Friday, 8 December 2023

BACAAN AL QURAN PADA MASA TERTENTU MENGIKUT SUNNAH

A. TIAP-TIAP PAGI DAN PETANG

1. SURAH AL IKHLAS : Menyamai satu pertiga Al Quran, dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di Syurga. 

2. SURAH AL FALAQ : dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.

3. SURAH AN NAS : Sama seperti surah Al Falaq. 

4. AYATUL KURSI: (Al-Baqarah ayat 255) > pahalanya menyamai satu perempat al Quran, dibaca setiap lepas solat akan dimasukkan ke Syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat. 


5. SURAH AL MUKMIN AYAT 1-3: 

Sesiapa membaca ayat 1-3 Surah Al-Mukmin dan ayat al-Kursi sewaktu memasuki waktu pagi, dia akan dipelihara oleh Allah s.w.t dengan sebab kedua-dua ayat tersebut sehingga masuk waktu petang. Jika dibaca ketika masuk waktu petang, dia akan dipelihara oleh Allah s.w.t sehingga masuk waktu pagi. (Hadis)


6. SURAH AL HASYR AYAT 21-24: apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 Malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga. 

7. SURAH AR-RUUM AYAT 17-19 :akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siang dan malam. 


8. SURAH AL-MUKMINUN AYAT 115-118) : Doa penawar segala penyakit. 

9. SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129
Amalkan ayat ini selepas solat fardhu,InsyaAllah dipermudahkan baginya segala urusan duniawi dan ikhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia. 
Jika diamalkan membaca ayat dibawah ini sebanyak 7 kali pagi dan petang, insyaAllah segala hajat dan keperluannya ditunaikan oleh Allah. Jika ditiup pada tempat yang sakit, insyaAllah 'afiat




B. TIAP-TIAP MALAM

1. SURAH YAASIN : Hati Al Quran, pembaca akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa, jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan, jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan. 

2. SURAH AD-DUKHAN : pembaca akan mendapati 7000 Malaikat memohon ampun ke atasnya, jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga. 

3. SURAH AL-QIYAMAH

4. SURAH AL-ZALZALAH - pahala membaca separuh Al Quran. 

5. SURAH AL IKHLAS. 

6. SURAH AL-IMRAN AYAT 190-200 : dibaca pada malam akan diberi pahala beribadat separuh malam. 



7. SURAH AL-BAQARAH AYAT 284-286 > diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencama. 



8. SURAH AL-KAHFI AYAT 107-110


RUJUKAN :
  1. Abu Al-Baqir Ad-Dusuki : Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Suci Al Quran 30 Juzuk - Al-Baqir Enterprise,Kota Bharu, Kelantan  (2009)
  2. Bushra binti Talib : Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah - Pacu Resources Sdn Bhd (2021)
  3. Dato' Hj Ismail Kamus : Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah - Pustaka Azhar (2010). 
  4. Dr. Mustafa Al-Bugha Muhyiddin Mistro : Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Al-Hidayan Publications (2013)
  5. H. Abu Bakar Yacub : Senjata Mukmin - P.T. Bungkul Indah, Surabaya, Indonesia (1984). 
  6. H. Abu Muhammad Kasanuddin : Amalan Ghaib dan Khasiatnya - TB Bahagia, Indonesia. 
  7. H. Dja'far Sabran : Risalah Doa - P.P. Assegaff, Surabaya,Indonesia (1973). 
  8. Haji Abdul Razak bin Kasman : Pagar Hikmat (Himpunan Amalan Tok Janggut) - Percetakan Pustaka Muda (1990). 
  9. Imam An-Nawawi : Terjemahan Al-Azkar - Al-Hidayah Publications (2015)
  10. Imam Al Nawawi : At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran (Adab Berdampingan dengan Al Quran)  - Publishing House Sdn Bhd (2016). 
  11. Muafakat Enterprise Sdn Bhd, KL (1992) : Amalan Sepanjang Hayat. 
  12. Muhammad Uzair : Kaifiat & Khasiat Surah & Ayat Al Quran - Pustaka Minda, KL (1992). 
  13. Muhfudlu Shali : Himpunan Ayat-Ayat Al Quran dan Khasiatnya- Mujahiddin, Semarang, Indonesia (1990). 
  14. Said Che Ros : Doa Selepas Solat - Pustaka Al Mizan (1992). 
  15. Siti Nor Bahyah Mahmud, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar : 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - Telaga Biru Sdn Bhd
  16. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad : Hidup Ibadat - Pusat Pemasaran Motivasi, KL (1992)
  17. Ustaz Muhammad Ibrahim Salim : Berubat dengan Al Quran - Darulfikir, KL (1991). 
  18. Uztaz Muhd. Abd. Ghani : Hajat untuk Rawatan Pelindung dan Doa Jilid 1 & 2 - Darul Nu'man (1992). 
  19. Ustaz Sharhan Shafie : 70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin - Sinar Zamdurrani (2010)
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
8 Disember 2023 > 25 Jamadilawal 1445H: 11.15 pm




No comments: