Sumber: Sungai Batu 788 BC: The Great Kingdom of Kedah Tua
Dibawah ini adalah ulasan dari penerbitan yang baru terbit bertajuk :-
New Evidence Of Ancient Kedah Iron Smelting Sites At Sungai Batu Archaeological Complex (SBAC), Bujang Valley, Kedah, Malaysia
Mohd Hasfarisham Abd Halim,*, Naizatul Akma Mohd Mokhtar, Shyeh Sahibul Karamah Masnan, Mokhtar Saidin
Apabila pihak PPAG (USM) pada tahun 2019 yang ketika itu diketuai oleh Prof Dsto’ Mokhtar Saidin dan pasukan galiselidiknya menemui pentarikhan peleburan besi abad ke 8 SM, apakah mereka bersendirian
Tidak, kerana Bronson pada tahun 1985 telah merumuskan peleburan besi di Asia Tenggara bermula pada abad ke 5 SM, malahan beliau menyatakan memang ada pentarikhan seawal abad ke 10 SM di temui di Thailand namun kajian lanjut diperlukan.
Penerbitan terbaru pasukan penyelidik Kompleks Arkeologi Sungai Batu (KASB) tersebut, saya ulaskan dalam beberapa aspek dan seringkas mungkin untuk memudahkan orang awam memahaminya.
a. Taburan tapak peleburan besi di Asia Tenggara
b. Pentarikhan di tapak-tapak tersebut
c. Geologi Gunung Jerai / Lembah Bujang
d. Tapak dan pentarikhan di Sungai Batu
e. Sinergi tinggalan tapak pelabuhan dan bengkel peleburan
f. Perbincangan dsn kesimpulan
Perkara di atas akan di bentangkan tanpa nembawa aspek teknikal kerana kita akan cuba terus kepada intipati. Bagi mereka yang berminat pada fskta teknikal, boleh membacanya pada link di bawah.
a. Taburan tapak peleburan besi di Asia Tenggara
Menurut Bronson dan Higham, peleburan purba di Asia Tenggara meliputi keseluruhan negara moden iaitu Thailand, Indonesia (Kalimantan dan Sulawesi), Myanmar, Laos, Cambodia dan Filipina. Rumusan yang dibust mereka ialah pentarikhan yang terawal ialah di Thailand dan Indonesia iaitu abad ke 5 SM. Agak janggal mengapa Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Menurut kertas kajian tersebut ialah kerana kajian arkeologi di Lembah Bujang iebih tertumpu dan ‘sibuk’ pada tinggalan monumen dan keugamaan, walaupun relau telah ditemui pada tahun 1990 an, namun interpretasi terhadap penemuan itu amat mengecewakan dan terhenti disitu.
Justeru penemuan tapak peleburan besi di Sungai Batu pada tahun 2009 melengkapkan taburan perusahaan besi Asia Tenggara malahan ia paling besar dan terawal. Paling besar kerana KASB satu-satunya tapak yang ditemui jumlah tuyere yang terbanyak didunia yang berstatus industri.
b. Pentarikhan yang dicatat di Asia Tenggara, yang dicatat oleh Higham, Bronson, Natapintu, Kijngam dan lain-lain menjangkau tidak kurang dari 25 pentarikhan di beberapa tapak industri besi Asia Tenggara ysng bertarikh antara abad ke 6 – 5 SM. Manakala ada objek besi yang dijumpai di Ban Chiang bertarikh lebih kurang 800 SM, tidak jauh dari pentarikhan Sg Batu, iaitu 788 SM. Berbeza dengan penemuan-penemuan di atas, penemuan tapak peleburan besi di Sungai Batu, bergandingan dengan struktur binaan pelabuhan, jeti atau dermaga, tapak upacara (ritual) dan inskripsi yang menunjukkan wujudnya masyarakat yang berperadaban.
c. Aspek geologi di Gunung Jerai, Lembah Bujang , Sungai Batu jelas menunjukkan limpahan mineral yang berbagai dan berharga. Bijih besi dari mineral hematite dan magnetite merupakan sumber bahan mentah utama untuk industri peleburan besi. Lembangan di Lembah Bujang pula menyediakan sumber bahan api yang terbaik, iaitu kayu bakau. Dengan faktor di atas, agak sukar untuk menafikan Sungai Batu tidak terlibat dalam industri besi seawal tapak-tapak lain yang ditemui diserata Asia Tenggaral. Kertas kajian tersebut membayangkan bukan hanya besi, tetapi logam berharga seperti emas mungkin merupakan daya tarikan pedagang asing ke Semenanjung Melayu atau Semenanjung Emas ini.
d. Sebaik tahun 2007, apabila pasukan PPAG USM di bawah Prof Mokhtar menemui tapak peleburan besi purba di Sungai Batu, maka tercantumlah titik-titik perusahaan besi Asia Tenggara yang telah wujud tidak lewat dari abad ke 5 SM. Namun, menurut Bronson ia lebih awal lagi dan menjangkau abad ke 10 SM.
Untuk kefahaman awal, sebelum terus membaca kertas kajian tersebut, perlu dijelaskan, terdapat dua bahan penting yang diuji untuk pentarikhan di Sungai Batu. Pertama ialah arang dari bekas relau untuk penentuan tarikh industri besi.Tiada keraguan tentang kaedah pentarikhan karbon menggunakan arang dari relau, kerana kaedah itu adalah standard yang digunakan oleh arkeoligis barat yang disebut di atas.
Kedua ialah pentarikhan atas bata untuk menentukan tarikh binaan di pelabuhan dan tapak upacara. Kedua-,,dua bahan tersebut akan melalui proses makmal yang berlainan. Untuk teknikal, sila rujik kertas kajian.
Terdapat 17 tapak peleburan dan sampel untuk pentarikhan diambil dari 14 tapak. dan ada 4 pentarikhan yang paling awal dari 3 tapak, iaitu tapak SB2H , SB1ZY dan SB2F. Pentarikhan yang diperolehi ialah abad ke 8 SM, 7 SM, 4 SM dan 1 SM.
Pentarikhan OSL untuk bata pula, sebanyak 29 samprl diambil dari jeti, bangunan pelabuhan dan tapak upacara. 15 darinya bertarikh sebelum masihi dan dari 15 itu, tapak SB1R ( abad 5 SM), SB1S ( abad 5 SM), SB1T (abad 2 SM), SB1W (abad 5 SM), SB2D (abad ke 6 SM)
e. Berdasarkan pentarikhan di atas, yang menggunakan kaedah yang berlainan, untuk bahan yang berlainan dari fungsi yang berlainan, namun julat pentarikhannya berkisar dalam jangkamasa yang sama. Ini membuktikan kewujudan sinergi antara peleburan besi yang menghasilkan jongkong dan fungsi pelabuhan yang merangsang pertumbuhan industri dan perdagangan.
Bermula dari perusahaan besi pada abad jec8 SM, kemudian dipacu dengan pembinaan pelabuhan, jeti dan bangunan pentadbiran pelabuhan pada abad ke 6 , justeru pembuktian seterunya harus diteroka bukan penafian yang digembar gemburkan.
f. Dengan kajian empirikal dan data teknikal yang sarat ditunjukkan dalam kertas kerja tersebut, ia membuktikan Sungai Batu satu-satunya tamadun yang berasaskan industri , maka ia adalah cIri untuk OUV (Nilai Keunggulan Sejagat) yang kuat.
Terdapat 4 tapak yang dipenuhi dengan tuyere yang berjumlah ratusan ribu yang merupakan penemuan terbesar di dunia yang secara praktiknyamampu memenuhi keperluan pembangunan ekonomi pemerintah.
PENAFIAN :; ULASAN DI ATAS IALAH KEFAHAMAN ADMIN. TIADA KETERLIBATAN PIHAK LAIN.
Untuk pemahaman lanjut, sila baca kajian lengkap di bawah.
Copy and Paste:
1/3/2025: 12.31 p.m
No comments:
Post a Comment