Friday, 29 December 2023

SIAPAKAH PENGASAS PULAU PINANG?

Oleh : Asyraf Asyraf > PERISTIWA N' SEJARAH

Kalau ikut sejarah orang putih, tak lain dan tak bukan, Francis Light lah kan.
Akan tetapi tahukah anda sebenarnya perkataan pengasas adalah tidak tepat dan tidak ada pengasas bagi Pulau Pinang. Ini adalah kerana sebelum kedatangan Francis light pada 1786, Pulau Pinang telah pun diduduki oleh orang-orang Melayu dan merupakan sebahagian daripada Wilayah Kedah.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Prof Ahmad Murad Merican, dari USM terdapat 5 nama tokoh melayu di Pulau Pinang sebelum tahun 1784, dan terdapat rekod dan catatan berkenaaan tokoh-tokoh tersebut. Jom kita kenali siapakah mereka.
1. Datuk Keramat (1705 - 1710)
  • Datuk Keramat adalah orang yang paling awal menduduki Pulau Pinang.
  • Dikatakan Datuk Keramat berasal dari Acheh dan ada yang mengatakan dari India.
  • Beliau belayar dari Kedah ke Pulau Pinang melalui Sungai Pinang (Jelutong) dan menetap di sini.
  • Datuk Keramat mempunyai 2000 pengikut dan pada masa tersebut terdapat 10000 orang melayu di Pulau Pinang.
  • Datuk Keramat mempunyai adik bernama Haji Bayan dan Datuk Maharaja Setia (1810) adalah dari keturunan Datuk Keramat.
2. Nakhoda Nan Intan (Haji Mohd Salleh) (1734)
  • Nakhoda Nan Intan adalah tokoh yang membuka Batu Uban dan membina Masjid Batu Uban. Bukan saja di Batu Uban, beliau juga dikaitkan dengan masyarakat di Melaka dan membuka Masjid di sana.
  • Beliau adalah pendakwah dan berulang-alik belayar dari Batu Bara (Sumateara) ke Kuala Kedah ke Kuala Muda, Melaka dan seterusnya menetap di Pulau Pinang.
  • Sultan Kedah telah memberikan 50 ekar tanah di Batu Uban kepada beliau.
  • Batu Uban dulu merupakan bandar pelabuhan yang pertama di Pulau Pinang, dan tempat pertemuan masyarakat Melayu, Arab dan India.
3. Nakhoda Ismail (Nakhoda Kecil)
  • Nakhoda Keci berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat.
  • Kawasan penempatan beliau adalah di Jelutong.
4. Datuk Jenantun
  • Meninggal dunia pada tahun 1789
  • Beliau juga berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat.
  • Beliau belayar dari Batu Bara, Tanjung Penaga, Kuala Kedah, Sungai Korok dan seterusnya menetap di kawasan Bukit Gelugor.
  • Beliau telah diberi 100 ekar tanah di Bukit Gelugor, kerana membantu Sultan Kedah dalam peperangan dengan Bugis semasa pemerintahan Sultan Muhammada Jiwa.
5. Datuk Setia
  • Datuk Setia merupakan adik ipar kepada Datuk Jennatun.
  • Beliau adik kepada isteri Datuk Jennatun di Sumatera.
Nama-nama di atas merupakan tokoh-tokoh awal yang terdapat dalam rekod dan catatan sejarah Pulau Pinang. Berkemungkinan besar terdapat ramai lagi tokoh-tokoh lain pada kurun ke 14, 15 dan seawalnya, tetapi tiada rekod dan catatan pada waktu tersebut.
Dengan ini terbuktilah bahawa Pulai Pinang bukanlah ditemui atau diasakan oleh Francis Light seperti yang di tulis oleh penjajah Inggeris.
Orang-orang Melayu telah lama menetap di Pulau Pinang dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada tanah besar Kedah pada masa tersebut.

Copy and paste:
29 Disember 2023 > 17 Jamadilakhir 1445H: 9.19 pm

No comments: