Tuesday, 19 December 2023

Sejarah Perkembangan Agama Islam di China

SUMBER: CRI ONLINE

Agama Islam telah tersebar di China selama lebih 1300 tahun. Di China, terdapat seramai lebih 20 juta penduduk dari 10 suku bangsa yang beragama Islam, termasuk etnik Huizu, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan lain-lainnya. Penduduk Islam tinggal di merata tempat di seluruh China, terutamanya di bahagian barat laut China, termasuk provinsi Gansu, Qinghai, Shanxi, Wilayah Autonomi Xinjiang dan Wilayah Autonomi Ningxia. Agama Islam sudah tidak asing bagi penduduk di negara ini. Ia telah menjadi salah satu agama yang penting di China.

Agama Islam dipercayai berkembang di China pada tahun 651 Masihi, iaitu pada zaman dinasti Tang. Dinasti Tang merupakan salah satu dinasti yang paling makmur dalam sejarah China. Pada zaman itu, terdapat dua jalan dari ibu negara dinasti Tang ke negara Arab, kedua-dua jalan itu dikenali sebagai Laluan Sutera, satu Laluan Sutera Darat, melalui bahagian barat China, satu lagi Laluan Sutera Laut melalui pelabuhan Guangzhou di China selatan, belayar melalui Asia Tenggara dan akhirnya sampai ke negara Arab. Laluan Sutera Darat lebih makmur pada permulaan, dan akhirnya laluan sutera laut telah menggantikan peranannya.

Agama Islam pada zaman dinasti Tang masih lemah, jumlah penganutnya kurang ramai, kebanyakan penganut ialah saudagar dari Arab yang bermastautin di China, dan mereka kebanyakan lebih kaya daripada orang biasa.

Pada zaman Wudai, oleh sebab China utara sering berperang dan China selatan lebih aman, ramai penganut agama Islam telah berpindah ke China selatan. Pada zaman itu, agama Islam telah berkembang, ramai orang China juga menganut agama Islam.

Masjid pada zaman dinasti Tang dan Wudai masih mempunyai corak seni bina Arab dan belum menerima pengaruh seni bina tradisional China. Kebanyakan masjid pada zaman itu terletak di pelabuhan atau bandar, pusat politik dan ekonomi. Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou yang dibina pada zaman dinasti Tang dianggap sebagai masjid yang tertua di China. Masjid itu masih mempunyai corak seni bina Arab.

Pada zaman Dinasti Song, agama Islam dianggap lebih mulia oleh rakyat China, agama Islam telah mula berkembang di China dan kawasan kediaman penduduk beragama Islam lebih luas. Ramai orang asing yang beragama Islam tinggal di bandar Guangzhou di provinsi Guangdong dan bandar Quanzhou di provinsi Fujian secara berkumpulan. Masjid pada zaman Dinasti Song yang masih ada sekarang sudah tidak banyak, yang paling terkenal ialah masjid Qing Jing Si dibandar Quanzhou.

Zaman Dinasti Yuan merupakan zaman yang paling penting bagi perkembangan agama Islam di China. Agama Islam di China berkembang paling pesat dan paling makmur pada zaman itu dan mempunyai kedudukan yang penting dala, arena politik dan kehidupan masyarakat. Saudara yang menganut agama Islam bertambah pesat, dan penduduk Islam China banyak mengadakan perhubungan dengan dunia Arab. Masjid di China pada zaman itu bertambah banyak, dan selain bercirikan seni bina Arab, reka bentuknya telah mula menerima seni bina China, banyak menggunakan kayu yang diukir.

Pada zaman Dinasi Ming, perkembangan agama Islam di China telah menghadapi rintangan, maharaja pertama Dinasti Ming memandang rendah terhadap agama Islam. Baginda mengeluarkan perintah untuk melarang rakyat menyembelih lembu secara tersendiri dan beberapa dasar yang mendiskriminasi umat Islam, termasuk orang Islam tidak boleh menjadi pegawai kerajaan dan lain-lainnya. Ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di China dan penduduk Islam mengadakan pemberontakan di ibu negara. di bahagian selatan, maharaja malarang perdagangan melalui laluan laut, semua kapal tidak dibenarkan belajar. Di bahagian utara, maharaja secara besar-besaran memperbaiki Tembok China. Ini telah memutuskan hubungan dan komunikasi antara umat Islam di China dan di Arab, agama Islam di China berkembang secara sendiri. Sejak itu, agama Islam di China semakin hari semakin bercorak China. Tetapi penganiaya maharaja dan tekanan masyarakat telah mendorong penubuhan etnik Huizu, etnik Huizu ialah etnik yang beragama Islam yang paling ramai di China. Sejak etnik Huizu ditubuhkan, satu masyarakat Islam yang kecil telah wujud dalam masyarakat China, ini merupakan penanda sejarah perkembangan Islam di China.

Perkembangan agama Islam pada zaman Dinasti Qing mempunyai kedudukan yang penting dalam sejarah perkembangan agama Islam di China. Boleh dikatakan, pada zaman Dinasti Yuan, jumlah penduduk Islam telah meningkat secara besar-besaran, tetapi pada zaman Dinasti Qing, mutu agama Islam telah ditingkatkan secara besar-besaran dan pengaruh Islam kepada masyarakat China semakin hari semakin luas. Umat Islam pada Dinasti Qing banyak mengadakan pemberontakan, yang terbesar 5 kali. Maharaja membenci dan memandang rendah terhadap Islam, baginda juga takut akan Islam. Di samping itu, beberapa golongan penganut Islam telah wujud di China.

Zaman Dinasti Ming dan Qing merupakan tempoh perkembangan dan peralihan bagi masjid di China, seni masjid secara beransur-ansur berubah dari seni bina Arab ke seni bina China. Tetapi hiasan di dalam masjid masih bercorak campuran.

Kebudayaan Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kebudayaan China, umat Islam di China pernah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sains dan teknologi China. Kalender yang dicipta oleh umat Islam pernah digunakan di China dalam waktu yang panjang. Alat pandu arah angkasa yang dicipta oleh seorang ahli ilmu falak yang bernama Zamaruddin pada Dinasti Yuan sangat popular di China. Ilmu matematik yang dikembangkan dari Arab telah diterima oleh orang China. Ilmu perubatan Arab juga menjadi sebahagian daripada ilmu perubatan China. Umat Islam juga terkenal dengan pembuatan meriam di China, Dinasti Yuan menggunakan sejenis meriam yang dikenali sebagai meriam etnik Huizu yang dicipta oleh orang Islam China. Meriam itu tidak menggunakan bahan letupan, tetapi menggunakan batu sebagai peluru, dan meriam itu sangat popular di China pada zaman itu. Selain itu, orang Islam juga terkenal dengan teknik pembinaan dan menenun.

Sejak PRC ditubuhkan pada tahun 1949, agama Islam telah berkembang pesat. kerajaan China mengamalkan dasar bebas agama, tidak menggalakkan rakyat beragama, tetapi semua agama yang sah dilindungi. Kerajaan juga memperuntukkan biaya untuk memperbaiki masjid, dan memberi dasar keutamaan kepada umat Islam. Misalnya sekarang, China mengamalkan dasar orang yang sudah mati mesti dibakar, tetapi kerajaan China menyediakan tanah yang khusus untuk orang Islam yang meninggal dunia dikebumikan. Kanak-kanak Islam lebih mudah masuk sekolah, dan kerajaan menubuhkan sekolah menengah yang khusus untuk kanak-kanak Islam. Selain itu, kerajaan juga menubuhkan tadika Islam dan rumah sakit Islam. Kerajaan juga memberi bantuan kepada masjid dan Persatuan Islam untuk memperbaiki bangunan dan biaya harian. Misalnya semasa masjid Niujie, iaitu masjid yang tertua dan terkenal di Beijing merayakan ulang tahun ke-1000, kerajaan memberi peruntukan sebanyak beberapa juta Yuan RMB untuk memperbaiki masjid itu. Sekarang, kawasan Islam di Beijing dalam distrik Xuanwu telah dibina semula, kerajaan menyediakan rumah yang baru kepada penduduk Islam. Kawasan itu semakin hari semakin indah.

Pada masa dahulu, umat Islam China tidak mampu menunaikan Haji, tetapi sekarang, ramai orang China yang beragama Islam menunaikan Haji dengan biaya sendiri. kerajaan juga menyadiakan kemudahan dalam pelbagai bidang.

Sekarang, umat Islam dan kaum bukan Islam adalah sama rata, penduduk Islam bekerja dalam pelbagai bidang dalam masyarakat, mereka bersatu-padu dengan etnik yang lain dan telah memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara.

Copy and paste: 19 Disember 2023 > 6 Jamadilakhir 1445H: 2.08 pm


No comments: