2,630 hadis. 
  30. Abdullah bin Ummi Maktun : salah seorang muazin Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang buta dan ayat pertama Surah Abasa diturunkan yang menegur Nabi s.a.w kerana tidak mengindahkan soalan Abdullah. Beliau syahid dalam Pertempuran Al-Qadisiyyah. 
  31. Abdullah bin Uthman : cucu Rasulullah s.a.w - anak kepada Ruqayyah. 
  32. Abdullah bin Zaid : anak lelaki kepada Nusaibah bt Ka'ab. Beliau gugur dalam peperangan menentang KhalifahYazid bin Mu'awiyah.
  33. Abdullah bin Zubair : anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma binti Abu Bakar. Seorang pahlawan yang hebat dan berani. Terkorban dalam peperangan menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau telah meriwayatkan 32 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau mengetuai Pasukan Pemanah di Jabal Ruman semasa Perang Uhud dan gugur syahid. 
  34. Abu Abdilah al-Arqam bin Abi al-Arqam : antara yang terawal memeluk Islam. Rumah beliau yang terletak di Bukit Safa menjadi tempat umat Islam mendalami Agama Islam secara rahsia. 
  35. Abu Abdullah al-Amiri Jabir dan Samurah : Sahabat Nabi s.a.w dan Panglima Perang yang handal. 
  36. Abu Aiman, Maula Amru bin Hadidah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  37. Abu Aiman , Maula Amru bin Al-Jamuh : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  38. Abu al-Abbas Sahl bin Saad al-Ansari : Meriwayatkan 188 hadis, beliau berusia 15 tahun ketika Rasulullah s.a.w wafat. 
  39. Abu Ayub Al-Ansari @ Khalid bin az-Zaid :Salah seorang dikalangan 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II.  Ketika Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, Baginda telah menumpang di rumah Abu Ayub selama 7 bulan sebelum rumah baginda siap dibina. Gugur syahid di Konstatinopel dan dikebumikan di sana. Beliau telah meriwayatkan 155 hadis dari Nabi s.a.w. 
  40. Abu Bakar as-Siddiq : Sahabat Rasulullah s.a.w yang paling rapat dan juga Khalifah Islam yang pertama. Lelaki yang pertama memeluk Islam. Dikebumikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi, Madinah. Beliau meriwatkan 142 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  41. Abu Darda' : Mukbiran bin Zaid bin Qais. sahabat yang bijak dalam mengungkapkan kata-kata hikmah. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w.Salah seorang sahabat yang hafal al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 179 hadis dari Nabi s.a.w. 
  42. Abu Dujanah : Nama sebenar Sammak bin Kharsyah Al-Khazraji. Dalam Perang Uhud, dia berperang dengan Pedang milik Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  43. Abu Juhaifah : nama sebenar Wahab as-Sawa' - perawi hadis yang kuat hafalannya dan dapat dipercayai. 
  44. Abu Dzar Al-Ghifari : perawi hadis Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w dengan ucapan "Assalamu' alaikum". Beliau telah meriwayatkan 281 hadis dari Nabi s.a.w.
  45. Abu Fakihah - antara umat Islam yang diseksa oleh orang Quraisy ketika awal Islam. 
  46. Abi Habbah bin Umair : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  47. Abu Aiman Anshari: pahlawan islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  48. Abu al-Haisar : syuhada Perang Uhud. 
  49. Abu Hubbah bin Amru :  pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  50. Abu Hurairah : Nama penuhnya Abdul Rahman bin Shakhr. Orang yang paling banyak meriwayatkan dan menghafal hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 5,374 hadis dari Nabi s.a.w
  51. Abu Hurairah bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  52. Abu Huzaifah bin Uthban r.a : Antara yang terawal memeluk Islam bersama isterinya Sahlal binti Suhail. Beliau telah diseksa oleh orang-orang Quraisy dengan berbagai seksaan. Beliau gugur syahid dalam peperangan menetang nabi palsu Musailamah al-Kazzab. 
  53. Abu Maryam al-Hanafi: Sebelum Islam beliau telah membunuh Zaid bin Khattab r.a. saudara kepada Saidina Umar bin Khattab r.a. dalam satu peperangan. 
  54. Abu Musa Al-Ansya'ari : antara 4 orang Qadi atau hakim dizaman Rasulullah s.a.w. Telah meriwayatkan 355 hadis Rasulullah s.a.w. 
  55. Abu Rimtsah at-Taymi : Sahabat Nabi s.a.w. 
  56. Abu Sa'id al-Khudri : sahabat dari kalangan Ansar Madinah. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 1170 hadith. Ayahnya Malik bin Sinan gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  57. Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  58. Abu Said Abdullah bin Mughaffal : Pernah ikut serta dalam Bai'ah Syarah ar-Ridhwan. Meriwayatkan 43 hadis Nabi. 
  59. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi : saudara susuan Rasulullah s.a.w dari Thuwaibah. Termasuk yang terawal memeluk Islam. Turut sama dalam pertempuran Uhud dimana beliau mengalami cedera yang teruk. Beliau meninggal dunia akibat luka tersebut selepas Perang. Rasulullah s.a.w menikahi balunya Ummu Salamah r.a. 
  60. Abu Sinan bin Mahshan: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Bani Quraizha. 
  61. Abu Sufiyan bin al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  62. Abu Sufiyan bin Harb  : sepupu Nabi s.a.w. Orang yang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w disamping Abu Lahab. Beliau akhirnya memeluk Islam sewaktu pembukaan Kota Mekkah. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau adalah ketua Pemuda di Syurga. 
  63. Abu Talhah : Nama lengkap Zaid bin Sahl bin Aswad Al-Ansari. Seorang pemanah yang ulung di zaman Nabi. Ketika Nabi s.a.w wafat, beliau ialah orang yang menggali kubur Nabi sendiri. Telah meriwayatkan 25 hadis dari Nabi s.a.w. Syahid di Lautan ketika berangkat menuju medan Perang di zaman Khalifah Uthman bin Affan. 
  64. Abu Thufail : nama sebenar Amir bin Watsilah al-Laitsi al-Kina'iy. Antara sahabat yang terakhir meninggal dunia di Mekkah pada tahun 110 Hijrah. 
  65. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. Antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Orang yang paling amanah. Beliau telah membunuh anaknya sendiri yang menentang Islam dalam peperangan Badar. Beliau meriwayatkan 14 hadis dari Nabi s.a.w. 
  66. Abu Ubaidah al-Tsaqafi : Panglima Tentera Islam yang terkorban di Iraq. 
  67. Abu Umamah al-Bahili : Sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat terkenal terutama di Syam. Meriwayatkan 250 hadis Rasulullah s.a.w. Beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal di Syra pada tahun 81H. 
  68. Abu Umarah Bara' bin Azib al-Ansari: sahabat Nabi, ikut serta dalam Perang Uhud dan lain-lain peperangan. Meriwayatkan 305 hadis. 
  69. Abu Walid Ubadah bin Shamit al-Ansari : sahabat Nabi s.a.w yang paling tua. Ikut serta bersama Nabi dalam Perang Badar dan peperangan yang lain. Meriwayatkan 181 hadis. 
  70. Abul As ibn ar-Rabiah : berkahwin dengan Zainab binti Muhammad (anak perempuan Rasulullah s.a.w.). Dia menjadi tawanan pihak Muslim dalam Perang Badar, dimana Zainab menebusnya dengan kalung ibunya Siti Khadijah. Setelah Abul As memeluk Islam, Rasulullah s.a.w mengembalikan anak baginda, Zainab kepada Abul As. 
  71. Adi ibn Hatim : asalnya beragama Kristian dan memusuhi Islam selama hampir 20 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau terlibat dalam beberapa peperangan menentang Musuh Islam. Beliau juga ditakdirkan oleh Allah s.w.t dapat melihat 2 daripada 3 mukjizat Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 66 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  72. Ahnaf bin Qais : Pemimpin Bani Tamim
  73. Aiman bin Abid : pembantu Rasulullah s.a.w.
  74. Ali bin Abi Talib r.a. : Khalifah Islam ke 4 dan juga sepupu Rasulullah s.a.w. Kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Terkenal dengan keberanian dan ketangkasannya dalam peperangan. Meriwayatkan 586 hadis Rasulullah s.a.w. 
  75. Al-'Ala Al-Hadrami : berasal dari Hadramaut Yaman. Pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w menjadi Gabenor Bahrain. Beliau Muslim pertama mengharungi lautan untuk berperang dan antara sahabat Nabi s.a.w yang mustajab doanya. 
  76. al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi : antara yang terawal memeluk Islam. Rumahnya dijadikan tempat orang Islam mendalami Agama ketika di awal Islam.
  77. Al-Bara' bin 'Azib : sahabat Rasulullah s.a.w. 
  78. Al-Bara' bin Malik : tentera Islam yang paling gagah dan berani. Saudara kepada Anas bin Malik.Beliau telah gugur syahid dalam peperangan menentang Musailamah bin Al-Kazzab (orang yang mengaku Nabi). 
  79. Al-Haris bin Hisyam : sepupu Ikrimah bin Abu Jahal, memeluk Islam ketika penaklukan Kota Mekah. 
  80. Al-Harith bin Anas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  81. Al-Khansa binti Umar : Seorang wanita yang tabah, 4 anaknya gugur syahid dalam pertempuran, namun beliau tabah dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. 
  82. Al-Mujdar bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  83. Al-Mughirah bin Syu'bah : Penulis Rasulullah s.a.w
  84. Al-Sakran bin Amru: suami kepada Saudah binti Zam'ah. Selepas Al-Sakran meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah melamar Saudah. 
  85. al-Mut'im bin Adiy : antara orang Quraisy yang melindungi Rasulullah s.a.w walaupun dia bukan Islam. Rasulullah tidak lupa jasa Al-Mut'im kepada baginda. 
  86. Ali bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. Meninggal ketika hampir baligh. 
  87. Aminah binti Abi Qays Al-Ghifari : antara jururawat Islam yang merawat tentera-tentera Islam di medan pertempuran di zaman Rasulullah s.a.w. 
  88. Amir bin Fahirah : penulis Rasulullah s.a.w 
  89. Amir bin Hadrami : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  90. Amir bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  91. Ammar bin Yasir : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau dan keluarganya telah diseksa oleh orang Quraisy, malah ibunya Summayah adalah wanita pertama syahid dalam Islam. Beliau turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 62 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Siffin. 
  92. Ammarah bin Zayyad : pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  93. Amr bin Ash : Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Antara yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  94. Amr bin Sa'id: gugur syahid dalam peperangan menentang tentera Rom.. antara yang terawal masuk Islam. 
  95. Amr bin Thufail: Panglima Tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  96. Amru bin Al-As : sebelum memeluk Islam, pernah diutus oleh Abu Jahal ke Habyah untuk mengambil kembali orang Islam yang berhijrah ke sana. Setelah memeluk Islam bersama Khalid Ibn Walid , beliau diutus ke Mesir untuk membebaskan Mesir daripada Rom dan Parsi. Beliau dikenali sebagai "Pembebas Mesir". Beliau telah meriwayatkan 39 hadis dari Nabi s.a.w. 
  97. Amru bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  98. Amru bin Jamuh : seorang yang telah lanjut usia yang gugur syahid dalam Peperangan Badar. 
  99. Amru bin Mu'az : antara yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  100. Amru bin Muthraf' Alqamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  101. Amru bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  102. Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  103. An-Nuayman Bin Amr : penduduk Madinah dikalangan kaum Ansar. Sahabat Nabi s.a.w yang suka bergurau. Turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan lain-lain perang yang utama. 
  104. Anas bin An-Nadhri : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  105. Anas bin Aus : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  106. Anas bin Malik : pembantu Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 2,286 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang paling akhir meninggal dunia pada tahun 91H.
  107. Anis bin Qatadah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Uhud. 
  108. Anisah binti Al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w dengan Halimah as-Sadiah. 
  109. Aqil bin Abi Talib : adik beradik Ja'afar bin Abi Talib dan Ali bin Abi Talib. Beliau menjadi buta kerana terlibat dalam beberapa peperangan. 
  110. Aqil bin Bakir : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  111. Ar-Rubai binti An-Nadhr : antara wanita yang terawal memeluk Islam. Ibu kepada Anas bin Malik
  112. Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain. 
  113. Arwaa binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. 
  114. Arfaja al-Bariqi : berasal dari Yaman memeluk Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  115. As'ad bin Zurarah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah. 
  116. Ashim bin Amr - Ketua Pasukan Pemusnah Islam yang dilantik oleh Saad bin Abi Waqqas.
  117. Asim bin Abu' Auf : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  118. Asim bin Tsabit : Pahlawan Islam yang telah berjaya membunuh Uqbah bin Abu Mu'it dalam Perang Uhud. 
  119. Asla' bin Syarik : pembantu dan teman dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. 
  120. Asma' binti Abu Bakar : anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau banyak berjasa kepada Rasulullah s.a.w dan bapanya semasa baginda dan Abu Bakar berhijrah ke Madinah dan bersembunyi di Gua Thur dengan membawa bekalan makanan kepada mereka. Ketika itu beliau sedang sarat mengandung. Beliau telah meriwayatkan 56 hadis dari Nabi s.a.w. 
  121. Asma' binti Umais Al-Khas'amiah : antara yang terawal memeluk Islam. Isteri kepada Ja' afar bin Abi Talib. Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  122. Asma binti Yazid : antara wanita yang terawal menerima Islam dikalangan kaum Ansar. Juga antara wanita Muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Pernah membunuh 9 tentera musuh Islam dengan hanya menggunakan tiang khemah. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  123. Asy' Syifa binti Abdullah : Berhijrah bersama Rasulullah s.a.w ke Madinah. Salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  124. Asy-Syifa binti Abdul Rahman : Bidan Rasulullah s.a.w.
  125. At-Tufail Ibn Amr ad-Dawsi : Bangsawan Arab yang terkemuka. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  126. Atikah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Nabi s.a.w dan juga ibu kepada Ummu Salamah (isteri Nabi s.a.w.). Beliau memiliki keistimewaan boleh mentafsir mimpi. 
  127. Atikah binti Zaid : Isteri Saidina Ummar Al-Khattab. Penyair Arab yang ikut serta berhijrah ke Madinah. 
  128. Aus bin Al-Arqam : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  129. Aus bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  130. Auf bin Harts : Pemuda Ansar yang turut sama dalam Perang Badar. Beliau adalah tentera Islam yang ke 4 gugur syahid. 
  131. Awn bin al-Harith : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  132. Awwas bin Mughairah Al-Jamhi @ Abu Mahzurah : Muazin Rasulullah s.a.w di Mekkah. 
  133. Ayas bin Aus : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  134. Ayyasy bin Abi Rubai'ah : Saudara seibu dengan Abu Jahal. Termasuk yang terawal memeluk Islam. 
  135. Bara' bin Ma'rur : Pemimpin Bani Salamah yang berbaiah dengan Nabi. 
  136. Barakah binti Tha'labah @Ummu Aiman : Pengasuh Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayangi Ummu Aiman dan menganggapnya seperti ibu baginda sendiri. Beliau adalah ibu kepada Usamah bin Zaid. 
  137. Bazan bin Sasan : Gabenor Yang pertama. Beliau adalah juga orang yang pertama di utus oleh Nabi s.a.w menjadi Gabenor. 
  138. Bilal bin al-Hariths al-Muzani :Sahabat Nabi s.a.w. , penjaga Baitulmal pada zaman Saidina Umar. 
  139. Bilal bin Rabah : Muazin pertama dalam Islam. Beliau antara umat Islam yang paling teruk diseksa oleh pihak Quraisy.  Perkataan "Bilal" sehingga kini digunakan untuk para jura azan di Masjid. Beliau telah meriwayatkan 44 hadis dari Nabi s.a.w. 
  140. Buraidah bin al-Hushaib : sahabat Rasulullah s.a.w yang memeluk Islam sebelum Perang Badar tetapi tidak sempat menyertai peperangan tersebut. 
  141. Dhurar bin Azwar : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  142. Dihyah ibnu al-Khalifatu al-Kalbiy : sahabat Rasulullah s.a.w yang turut menyertai Perang Badar. Beliau adalah utusan Rasulullah s.a.w bertemu dengan Heraclius diHimish. Kadangkala malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w menyerupai Dihyah. 
  143. Dimad al-Azdiy : seorang yang pandai menjampi. Beliau asalnya berjumpa Rasulullah s.a.w untuk menjampi Baginda. Tapi akhirnya memeluk Islam setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. 
  144. Durrah binti Abu Lahab : anak kepada Abu Lahab. Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. 
  145. Dzakwan bin Abdu Qais: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  146. Fahitah binti Abi Thalib : antara yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  147. Fairuz Ad-Dailami : pemuda berketurunan Arab-Parsi. Beliau telah membunuh seorang Nabi palsu bernama Aswad Al-Ansi. 
  148. Fatimah binti Al-Khattab : adik kepada Saidina Umar Al-Khattab dan isteri kepada Sa'id bin Zaid (antara 10 yang dijamin syurga). Fatimah adalah diantara yang terawal memeluk Islam. Saidina Umar memeluk Islam setelah mendengar beliau dan suaminya membaca Al-Quran (surah Thahaa). 
  149. Fatimah binti Assad : ibu kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Pernah menjadi pengasuh Rasulullah s.a.w. dan Nabi menganggap beliau seperti ibunya sendiri. 
  150. Fatimah binti Qais : antara perawi hadis Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk rombongan yang pertama berhijrah. 
  151. Gazalah al-Haruriah : wanita yang berani dan tangkas. Turut sama berperang dalam beberapa peperangan.
  152. Gaziah binti Jabir : antara yang terawal memeluk Islam. Banyak meriwayatkan hadis. 
  153. Habbab bin Qaizhi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  154. Habib bin Yazid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  155. Habib bin Zaid : pemegang bendera Islam dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah dibunuh oleh Musailamah bin Al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  156. Hakim ibn Hazm : salah seorang dari 2 individu yang lahir dalam Kaabah selain Saidina Ali bin Abi Talib r.a. 
  157. Halimah binti Abu Dzu'aib Al-Sa'diah : Ibu susuan Rasulullah s.a.w.
  158. Hamnah binti Jahsy @ Ummu Habibah : sepupu Nabi s.a.w. Beliau turut serta dalam beberapa peperangan bersama Nabi s.a.w. 
  159. Hamzah bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  160. Hanzalah bin Abu Amir : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Jasadnya dimandikan oleh Malaikat kerana beliau masih berjunub ketika syahid. 
  161. Hanzalah bin Rabi'al Asadi : Penulis Rasulullah s.a.w. 
  162. Haris bin Uthbah: Gugur syahid dalam Perang Uhud bersama bapa saudaranya Wahab bin Qabus. 
  163. Harith bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. 
  164. Harith bin Anas : Antara tentera Pemanah di Medan Uhud yang tetap bertahan walaupun sebahagian dari mereka engkar arahan Rasulullah s.a.w agar bertahan di Bukit Pemanah itu (Jabal Ruman)
  165. Harits bin Hisham : Bapa Saudara Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid di Perang Yarmuk bersama Ikrimah. 
  166. Harits bin Udai' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  167. Haritsah bin Suraqah : Tentera Islam yang kedua gugur syahid dalam Perang Badar akibat terkena panah sesat seorang tentera Islam. 
  168. Hasan bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w. -anak kepada Fatimah az-Zarah dan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Beliau telah meriwayatkan 13 hadis Nabi s.a.w. 
  169. Hassan bin Thabit : Penyair Rasulullah s.a.w. 
  170. Hashim bin Abdul Manaf - Datuk Rasulullah s.a.w.
  171. Hashim bin Utbah : anak saudara Saad bin Abi Waqqas. Turut serta dalam beberapa peperangan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. 
  172. Hasil bin Jahir: Pahlawan Islam yang agak berumur yang menyertai Perang Uhud. 
  173. Hawa binti Yazid bin As-Sakan : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. 
  174. Hind bin Abi Halah : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu). Beliau termasuk orang yang paling banyak menceritakan sifat Rasulullah s.a.w.  
  175. Hind binti Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu).
  176. Hindun bt Abu Abu Umayyah: isteri Abu Salamah yang ikut berhijrah bersama suaminya ke Habsyah. 
  177. Hindun binti Atbah : isteri Abu Sufiyan bin Harb, pemimpin Musyirikan Quraisy sebelum memeluk Islam. Beliau dikatakan pernah memamah hati Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud kerana dendamnya kepada Hamzah yang telah membunuh ayah dan saudaranya dalam Perang Badar. Setelah memeluk Islam, beliau turut terlibat dalam beberapa peperangan melawan musuh Islam dan turut membakar semangat tentera Muslimin.
  178. Hisyam bin Ash : Antara sahabat Rasulullah s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh bapa dan abang dengan berbagai seksaan.  
  179. Hubab bin Munzir : Ketua suku Aus yang turut berperang di Uhud. 
  180. Hubaib bin Zaid : anak lelaki Nusaibah bt Ka'ab. Beliau telah dibunuh oleh Nabi Palsu Musailamah al-Kazzab al-Hanafi ketika ditugaskan menghantar surat kepada Musailamah. 
  181. Hudhayfah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w dari Yaman. Panglima tentera Islam yang menentang Tentera Parsi. 
  182. Humaydah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Beliau mengetuai tentera Islam berjaya melumpuhkan seluruh  angkatan Tentera Parsi. 
  183. Husail bin Jabir : Seorang yang telah berusia tua dan terlalu inginkan syahid, beliau akhirnya gugur syahid dalam Perang Uhud.
  184. Husein bin Ali bin Abi Talib: Cucu Rasulullah s.a.w Penghulu pemuda penghuni syurga. Syahid dalam peristiwa Karbala pada tahun 61H.
  185. Huzaifah bin Al-Yamani : pemegang rahsia Rasulullah s.a.w dan juga menjadi perisik Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 225 hadis dari Nabi s.a.w. 
  186. Hujaimah binti Huyyai @ Ummu Darda : isteri Abu Darda' . Seorang yang faqih ilmu agamanya dan juga perawi hadis Nabi. 
  187. Hussin bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w, anak kepada Fatimah. 
  188. Ibad bin Basyar : menjaga Rasulullah s.a.w dan tentera Islam semasa peperangan. 
  189. Ibnu Ummi Maktum : Nama penuh Abdullah bin Qais. Seorang sahabat Nabi yang buat dan terkenal berani. Beliau adalah muazin kedua selepas Bilal bin Rabah. Kerana beliau, Rasulullah s.a.w ditegur Allah s.w.t dalam Surah Abasa ayat 1-2. Beliau telah meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w. 
  190. Ikrimah bin Abu Jahal : anak kepada Abu Jahal. Pada awal Islam, beliau adalah musuh ketat orang Islam seperti bapanya. Beliau memeluk Islam sewaktu Pembukaan Kota Mekkah. Ikrimah gugur Syahid dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. 
  191. Imarah bin Ziad : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  192. Imran bin Hussain : berbai'ah dengan Nabi s.a.w ketika Perang Khaibar. Salah seorang Ulama di kalangan sahabat. Telah meriwayatkan 130 hadis dari nabi s.a.w. 
  193. Iyas bin Abi Rabi'ah al-Makhzumi al-Quraisy : termasuk sahabat Nabi yang mula-mula masuk Islam. Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ditahan oleh Abu Jahal dan Harits bin Hisyam dibawa kembali ke Mekah dan diseksa. Rasulullah s.a.w membacakan doa qunut untuk beliau dan yang lain-lain. 
  194. Iyas bin Aus : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  195. Iyas bin udai : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  196. Iyasy bin Abu Rabi'ah : antara sahabat Nabi yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  197. Ja'afar bin Abi Talib : Sahabat yang memimpin rombongan Islam berhijrah ke Habsyah. Salah seorang Panglima Tentera Islam. Beliau gugur syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang tentera Rom.
  198. Jabir bin Abdullah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  199. Jabir bin Samurah : beliau dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w.  
  200. Julaibib : berasal dari Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali. Namun Julaibib adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang amat disayangi oleh baginda. Nabi sendiri telah melamar seorang gadis untuk Julaibib. Beliau gugur syahid dalam satu pertempuran setelah berjaya membunuh 7 orang musyrikin. 
  201. Jumanah bin Abi Talib : sepupu Nabi s.a.w.
  202. Juwairiah binti Abu Sofyan : Sahabiyah dan pejuang wanita yang turut menggempur musuh Islam dalam Perang Yarmuk. 
  203. Ka'ab bin Malik : Penyair Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  204. Ka'ab bin Zaid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  205. Ka'ab bin Zuhair : Sahabat Nabi s.a.w dan penyair
  206. Kabsyah binti Rafi' : Ibu para pahlawan Islam. 2 orang anaknya Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz gugur syahid di medan pertempuran. 
  207. Khabbab bin Al-Art : antara sahabat yang paling teruk diseksa oleh orang Quraisy sehinggakan dagingnya masak akibat dibakar dengan besi panas. Beliau adalah orangnya yang mengajar Al-Quran kepada Fatimah Al-Khattab (Adik Umar Al-Khattab) ketika Umar datang ke rumah Fatimah. Sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. 
  208. Khairah binti Abu Hadrad Al-Aslami @ Ummu Darda : sahabat wanita yang terkemuka - banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  209. Khalid bin Sa'id : antara 5 yang terawal memeluk Islam, turut menyertai rombongan Hijrah ke Habsyah. 
  210. Khalid ibnu Walid : Ketua Angkatan Berkuda Quraisy ketika Perang Uhud yang berjaya menumpaskan tentera Islam yang kucar kacir ketika itu akibat berebut harta rampasan perang. Setelah memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi Panglima Tentera Islam dan digelar "Pedang Allah". Dia meriwayatkan 18 hadis dari Nabi s.a.w. Strategi Perang Khalid ibn Walid masih dipelajari di berbagai Universiti di German dan Negara Eropah. 
  211. Khallad bin Sawid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Bani Quraizha. 
  212. Khaitsumah r.a. : Pemimpin Bani Amr bin Auf, gugur syahid di Medan Uhud. 
  213. Kharijah bin Abu Suhair: Pahlawan Islam yang gugur dalam Perang Uhud.
  214. Kharijah bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  215. Khaulah binti Azur : "The Black Rider" - seorang Muslimah yang turut serta bersama tentera Islam di bawah Khalid bin Walid menentang tentera Rom.
  216. Khaulah binti Hakim : wanita yang mencadangkan kepada Nabi s.a.w untuk menikahi Saudah Binti Zum'ah. 
  217. Khaulah binti Tha'labah : pernah berdebat dengan Nabi s.a.w. berkenaan suaminya sehingga turun surah al-Mujadalah ayat  1-2. 
  218. Khawla binti al-Azwar : seorang wanita sahabat Nabi s.a.w yang turut serta dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. Beliau dikatakan memiliki tahap kepahlawanan setaraf Khalid ibn Walid. 
  219. Khubaib bin Adi : Pahlawan Islam yang berani mati. Gugur syahid dalam Perang Badar akibat disula. Sebelum dibunuh oleh pihak Quraisy, beliau telah ditawarkan untuk menggantikan tempatnya dengan Rasulullah s.a.w namun Khubaib enggan kerana sayangnya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama disalib kerana berjuang di jalan Allah dan yang pertama menunaikan solat sunat sebelum dibunuh oleh orang Quraisy. 
  220. Khubair bin Yasaf: Pahlawan Islam yang telah membunuh Umayyah bin Khalaf dalam Perang Uhud. 
  221. Laila Al-Ghifariah : sahabiyah yang sering mengikut Rasulullah s.a.w. ke medan perang dan merawat perajurit Islam yang cedera. 
  222. Lubabah binti Harith : ibu saudara Nabi s.a.w. Merupakan wanita kedua memeluk Islam sejurus selepas Siti Khadijah. 
  223. Ma'abad bin Wahab: suami Hurairah bt Zam'ah, adik Ummul Mukminin Saudah bt Zam'ah. Beliau gugur syahid dalam Perang Badar. 
  224. Ma'an bin Ady : Sahabat Nabi di kalangan kaum Ansar. Ikut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  225. Malik bin Dakhsam : Pahlawan Islam yang berjaya membunuh Suhail bin Amru  dalam Perang Uhud. 
  226. Malik bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  227. Malik bin Sinan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  228. Malik bin Tumailah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  229. Mihja @ Mujahha Maula Umar bin Khattab : Hamba Sahaya Umar bin Khattab, beliau gugur syahid dalam Perang Badar dan adalah merupakan Tentera Islam yang pertama gugur dalam Perang. 
  230. Miqdad bin Al-Aswad : Sahabat Nabi s.a.w. 
  231. Miqdad bin Amru : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah pelopor pasukan Berkuda tentera Islam dalam peperangan. Meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  232. Mu'awiyah bin Abi Sufiyan : orang yang terawal menulis bagi Rasulullah s.a.w. Beliau mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga adalah Muslim pertama mengharungi lautan untuk tujuan berperang. Beliau meriwayatkan 130 hadis dari Nabi s.a.w. 
  233. Mu'awiyah bin Harts : Seorang Pemuda Ansar yang turut dalam Perang Badar. 
  234. Muaz bin Amr : Salah seorang dari 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II. 
  235. Muaz bin Jabal : sahabat Nabi s.a.w yang paling arif dalam soal Halal dan Haram dan hafal al-Quran. Pemimpin para Ulama di Hari Kiamat nanti. Beliau meriwayatkan 157 hadis dari Nabi s.a.w. 
  236. Muazah binti Abdullah Al-Adawiah : pakar hadis yang banyak meriwayatkan hadis dari Aisyah r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Termasuk perawi yang mencapai tingkat siqah dan hujjah dalam ilmu hadis. 
  237. Mubasyir bin Adu al-Mundzir : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  238. Mughirah bin Syu'bah : antara sahabat Rasulullah s.a.w. yang turut serta dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dilantik menjadi Gabenor Kufah semasa zaman Mu'awiyah dan merupakan orang yang pertama menyusun pentadbiran di Kota Basrah. Telah meriwayatkan 136 hadis dari Nabi s.a.w. 
  239. Muhammad bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. 
  240. Muhammad bin Maslamah : Sahabat Rasulullah s.a.w. 
  241. Muhammad bin Salamah : menjaga Rasulullah s.a.w ketika Perang Uhud. 
  242. Mujasyi' bin Mas'ud : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  243. Mus'ab bin Umair : golongan bangsawan Quraisy yang memeluk Islam, beliau menjadi duta orang Islam ketika Perjanjian Aqabah. Beliau adalah duta besar Islam yang pertama di Madinah. Beliau telah mengislamkan ramai penduduk Madinah ketika awal Islam. Beliau telah gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  244. Mutsanna bin Haritsah : pahlawan Islam yang berani, orang yang pertama menyerang wilayah Persia. 
  245. Nafisah binti Muniyyah - wanita yang menemui Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan hasrat Khadijah bt Khuwallid untuk mempersuamikan baginda. 
  246. Nailah binti al-Farafishah : isteri Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau terputus jarinya ketika cuba menyelamatkan suami dari serangan pemberontak islam. 
  247. Nasibah binti Harits @ Ummu Athiyah Al-Anshariah : banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. dan turut serta dalam beberapa peperangan.
  248. Nasibah binti Ka'ab @ Ummu Umarah : berbai'ah kepada Rasulullah s.a.w ketika Bai'ahtul Aqabah yang kedua. Dalam perang Uhud beliau bertindak melindungi Rasulullah s.a.w dari serangan musuh sehingga beliau mengalami kecederaan yang teruk. 
  249. Naufal bin Abdullah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  250. Nu'man bin Abd Amr :Syuhada Perang Uhud. 
  251. Nu'man bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  252. Nu'man bin Malik: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  253. Nu'man ibn Basyir : sahabat Nabi s.a.w dari golongan Ansar. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau kelak akan mati syahid dalam pertempuran. 
  254. Nu'man ibn Muqarrin : ketua suku Bani Muzainah yang memeluk Islam bersama 10 orang saudara lelakinya bersama 400 orang penunggang kuda ketika Nabi s.a.w berada di Madinah. Gugur syahid ketika menentang tentera Parsi. Dia meriwayatkan 6 hadis dari Nabi s.a.w. 
  255. Nusaibah binti Harith @ Ummu Atiyah : seorang wanita yang berani yang turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. 
  256. Qa'Qa ibnu Amr : Pemimpin pasukan Berkuda di zaman Rasulullah s.a.w. 
  257. Qais bin Mikhrats : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  258. Qais bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  259. Qais bin Sa'ad bin Ubadah : telah diserahkan oleh bapanya (Sa'ad bin Ubadah) untuk menjadi pembantu Nabi s.a.w . Beliau adalah pakar dalam strategi peperangan dan juga panglima perang Islam yang gagah berani. Beliau telah meriwayatkan 16 hadis dari Nabi s.a.w. 
  260. Qailah binti Makhramah : Sahabat wanita. 
  261. Qatilah binti Harits : penyair wanita yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 
  262. Qutailah binti Nadhar : penyair wanita yang hebat dizaman Nabi. 
  263. Qutbah bin Amir : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  264. Rabayi' binti Mi'waz : Sahabat wanita yang turut Ba'it Al Ridhwan dan turut serta dalam banyak peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dimana beliau membantu membawa minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  265. Rabiah binti Muawwad : turut serta dalam Bai'at Ridwan. Telah meriwayatkan 21 hadis Nabi s.a.w. 
  266. Rafi' bin Malik m: anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  267. Rafi' bin Mu'la : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar.
  268. Rasyid Al-Ansari al-Fari : Pahlawan Islam yang turut serta dalam peperang menentang tentera Musyrik. 
  269. Rifa'ah bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  270. Rifa'ah bin Rafi' az-Zurqi :Sahabat Nabi yang pernah menyaksikan Perjanjian Aqabah. Turut menyertai Perang Badar dan perang-perang selepas itu. 
  271. Rifa'ah bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  272. Rifa'ah bin Waqasih : Pahlawan Islam yang agar berumur, turut serta dalam perang Uhud dan gugur syahid. 
  273. Rufaidah al-Aslamiyah : Jururawat Islam semasa Perang Khandak. 
  274. Rufaidah binti Sa'ad : jururawat Islam pertama. Wanita dari golongan Ansar di Madinah adalah pelopor bidang kejururawatan lebih awal dari Florence Nightingale. Beliau hidup dizaman Rasulullah s.a.w 
  275. Rumaisha binti Milhan : Ibu kepada Anas bin Malik. Turut serta dalam beberapa peperangan seperti Perang Uhud, Perang Hunain dan lain-lain.Beliau memberi minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  276. Rumiah Al-Hasanian : Jururawat Muslim yang terulung, memberi banyak sumbangan dalam bidang Kejururawatan Islam. 
  277. Ruqayyah binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  278. Saad bin Ar-Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.Ketika Hijrah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan beliau dengan Abdul Rahman bin Auf. 
  279. Sa'ad bin Abi Waqqas : Antara 10 sahabat yang jamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang pertama memanah dalam perang dijalan Allah.  Pernah menjadi tawanan perang Uhud oleh pihak Quraisy dan dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 271 hadis dari Rasulullah s.a.w . Saad adalah sahabat yang terakhir meninggal dari kalangan Muhajirin. 
  280. Sa'ad bin Al-Qaraz : muazin Rasulullah s.a.w di Masjid Quba, Madinah. 
  281. Sa'ad bin Khaitsumah : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  282. Sa'ad bin Khuzaimah : Pahlawan Islam yang turut serta dalam Perang Badar.
  283. Sa'ad bin Mua'z : pemimpin kaum Aus yang paling banyak membantu kaum Muhajirin Mekkah ketika hijrah umat Islam ke Madinah. Terlibat dalam Perang Badar, Uhud dan Khandaq. Gugur syahid dalam Perang Khandaq pada tahun 5 H. 
  284. Sa'ad bin Ubaidillah : Qari di zaman Nabi s.a.w. dan juga pahlawan Islam yang hebat. Gugur syahid dalam Perang Qadisiah. 
  285. Sa'ad bin Ubadah : Pemimpin Suku Khazrah. Beliau merupakan satu-satunya penduduk Madinah yang diseksa seperti penduduk Mekkah. Beliau telah meriwayatkan 21 hadis dari Nabi s.a.w.
  286. Sa'ib bin Yazid : Sahabat Nabi. Ketika usia 7 tahun, dibawa oleh kedua orang tuanya melaksanakan Haji Wada bersama Nabi Muhammad s.a.w. 
  287. Sa'id bin Amir : Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. Antara Gabenor yang paling miskin. 
  288. Sa'id bin Suwaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  289. Sa'id bin Zaid : antara sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Berkahwin dengan Fatimah bt Al-Khattab. Beliau telah meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  290. Safiyah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan juga ibu kepada Zubair bin Awwam. Berhijrah bersama Nabi s.a.w. ke Madinah. Seorang wanita yang berani yang turut serta dalam Perang Uhud. Wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam dalam Perang Khandak
  291. Saffiyyah binti Syaibah : antara sahabiyyah Nabi s.a.w yang banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  292. Sahal bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  293. Sahl bin Sa'ad : Sahabat Nabi s.a.w yang paling akhir meninggal dunia di Madinah pada tahun 88 Hijrah. 
  294. Saifi bin Qhaizi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  295. Salim bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  296. Salim bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  297. Salim bin Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  298. Salim Maula Abi Hudzaifah : berasal dari keturunan Persia dan termasuk salah seorang Panglima besar dikalangan sahabat. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  299. Salamah bin Akwa' : tentera Pejalan kaki yang paling hebat dan kuat. pernah menghalau tentera Musyrikin keluar dari Madinah seorang diri tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Beliau pernah menyerang Afrika dizaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau telah meriwayatkan 77 hadis dari Nabi s.a.w. 
  300. Salamah bin Hisyam : antara sahabat Nabi s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  301. Salamah bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  302. Salman Al-Farisi : sahabat Rasulullah s.a.w yang berasal dari Parsi (Iran). Beliau adalah orang yang memberikan idea supaya menggali parit untuk Perang Khandaq. Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  303. Saqaf bin Farwah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  304. Sawad bin Ghizyah: Tentera Islam dalam Perang Badar yang dipukul diperutnya oleh Rasulullah s.a.w. kerana dia tidak duduk lurus dalam Barisan Tentera Islam.. Sawad meminta balas namun dia mencium perut Nabi agar jika di syahid dia mahu syahid dengan kulitnya bersentuh dengan kulit nabi. 
  305. Shafwan bin Baidha' : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  306. Shafwan bin Wahab: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  307. Shammas bin Uthman : antara syuhada yang gugur dalam Perang Uhud. 
  308. Subai' bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  309. Subaiah binti Harits : sahabiyah yang banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  310. Suhaib bin Sinan :dikenali dengan Suhaib Ar-Rumi, berasal dari seorang hamba yang menjadi kaya hasil dari perniagaan. Beliau telah melepaskan segala kekayaannya untuk berhijrah ke Madinah. Beliau telah meriwayatkan 307 hadis dari Nabi s.a.w.
  311. Suhail bin Amru : tawanan Tentera Islam dalam Perang Badar. Pernah diutuskan oleh kaum Quraisy untuk bertemu Nabi s.a.w bagi menghalang Umat Islam dari memasuki Mekkah untuk menunaikan umrah ziarah. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. 
  312. Suja' bin Wahab r.a. : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Yayamah. 
  313. Sumaira' binti Qais :Wanita Bani Nadhir yang turut serta dibaiah oleh Rasulullah s.a.w. Beliau mempunyai 2 anak yang gugur syahid di Perang Uhud. 
  314. Sumaiyyah binti Khayyat : wanita pertama yang mati syahid dalam Islam. Ibu kepada Ammar bin Yasir. 
  315. Suwad bin Ghaziah : Pahlawan Islam di Perang Badar. Rasulullah s.a.w telah menegurnya kerana beliau terkeluar sedikit daripada barisan tentera Islam dengan memukul perutnya. Suwad meminta balas kepada Nabi dan Nabi mengizinkannya. Suwad mencium perut Nabi kerana menginginkan syahid dengan menyentuh kulit Nabi. 
  316. Suwayd bin Samit : seorang penyair yang handal dari Yathrib, dia memeluk Islam dan gugur dalam Perang Bu'ath. 
  317. Syahar bin Bazan : Gabenor Yaman
  318. Syaddad bin Aus : Pernah dilantik menjadi Gabenor wilayah Himsh oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Telah meriwayatkan 50 hadis dari Nabi s.a.w. 
  319. Syaima : saudara susuan Rasulullah s.a.w. , anak kepada Halimahtul Sa'adiah. 
  320. Syammas bin Affan : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud ketika menjadikan dirinya perisai melindungi Rasulullah s.a.w.
  321. Syifa binti Abdullah Al-Adawiah : sahabiyah yang pandai menulis dan membaca.
  322. Syurahbil bin Hasanah : sahabat Nabi s.a.w dan juga Panglima Tentera Islam.
  323. Talhah bin Ubaidillah : Antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w., sahabat yang sentiasa melindungi Nabi s.a.w ketika Perang Uhud. Beliau telah meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal.
  324. Tamadhir binti Umar @ Khansa' : seorang ibu yang turut serta bersama 4 orang anak lelakinya dalam Perang Al-Qadisiyah menentang tentera Parsi dimana keempat anaknya gugur syahid. 
  325. Thabit bin Qais : Jurucakap Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam perang Al-Yamamah.
  326. Thufail bin Amr : Pemimpin suku Daus yang memeluk Islam dihadapan Rasulullah s.a.w. Anaknya Amr bin Thufail r.a. gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  327. Thufail bin Nu'man : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  328. Thulaihah bin Khuwalid as-Asadi : Panglima Tentera Islam. 
  329. Thuwaibah : Hamba kepada Abu Lahab yang dimerdekakan oleh tuanya semasa kelahiran Rasulullah s.a.w. Beliau juga adalah ibu susuan Rasulullah s.a.w. 
  330. Tsa'labah bin Ghunmah: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  331. Tsa' labah bin Sa'ad bin Malik : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  332. Tsabit bin Akram: Perajurit berkuda di kalangan kaum Ansar di zaman Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Peperangan Yamamah. 
  333. Tsabit bin Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  334. Tsabit bin Amru bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  335. Tsabit bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  336. Tsauban bin Bajdad Tsauban : seorang hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. 
  337. Tsuaib bin Muqrin: Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  338. Tsumamah bin Utsal : Sebelum Islam dia telah membunuh beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w menghalalkan darahnya untuk dibunuh. Setelah Islam dia turut serta dalam pertempuran melawan orang yang murtad dan berjaya membunuh Musailamah Al-Kadzdzab. 
  339. Tufail bin Amru Al-Dausi : seorang bangsawan yang turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan pembebasan Kota Mekkah. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  340. Ubadah bin Al-Hashas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  341. Ubadah bin Samit : Utusan kaum Ansar Madinah yang pertama yang pertama datang ke Mekkah untuk berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah salah seorang dari 5 orang Ansar yang halaf al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 181 hadis dari Nabi s.a.w. 
  342. Ubai bin Ka'ab : penulis wahyu dan surat Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 164 hadis dari Nabi s.a.w. 
  343. Ubaid bin Al-Mu'alla : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  344. Ubaid bin At-Taihan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  345. Ubaid bin Umair : Sahabat Nabi.
  346. Ubaidah bin al-Harith : sepupu Nabi s.a.w. Antara Al-Sabiqun Al-Awwalun, beliau adalah pemegang Panji-Panji Tentera Islam Islam yang pertama di Perang Badar. Gugur Syahid dalam Perang Badar. 
  347. Ubaydah Amir bin al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. 
  348. Ukasyah bin Mushshan r.a. : Perajurit berkuda Islam yang hebat. Beliau turut serta dalam semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  349. Umar bin Abi Waqqas : Pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  350. Umar bin Al-Khattab: Khalifah Islam yang kedua. Termasuk sahabat yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama menetapkan tahun hijrah sebagai kalendar Islam. Beliau dikebumikan berdekatan maqam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as Siddiq r.a. di Masjid Nabawi, Madinah. Meriwayatkan 527 hadis daripada Rasulullah s.a.w.
  351. Umar bin Ikrimah : anak Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid bersama bapanya di medan perang Yarmuk. 
  352. Umar bin Ma'dikarib : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  353. Umar bin Tsana : Panglima Tentera Islam menentang tentera Parsi. 
  354. Umair bin Abdu-Amru bin Nadhlah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  355. Umair bin Hammam : Tentera Islam yang ketiga gugur syahid dalam Perang Badar. 
  356. Umair bin Sa'ad : sahabat yang kuat beribadah sehinggakan tidak berpisah dengan Mihrab. Ayahnya ialah Sa'ad Al-Qari (Penghafal al-Quran).Ayahnya gugur syahid dalam Perang Al-Qadisiyah. 
  357. Umair bin Wahab : pernah berniat membunuh Rasulullah s.a.w. Akhirnya memeluk agama Islam kerana merasakan kehebatan Rasulullah s.a.w yang mengetahui niatnya untuk membunuh baginda. 
  358. Umamah binti Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. , anak kepada Zainab. Ketika kecilnya pernah didukung oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang bersolat. 
  359. Ummu Amir binti Yazid As-Sakar : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w.
  360. Ummu Ayub Al-Ansariah : isteri kepada Abu Ayub Al-Ansari. Rasulullah s.a.w menumpang dirumah beliau dan suaminya sewaktu baru tiba dari Mekkah, sebelum rumah Nabi s.a.w siap dibina. 
  361. Ummu Basyar binti Bara' : seorang yang faham ilmu Hadis. 
  362. Ummu Kalthum binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  363. Ummu Kalthum binti Uqbah : wanita yang ikut berhijrah dengan kumpulan pertama. Beliau berjalan kaki dari Mekah ke Madinah. Meriwayatkan 10 hadis dari Nabi s.a.w. 
  364. Ummu Habibah binti Abbas : sepupu Nabi s.a.w.
  365. Ummu Hakam binti Zubair : sepupu Nabi s.a.w. salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  366. Ummu Hakim binti Al-Harith : isteri kepada Ikrimah bin Abu Jahal. Pernah menyertai peperangan bersama suaminya Ikrimah menentang tentera Rom dimana suaminya Ikrimah gugur syahid. 
  367. Ummu Hani' binti Abi Talib : Nama sebenar Fakhitah binti Abi Talib, sepupu Nabi s.a.w - juga perawi Hadis. Telah meriwayatkan 46 hadis dari Nabi s.a.w. 
  368. Ummu Haram binti Milhan : Nama sebenar Ar-Rumaysha binti Mulhan. ibu saudara kepada Anas bin Malik. 
  369. Ummu Haritsah binti Saraqah : syahid yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w akan berada di syurga Firdaus. 
  370. Ummu Qais binti Mihsan : wanita yang ikut berhijrah dan membait dengan Rasulullah s.a.w. 
  371. Ummu Ruman binti Amir : isteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ibu kepada Saidatina Aisyah r.a. Turut berhijrah ke Madinah . 
  372. Ummu Sulaim : ibu Anas bin Malik r.a.  termasuk golongan pertama masuk Islam daripada kalangan Ansar. 
  373. Ummu Sulaim binti Malhan : Nama sebenar Syahlah binti Mulhan. Sahabat besar Rasulullah s.a.w yang digelar Ar-Rumaisha. 
  374. Ummu Waraqah binti Abdullah : sahabat wanita yang ikut bertempur dalam peperangan melawan musuh Islam. 
  375. Unais bin Qatadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  376. Uqbah bin Amir Al-Jahni : pemandu baghal Rasulullah s.a.w.
  377. Uqbah bin Amir bin Nabi : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  378. Urwah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Seorang peniaga yang selalu yang selalu mengikuti rombongan perniagaan sekitar daerah Syam dan Damsyik. 
  379. Urwah bin Mas'ud : Sahabat Nabi s.a.w. masuk Islam selepas peperangan Hunain. 
  380. Usaid bin Hudhair : memeluk Islam ditangan Mus'ab bin Umair ketika mendengar ucapan Mus'ab walaupun kedatangannya pada awalnya adalah untuk mengusir Mus'ab. 
  381. Usamah bin Zaid : anak kepada Zaid bin Harithsah dan Ummu Aiman (Ibu susuan Nabi s.a.w.). Dilantik menjadi panglima perang ketika baru berusia 18 tahun. 
  382. Utbah bin Gazuan : antara yang terawal berhijrah ke Habsyah. Pakar dalam melempar tombak dan memanah. Pernah memimpin tentera Islam membebaskan wilayah yang ditawan oleh Parsi. Beliau meriwayatkan 4 hadis dari Nabi s.a.w. 
  383. Utbah bin Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  384. Uthman bin Affan r.a. : Khalifah Islam yang ke 3. Beliau bertanggungjawab mengumpulkan naskah Al Quran dan dijadikan sebuah kitab sebagaimana yang kita dapati sekarang ini. Beliau meriwayatkan 146 hadis dari Nabi s.a.w.
  385. Uthman bin Hunaif : sahabat Nabi s.a.w, meriwayatkan hadis tentang seorang buta yang bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. 
  386. Uthman bin Madz'un : sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah Muhajirin pertama wafat di Madinah dan yang pertama dikebumikan di Perkuburan Baqi' di Madinah
  387. Utsman bin Mauhab : seorang perawi hadis yang dipercayai. 
  388. Uwais bin Arqam Anshari : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  389. Uwais al-Qarni : Masuk Islam dizaman Rasulullah s.a.w namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi. Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa Uwais adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi. 
  390. Wahab Bin Abdullah bin Amir : sahabat yang muda kerana ketika Rasulullah s.a.w. wafat, beliau belum baligh. Banyak mendengar hadis Rasulullah s.a.w.  dan meriwayatkan 45 hadis. 
  391. Wahab bin Qabus Al-Muzany : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud bersama anak saudaranya Haris bin Uthbah. 
  392. Wahsyi bin Harb : hamba kepada bangsawan Mekkah Jabir bin Mu'tam. Beliau diupah oleh Hindun binti Utbah untuk membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. Setelah Islam, beliau berjaya membunuh Musailamah al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  393. Walid bin Walid : antara sahabat Nabi s.a.w. yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  394. Waraqah bin Nawfal : Bapa saudara Khadijah bt Khuwalid. Khadijah membawa baginda berjumpa Waraqah selepas baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
  395. Yahya bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Zainab. 
  396. Yazid bin Abu Sufiyan : anak Abu Sufiyan bin Harb. Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  397. Yazid bin Hars : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  398. Yazid bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  399. Zaid bin Al-Khattab : abang Saidina Umar bin Al-Khattab. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  400. Zaid bin Arqam : Sahabat Nabi s.a.w dari kalangan Ansar. Beliau telah memeluk Islam ketika masih kanak-kanak.
  401. Zaid bin Ashim : Ketua Bani Najjar di Kota Yatsrib (Madinah) yang memeluk Islam bersama isterinya Nusaibah bt Ka'ab dan anak mereka Abdullah bin Zaid  dan Hubaib bin Zaid. 
  402. Zaid bin Harithsah : anak angkat Rasulullah s.a.w. beliau berada di urutan ke 2 dalam senarai yang mula-mula memeluk Islam. Panglima Perang tentera Islam yang paling hebat. Beliau gugur syahid dalam Perang Mu'tah pada tahun 8 H. 
  403. Zaid bin Qais : Penghafaz al-Quran yang gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  404. Zaid bin Tsabit : penulis wahyu Rasulullah s.a.w . Beliau pernah ikut serta dalam Perang Badar ketika berusia 13 tahun namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  405. Zainab binti Abu Salamah : Antara sahabiyyah Nabi yang banyak meriwayatkan hadis baginda. 
  406. Zainab binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  407. Zakwan bin Abd Qais : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  408. Zayyad bin Sakan r.a. : Gugur syahid di Perang Uhud ketika menjadikan dirinya benteng untuk melindungi Rasulullah s.a.w. 
  409. Zu al-Syimalain bin Abd Amr : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  410. Zubair bin Awwam : salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga. Juga merupakan Panglima Tentera Islam. Meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal. 
  411. Zunayrah Al-Nahdiyyah - antara hamba wanita yang memeluk Islam yang diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
Orang yang paling kuat menentang Dakwah Rasulullah s.a.w

  1. Abu Jahal : Terbunuh dalam Perang Badar.
  2. Abu Lahab dan Isterinya : Abu Lahab mati kerana penyakit dikepalanya setelah dipukul oleh Ummu Fadhl. 
  3. Ukhbah bin Abu Muit 
  4. Al-Walid bin al-Mughirah : 
  5. Al-Akhnas bin Syarif al-Al-Thaqafiy
  6. al-Hakam bin Abi al-As bin Umayyah
  7. al-As bin Wa'il al-Samit
  8. Abdullah bin Abu Umaiyah
  9. An-Nadar bin al-Harith : menjadi tawanan perang Badar. 
  10. Al-Aswad bin Abdul  Mutalib
  11. Syaibah bin Utbah bin Rabiah : terbunuh dalam Perang Badar. 
  12. Al-As bin Wa'il al-Sahmit
  13. Al-Aswad bin Abdu Yaghut 
  14. Al-Harith bin Qais
  15. Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi - lelaki Quraisy yang dibunuh oleh Hamzah bin Abdul Muthalib r.a. semasa Perang Badar. 
  16. Said bin Al-As
  17. Ubai bin Khalaf : tercedera setelah terkena lembing Rasulullah s.a.w. Beliau mati dalam perjalananan ke Mekah akibat kecederaan itu. 
  18. Al-As bin Wail 
  19. Umaiyah bin Khalaf : terbunuh dalam Perang Badar, dibunuh oleh Bilal bin Rabah r.a. yang pernah diseksa oleh Umaiyah. 
  20. Nabbih bin Munabbih bin Hajjaj : terbunuh dalam Perang Badar. 
  21. Ummu Jamil Arwa binti Harb :isteri Abu Lahab. 
  22. Uqbah bin Abi Mu'ayyat
  23. Adiy bin Hamra al-Thaqafiy
  24. Ibn al-Asda al-Hudhaily
  25. Utaybah bin Abu Lahab
  26. al-Hariths bin Amir bin Naufal : Pemimpin Quraisy yang terbunuh dalam Perang Badar. 

Updated: 22.11.2016 (2.25 pm)

No comments: