SUMBER: AGENDA DAJAL
AMARAN!
Sebelum anda membaca tulisan di bawah ini, penulis menasihati anda supaya tetapkan kepercayaan, teguhkan iman dan yakin dan percaya kepada Allah TuhanYang Maha Esa, tiada Tuhan melainkan Dia. Tulisan di bawah SEBAHAGIANNYA mungkin boleh membawa kepada syirik jika anda tersalah tafsir apa yang cuba disampaikan. "Tuhan" atau "Tuhan-Tuhan" yang dimaksudkan penulis di bawah ini hanya merujuk kepada kepercayaan penganut Paganisme (pemuja dewa-dewa, penyembah berhala) dan penyembah matahari, hanya untuk tujuan penyampaian kisah kuno bukannya dirujuk dari ajaran Al-Quran dan i'tiqad Islam yang benar.
Prometheus Dalam Mitos Yunani
Dalam mitos Yunani purba, asal-usul pembawa obor adalah Prometheus, dewa yang mencuri api dari Tuhan untuk diberikan kepada manusia. Dalam kepercayaan masyarakat penyembah matahari, api dianggap satu percikan kecil dari matahari, manakala matahari dianggap kononnya sebagai manifestasi fizikal Tuhan. Dengan membawa api kepada manusia, Prometheus dianggap pembawa cahaya dari kegelapan, pembawa rahmat dari kesengsaraan. Api Prometheus kononnya membolehkan manusia memiliki sifat-sifat Ketuhanan, Kebijaksaan, ilmu pengetahuan dan Prometheus dihormati di kalangan pengikut-pengikut kumpulan rahsia.
Dalam ajaran esoterik, perbuatan membawa obor adalah simbolik manusia memiliki percikan api Tuhan dan mewakili aspirasi menjadikan manusia salah satu dari Tuhan-Tuhan. Ini secara ringkas, menjadi falsafah teras kepada golongan elit dunia, yang banyak dipengaruhi oleh ajaran Freemason, Rosicrucianism dan Illuminism. Atas sebab ini, obor Prometheus sering menjadi simbol kepada kumpulan elit dan juga lencana sekolah-sekolah dan univerisiti. Statue of LIberty di Amerika juga dibuat dalam keadaan satu tangannya sedang memegang obor
Pembawa Api Dalam Kepercayaan Latin
Dalam mitos Latin, dalam berbagai cara, Prometheus dikatakan sama dengan Lucifer yang bermaksud iaitu "Pembawa Api". Lucifer yang digelar "Fallen Angel" dikatakan turun dari syurga membawa "cahaya yang menerangi" (the light of illumination). Lucifer juga dianggap sebagai punyai kebijaksanaan dan pembawa kesedaran. Menurut kisah orang-orang yang percaya kepada Tuhan, kononnya Lucifer dihalau oleh Tuhan dari syurga kerana derhaka dan menyebarkan perselisihan di kalangan para malaikat, kisah yang seiras dengan kisah Iblis dalam Al-Quran yang dihalau dari syurga dan dihumban ke muka bumi kerana tidak mahu tunduk kepada Adam, makhluk yang juga diciptakan oleh Allah. Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia keturunan Adam & Hawa sejak itu.
Yunani purba juga mempunyai acara sukan lumba obor berganti-ganti, dimana pasukan yang menang akan menyalakan api suci sebagai sebahagian dari kultus penyembahan Prometheus.
Luciferianism moden mengambil akar umbi dari ajaran Gnostik dan paganisme Mesir dan Babylon. Tuhan dilihat lebih suka membiarkan manusia dalam kegelapan manakala Lucifer adalah penyelamat umat manusia dengan memberi cahaya dan ilmu pengetahuan.
Kerana itu, simbolik kepada pembukaan acara sukan terbesar seperti Olimpik ialah dengan melantik seorang tokoh sukan membawa obor dari jarak jauh untuk dinyalakan di hadapan orang ramai di lokasi perasmian (biasanya di stadium) - acara simbol Prometheus atau Lucifer membawa api kepada umat manusia.
Prometheus & Lucifer Adalah Syaitan
Jika kita mentafsir semula kisah Adam & Hawa dari kacamata Luciferian, ular yang menyamar sebagai penyelamat mewakili syaitan yang menghasut Adam untuk makan buah dari pohon yang terlarang. Ia bukanlah pemberi cahaya atau pembawa kebenaran tetapi menyesatkan dan membawa manusia ke jalan kegelapan.
Bagaimana Syaitan Memperdaya Manusia?
(Ayat Al-Quran Tentang Syaitan & Api)
Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam beberapa ayat yang menyetuh tentang syaitan dan api dari langit.
Berikut beberapa ayat:
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ
“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ *
دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ
“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)
Dalam ayat-ayat di atas, Al-Quran telah jelas membongkar tipu daya syaitan yang telah berjaya menyesatkan manusia konon mencuri api dari Tuhan untuk memberi cahaya kepada manusia, bahawa bukanlah mereka itu membawa api kebenaran dan memberinya untuk faedah manusia sebaliknya mereka pula yang dilempar oleh api-api kerana cuba mencuri berita dari langit.
Api yang disebut dalam ayat-ayat di atas boleh juga dirujuk sebagai api dalam sifat fizikal iaitu tahi bintang atau meteor. Tetapi oleh kerana mahkluk jin & syaitan yang diciptakan dengan sifatnya dalam bentuk ghaib tidak kelihatan oleh mata manusia, kemungkinan juga api yang dirujuk dalam firman Allah di atas merujuk kepada api dalam bentuk rohani dan ia hanya bertindak dan memberi kesan kepada makhluk seperti jin & syaitan sahaja.
Copy and paste:
17 Disember 2023 > 5 Jamadilakhir 1445: 9.07 pm
Posted by Unknown at 07:19