DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR
Istilah 'MELAYU' ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Dari segi Etimologi, perkataan 'MELAYU' itu dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit 'Malaya' yang bermaksud bukit. Melayu adalah merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia.
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Malayo-Polynesian dibawah keluarga bahasa Austronesian digunakan di Malaysia dan Indonesia melebihi 1,000 tahun yang lalu. Istilah Austronesia membawa pengertian Pulau-Pulau Selatan telah diperkenalkan oleh P.W. Schmidt manakalan istilah Malayo-Polynesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt.
Bahasa Malayo-Polynesian : subkumpulan bahasa Austronesia, dengan kira-kira 385.5 juta penutur. Ia dituturkan oleh orang Austronesia di luar Taiwan.
Book of Liang (Liang Shu): penerangan terperinci tentang Langkasuka terdapat dalam buku ini.
A.H. Kean :Struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
Adriaan Reland : seorang ilmuwan dari Belanda pada tahun 1706, antara orang pertama yang melihat ada persamaan antara bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan Melayu dengan orang-orang di Lautan Pasifik.
Al- Biruni : "...the eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands... because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country." > Suvarnadvipa adalah merujuk kepada Srivijaya, manakalan Zabaj adalah Srivijaya bagi bangsa Arab.
Al-Idrisi :
- dalam Kitab Rujjar bahawa Orang Zabag (Srivijaya) belayar dengan kapal-kapal besar.
- Pernah menceritakan tentang kehadiran orang-orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya ditimur Afrika.
Al-Qazwini : ahli Geographi mengenai Tanah Melayu "Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang terletak selepas negara India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah para pedagang yang bertolak dari negara China melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya.”
Albert S. Bickmore : "Travels in the East Indian Archipelago" > beliau mencatatkan mengenai 2 buah gunung yang dikenali sebagai Mount Ophir, satunya di Palembang, manakala satu lagi terletak 40 batu di Utara Melaka, dikenali sebagai Gunung Ledang.
Alexei Butakov: Pegawai Tentera Laut Rusia antara orang Rusia terawal menjejak kaki ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1840. Antara catatan beliau mengenai orang Melayu ialah : "Malays have more noble qualities, they are loyal, true to their word." "The wealth of its natural produce may well rank Penang among the richest islands of the world."
Alfonso de Alburquerque: dalam "Comentarios de Grande Afonso de Albuquerque" > ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh penjajah Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain mengatakan 8,000 senjata api.
Alfred Russel Wallace : dalam “The Malay Archipelago” (1863) menyebut “Kepulauan Melayu sebagai seluruh Asia Tenggara yang membentuk segi tiga, bermula dari Pulau Nikobar di Laut Timur hingga ke Kepulauan Solomon di Tenggara, dan Luzon di Utara hingga Rotti dekat Pulau Timor di Selatan.”
Antonio Pigafetta : jurutulis ekspedisi Ferdinand Magellan > mancatatkan bahawa semasa lawatannya ke Brunei pada tahun 1521, beliau melihat di hadapan istana Sultan terdapat 56 pucuk meriam tembagadan 6 meriam besi.
Arnold Henry Savaage Landor : dalam buku "Across Unknown South America" > menyatakan persamaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa penduduk asli Amerika, Bororo.
Arthur Edward Powell : dalam bukunya "The Solar System" bab 35 bahawa akar bangsa ke-4 Lemuria merupakan Malayan Brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar ke-4 ini digelar Atlanteans.
Aryso Santos (Professor) : dari Brazil dalam bukunya "Atlantis: The Lost Continent Finally Found, The Definitive Localization of Plato's Lost Civilisation (2005)" > Sundaland adalah Benua Atlantis, yang disebut-sebut oleh Plato dalam tulisannya 'Timeus and Critias'.
Asmah Hj Omar : menyatakan bahawa lokasi bahasa Proto-Austronesia terletak di Dataran China yang dikenali sebagai Yunan.
Aurora Roxana-Lim (1973) : Kajian yang dilakukan oleh Louis-Charles Damais menunjukkan bahawa Bahasa Melayu kuno merupakan antara bahasa perantara utama yang digunakan oleh sarjana dan penganut Buddha di Srivijaya.
- Kumpulan yang diberikan oleh sarjana Linguistik kepada satu kelompok bahasa yang merangkumi Hawaii. Asia Tenggara, Taiwan hingga ke Madagaskar. Kelompok linguistik ini digelar Malayo-Polynesia. Bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur.
- Perkataan Austronesia merupakan gabungan 2 perkataan iaitu Austro dan Nesos. Perkataan Austro berasal daripada bahasa Latin bermaksud Selatan, manakala perkataan Nesos berasal dari bahasa Yunani bermaksud Pulau. Maka Austronesia bermaksud Pulau-Pulau Selatan.
Benua Sunda: Dr Stephen Oppenheimer,Pakar paleontologi Wilhelm G Solheim dan Professor Arysio Nunes Dos Santos >
- orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda.Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15000 tahun sebelum Masihi berdasarkan kajian mereka.
- Orang Melayu bukan sahaja bangsa teras malah dikatakan Benua Sunda Melayu itu juga adalah benua tamadun Atlantis yang hilang.
Bukit Bunuh : bukit yang terletak di Perak, tapak geologi dan paleoarkeologi. Kawasan ini menunjukkan kewujudan spesies Homo Erectus bertarikh lebih 1.83 juta tahun dahulu.
Buzurg al-Ramhurmuzi : mencatatkan dalam "Aja'ibal Hind" bahawa seorang Nakhoda yang bernama Ismailuyah telah belayar daripada Kalah (Kedah Tua) menuju ke Oman pada 929 Masihi.
Chambers & Edinur (2013) : kajian genetik yang dijalankan menunjukkan Melayu dan Maori mempunyai perkaitan yang rapat iaitu mempunyai induk yang sama.
Catatan Abu Dulaf: mengenai Kedah > "...ketika saya tiba di Kalah, saya dapati ia sangat besar, dengan tembok yang besar, taman yang banyak dan mata air yang banyak. Saya dapati di sana lombong bijih timah yang tidak ada di mana-mana bahagian dunia kecuali di Qalah (kubu)nya."
Catatan mengenai Melayu:
- Catatan Sui Shu: buku sejarah Dinasti Sui (581 - 619) dan Tong dia n yang dikarang oleh Duyou semasa Dinasti Tang > orang-orang Chitu adalah terdiri daripada orang-orang Melayu atau dari kelompok orang Austronesia.
- Dinasti Yuan (1271 - 1368) & Dinasti Ming (1368 - 1644) : perkataan 'Ma-La'Yu" terdapat dalam teks-teks sejarah China. Panggilan Melayu berbeza-beza mengikut zaman setiap Dinasti seperti Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-ye-er dan Oo-la-yu.
- Dinasti Tang : pada abad ke-7 menyebut Moluoyu sebagai Melayu.
- Catatan DInasti Yuan terdapat istilah Ma-li-yu-er yang merujuk sebuah kerajaan di Tanah Melayu yang menghadapi ancaman Kerajaan Sukothai.
- Ibnu Yusuf > dalam kitab "Permata yang Hilang" ada kemungkinan nama Melayu berasal dari perkataan "Malai-Ur" sempena Kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s.
- "Catatan Perjalanan Marco Polo" > beliau membuat rujukan kepada sebuah kerajaan bernama "Malauir" di Pulau Sumatera.
- Istilah 'Malayur' tercatat di Tembok Selatan Kuil Brihadeeswarar di Tamil Naidu, India. Ia dinyatakan sebuah kerajaan dari Semenanjung Tanah Melayu yang jatuh ke tangan Rajendra Chola adad ke-11 Masehi.
- Istilah 'Melayu' muncul pertama kali kira-kira 100-150M dalam karya Ptolemy bertajuk 'Geographike Sintaxis' yang menggunakan istilah 'Meleu-Kolon' (Teluk Melayu). G.E. Gerini menganggap istilah itu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu 'Malayakom' atau Malaikurram yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. Manakala Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Istilah 'Mo-lo-yu' disebut oleh I-Tsing pengembara China dan Sami Buddha dari Dinasti Tang yang melawat Asia Tenggara sekitar 688-695M. Catatan China juga mengatakan bahawa terdapat 30 buah Negara kota Melayu berdiri sepanjang Tanah Melayu.
Charles Allen (1983) : Nusantara merujuk kepada kawasan yang bermula daripada Pulau Marquesa di Laut Pasifk, turun ke Asia Tenggara, melalui Madagascar.
Cheah Boon Kheng (Professor) : beliau menyangkal dakwaan bekas wartawan Australia, Alex Jorsey yang kata orang Melayu tiada sejarah selain jadi perompak lanun.
Chersonesus aurea: Bermaksud "Semenanjung Emas" > ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh Yunani. .
Claudius Ptolemy : Rekod sastera tertua bagi perkataan 'Melayu' boleh didapati dalam karya 𝐂𝐥𝐚𝐮𝐝𝐢𝐮𝐬 𝐏𝐭𝐨𝐥𝐞𝐦𝐲. Beliau menyebut Maleou Koloun ditransliterasi dengan pelbagai sebagai Meleou, Malaiou, Maleou, Male atau Malei-Kolon, merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu.
Cornelis de Houtman: Penjelajah Belanda - mengamati hubungan linguistik antara Madagaskar dan Kepulauan Melayu seabad lebih awal pada tahun 1603.
Cyrus Thomas (Professor): drpd Bureau Ethnology, Washington, U.S > dalam jurnal bertajuk "Mayan and Malay" - membincangkan perkaitan antara Tamadun Melayu dan Tamadun Maya, sebuah tamadun purba milik bangsa Maya.
Davisakd Puaksom : menulis untuk tesisnya di National University of Singapore bahawa beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai Lingua Franca didalam Istana Ayutthaya.
DNA Mitokondria (MtDNA) : kajian DNA Mitokondria > Melayu ialah bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia ini, seawal 60,000 tahun dahulu.
Dr. Stephen Oppenheimer dalam bukunya yang bertajuk 'Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia' (1999), lagenda purba Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda.
Edward Tregear : dalam makalah "Notes on Mayan and Malay" > membangkitkan perkaitan antara orang Melayu dengan Maya ialah sistem kalender orang Melayu purba dan juga bukti linguistik yang mengaitkan Melayu dan Maya.
Ekspedisi Pamalayu : Sebuah Kerajaan Jawa bernama Singhasari melakukan ekspedisi menundukkan sisa-sisa Empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Mauli dan Kerajaan Dharmasraya.
Ernest Small : "Culinary Herbs" (2006) > menyatakan bahawa ketika berlakunya aktiviti perdagangan komoditi bahan makanan dan rempah,banga India, Arab, Parsi dan Turki belajar tentang kemahiran-kemahiran dalam bidang pelayaran dari orang -orang Melayu.
Eusibio Dizon : Menyokong "Theory of Taiwan" oleh Peter Bellwood dan menjelaskan orang Melayu keluar dari Taiwan sejak 6,000 tahun lalu.
F.de Houtman: Pada awal 1603M, beliau membuktikan bahawa Madagaskar mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu. Seluruh kerabat bahasa Austronesia turut dikenali sebagai kerabat "Bahasa Melayu-Polinesia" hingga sekarang.
Fernao Pires de Andrade (1513) : mencatat pertempuran Portugis dengan tentera Pati Unus (Patih Yunus) dimana diceritakan bahawa jong-jong Patih Yunus dari Demak mempunyai antara 3 - 7 lapisan kulit kapal yang tidak dapat ditembusi peluru meriam.
Filum Austris : Asal usul bahasa Melayu adalah daripada Filum Austris yang terpecah kepada 3 rumpun bahasa yang besar iaitu Austroasia, Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia) dan rumpun Tibet- China.
Francois Valentjin : Catatan Valentjin yang pernah melawat Melaka di awal abad ke 18 - "Sesiapa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu dianggap sebagai tidak berpelajaran."
Frank Swettenham: dalam buku "Malay Sketches" (1895) > menyentuh tentang sifat 'latah' dikalangan orang Melayu > beliau berpendapat melatah adalah sifat khas orang Melayu, terutamanya di luar bandar.
Franz Bopp : Perkataan Malayo-Polynesian pada asalnya dicipta pada tahun 1841 oleh Franz Bopp sebagai nama bagi rumpun bahasa Austronesia.
Fukami (2010) : Pulau Pisang atau Pizong dalam bahasa Cina direkodkan di Hanshu semasa Maharaja Wudi (hidup 156 - 87 SM) dan rekod dibuat selepas 111 SM.
Fukantulu & Shenli : direkodkan semasa Dinasti Han pada Abad kedua SM - rekod Cina tertua yang menggambarkan kedua-dua kerajaan.
G.E. Gerini: menganggap istilah "Meleu-Kolon" oleh Ptolemy berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "Malayakom" atau "Malaikurram" yang merujuk kepada Tanjung Kuantan.
G.K. Nieman dan R.M. Clark : daratan Asia merupakan asal nenek moyang bangsa Melayu.
Gasper Corriea: dalam bukunya "Lendas Da India" (Legend of India) > beliau menyelitkan keagungan dan kehebatan kapal Mendam Berahi buatan Melayu.
Gendang Dong Son : merupakan gendang gangsa yang telah dijumpai di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1964. Juga dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang.
Georges Coedes : Sekitar tahun 1918, Cœdès telah mengandaikan kewujudan empayar Melayu Lama yang dominan tetapi sebelum ini tidak diketahui di Asia Tenggara, yang mendahului Khmer. Dinamakan Sriwijaya, ia diperintah oleh seorang maharaja, yang berpusat di pulau Sumatera di tempat yang kini dikenali sebagai Indonesia, dan berkembang pesat dalam tempoh C.E. 650 hingga 1377.
Golden Chersonese: Nama yang digunakan untuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Ahli Geografi Yunani dan Rom pada zaman purba klasik, paling terkenal dalam Geografi abad ke-2 Claudius Ptolemy.
Gorys Keraf : Dalam bukunya Linguistik Bandingan Historis (1984) mengemukakan Teori Leksikostatistik dan Teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bahasa Melayu.
Graham Thurgood (Professor) : dalam bukunya menyebut hakikatnya kewujudan Homo Sapiens di Asia Tenggara ini semenjak 22 ribu tahun Sebelum Masihi yang silam namun kesan-kesan yang dijumpai hanyalah bertarikh dalam lingkungan 10 ribu Sebelum Masihi.
Habib Abdullah Bin Abu Bakar al-Hadad: Kitab Sejarah Keturunan Raja-Raja Bugis : mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Balqis.
Hadrian Reland: Sarjana Belanda yang pertama mengandaikan wujud persamaan antara Bahasa Melayu dari kawasan Madagaskar ke Jawa, Borneo, Maluku sehingga ke Timur pada tahun 1706.
Hendrik Kern: mengemukakan teori bahawa kawasan bangsa Melayu adalah di Champa, Cochin-China dan Kemboja. Teori ini kemudian diikuti oleh R.O.Winstedt.
Horace Geoffrey Quaritch Wales : orang yang menemui Candi Batu Pahat pada tahun 1936 mencatat tarikh kuil itu pada abad ke-7 hingga ke-8 M berdasarkan data yang ada padanya pada zaman itu.
Homa Sapiens : manusia moden - spesies primata yang paling biasa dan meluas, dan genus Homo terakhir yang masih hidup.
Hon Shu Oi Li Zhi : Catatan Geografi dalam Perpustakaan Dinasti Han :
- Pada zaman Maharaja Han Wu Di (140 - 87 SM) - sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-2 SM sudah wujud perhubungan China dan Alam Melayu.
- Maharaja Sun Quan (222 - 252 SM) - pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin hubungan dengan beberapa negeri di Alam Melayu.
- Zhu Ying menulis buku berjudul "Fu Nan Yi Wu Zhi" iaitu barang-barang aneh di Funan.
- Kang Tai menulis sebuah buku "Wu Shi Wai Guo ZHuan" iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada masa Kerajaan Wu.
Hugh Low : Kajian arkeologi yang dijalankan dari tahun 1840-an oleh Hugh Low hingga ke hari ini menunjukkan bahawa Kerajaan Kedah purba wujud sejak abad ke-6 SM hingga abad ke-17 Masihi dan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan.
Human Genome Organisation (HUGO) : kajian yang dijalankan oleh HUGO pada tahun 2013 menunjukkan bahawa nenek moyang orang Melayu iaitu Semang dan Senoi berhijrah ke Kerajaan Champa purba yang kini terletak di bahagian Vietnam dan Kemboja.
I-Ching : Sami Buddha daripada Dinasti Tang pernah direkodkan menulis tentang sebuah Kerajaan bernama Melayu ketika pengembaraan beliau menuntut ilmu.
Ibnu Batutta :
- kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!
- Dalam Kitab ar-rihlah > beliau pernah singgah di sebuah kota bernama Kailukari. Pemerintahnya seorang wanita bernama Puteri Urduja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Kailukari diyakini adalah Kuala Krai di Kelantan.
Ibnu Kathir dalam kitabnya 'Al-Kamil fil Tarikh', umat Nusantara termasuk Melayu (Bani Jawi) bersalasilah terus dengan Nabi Ibrahim a.s. melalui zuriatnya dari isteri ketiga bernama Keturah. Dalam Kitab Perjanjian Lama ada disebut nama Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Perkataan Jawi dalam istilah Bani Jawi bererti yang meyakini Tuhan Yang Esa.
Ibnu Kordadhbeh (844 - 848) > mencatatkan kekayaan Srivijaya yang kaya dengan emas.
Issobel Dyen : "Theory Out of New Guinea" (1965) > Pelopor "Theory Out of New Guinea" pada 1965, teori asal usul bangsa Melayu dari New Guinea.
J.H.C. Kern : Ahli fisiologi Belanda yang mendapati perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara juga terdapat di Madagaskar, Filipina dan Taiwan. Bahasa Melayu adalah satu induk yang terdapat di Asia.
J.R. Foster: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia berasal dari Bahasa Melayu-Polinesia purba.
J.R. Logan : Terdapat persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet).
James Lancaster: seorang Inggeris yang berada di Aceh pada tahun 1602 Masihi. Menurutnya, Kerajaan Aceh menyimpan banyak meriam-meriam tembaga dan ia tersangat penting sebagai senjata pertahanan. Antara Meriam yang terkenal ialah Meriam Lada Secupak.
James T. Collin: dalam buku "Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Sejarah Singkat." (2011) Yayasan Pustaka Obor, Indonesia > Bahasa Melayu merupakan turunan bahasa Austronesia Purba yang digunakan di Kalimantan Barat sejak kurang lebih 2 juta tahun yang lalu.
James W. Hoover : Professor Sejarah Amerika > Orang Melayu mengembangkan kemahiran pelayaran sejak awal, menumpukan pada kapal yang dibina berdasarkan prinsip katamaran, menggunakan cadik. DNA sekali lagi memberikan petunjuk untuk penjajahan Melayu di Kepulauan Pasifik dan Madagascar, jelas di seberang Lautan Hindi.
Jan Hugen Van Linschotten : Bangsa Belanda yang pernah tinggal di Indonesia dari 1586 - 1592 mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai Bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa Negeri Timur.
Joannes van Doetecum's (1596): mengulas dalam 𝐼𝑡𝑖𝑛𝑒𝑟𝑎𝑟𝑖𝑜 karya Jan Huyghen van Linschoten. Istilah "Malayo" digunakan untuk menggambarkan hanya Penduduk Melaka. Orang Melayu, penduduk Melaka, penutur terbaik, paling sopan dan paling mesra di Hindia Timur.
Joao de Barros (1496-1570) : mencatat tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque telah diserang oleh Jong dari Pasai semasa armada merekaberada di antara Lumut dan Belawan di Portugis mengambil maa 2 hari untuk mengalahkan jong tersebut.
Johann Friedrich Blumenbach (1752 - 1840) : > Pencetus konsep ras Melayu atau rumpun Melayu - dalam kajian mengenai 5 bangsa utama dunia pada tahun 1779, dicatatkan bangsa Melayu adalah antara 5 bangsa utama dunia.
Johann Reinhold Forster : Naturalis Jerman - dalam buku "Observation Made during a Voyage round the World" (1778) > yang mengembara bersama James Cook dalam pelayaran kedua, mengiktiraf persamaan bahasa Polinesia dengan bahasa di Pulau Asia Tenggara.
John Crawfurd :
- memetik catatan De Burros dalam bukunya "A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries" > ketika Portugis menawan Melaka, mereka berjaya merampas antara 3,000 hingga 8,000 senjata api daripada Melaka dimana Portugis sendiri tidak mampu menghasilkan senjataapi sebanyak itu. Portugis juga telah menemui sebuah meriam Melayu yang jauh lebih besar daripada meriam Portugis, meriam itu telah dihantar ke India.
- Orang-orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang-orang Eropah.
John Dennision Baldwin : dalam buku "Ancient America in Notes on American Archaelogy" > kemampuan bangsa Melayu meninggalkan jejak sejauh Easter Island dan Afrika Timur.
Jono de Barros : dalam Decada IV menyentuh tentang "Amuk" dalam alam Melayu > amuk orang Melayu itu boleh berlaku dalam perkara yang cukup kecil namun menggores maruah. Dengan hanya menyentuh dahi sudah cukup untuk orang Melayu melakukan amuk.
Joyce Chaplin (Dr.) : Sejarawan Universiti Harvard > Enrique de Malacca atau Panglima Awang menjadi manusia pertama yang mengelilingi dunia.
Justus M. van de Kroef : Nusantara tidak sesuai untuk melambangkan Indonesia. Tetapi lebih sesuai dirujuk kepada kawasan yang lebih luas (Kepulauan India Timur).
K.A. Nilakanta Sastri dalam "The History of Srivijaya" (1940) menyatakan 4 buah inskripsi Melayu Klasik yang ditemui di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan di Kota Kapur adalah inskripsi bahasa Melayu yang paling tua dan rekod pengunaan bahasa tertua di dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia.
K.G. Tregonning : dalam bukunya "Malaysian Historical Sources" (Singapore,1965) dan "The Encyclopedia Americana" (Edisi 8, 1963) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik perdagangan China-India.
Kakawin Negarakertagama : himpunan puisi yang menceritakan mengenai Kerajaan Majapahit.
Kalki Purana : kenyataan tertua dari India tentang Kerajaan Melayu - menyebut tentang Tanah Malai atau Tanah Pergunungan, tetapi kebanyakan penyelidikan percaya ia sebenarnya mengenai Maldives.
Kang Tai : Sumber China tahun 260M : mencatatkan kewujudan jong Melayu yang mempunyai 7 tiang layar dipanggil "Kunlun-po". Perkataan 'po' berasal dari perkataan Melayu 'perahu'.
Kedah Tua:
- Juga dikenali sebagai Kadaram kepada India Purba, Kalaha kepada Arab purba dan Cheh-Cha kepada Cina purba.
- Kedah Tua juga disebut dalam Kaudimahotsava, sebuah drama Sanskrit Abad ke-8 sebagai Katahanagara.
- Sillapadikaram dan Pattinapalai adalah dua rekod bertulis India yang pertama mengenai Kedah Tua.
- Abu Dulaf Misa'r > Kalah adalah sebuah Kerajaan besar yang dikelilingi tembok, taman bunga, sumber air, kemudahan, pasar dan rumah dengan penduduk yang ramai. Kedah Tua dikenali sebagai Kalah atau Kalah-Bar.
- Akhbar as-Sin wa'l-Hind > catatan Arab yang menyatakan al-Zabaj atau Srivijaya telah mendominasi pemerintahan Kalah-Bar (Kedah Tua).
- Kedah Tua juga telah dinyatakan oleh Al-Idrisi, pengembara Arab dan ahli geografi dalam kitabnya "Ar-Rujjar" (1154).
- Catatan Weng-Hsien Tung-Pao: Chieh-Cha (Kedah) telah menghantar ufti ke China pada tahun 683 Masihi.
- G.R. Tibbetts (1979) : beliau banyak mengkaji teks-teks lama Arab, Kalah (Kedah) merupakan tempat di Asia Tenggara yang paling banyak disebut dalam kitab-kitab lama Arab selepas Zabaj. Menurut beliau lagi, nama 'Qlh" berkemungkinan telah muncul seawal tahun 650 Masihi dalam Akaun Nestorian Christians.
- Sastera Sanggam : Kurun ke-2 Masihi - menyebut Kedah Tua sebagai Kazhagam yang memiliki hubungan perdagangan dengan Madurai.
- Sumber Jakata : pada kurun ke 4-5 Masihi > Kedah Tua dan Langkasuka merupakan 2 kerajaan di Semenanjung.
- Kathasaritsagara : Ocean of Stories > Rekod yang disusun oleh Brahman Somadeva sekitar tahun 1070 Masihi. Kedah Tua disebut beberapa kali menggunakan nama Kataha Dvipa (Wheatley 1961).
- Kaudimahotsava : Sebuah drama Sanskrit abad ke-8 Masihi > menyebut Kedah Tua menggunakan istilah Katahanagara. Dinyatakan bahawa Kedah Tua adalah sebuah bandar-pelabuhan yang terkenal dan telah dikunjungi secara berterusan oleh Pedagang India.
Kevin Reilly : dalam bukunya "The Human Journey: A Concise Introduction to World History" > Bangsa Melayu ialah bangsa paling awal dan pertama belayar di Lautan.
Kertanegara : Raja terakhir dan terpenting Kerajaan Singhasari antara 1268 hingga 1292.
King Kalakaua (Hawaii) : In 1879 , he authored a bill in the Hawaiian Parliament - the first democratically elected national parliament in Austronesia - to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay State. He went around the world in 1881 visiting Japan, Malaya, China, Singapore, Thailand and India.
Kolandiaponta : (Ptolemy, 100 M) > gelaran orang-orang Greek kepada Jong Melayu dalam buku "Geographia".
Kunlun : Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai "Kun-lun" dalam beberapa catatan China. Pada 750M, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou.
Kunlun Bo : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kapal yang dibina oleh Kunlun atau milik Kunlun atau belayar oleh Kunlun atau kargo dan barang-barang dari wilayah Kunlun.
Kunlun-Nu : sebuah cerita oleh Pei Xing (825-880) yang menggambarkan seorang pengawal keselamatan Melayu merangkap pakar silat bernama Mo Le yang kebal, mampu terbang dan mempunyai kebolehan ghaib lain. (Xing, Jue & Roney, 2013). Karya celik huruf ini telah menjadi sumber utama untuk karya seni yang lain, dan telah diterima pakai menjadi filem "The Promise" (2005) dengan pertukaran nama Mo Le kepada Kunlun.
Kurayoshi Takara (Prof. Dr.): beliau percaya keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba "Enkakuji Temple" di dasar laut Okinawa, Jepun adalah berasal dari Melaka kerana Kerajaan Ryukyus pernah berdagang dengan Melaka di abad ke 15.
L.C Damais : Sejak dahulu lagi bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perantara utama atau Lingua Franca di Asia Tenggara amnya dan di Nusantara khasnya.
Langkasuka :
- Kerajaan Langkasuka ialah sebuah kerajaan Buddha kuno yang diasaskan pada awal abad ke-2 Masihi di Semenanjung Tanah Melayu.
- Tarikh Patani yang dikarang oleh Tuan Sheikh Faqih Ali Al-Fathani sekitar tahun 1450 Masihi, menyatakan bahawa pusat Kerajaan Langkasuka yang paling awal adalah di Kedah.
- Manuskrip China menamakannya sebagai Sanfoqi dan Sribhaja, Manuskrip bahasa Parsi dan Sanskrit menggelarkannya 'Javadeh' atau ' Yavadesh' . Pedagang Arab menggelarkannya 'Zabag' . Manuskrip Khmer merujuk Srivijaya sebagai 'Malayu'.
- Gabriel Ferrand mendapati dalam manuskrip 'Sutra of the Twelve Stages of Buddha' diterjemah oleh seorang sami yang bernama Kaladaka bertarikh abad ke-4 Masihi, menyebut tentang sebuah Kerajaan lama yang bernama Cho-Ye yang bermaksud 'Jaya' atau 'Vijaya'.
- Rekod Sejarah Dinasti Ming menggunakan nama Sanfoqi atau Sanfotsi kepada Srivijaya.
Liang Liji (1996) > Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah wujud sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).
Lorenzo Hervas : Ahli Filologi Sepanyol - menumpukan sebahagian besar ideanya Idea deli'universo (1778-1787) kepada penubuhan keluarga bahasa yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu, Maldives, Madagascar, Indonesia, Filipina dan Kepulauan Pasifik ke arah timur ke Pulau Easter.
Ludovico di Varthema : dalam pelayaran ke Melaka dan kepulauan Rempah pada 1505, dicatatkan bahawa Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang ditumpanginya belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.
Lynda Norene Shaffer (Professor) :
- Dalam Buku "Maritime Southeast Asia to 1500" > orang Melayu mampu merentas laut sejauh ribuah batu tanpa bergantung kepada carta pelayaran bertulis dan kompas.
- Bangsa Melayu telah mengajar Orang Cina dalam bidang pelayaran.
- sekurang-kurangnya pada abad ke-3 S.M, orang Cina telah menyaksikan pelayar dan pedagang Melayu menghampiri pantai mereka dengan sebuah kapal besar yang mengarungi lautan (Kunlun-po, colandiophonta) dari apa yang dipanggil Kepulauan Kunlun di laut selatan.
- Dalam penulisannya yang bertajuk "Southernisation" dalam Journal of World History 5, Spring (1994), menyatakan bahawa pelayar-pelayar Melayu telah pun belayar merentasi lautan ke India dan China seawal tahun 300 S.M.
M. Klaproth: dalam penulisannya yang bertajuk 'On The Names of China' (dalam Asiatic Journal, Vol XXIII, 1827), merumuskan bahawa perkataan "Cina" dan "China" itu sendiri berasal dari panggilan dan gelaran orang Melayu terhadap orang-orang dinasti Tsin (Qin) ( "چين" ) dibawah pemerintahan Maharaja Tsin-che-hwang-te yang dikatakan mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 SM.
M.W.Tweedie: dalam bukunya "Pre-History" , mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak 8000 S.M.
Malayo-Polynesia : subkumpulan linguistik keluarga Austronesia yang tersebar di seluruh Asia Tenggara maritim, Madagascar dan pulau-pulau di Lautan Pasifik, serta beberapa wilayah di benua Asia
Manuel de Faria Y Souza : dalam buku "Asia Portugeuza" > Jumlah meriam yang dipunyai Kerajaan Melaka sangat banyak. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Maritime Silk Route : laluan yang menghubungkan Asia Tenggara, Asia Timur, Benua Kecil India, Semenanjung Arab, Afrika timur dan Eropah. Ia bermula pada abad ke-2 SM dan berkembang sehingga abad ke-15 Masihi. Dikendalikan oleh pelayar Austronesia di Asia Tenggara.
Martianus Heraclea: Pencatat Yunani dalam "Periplus of the Erythrean Sea." > Kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China.
Martin Richards : Profesor archeogenetics dari Universiti Leeds melaporkan bukti dalam kajian DNA yang menolak teori Melayu berasal dari Yunnan dan Taiwan.
Merina Kingdom: Di Madagascar, orang Melayu menjadi nenek moyang orang Malagasi, dengan Merina Kingdom mereka yang terkenal.
Mikhail Venyukov : "An Essay on the contemporary state of British dominions in Asia." (1875) > beliau menganggap pegawai-pegawai kolonial British sebagai angkuh dan suka mengeksploitasi sebuah bangsa yang pernah mencapai keagungannya satu masa dahulu. Venyukov turut menyifatkan orang Melayu diperlakukan seperti bangsa bawahan dan sentiasa dimalukan penjajah secara sistematik.
Mokhtar Saidin (Prof.Dr.) : menemui kompleks peleburan besi purba yang luas pada tahun 2009 di Sungai Batu, Kedah, dan sampel bertarikh karbon menunjukkan bahawa ia berasal dari tahun 788 SM.
Mount Ophir: dalam Wikipedia ia merujuk kepada Gunung Ledang di Johor. Sejarah kuno menunjukkan bahawa gunung itu adalah tapak simpanan emas yang kaya. Ophir adalah tanah era alkitabiah yang kaya dengan sumber semula jadi yang disebut dalam Taurat, juga dikenali sebagai Bible Ibrani.
Mpu Prapanca penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya 'Desawarnama' pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar,Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb.
Melayu adalah pembina tamadun awal di Asia Tenggara - The Patriots
Nanchouiwuchih : oleh Wan Zhen, Orang Melayu ditonjolkan kerana kemahiran pelayaran dan kebolehan berdagang. Mereka adalah pembina kapal, pelaut dan pedagang yang hebat. Mereka membina dan melayari kapal besar yang dikenali sebagai "Kunlun-po" (kapal Melayu)
Nanzhou Yiwuzhi : (Strange Things of the South) > Buku abad ke-3 oleh Wan Chen menerangkan kapal (kunlun-po) mampu membawa 600 - 700 orang, bersama lebih daripada 10,000 hu kargo.
New York Times : bertarikh 14 Jun 1874 > "Malay pirates. The Slaughter of Ship's crew - quick retribution".
Niccolo da Conti : dalam perjalanan ke Asia dari 1419 hingga 1444 mencatat Jong yang dijumpai jauh lebih besar dari kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar.
Nicholas Miklouho-Maclay : Saintis Rusia yang melawat Tanah Melayu sekitar 1874-1875 > Banyak maklumat yang dikumpul beliau semasa di Tanah Melayu termasuk beberapa dialek puak-puak yang dikatakan hampir pupus dan maklumat ini diterbitkan pada tahun 1941.
Nik Safiah Karim : Istilah 'Melayu' merujuk kepada Kerajaan atau kawasan dikesan pada 100 - 150 S.M.
O.W. Wolters menulis dalam bukunya 'Early Indonesian Commerce: The Origins of Srivijaya' bahawa Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masehi lagi.
P.Sarasin & S.Sarasin mengemukakan hipotesis asal usul Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah dan disokong oleh R.H. Geldern pada tahun 1932.
P.W. Schmidt:
- Membuat kajian struktur ayat dan perbendaharaan kata Bahasa Champa dan Mon-Khmer.
- Memperkenalkan perkataan Austronesia yang bermaksud pulau Selatan.
Parunkhatai : Epik Tamil bertarikh pada abad ke-10 Masihi telah menyebut Kedah Purba sebagai Kataraththu Irumpu menandakan "besi datang dari Kataram" yang merujuk kepada Kedah Tua. (Zuliskandar et al 2017).
Pattinapalai : bertarikh sekitar 190-200 Masihi, dinyatakan bahawa barangan dari Kazhagam sedang diperdagangkan di Puhar atau di Kaveripattinam. Istilah Kazhagam merujuk kepada Kedah Purba (Nilakanta Sastri 1975).
Paul Johnstone: dalam "The Seacraft of Prehistory" (1980) > mencatatkan bahawa pada kurun ke-3 SM, orang-orang Cina mula belajar membuat layar jenis "batten sail" dari pelaut-pelaut Melayu (K'un-lun po)
Paul Wheatley :
- dalam "Golden Khersonese" (Semenanjung Emas) menyatakan bahawa seorang pencatat Yunani bernama Martianus Heraclea mencatatkan didalam "Periphus of the Outer Sea" tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terleltak di antara benua India dan China.
- Kerajaan Kedah Tua telah didapati dalam catatan China pada tahun 638 Masihi (Golden Khersonese,2010).
- Dalam Catatan Ma Tuan Lin di nyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke China pada tahun 638 Masihi.
Periplous tis Erythras Thalassis : menyebut bagaimana para pedagang sutera belayar hingga ke Tamala, sebuah bandar di Myanmar yang terletak ke Barat Laut Semenanjung Tanah Melayu, dan kemudiannya menyeberangi Segenting Kra untuk ke Teluk Siam dan belayar seterusnya ke pelabuhan utama Qin iaitu Cattigara (kini Óc Eo di Barat Daya Vietnam).
Peter Bellwood:
- dalam bukunya "The Austronesian" , beliau menyatakan bahawan Orang Melayu berhijrah dari Taiwan (Theory out of Taiwan, 1997). Teori ini turut dikenali dengan nama "Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia".
- Telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar tahun 1000 S.M sehingga 100 S.M (M.A. Ishak, 2009) yang merupakan permulaan kepada Tamadun Melayu Champa.
Perlembagaan Malaysia : Perkara 160 (2) > "Melayu" merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam , mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Pertubuhan Genom Manusia (HUGO) : melalui kajian yang diterbitkan pada 2013 menunjukkan bahawa nenek moyang orang Melayu iaitu Semang dan Senoi berhijrah ke Kerajaan Purba Champa yang kini terletak di bahagian Vietnam dan Kemboja.
Pierre Yves Manguin (Professor) : menurut sumber China abad pertama Masihi, Kunlun-bo melawat pelabuhan Cina dan membawa jemaah Buddha menaiki kapal dalam perjalanan ke Sriwijaya (di Sumatera) dan India.
Prasasti / Batu Bersurat:
- Prasasti Kedukan Bukit - 682M > ditemui oleh seorang warga Belanda C.J.Batenburg pada 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, Indonesia di tebing Sungai Tatang, anak sungai Musi. Spesimen tertua bahasa Melayu bertarikh 683 CE dan ditulis dalam tulisan Pallava.
- Prasasti Telaga Batu : ditemui di Sabokingking, Palembang, Indonesia sekitar tahun 1950-an.
- Prasasti Talang Tuwo - 684M > ditemui oleh Louis Constant Westenenk pada 17 November 1920 di kaki Bukit Seguntang dekat Palembang, Indonesia.
- Prasasti Kota Kapur (Bangka) - 686M > ditemui di pantai barat Pulau Bangka, Sumatera Selatan, Indonesia oleh J.K. van ver Meulen pada Disember 1892. Ia menggunakan bahasa Melayu Lama yang ditulis dalam tulisan Pallava.
- Prasasti Laguna Copperplate : ditemui pada 1987 oleh seorang buruh berhampiran muara Sungai Lumbang di Wawa, Lumban, Laguna di Filipina. Ia ditulis dalam Bahasa Melayu Lama menggunakan Skrip Kawi awal.
- Prasasti Dong Yen Chau rekod bertulis terawal Bahasa Melayu ialah seawal abad ke-4 Masehi melalui Tamadun Melayu Champa.
- Prasasti Padang Roco : Prasasti bertarikh 1286 SM, ditemukan pada tahun 1911 dekat sumber sungai Batanghari, kompleks candi Padangroco, Nagari Siguntur, Sitiung, Kabupaten Dharmasraya, Sumatera Barat, Indonesia. Terdapat perkataan "Bhumi Malayu" dalam prasasti ini.
- Prasasti Leiden : peninggalan sejarah yang menjadi bukti kewujudan Kerajaan Srivijaya. Prasasti ini ditulis pada lempengan tembaga bertarikh 1005 Masihi sekarang tersimpan di Leiden, Belanda.
- Prasasti Matari Singa Jaya Himat: menafikan dakwaan Orientalis yang menyatakan bahawa Bangsa Melayu adalah bangsa yang masih baru ciptaan penjajah.
- Prasasti Tanjore : kepingan tembaga di Kuil Parijatavanesvara di Tirukkalar, Tanjore, India > peninggalan Kerajaan Chola, mencatat peristiwa penyerangan ke atas Kedah oleh Kerajaan Chola di bawah pemerintahan Raja Rajendran Chola I pada 1025M.
- Inskripsi Buddhagupta: dari Lembah Bujang, salah satu inskripsi tertua di Asia Tenggara, menandakan zaman kewujudan Kedah Tua sebagai sebuah politik awal.
- Inskripsi Cola : Abad ke 11 Masihi berkaitan dengan serangan Cola ke atas Kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar.
- Inskripsi Madigiriya : diukir oleh Mahinda VI Raja Kerajaan Polonnaruwa Sri Lanka > memuji Raja Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari Raja Chola.
- Inskripsi Amoghapasa: bertarikh 1347 M > Malayapura tersebut dalam inskripsi ini yang bermaksud "Kota Melayu".
Prof. Arysio N. Dos Santos, Pensyarah University of Campinas Sao Paolo bersama Dr. Stephen Oppenheimer turut menamakan Benua Pentas Sunda sebagai 'The Lost Continent of Atlantis' seperti yang digambarkan oleh Ahli Falsafah Greek Plato dalam 'Timaeus and Critias'.
Rekod terawal mengenai 'Nanhai Trade' antara China dan Tanah Melayu sudah wujud sejak 140SM lagi seperti yang tercatat dalam Han-Shu. R.H. Geldern & J.H.C Kern : bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah.
R.H. Geldern: Ahli pra-Sejarah dan pengetua di Iranian Institute and School for Asiatic Studies yang menemui kapak tua dari Asia Tengah dan Gendang Dongson di Utara Vietnam.
R.J. Wilkinson :dalam "The Capture of Malacca, A.D. 1511" > beliau menyebut mengenai beberapa perkataan seperti "Malay gun-Fire" dan "Heavy fire" merujuk kepada pejuang Melayu Melaka ketika itu.
Ralph Olssen > dalam "
Book of Mormon" telah menyatakan bahawa
ibu segala keturunan Manasseh adalah orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Manasseh adalah salah seorang dari 2 anak Nabi Yusuf a.s. iaitu Manasseh dan Ephraim .
Ramayana > dalam epik Ramayana ada disebut Suvarnabhumi (Land of Gold) dan Suvarnadvipa (The Golden Island or Peninsula) MalayDvipa yang bererti Pulau atau Semenanjung Melayu. merujuk Semenanjung Tanah Melayu.
Raymond Kent menyatakan bahawa berkemungkinan besar memang wujud Bangsa Zanj yang merupakan percampuran darah diantara suku-suku tempatan Afrika dengan orang-orang Nusantara.
Rihlatus Silafi : Kitab Arab Lama yang menyebut mengenai Kedah yang dipanggil Kalah-Baar.
Robert Blust dalam 'Model of History of the Austronesian Language Family' menyatakan bahawa Bahasa Austronesia termasuk dalam Bahasa Melayu-Polinesia berasal dari Taiwan (Theory Out of Taiwan).
Robert Dick Read menyatakan bahawa Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrika Timur adalah bangsa Nusantara.
Roland Bradell (Dato' Sir) :
- menganggap istilah 'Meleu-kolon' yang dinyatakan oleh Ptolemy merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Beliau juga menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya.
Rounsevelle Wildman seorang penulis terkenal Amerika Syarikat telah menemui sekeping logam di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dikeluarkan didapati mengandungi emas.
S.Q. Fatimi : dalam "In Quest of Kalah" > dua komoditi utama yang telah menarik minat pedagang dari barat dan timur untuk datang ke Semenanjung Tanah Melayu > tempat pertemuan dan pertukaran perdagangan dan komoditi tempatan seperti rempah ratus dan bahan aromatik.
Sarah Zhang : dalam artikel "Why Mandarin does not come from Chinese", The Atlantic (2019) > perkataan "Mandarin" pula berasal dari penggunaan perkataan "menteri" oleh pelaut-pelaut Melayu yang bermaksud pentadbir atau penasihat. Perkataan tersebut berasal dari perkataan Sanskrit "मन्त्रि" ("mantrī") yang digunapakai orang Melayu bermula kurun ke-7.
Sillapadikaram : salah satu epik Tamil bertarikh sekitar abad ke-2 hingga ke-3 Masihi, semasa zaman Sanggam. Dinyatakan bahawa Kepulauan Melayu telah pun mewujudkan jaringan perdagangan dengan India Selatan.
Simon Elegant : Dalam Far Eastern Economic Review (1999) > "Lima kurun dahulu Melaka dikunjungi 2,000 buah kapal sehari iaitu sesibuk Pelabuhan Singapura moden hari ini yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia."
Slamet Muljana: membuat penyelidikan berdasarkan perbandingan bahasa menyimpulkan bahawa bahasa Austronesia yang didalamnya termasuk bahasa Melayu berasal dari Asia.
Snouk Hurgronje: mengemukakan Teori The Greater India, menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan Tamadun Melayu adalah sebahagian dari proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha.
Spice Trade : Perdagangan Rempah Ratus > melibatkan tamadun sejarah di Asia, Timur Laut Afrika dan Eropah. Aspek Maritim perdagangan ini telah dikuasai oleh orang Austronesia di Asia Tenggara menjelang 1500 SM.
Stephen Oppenheimer (Dr.) :
- Orang Asli khususnya dari Suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
- Dalam bukunya "Eden in the East" - beliau memperincikan teori migrasi penduduk awal dunia.
- Orang Asli khususnya daripada Suku Senoi, Semang & Melayu Proto merupakan "pemegang Obor" yang merintis tamadun manusia moden.
- Teori Out of Sundaland > mencadangkan Asia Tenggara sebagai pusat awal tamadun dunia yang dipanggil Sunda Shelf (Sundaland ) sekitar 16,000 tahun dahulu.
Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu > rekod sejarah mengenai Melaka
Sumio Fukami yang telah mengkaji catatan Chima Shiji Text dan Hanshu Text mendapati bahawa Kapur Barus (Camphor) dari Asia Tenggara sudah masyhur di Guangzhou seawal abad ke-2 S.M. atau lebih awal lagi. Malahan Pulau Pisang dibahagian Selatan Selat Melaka dirakam dalam catatan Dinasti Han pada tahun 111 SM.
Suvarnabhumi: Asia Tenggara dpanggil Suvarnabhumi yang bermaksud Tanah Emas dalam bahasa Sanskrit.
Suzuki Takashi (Dr.) : dalam bukunya tentang Srivijaya,ibu kotanya ialah Chaiya (asalnya Cahaya) yang terletak di pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu.
Taiping Yulan (982 M) : sebuah buku oleh Kang T'ai menerangkan tentang kapal dengan tujuh layar dipanggil po atau ta po (kapal besar) yang boleh mengembara sejauh Syria. Perkataan 'po' mungkin berasal daripada perkataan Melayu 'perahu' (wikipedia)
Tatiana M. Karafet (2015) : Kajiannya mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan Melayu. Ibu orang Melayu telah berada di Kepulauan Melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan bapa orang Melayu pula 40,000 tahun dahulu.
Teori Antropologi mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari percampuran 2 bangsa iaitu :
- Proto Malay : Ras Mongoloid berhijrah ke Nusantara sekitar 2500-1500 SM, kemungkinan berasal dari Yunnan di Selatan China, New Guinea atau Kepulauan Taiwan.
- Deutro Malay : berasal dari Dataran Asia Tengah dan Selatan yang datang ke Nusantara sekitar tahun 300 SM.
Teori Linguistik : menentukan keberadaan dan liputan kawasanalam Melayu menggunakan indikator bahasa yang digunakan. Sebanyak 1,200 varian bahasa Malayo-Polynesia digunakan di segenap kawasan Malayo-Polynesia atau
Austronesia ini.
Teori Pentas Sunda : digunakan oleh Anthony Reid untuk menentukan kawasan geografi Alam Melayu.
Teori Wallace Line: tahun 1859 > hasil kajian Alfred Russel Wallace terhadap kepelbagaian spesies flora dan fauna di Nusantara.
The London Quaterly Review jilid 86-87 (1850) : menyatakan mengenai emas di Gunung Ledang (Mount Ophir) . "In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold"
Nama Mount Ophir (Gunung Ledang) disebut dalam kitab Injil Hebrew Versi Raja James (King James Version) Book of Job 28:16 : "It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire"
Theory Out of Nusantara : J.Crawfurd, K.Himly, Sultan Takdir Alishahbana dan Gorys Keraf> orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, mereka berasal dan berkembang di Nusantara. Nusantara berasal dari perkataan 'Nusa' dan 'Antara' yang bermaksud satu benua terdiri dari pulau-pulau.
Theory Out of Sundaland : Dr. Stephen Oppenheimer - berdasarkan analisis DNA, arkeologi dan etnologi, Asia Tenggara adalah pusat awal peradaban dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun yang lalu.
Theory Out of Taiwan : > tahun 1985, Robert Blust dan Peter Bellwood mengeluarkan hipotesis kontroversi yang menyatakan bahawa asal-usul masyarakat penutur bahasa Austronesia (termasuk Malaysia) berasal dari Taiwan. Juga dikenali sebagai "Teori Keretapi Ekspres ke Polinesia".
Theory Out of Yunan (1988): Hendrik Kern dan Robert von Heine Geldern > kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China telah berhijrah dan menduduki Asia Tenggara. Teori ini disokong oleh R.H.Geldern, J.R. Logan, Slametmuljana & Asmah Hj Omar. Teori ini disangkal hasil kajian UKM yang mengesahkan rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak lebih 40,000 tahun yang lalu.
Thomas John Newbold : pernah mencatatkan dalam "Political and Statistical Account of the British Settlement in The Straits of Malacca,Volume 2" > kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar kepulauan Melayu.
Tom Pires
- dalam 'Suma Oriental' adalah merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Seletar (Celates), salah satu sub-etnik Melayu Asli. Beliau yang pernah tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga 1515 merujuk Tanah Melayu sebagai Terra de Tana Malaio.
- Dalam Suma Oriental, beliau menyatakan "Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher (dapat menguasai) Venice.
UNESCO: Pada 1972 UNESCO mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Valery Yakovlevish Bryusov: Penyair Rusia dalam "Malay Song" yang ditulis pada tahun 1909 seseorang boleh melihat banyak rujukan ke pulau-pulau Kepulauan Melayu seperti bau bunga Chempaka, buah tin, pisang, pandan, kelapa, sawah padi, harimau di dalam hutan dan ombak putih di laut.
Van Nguyen et al.2000 : Orang Melayu Proto berhijrah dari Sungai Mekong ke Semenanjung Tanah Melayu
Van Rongkel > orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesia atau Malaya-Polinesia.
Vayu Purana : sebuah Kitab Hindu dalam Bab 48 yang ditulis pada zaman Gautama Buddha terdapat perkataan Malay Dvipa yang merujuk kepada Tanah Melayu.
W. Linehan :
- dalam bukunya "History of Pahang" menyatakan bahawa negeri Yang menghasilkan meriam terbaik ialah Pahang sekitar 1600 Masihi.
- Dalam rencananya "The Earliest Word-list and Dictionaries of Malay Language" - sebelum kedatangan Portugis di awal abad ke 16, telah ada sebuah kamus atau kumpulan perkataan Melayu-Cina yang ditulis dengan huruf kanji.
Wan Chen : sumber China abad ke 3M > dalam "Strange Things of the South" mencatat kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan (merujuk kpd Jong Melayu).
Wan Hashim Wan Teh (Datuk Dr.) : Pakar Arkeologi Malaysia > bangsa Melayu sebenarnya sudah berada di Nusantara sejak 74,000 S.M.
Wei Djao: dalam "Being Chinese - Voices from the Diaspora" (2003) > Kewujudan cengkerang dan tulang tapir dari Semenajung Tanah Melayu dijumpai di Makam Maharaja Wuding zaman Dinasti Shang (1328 - 1263 SM) .
Wenceslao Vinzons : seorang intelektual Filipina menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe pada tahun 1930 an untuk menggalakkan pengajian sejarah, tamadun dan kebudayaan bangsa Melayu dan memperkembangkan sentimen persatuan dalam kalangan bangsa-bangsa berkulit sawo matang.
Wilhelm von Humboldt:
- dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
- Beliau memperkenalkan istilah Malayo-Polynesia.
William Ellis: beliau menyatakan berdasarkan buku "Polynesian Researches, Volume 1" - pada halaman 122 ada menyatakan bahawa terdapat penemuan tengkorak di gua di Kentucky dan Tenessee. Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa tulang itu adalah milik orang Melayu, serta Polynesia.
William Marsden: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia merupakan bahasa yang serumpun.
William N.Armstrong: dalam "Around The World with a King" (1904), pada halaman 126, ketika Raja Kalakaua dari Hawaii bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan Mac 1881, beliau dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya kami orang Polinesia ini ada darah Melayu. Maka jawab Raja Thailand itu, kami orang Thailand pun ada darah Melayu juga.
William Scott-Elliot > dalam bukunya "The Story of Atlantis and The Lost Lemuria" > Lemuria wujud di wilayah Nusantara.
William Solheim: dalam "Theory out of Island Origin" :
- Induk bahasa Austronesia adalah di kawasan pesisir Pantai Vietnam.
- Percaya bahawa kronologi pembentukan kaum Proto – Austronesian bermula di Champa dan Semenanjung Malaysia.
- Menggunakan istilah “Nusantao” (Orang di Kepulauan di Melayu Nusantara), dan mengklasifikasi mereka moyang asli orang Asia Tenggara.
- Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
- Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469.
Xuanzang: Sami Buddha dari China yang mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu dipertengahan perjalanannya ke India.
Yi-Jing:
- dalam catatan beliau tahun 671 M ada menyebut Shilifoshi iaitu Srivijaya.
- Dalam tahun 685 Yi Jing kembali ke Srivijaya untuk melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddha dan menulis dalam bukunya "南海寄归內法传" Nánhǎi jì guī nèi fǎ chuán atau "A Record of Buddhist Practices Sent Home from the Southern Sea" yang menyebut 末羅遊州,即今尸利佛逝國是 Meluoyu kini telah menjadi (sebahagian daripada) n
- Negara Shilifoshi. Bermakna Srivijaya telah menakluki Moluoyu.
- Beliau menyebut tentang negeri Kedah ketika dalam perjalanannya ke Nalanda di India.
Zafarina Zainuddin (Dr.) : melalui kajian DNA, orang Kelantan memiliki gen sebenar orang Melayu. Orang Melayu ditemui mempunya DNA Mitokondria yang berusia puluhan ribu tahun, sama seperti orang Asli Semang.
Zaharah Sulaiman:
- Masyarakat orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini.
- Orang Melayu mempunyai set DNA Mitokondria kedua tertua di dunia selepas orang Afrika.
Zakaria Ali : Dalam "Islamic Art in Southeast Asia 830 A.D - 1570 A.D Halaman 189-204 menyatakan bahawa Kedah Tua begitu masyur di kalangan pedangang Arab sebagai tempat membuat pedang yang berkualiti di mana mereka memanggilnya sebagai Pegang Qala'i.
Zulheimy Maamor Blogspot:
RUJUKAN:
- BIBLIOGRAFI - ALAM MELAYU, BAHASA, TAMADUN DAN SEBAGAINYA.
- RUJUKAN KAJIAN & CATATAN MENGENAI MELAYU : BAHASA, BANGSA, TAMADUN DLL..
- TRACING THE MALAYS IN THE MALAY LAND
- Abdullah Sidek : Membongkar Misteri Bangsa Melayu: Perihal Melayu yang perlu kita Tahu - Hijaz Records Publishing, 2020.
- Alan Teh Leam Seng : Old-New History of Ancient Kedah - New Straits Times,2017.
- Farahana Shuhaimi : Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka - Patriots Publication, 2018.
- Hadi Fayyadh : The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol - Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd, 2018.
- Hasanuddin Yusof : Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2017.
- Hasanuddin Yusof : Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2018.
- Prof. Dr. Hashim Musa & Dr. Rohaidah Kamarudin : Hang Tuah - Catatan Okinawa - Penerbitan UPM,Serdang, 2015.
- Leonard Y. Andaya : The Search for the 'Origin' of Melayu > Journal of Southeast Asian Studies, , 32 (3) pp 315-330 October 2001 (NUS)
- Lynda N. Shaffer: Maritime Southeast Asia to 1500 : London: M.E. Sharpe (1995)
- Lynda N. Shaffer : Southernization : Journal of the World History Vol.6 (1994)
- Namri Sidek - Teori 'Keluar Dari Taiwan': Benarkanorang Melayu asal-usulnya dari Pulau Taiwan? > Illuminasi.com
- Datin Hjh Ruslaini Othman : Membongkar Misteri Hikayat Melayu : Antara Yang Tersurat dan Yang Tersirat - Hijaz Records Publishing (2018).
- Peter Bellwood, James J.Fox, Darrell Tyron (2006) - The Austronesians : Historical and Comparative Perspectives.
- Sarah Kamal : Misteri Kisah Lagenda Melayu - Hijaz Records Publishing (2021).
- Srikandi, Al-Semantani & Inbu-Rusydi : Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Peribumi Asia Tenggara, Menjawab Kekeliruan Sejarah - HR Publishing (2015).
- Srikandi : Baiduri Segala Permaisuri : Koleksi Catatan Cik Srikandi - Terkfaktab Media (2016).
- Stephen Oppenheimer : Eden in The East: The Drowned Continent of Southeast Asia, (1999) / Out of Eden: The Peopling of the World (2012).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria - Hijaz Records Publishing (2019).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Henry The Black, Panglima Awang : Pelayar Melayu Pertama Mengeliling Dunia - Hijaz Records Publishing (2020).
- Tun Suzana Tun Othman & Hasanuddin Yusof : Rahsia Penaklukan Melaka 1511 - Penerbitan Alami Sdn Bhd (2020)
- Liaw Yock Fang : Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan, 2007.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
18 September 2022 : 10.16 am
No comments:
Post a Comment