Saturday, 31 March 2012

PETALING JAYA 2012 : WORLD WELLNESS SDN BHD, PJ

Lokasi: World Wellness Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh: 31.3.2012

YJM telah dijemput oleh World Wellness Sdn Bhd untuk menjalankan ujian Saringan Kesihatan kepada staff dan pelanggan World Wellness Sdn Bhd yang terletak di PJS 5, Petaling Jaya Selangor.
World Wellness Sdn Bhd adalah Syarikat Pemasaran Berangkai (MLM) yang sah dan diiktirafkan oleh Kerajaan. Ianya adalah 100% milik bumiputera . Ditubuhkan pada 12 March 2003 oleh Prof. Dato’ Dr. Nordin Darus iaitu pengasas dan Pengarah Eksekutif Syarikat.  Seramai 125 orang menjalani ujian saringan kesihatan. 


Turut membantu Jururawat - jururawat dari Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur






Wednesday, 28 March 2012

MELAKA 2012 : AEON BANDARAYA MELAKA

Lokasi: AEON Bandaraya Melaka
Tarikh: 23-28 March 2012
Kuala Lumpur to Melaka : 145 km (1 hr 51min)


Program Minggu Jantung Melaka 2012 berlansung di AEON Bandaraya Melaka dari 23 hingga 28 March 2012. AEON Bandaraya Melaka terletak di Kawasan Bandar, Daerah Melaka Tengah, Peringgit.
Seramai 755 orang menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 141 orang menjalani ujian Elektrokardiogram sepanjang satu minggu kami di Melaka. 




AEON Bandaraya Melaka dibuka kepada orang ramai pada 17.12.2009. Namun satu kejadian letupan akibat kebocoran gas telah berlaku yang mengorbankan 1 nyawa dan mencederakan 13 yang lain pada 14 Disember 2009. Pembukaannya terpaksa ditangguh pada bulan Februari 2010. 






Bilik yang digunakan untuk ujian Elektrokardiogram
Sepupu ke isteri ku yang bekerja di Melaka turut menjalan ujian Kesihatan. 



HANG TUAH CITY HOTEL, BUKIT BARU, MELAKA
Sepanjang di Melaka kami menginap di Hang Tuah City Hotel (sebelum ini dikenali dengan Straits Meridian Hotel)  yang terletak di Taman Malinja , Bukit Baru, Melaka.  





Jarak dari Hotel ke AEON Bandaraya Melaka hanya 2.8 km sahaja

MENARA TAMING SARI



Menara Taming Sari dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Ia adalah Menara Gyro yang pertama di Malaysia dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Mempunyai ketinggian 110 meter, pengunjung boleh melihat panorama bandaraya Melaka dari atas Menara ini.

Dinamakan sempena nama Keris Taming Sari, iaitu senjata yang digunakan oleh Legenda Melaka Pahlawan Hang Tuah. 




BUKIT BARU, MELAKA
Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Melaka. 



MASJID AL-AZIM

Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia di bina ada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. 









Zulheimy Maamor
13.10.2013

Wednesday, 21 March 2012

KL 2012 : MNRB HOLDINGS BERHAD

Lokasi: MNRB Holding Berhad, Damansara Heights, KL
Tarikh: 19-21 March 2012



Salah satu lagi program yang dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia ialah "WORKPLACE PROGRAM" iaitu program yang dijalankan di Pejabat-Pejabat Korporat dan Swasta. Program ini adalah untuk membuat ujian Kesihatan kepada Setaf dan Pengurusan Organisasi tersebut. 


Sedikit Info mengenai MNRB Holdings dalam Bahasa Inggeris:

MNRB HOLDINGS BERHAD (MNRB), is an investment holding company listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Its wholly-owned subsidiaries are Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re), a general reinsurance company, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS), an Islamic insurance provider, MNRB Retakaful Berhad (MRT), a general and family retakaful operator and Malaysian Re (Dubai) Ltd. (MRDL), a company incorporated in Dubai, UAE, to underwrite the reinsurance business for Malaysian Re and to service Malaysian Re’s business partners in the Middle East and North African (MENA) regions. Another subsidiary company is MMIP Services Sdn. Bhd. (MSSB), the manager of the Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), a pool established by the local insurance industry to provide insurance coverage for vehicle owners who have difficulty in obtaining motor insurance coverage.







Sepanjang program bantuan tenaga Jururawat sukarela adalah dari Hospital PUSRAWI , JalanTun Razak, Kuala Lumpur. Terimakasih pihak YJM yang tidak terhingga atas segala bantuan yang telah mereka berikan.