Wednesday 27 June 2012

TOKOH TOKOH TLDM



Allahyarham mula berkhidmat dengan Malay Navy pada awal 1940. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, ABSM Abd Kadir ditugaskan di atas kapal Armed Merchant Ship HMS Kudat. 
Pada 30 Disember 1941, HMS Kudat telah diserang oleh kapal terbang tentera Jepun di Teluk Gadong. Akibat serang bertubi-tubi tentera Jepun , HMS Kudat mengalami kerosakan teruk dan ramai anak-anak kapal yang terkorban. Dalam keadaan HMS Kudat hampir tenggelam, ABSM Abd Kadir terus membalas tembakan ke arah kapal terbang tentera Jepun tanpa menghiraukan keselamatan dirinya sendiri. Beliau sendiri telah mengalami kecederaan yang teruk dan akhirnya HMS Kudat tenggelam.
Diatas keberanian yang ditunjukkan oleh beliau, Kerajaan British telah mengurniakan kepada beliau Pingat "Distinguished Service Medal" (DSM) pada tahun 1947. Beliau merupakan anak melayu pertama dianugerahkan pingat tersebut. 
Allahyarham bersara pada tahun 1972 dengan pangkat CPOSM dan meninggal dunia pada 19 September 1986 akibat serangan jantung. Al Fatihah untuk arwah pejuang bangsa. 

Johari bin Mohd Amin menyertai Malayan Royal Naval Volunteer Reserve pada 9 Disember 1941 iaitu sehari selepas pengeboman Singapura oleh tentera Jepun. Oleh kerana serangan Jepun telah bermula, maka latihan rekrut ketika itu dijalankan dengan serba rengkas dan keutamaan adalah pada pengendalian senjata berat di kapal. ABSM Johari kemudian dihantar berkhidmat dengan kapal HMS Pangkor. HMS Pangkor telah beberapa kali diserang oleh kapal terbang tentera Jepun menyebabkan HMS Pangkor terpaksa berundur ke Colombo. 
Pada 4 Mei 1944, ABSM Johari telah menyertai pasukan OSS 404 US Army. Beliau kembali ke Tanah Melayu bersama pasukan ini dalam Operation Zipper. 
Sebagai menghargai pengorbanan beliau dalam pasukan OSS 404 US Army, ABSM Johari telah dianugerahkan pingat Defence Medal, War Medal, Pacific Star, Naval General Service Medal with Clasp Malaya dan lain lain lagi. 


Mohd Zain bin Hussain menyertai pasukan Royal Naval Volunteer Reserve pada tahun 1940 sebelum Perang Dunia Kedua di Malaya. Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu , Mohd Zain telah berkhidmat di atas kapal HMS Pangkor dan HMS Matahari. Beliau bersama lain-lain anggota MRNVR telah berundur ke Colombo bersama-sama dengan anggota Tentera Laut British. 
Semasa di Colombo, beliau telah menyertai pasukan Force 136. Bersama Force 136 beliau telah menyusup masuk ke Tanah Melayu dengan Payung terjun dan memimpin operasi menentang tentera Jepun di Malaya. Beliau kekal bersama Force 136 sehingga Jepun menyerah kalah pada 1945. 
Beliau turut terpilih untuk menyertai "Victory Parade" di London pada 1945. Oleh kerana perkhidmatan cemerlang beliau dengan MRNVR dan Force 136, beliau telah dianugerahkan pingat Member of British Empire (MBE) oleh Kerajaan British. 
Pada tahun 1946, beliau telah ditauliahkan dengan pangkat Sub Lieutenant didalam pasukan Royal Malay Navy di Colombo dan merupakan anggota Malay Navy malah TLDM yang pertama dianugerahkan tauliah di dalam tentera Laut. 
Allahyarham Sub Lt. Mohd Zain B. Hussain telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Mac 1978 ketika berusia 56 tahun... Al Fatihah...

Sarkawi b Bujang menyertai pasukan Malay Navy pada 14 Januari 1941. Sebelum perang meletus di Tanah melayu, En.Sarkawi telah bertugas di atas kapal HMS Vyner Brooke dan HMS Fastnest. Ketika Jepun menyerang Singapura, beliau ketika itu ditugaskan di Boom Defence, Changi, Singapura. Beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun di diletakkan di penjara Thomson Road sebelum dihantar ke Thailand untuk dijadikan buruh paksa. Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi berjaya ditangkap sekali lagi dan dipenjarakan di Orchard Road, Singapura. 
Selepas Perang , Pasukan Malayan Naval Force ditubuhkan pada 10 Jun 1949, beliaulah yang mula-mula sekali melaporkan diri dan telah mendapat nombor rasmi MNF 800001.

ABEM ABDUL SAMAD BIN SULAIMAN
ABEM Abdul Samad bin Sulaiman adalah anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berkhidmat di atas kapal KD Sri Selangor pada zaman era Konfrantasi. Pada 24 Julai 1964, KD Sri Selangor yang ketika itu diperintah oleh Lt. P.K. Nettur telah bertempur dengan anggota KKO Indonesia di Selat Singapura. Dalam pertempuran itu ABEM Abdul Samad telah terkorban dan nama beliau telah diabadikan di Lapangsasar Abdul Samad di Pengkalan TLDM Lumut, Perak. 


Tan Sri Dato'Sri K. Thanabalasingam
Laksamana Muda Tan Sri Dato' Sri K. Thanabalasingam ialah anak watan Malaysia yang pertama dilantik ke jawatan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia.
Beliau menyertai Royal Malayan Navy pada tahun 1955 dan dihantar ke Britannia Royal Naval College, Darmouth dan tamat latihan pada awal 1958. Beliau kembali ke tanahair lewat 1958 untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaya yang kini di bawah tadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Tugasan pertama beliau ialah sebagai Pegawai Latihan Kadet Tentera Laut di Maktab Tentera Persekutuan, Port Dickson. Beliau ialah pegawai yang pertama dilantik ke jawatan ini pada tahun 1959.
Beliau telah bersara dari perkhidmatan TLDM pada tahun 1976 setelah 20 tahun berkhidmat. 

Commodore E.D. Norman
Commodore E.D. Norman adalah merupakan Panglima Tentera Laut Malaya yang pertama. Beliau telah memegang jawatan tersebut dari 1957 hingga 1960. Tidak banyak keterangan mengenai beliau yang ditemui. 

Sunday 24 June 2012

2012 - AEON KINTA CITY IPOH

Lokasi: AEON Kinta City Shopping Centre
Tarikh: 19 - 24 June 2012
Jarak perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur ke Fair Park Hotel, Ipoh, Perak


Kempen "Minggu Jantung Ipoh 2012" diadakan di Pusat Membelibelah AEON Kinta City, Ipoh bermula dari 19 June 2012 dan berakhir pada 24 June 2012.  Program ini adalah anjuran bersama dengan Lions Club Ipoh. Kempen ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato' Hj Roshidi bin Hj Hashim. 
Antara organisasi yang terlibat memberi kerjasama ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ipoh (LPPKN), AEON Kinta City, Unit Pendidikan Kesihatan Perak, Best Hearing Aid Centre dan Coway. 
Manakala tenaga sukarela jururawat dibantu oleh Jururawat-jururawat dari Hospital Permaisuri Bainun Ipoh dan Masterskill College Nursing and Health, Ipoh. 
Seramai 660 orang menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 112 orang menjalani ujian Elektrokardiogram sepanjang program dijalankan. 

AEON KINTA CITY, IPOH,PERAK




AEON Kinta City (dahulunya dikenali sebagai Jusco Kinta City) terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan Jalan Teh Lean Swee, lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Ipoh.  AEON Kinta City memulakan perniagaan pada 30 July 1997. 

MAJLIS PERASMIAN
Dato' Gurbakash, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia menyampaikan ucapan di hari Perasmian Minggu Jantung Ipoh 2012. 



KEMPEN KESIHATAN
Pemeriksaan Mata
Pameran Poster YJM
Ujian Glukos dan Kolesterol

Kempen Derma Darah





Bantuan Tenaga Kerja Jururawat dari Masterskill College Nursing and Health dan Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

FAIR PARK HOTEL, IPOH,PERAK









Sepanjang program dijalankan, kami telah menginap di Hotel Fair Park yang terletak di Jalan Kamarudin Isa, Ipoh, Perak. 

KINTA CITY, IPOH
 Sebuah lagi pusat Membeli belah yang terletak berseberang dengan AEON Kinta City

Restoran Salam Corner... kedai dimana aku selalu makan tengahari sepanjang program dijalankan di sini. 

Semasa dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur kami singgah di Hentian Rehat Tapah dimana ketika itu berlakunya mogok pemandu Lori di sana.  Kelihatan lori-lori yang terlibat dalam mogok tersebut. 


Zulheimy Maamor
19.10.2013 : 12.56 pm

Sunday 17 June 2012

HIGH SCHOOL SETAPAK KL : 1974-1978



Sek.Men.Tinggi Setapak Kuala Lumpur atau High School Setapak dirasmikan pada 12 Januari 1955  oleh En. Othman bin Mohamed,Menteri Besar Selangor ketika itu. Bagaimanapun pembukaan rasmi sekolah ini ialah pada 11 April 1955 oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor. Tapak asal sekolah ini adalah di High Street, Kuala Lumpur (sekarang Jalan Tun H.S. Lee) sebelum berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Air Panas, Setapak KL pada tahun 1963.
Guru Besar pertama sekolah ini Mr.Herman M de Souza, bekas guru Victoria Institution KL. 

SEK. MEN. TINGGI (INGGERIS), SETAPAK KL
1974 - 1978



SILAT SENI GAYONG
SEK.MEN.TINGGI (ING) SETAPAK KL
KUMPULAN DIKIR BARAT
SMTKL (INGGERIS) KL, 1978





Alam Persekolah memang sukar untuk kita lupakan.. banyak kenangan pahit dan manis sewaktu di zaman persekolahan kerana disinilah kita mula diajarkan erti kehidupan. Saya rasa terkilan kerana tidak ada satu kenangan pun semasa di sekolah rendah kerana kebanyakan gambar-gambar hilang semasa berpindah rumah.
Semasa di Sekolah Menengah Tinggi (Inggeris) Setapak, KL, saya dan keluarga ketika itu menetap di Taman Greenwood, Batu Caves. Saya akan menaiki bas setiap hari ke sekolah. Satu yang tak saya lupakan ketika menunggu bas ke sekolah.. ialah setiap pagi saya akan bersama menunggu bas dengan Mazuin Hamzah dan kakaknya (dari kumpulan Quinary M).. tapi masa itu mereka belum terkenal lagi... Kali pertama mereka muncul di kaca TV... saya terperanjat juga ketika itu.. tak sangka mereka sekeluarga ada bakat dalam muzik... 

Tahun 1978 adalah tahun terakhir di sekolah.. Setelah hampir 35 tahun terpisah, akhirnya dapat juga bertemu dengan kawan-kawan sekolah pada 2013, inilah kelebihan zaman informasi teknologi, dapat berkumpul kembali dengan sahabat zaman persekolahan dulu...





PERJUMPAAN AIDILFITRI 2022 - KEBUN MIMPI @ GITA BAYU, SERI KEMBANGAN, SELANGOR (15 MEI 2022)




Puan Tan Aik Mong, Guru sekolah kami yang masih lagi sihat...


Last Update: 15 Mei 2022 > 10.11 pm