Saturday, 9 December 2023

ZIKRULLAH : SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

Surah At-Taubah (Taubat) adalah surah yang ke-9 dalam susunan Mashaf Al Quran. Dinamakan At-Taubah sesuai dengan maksudnya iaitu Taubat. Mengandungi 129 Ayat dan adalah surah yang diturunkan di Madinah (Surah Madaniyah). 

Namun, dua ayat terakhir dari surah At Taubah justru diturunkan di Mekkah dan termasuk ke dalam surah Makkiyah, sebagaimana dijelaskan oleh Syekh Jalaluddin dalam Tafsirul Qur'anil Azhim.

Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmanirahiim" kerana banyak menerangkan tentang kaum munafik dan kafir. 

Surah ini juga dinamakan surah ”Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yg maksudnya ” Pembatalan Perjanjian ” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Antara keistimewaan surah ini terletak pada 2 ayat terakhir surah ini iaitu ayat 128 dan ayat 129 (juga dinamakan Ayatul Hisni). 

Banyak kelebihannya apabila mengamalkan Surah At-Taubah 128-129 dalam wirid seharian selepas solat fardhu, in sya Allah dipermudahkan baginya segala urusan duniawi dan ukhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul Khatimah dan terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia. 

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.

Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah.

Antaranya:

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Jika diamalkan membaca zikir di atas ini sebanyak 7 kali pagi dan petang, insyaAllah segala hajat dan keperluannya ditunaikan oleh Allah. Jika ditiup pada tempat sakit, insyaAllah 'afiat. 

RUJUKAN :
  1. Abu Al-Baqir Ad-Dusuki : Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Suci Al Quran 30 Juzuk - Al-Baqir Enterprise,Kota Bharu, Kelantan  (2009)
  2. Bushra binti Talib : Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah - Pacu Resources Sdn Bhd (2021)
  3. Dato' Hj Ismail Kamus : Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah - Pustaka Azhar (2010). 
  4. Dr. Mustafa Al-Bugha Muhyiddin Mistro : Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Al-Hidayan Publications (2013)
  5. H. Abu Bakar Yacub : Senjata Mukmin - P.T. Bungkul Indah, Surabaya, Indonesia (1984). 
  6. H. Abu Muhammad Kasanuddin : Amalan Ghaib dan Khasiatnya - TB Bahagia, Indonesia. 
  7. H. Dja'far Sabran : Risalah Doa - P.P. Assegaff, Surabaya,Indonesia (1973). 
  8. Haji Abdul Razak bin Kasman : Pagar Hikmat (Himpunan Amalan Tok Janggut) - Percetakan Pustaka Muda (1990). 
  9. Imam An-Nawawi : Terjemahan Al-Azkar - Al-Hidayah Publications (2015)
  10. Imam Al Nawawi : At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran (Adab Berdampingan dengan Al Quran)  - Publishing House Sdn Bhd (2016). 
  11. Muafakat Enterprise Sdn Bhd, KL (1992) : Amalan Sepanjang Hayat. 
  12. Muhammad Uzair : Kaifiat & Khasiat Surah & Ayat Al Quran - Pustaka Minda, KL (1992). 
  13. Muhfudlu Shali : Himpunan Ayat-Ayat Al Quran dan Khasiatnya- Mujahiddin, Semarang, Indonesia (1990). 
  14. Said Che Ros : Doa Selepas Solat - Pustaka Al Mizan (1992). 
  15. Siti Nor Bahyah Mahmud, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar : 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - Telaga Biru Sdn Bhd
  16. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad : Hidup Ibadat - Pusat Pemasaran Motivasi, KL (1992)
  17. Ustaz Muhammad Ibrahim Salim : Berubat dengan Al Quran - Darulfikir, KL (1991). 
  18. Uztaz Muhd. Abd. Ghani : Hajat untuk Rawatan Pelindung dan Doa Jilid 1 & 2 - Darul Nu'man (1992). 
  19. Ustaz Sharhan Shafie : 70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin - Sinar Zamdurrani (2010)
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
9 Disember 2023 > 25 Jamadilawal 1445H: 5.19 pm

No comments: