Thursday 14 December 2023

7 Tanda Sakit Buah Pinggang dan Cara Mencegahnya – KKM

3 DECEMBER 2023

7 Tanda Sakit Buah Pinggang dan Cara Mencegahnya

Masalah buah pinggang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Ia didapati sering berpunca daripada gaya hidup serta tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Ini seterusnya bcenderung untuk alami kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kedua-dua penyakit ini boleh menjadi penyumbang kepada masalah buah pinggang.

Adakah anda tergolong sebagai pesakit buah pinggang? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Isi Kandungan

Pengenalan

Buah pinggang merupakan salah satu organ penting di dalam tubuh setiap manusia.

Setiap manusia dikurniakan dengan 2 buah pinggang berbentuk kacang sebesar genggaman anda yang menjalankan pelbagai fungsi, antaranya :Untuk menyingkir sisa buangan
Mengawal jumlah cecair
Mengawal tekanan darah
Menyediakan penghasilan sel darah merah Agar tulang kekal sihat

Sebenarnya fungsi buah pinggang adalah banyak walaupun organnya sangat kecil, tapi fungsinya adalah (untuk) mengawal garam galian, mengawal tekanan darah dan perkumuhan terhadap toksin dalam badan yang tidak diperlukan, keutuhan tulang, mengekalkan paras hemoglobin atau darah dalam badan.

Golongan Berisiko

Terdapat golongan tertentu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang.

Sila semak siapakah golongan yang berisiko tinggi dalam infografik di bawah. Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan tersebut.
Tanda Sakit Buah Pinggang

Antara tanda sakit buah pinggang kronik termasuklah :

Gatal seluruh badan
Tidur dan emosi terganggu
Badan berasa mudah letih
Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
Bengkak kaki dan muka\
Sukar bernafas

*Rujuk penerangan di bawah:
1. Masalah Berkaitan Air Kencing

Pesakit buah pinggang biasanya akan mengalami pelbagai masalah ketika membuang air kecil antaranya :
  • Jumlah air kencing sedikit
  • Kekerapan membuang air kencing terutamanya pada waktu malam
  • Rasa sakit ketika membuang air kecil. Ada kalanya darah atau nanah juga boleh muncul menandakan jangkitan saluran kencing.
  • Air kencing berbuih
  • Kesukaran untuk membuang air kencing atau kencing tidak lawas
2. Otot Kejang

Apabila buah pinggang gagal mengekalkan keseimbangan mineral seperti kalsium dan fosforus, badan akan cenderung untuk alami kekejangan otot. Ini juga boleh menjadi petanda kepada kerosakan buah pinggang.

3. Anggota Badan Bengkak

Antara simptom awal penyakit buah pinggang adalah bengkak pada bahagian muka, perut dan kaki.
Selain itu, pesakit masalah buah pinggang juga biasa mengalami bengkak pada bawah kelopak mata (edema periorbital) dan lebih ketara pada waktu pagi.
Bukan sahaja masalah buah pinggang, malah pembengkakan badan juga boleh menjadi tanda bagi kerosakan organ lain seperti hati dan jantung.
Sekiranya lambat dirawat, air berlebihan dalam badan ini juga boleh memasuki paru-paru dan menyebabkan kesesakan nafas.

4. Loya & Hilang Selera Makan

Hilang selera makan dan rasa kelat pada tekak adalah masalah yang biasa dialami oleh individu dengan masalah buah pinggang.
Fungsi buah pinggang yang merosot boleh menyebabkan peningkatan toksin dalam badan. Ini seterusnya boleh menyebabkan seseorang rasa loya, muntah dan tidak selera makan.

5. Sukar Untuk Tidur

Apabila buah pinggang tidak mampu menapis darah dengan baik, toksin akan berkumpul dalam badan. Ini juga boleh menyebabkan seseorang sukar untuk tidur.

6. Kulit Kering dan Gatal

Apabila buah pinggang gagal mengekalkan keseimbangan mineral dan nutrien dalam darah, ia boleh mengakibatkan kulit kering dan gatal.

7. Anemia

Pesakit dengan tahap hemoglobin rendah atau anemia mudah terasa penat, berwajah pucat dan sukar untuk fokus. Ini juga boleh menjadi simptom kepada kerosakan buah pinggang.
Terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang kronik.
Cara Mencegah Sakit Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hingga menjadi semakin teruk.

Amalan pemakanan sihat dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan buah pinggang.


Masalah buah pinggang boleh dicegah dengan beberapa kaedah berikut :
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Elakkan ubat yang boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang seperti ubat untuk kuruskan badan atau supplemen kecantikan.
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit
  • Ambil ubat yang telah diberikan oleh doktor secara rutin.
Bagi mengesan sakit buah pinggang dengan lebih awal, anda digalakkan untuk buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Ia biasanya boleh dikesan dengan mudah menerusi ujian air kencing dan ujian darah.
Sekiranya anda alami tanda sakit buah pinggang seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan diagnosis yang tepat.

Jangan pandang mudah dengan masalah buah pinggang ini kerana ia boleh menjadi lebih teruk jika tidak ditangani dengan baik.

Bantu kami share artikel ini.

Copy and paste
14 Disember 2023 > 2 Jamadilakhir 1445H: 7.37 pm


No comments: