Monday, 4 December 2023

Gangga Negara

Posted by Habidah Hj Nordin > PERISTIWA N' SEJARAH

( Sejarah Kerajaan Melayu Purba Yang Diserang Rajendra Chola !! )
Tahukah kalian ..
Salah-satu kerajaan Melayu Kuno yang seringkali disebut pernah wujud dinegara kita sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka.Adalah sebuah kerajaan Melayu yang besar di Perak, bernama Gangga Negara.
Kerajaan ini dipercayai bermula dikawasan lokasi Daerah Beruas dan Manjung.Gangga Negara mempunyai sejarah yang sangat gemilang serta digeruni.Bukan sahaja kerana kekuatan tenteranya, malahan kerana kemampuan negaranya daripada aspek perdagangan.Dan asas kewujudannya mempunyai dua sumber.
Sumber pertama, menyatakan kerajaan Melayu kuno ini diasaskan oleh seorang keturunan raja bernama Raja Ganji Sarjuna, yang dipercayai berasal dari Kedah, sekitar tahun ke-5 masihi.Sumber kedua pula, menyebut pemerintahnya adalah seorang panglima perang Melayu-Khmer dari Kemboja ( Kham Bo Că ) yang membuka kerajaan ini.
Terkenal diseluruh dunia ketika itu, Gangga Negara yang berpusat di Beruas diberi gelaran ' Zabaj ' oleh pedagang Arab dan ' Cho Pu ' oleh pedagang China.Pernah menjadi pusat pengeksportan bijih dan juga galian emas, yang menjadi sumber kekuatan utama ekonomi kerajaan Melayu kuno ini.
Semasa zaman kegemilangannya pada tahun 850 masihi, berikutan lambakan emas yang banyak.Pemerintah Gangga Negara mampu membangunkan bandar yang besar.Pekan yang dibangunkan, dikatakan padat dengan bangunan dan dipercayai mampu menyaingi Kerajaan Melayu Srivijaya yang hebat pada era itu.
Catatan sejarah juga menunjukkan suatu masa dahulu, sungai-sungai yang ada di Beruas dan Manjong mampu menampung kemasukan kapal-kapal besar.Ini menunjukkan kawasan tersebut menjadi tumpuan utama para pedagang Arab datang berurus-niaga dan menyebarkan ajaran Islam.
Seorang pedagang Yaman berketurunan sayyid dikatakan telah mengahwini salah-seorang puteri Gangga Negara ini.Justeru, ini memudahkan lagi pengaruh Islam tersebar disekitar Beruas dan Dinding.Catatan ini sedikit-sebanyak menimbulkan persoalan tentang ketepatan sejarah yang menyatakan Tanah Melayu hanya menerima Islam dan tersebar selepas berdirinya Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 masihi.
Serangan musuh ke atas Gangga Negara, berlaku buat kali-pertama pada tahun 890 masihi.Selepas waris Kerajaan Sailendra ( Jawa kuno ) yang memerintah kawasan Gelanggayu, iaitu satu daerah di Johor ketika itu yang kita kenali dengan nama Kota Gelanggi atau nama lamanya Klang Kio.
Bagaimanapun, selepas pemerintah Gangga Negara bersetuju untuk mengahwinkan puterinya dengan Bolaputra.Keamanan berjaya dikekalkan diantara kedua-dua buah kerajaan dan kerjasama mula terjalin.
Namun, semasa zaman pemerintahan Raja Syah Johan pada tahun 1025 hingga 1028 masihi.Ancaman daripada Kerajaan Chola yang dipimpin oleh Rajendra Chola Deva I, Maharaja Empayar Chola mula dirasai bahangnya.
Rajendra I mempunyai cita-cita besar mahu menakluki dunia, turut-sama dibantu tenteranya yang pada ketika itu merupakan salah-satu angkatan tentera terkuat di dunia.Sehingga mampu menewaskan Empayar Kerajaan Melayu Srivijaya, apatah lagi Gangga Negara yang lebih kecil.
Walaupun sistem pertahanan yang digunakan Gangga Negara, dengan membina dinding tembok yang tinggi serta saliran air disekeliling istana berjaya menghalang kemasukan tentera Chola pada mulanya.Tetapi Raja Rajendra I dipercayai menunggang sendiri seekor gajah jantan yang amat besar dan berkulit kemerah-merahan dan berjaya memecahkan tembok pintu pagar istana, sebelum tenteranya menyerbu masuk.
Raja Gangga Syah Johan sempat membunuh gajah tersebut dengan lembing perak baginda, tetapi dalam pertarungan selepas itu membuatkan raja Melayu ini tewas terbunuh.
Raja Rajendra I bertindak mengahwinkan dirinya sendiri dengan salah-seorang anak saudara kepada Raja Gangga Negara.Sebelum meneruskan ekspedisinya menewaskan kerajaan-kerajaan yang ada di seluruh Nusantara.
Ini termasuklah Kerajaan Sailendra ( Jawa kuno ), yang sebelum itu telahpun menjalinkan hubungan dagangan serta diplomatik dengan Gangga Negara.
Kekalahan perang itu menyebabkan seluruh tamadun Melayu yang telah terbina musnah sekelip-mata dan Gangga Negara hilang punca untuk mampu bangkit semula.
Selepas diluluh-lantakkan oleh tentera Chola, lokasi kerajaan Gangga Negara yang selepas itu dikenali dengan nama Belukar Sambang, terbiar begitu sahaja.Setelah berlalu ratusan lamanya ..
Berlaku satu peristiwa lain yang menyaksikan pertelingkahan diantara dua adik-beradik, iaitu Sultan Malik al-Mahmud dan Sultan Malik al-Mansur yang saling memerintah Kerajaan Islam Pasai dan Samudera di Aceh.Ini menyebabkan pengunduran Sultan Malik al-Mansur ke Belukar Sambang, sekitar tahun 1346 masihi.
Sultan inipun memilih untuk menamakan tempat itu sebagai Beruas, berikutan banyaknya pokok beruas disitu.Kerajaan kecil yang didirikan oleh Sultan Malik al-Mansur, lama-kelamaan mula berkembang maju.Sehinggalah era Kesultanan Melayu Melaka bermula.Ada dicatatkan, Kerajaan Beruas pernah wujud sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka dan pernah juga memohon bantuan kerajaan Melaka dalam menangani ancaman daripada jirannya, kerajaan Manjung yang turut ada ketika itu.
Selepas perjanjian diwujudkan, Melaka menghantar tentera ke Beruas bagi membantu mengalahkan Manjung.Seterusnya membolehkan Beruas mengambil-alih penguasaan Manjong.
Menghargai bantuan Melaka mengalahkan seteru mereka, Raja Beruas bersetuju untuk membayar ufti tahunan kepada Sultan Mahmud Syah I, sultan Melaka ketika itu.Melaka pula bersetuju menganugerahkan gelaran Tun Aria Bija Diraja kepada Raja Beruas bagi memeterai perhubungan kedua-dua kerajaan.
Tidak diketahui bilakah tarikh berakhirnya Kerajaan Beruas, penyambung legasi kerajaan kuno Gangga Negara.Apa yang diketahui adalah kewujudan makam-makam diraja yang terletak di Daerah Beruas.
Menandakan jenazah yang disemadikan disitu datang dari golongan bangsawan Melayu.Kesemua makam ini pula ditandakan dengan batu nisan yang sama, seperti yang ditemui di Aceh dan menampakkan hubungan diantara kedua-dua kerajaan ini.
Pengkaji sejarah kedua-dua kerajaan ini juga menemui banyak penemuan menarik, seperti kesan-kesan tinggalan tapak bangunan diperbuat daripada batu.Sebatang sungai mati ditepi Sekolah Kebangsaan Gangga serta peninggalan binaan rangka-badan dan sauh kapal.Menunjukkan aktiviti pelayaran agak aktif satu masa dulu dikawasan tersebut.
Beberapa lokasi yang terus menyimpan misteri melibatkan kedua-dua kerajaan ini.Sehingga kini adalah lokasi yang dikenali sebagai nama Padang Antah Berantah.Dipercayai lokasi berlakunya pertempuran tentera Melayu Gangga Negara melawan tentera Chola.Selain itu, Kota Kecil Kulit Kerang yang dikatakan ibu negara kepada Kerajaan Beruas masih lagi dicari-cari sehingga kini.
Sumber : The Ancient Kingdom of Bruas.
Kredit : #LokqTalu

Copy and paste:
4 Disember 2023 > 21 Jamadilawal 1445H: 9.52 pm

No comments: