- A.E.Walker , I.D.Christian dan J.M.Alisson : Peladang Inggeris yang dibunuh oleh komunis di Sg.Siput, Perak pada 16 Jun 1948 yang menyebabkan bermula Darurat di Tanah Melayu.
- A.G. Sanson (ASP) : dibunuh oleh komunis di Kati, Perak.
- A.J. Williams : Royal Navy : terkorban dalam nahas Helikopter di Ulu Sungai Puro, Kapit, Sarawak pada 4 Mac 1965.
- A.J.F Penin (AP/Inspector) : terkorban di Tasek Gelugor pada 10 Oktober 1948.
- Abd Jabar bin Othman (PC 46737) : PPH > terkorban dalam serang hendap komunis semasa Op Sawadee Salam di Sempadan Malaysia-Thailand pada 10.2.1970.
- Abdul Hamid bin Ismail (Lt. Muda) : Batalion 3, Rejimen Askar Melayu DiRaja > terkorban dalam operasi di Baling, Kedah pada 8.9. 1973. Penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Abdul Jalil bin Ibrahim : Juruaudit Bank Negara Malaysia > mati dibunuh di Hong Kong tahun 1985 ketika menyiasat kes Skandal Bank Bumiputra Finance (BMF). Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, orang awam pertama dikurniakan pingat tersebut.
- Abdul Kajid bin Jamaludin (TPC) : anggota polis terkorban dalam nahas kenderaan di Kota Tinggi, Johor pada 13.12.1949.
- Abdul Rahman bin Hashim (Tan Sri) : Ketua Polis Negara (1973 - 1974) > ditembak mati oleh 2 pengganas komunis di persimpangan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
- Abdul Rahman bin Shar (Special Constable) : ditembak mati oleh komunis di sebuah ladang di Batu Caves, Selangor paada 5.4.1949.
- Abdul Razak bin Hussein (Lt. Muda) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam operasi di Sendiawan, Sarawak pada 1970. Penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Abdul Wahid bin Daing Malinda (Lans Koperal 929149) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban akibat jerangkap samar pada 24.2.1976 di Lundu, Sarawak.
- Abdullah bin Saad (411595 Lt. Muda) :Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban ketika Ops Setia 12 di Keramat Pulai pada 19 Jun 1978.
- Abu Bakar bin Ali (Sjn 1541) : Jungle Squad > terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Batu Gajah, Perak pada 6.1.1950.
- Abu Bakar Bin Ngah Wahab (Konstabel) : Pasukan Polis Hutan > terkorban di Betong, Selatan Thailand pada 15.8.1968. Penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Adnan bin Saidi (Leftenan) : Batalipn Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja > terkorban dalam pertempuran dengan tentera Jepun di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942.
- Appu a/l Veloo (Inspektor) : Police Jungle Squad > terkorban dalam Operasi di Pahang pada 8 Januari 1955.
- B.F.S. Cooper (ASP G/466) : terkorban dalam operasi di Gemencheh, N.S pada 14.12.1948.
- Bachik bin Botok (PC 26004) : PPH > Mati tertembak diri sendiri di Fort Legap, Sungai Siput, Perak pada 22.10.1964.
- Bahari bin Amat (Konstabel 28669) : terkorban dalam operasi di Pulau Pinang pada 15.1.1956.
- Baharuddin bin Yahaya (1011919 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Op Setia 8 di Korbu Lasah, Perak pada 1.6.1979
- Bujang @ Malik bin Sintal (PC168/4) : PPH > terkorban semasa Op Paradom di Sibu, Sarawak pada 26.5.1971.
- C.A.O. Keeffe (Lieutenant) : Police Jungle Squad > terkorban dalam operasi anti Komunis di Pahang pada 16 Januari 1955.
- C.O. Hara Murray M.C (Cadet) : anggota Polis terkorban dalam operasi di Bertam, Kelantan pada 14.12.1949.
- C.W.H. Morgan (E/Sgt 238) : beliau bersama seorang lagi anggota (tiada nama) terkorban dalam kejadian tembak menembak di Sungai Senerap Estate Road, Segamat, Johor pada 5.6.1949.
- Chan Kam Weng (Koperal ) : FMSVF > terkorban dalam pertempuran di Singapura pada 15 Februari 1942.
- Che Wan bin Sulaiman (Sjn) : anggota ditikam oleh Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan pada 29 April 1915.
- Chew Meng Fatt (L/Sgt) : anggota Polis ditembak mati di Aston Road, Bukit Mertajam, P.Pinang pada 14.8.1949.
- Chin Chin Kooi (Inspektor) : Cawangan Khas PDRM > terkorban ketika bertempur dengan 6 anggota komunis yang menyerbu masuk ke rumahnya pada 12 Julai 1973 - dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa .
- Cho Seow Lim (Kapten) : Melaka B Company, 4th Straits Settlement Volunteer Force > terkorban dalam pertempuran pada 13 Februari 1942 di Singapura.
- Chong Kek Oh (D/Sgt 332) Cawangan Khas PDRM : ditembak mati oleh komunis di Sungai Siput, Perak pada 22.10.1973.
- D.R. Parson (F/Lieutenant) : terkorban dalam misi serangan bom ke atas pengganas komunis pada 2 Mei 1953.
- E.J. Eldrigde (E/Sgt) : terkorban dalam pertempuran dengan komunis di sempadan Malaysia/Thailand pada 11.1.1949.
- E.J. Hudges (P/Lt 399
- F.J. Caffrey (E/Sgt) : maut dalam kemalangan jalanraya di Rasa, Ulu Selangor pada 22.4.1949.
- F.R. Young (Sarjan) : anggota Polis - terkorban dalam serangan hendap komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 22 Januari 1950.
- Faridon bin Abdul Ghani (PC 50053) : PPH > terkorban ketika Op Selamat Sawadi di Thailand pada 19.7.1971.
- G. Blenkinsop (E/Sgt 350) : terkorban dalam serang hendap komunis di Bangi Road pada 12.12.1948.
- G.A. Swan : E/Sgt > terkorban dalam operasi pada 24.11.1948.
- G.C. Sanson (ASP) : dibunuh oleh komunis di Kati, Perak.
- G.E.M McBoyle (E/Sgt) : terkorban semasa operasi di Ipoh, Perak pada 21.3.1949.
- Gani ak Binjoi (Koperal) : UNOSOM 11 > terkorban dalam serang hendap di Hotel Guled, Mogadishu, Somalia pada 18 Julai 1994 > dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani pada 3 Jun 1995.
- Gunasekaran Naidu a/l Ratinam (Inspektor) : Pasukan Senoi Praaq Polis > terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Ulu Kelantan pada 9 Jun 1980. Dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani.
- Hamdan bin Kuncit (931868 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban akibat Jerangkap Samar pada 24.2.1976 di Lundu, Sarawak.
- Hamzah bin Abu (2075 Sarjan) - Batalion Pertama RAMD > terkorban dalam pertempuran dengan komunis pada 4 Ogos 1954.
- Herman Wong Teck Hung (Inspektor) : Polis Cawangan Khas di Sibu, Sarawak > ditembak mati dihadapan rumahnya pada petang 18 Disember 1970 di Sibu, Sarawak.
- Hussein bin Kulop Mat Sari (Konstabel) : terkorban dalam pertempuran di Batu Gajah, Perak pada 14.12.1948.
- Ibrahim bin Manap : PC 11796 > terkorban dalam operasi pada 7.12.1949..
- J.A.C. Morgan : Royal Navy > juruterbang Helikopter Hiller 12E XS164 terhempas di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak pada 9 April 1965.
- J.A.Embery (Cadet G/621) : ditembak oleh komunis di Kemaman, Terengganu pada 24.7.1949.
- J.A. Power (E/Sgt 75) : terkorban dalam serang hendap komunis di Muar, Johor pada 1.12.1948.
- J.E. Olgivie : Polis Bantuan yang terbunuh di Chemor, Perak pada 5 Ogos 1948.
- J.O. Neill (AP/Inspector) : died in incident in Johor Bahru on 25.12.1949
- Jaweng ak Jugah : Iban Tracker > terkorban dalam pertempuran dengan komunis pada 15 Mac 1951 - anggota Iban Tracker yang pertama gugur di Tanah Melayu.
- Jihed ak Nyamoi (931468 L/Koperal) : Batalion 8 Rejimen Renjer > mati kerana keracunan makanan ketika Ops Kota Foxtrot Siri 2/201 pada 15 Ogos 2001.
- Jurit Bin Kida (PC 29964) : PPH > terkorban dalam serang hendap komunis semasa Op Ngayau di Sarawak pada 8.9.1971.
- Jus bin Kisu (932225 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > maut apabila terjatuh dari kenderaan 3 tan pada 8.4.1976 di Lundu, Sarawak.
- K.W. Burnham : Polis Bantuan > terkorban di Kulim,Kedah pada 8 Ogos 1948.
- Kader bin Mahmud : Special Constable > terkorban dalam operasi di Nibong Tibor, Pulau Pinang pada 23 April 1954.
- Kartar Singh (Inspector) : Police Jungle Squad > beliau bersama 7 lagi anggota polis (tiada rekod) dari Pasukan Jungle Squad Polis terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Rawang, Selangor pada 12.7.1949.
- Khalid bin Din (Konstabel 6509) : Police Jungle Squad > terkorban dalam operasi di Labis, Johor pada 2 November 1955.
- Khoo Heng Peng (L/Sgt) : FMSVF > terkorban dalam pertempuran di Singapura pada 15 Februari 1942.
- Khoo Chong Kong (Tan Sri) : Ketua Polis Perak > beliau bersama pemandunya ditembak mati oleh 2 anggota komunis di Jalan Anderson, Ipoh, Perak pada 13 November 1975.
- Kok Kee Teik (D/Sgt) : ditembak oleh komunis di sebuah kedai kopi di Balik Pulau, George Town, P.Pinang pada 27.11.1948.
- Koming bin Hj Mufti (PC 10096) : maut akibat kemalangan jalanraya di Muar, Johor pada 20.12.1949.
- L. Whittingham (Lieutenant) : Police Jungle Squad > terkorban dalam operasi di Kinta, Perak pada 24 Mac 1955.
- L.W. Litkie (AP/Inspector) : terkorban dalam satu operasi pada 10.6.1949.
- Lau See Kaw (D/PC 30864) Cawangan Khas PDRM : ditembak mati oleh komunis di Malim Nawar, Perak pada 3.1.1974.
- Lee Han Cheong (Koperal) : Batalion 5, Pasukan Polis Hutan > terkorban akibat terpijak jerangkap samar semasa Ops Ngasu di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak pada 26 Julai 1973.
- Lee Hock Lay (Konstabel) : PPH > terkorban dalam nahas trafik pada 30.10.1961
- Lee Yoon Chin (D/Sgt 703) Cawangan Khas PDRM: ditembak mati oleh penjenayah di Melaka pada 2.4.1974.
- Lemon ak Rona (931463 LKpl) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Op Setia 3/80 di Gopeng, Perak pada 5.4.1980.
- Lengu a/k China : Batalion Pertama, Rejimen Renjer > terkorban dalam operasi di Sungai Katibas, Song, Sarawak pada 20 Januari 1971 - dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Jun 1971.
- Lim Poh Aun (Prebet) : FMSVF > terkorban dalam pertempuran di Singapura pada 15 Februari 1942.
- M.R. Thompson (Lieutenant) : Royal Navy > Pilot Helikopter Wessex 1 XP108 > terkorban bersama krewnya apabila helikopternya terhempas di Ulu Sungai Puro, Kapit, Sarawak pada 4 Mac 1965.
- M.S. Urquhart: Auxilliary Police > terkorban di Tg. Tuallang pada 15.11.1948.
- Mat Aznan bin Awang (Koperal) : 19 RAMD (Mekanis) > terkorban dalam Misi menyelamatkan 70 anggota U.S. Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 4 Oktober 1993. Dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 4 Jun 1994.
- Mat Isa (8306 Pbt) : dari Batalion Pertama RAMD terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Gunung Kantan, Chemor, Perak pada 18 September 1954.
- Mat Isa bin Hasan (Renjer) : Platun 6, Kompeni B, Batalion 5 Rejimen Renjer > Terkorban dalam Operasi di Sungai Liang, Raub, Pahang pada 11 Januari 1974. Dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani pada 4 Jun 1975.
- Mat Zain bin Mat Yasin (P/Inspector) : terkorban di Pasir Pinji, Ipoh, Perak pada 25.8.1976 > Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Meor Saidin bin Meor Ahmad (Konstabel 9828) : terkorban dalam operasi di Perak pada 11 November 1955.
- Michael John Parry (Petty Officer) : HMS Bulwark > mati lemas apabila bot panjang yang beliau naiki karam di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak pada 17 November 1964.
- Mohamad bin Mahmor (Konstabel) : terkorban dalam operasi di Kluang, Johor pada 20 Januari 1955.
- Mohammad binAli (931631 LKpl) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Op Setia 12 di Keramat Pulai pada 19 Jun 1978.
- Mohana Chandran a/l Velayuthan (Kapten) : Batalion 4, Rejimen Renjer > terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Hutan Simpan Hulu Kinta, Perak pada 13 Jun 1971. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1972.
- Mohd Fakaruddin Zakaria (PC 152925) : terkorban ketika cuba menangkap seorang penjenayah di Kg. Baru, Semenyih, Selangor pada 9.9.2007. Menerima Pingat PGB.
- Mohd Seruji bin Harun (213602 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Ops Cahaya Bena Satu, terpijak jerangkap samar pada 3 Julai 1977 di Selatan Thailand.
- Mohd Taib (PC 11483) : anggota Jungle Squad yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Kemaman, Terengganu pada 15 Ogos 1948.
- Mohd Zabri bin Abdul Hamid (ASP) : Anggota VAT 69 PDRM > terkorban akibat terpijak jerangkap Samar di Grik, Perak pada 3.9.1975. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- N.A. Gutsell (Colonel) : peladang Inggeris yang dibunuh oleh komunis di Kleress Rubber Estate, Seremban, N.S pada 10 Februari 1949.
- N.H. Pullan (E/Sgt 53) : terkorban dalam satu operasi di Batu Berendam, Pahang pada 29.5.1949.
- Nasruddin bin Che Yeoh (Koperal) : Police Federal Reserve Unit > terkorban dalam rusuhan Pendatang Tanpa Izin di Kem Tahanan Semenyih pada 26.3.1998. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Nazaldin bin Kassim (Renjer) : Rejimen Renjer > terkorban dalam pertempuran di Ulu Muda, Gubir, Kedah pada 24.3.1973. Penerima Pingat Panglima Gagah Berani.
- Ong Kim Sai (Koperal) : FMSVF > terkorban dalam pertempuran di Singapura pada 15 Februari 1942.
- Ong Soon Chua (D/Sgt 24526) Cawangan Khas PDRM : ditembak mati oleh seorang penjenayah di Chemor, Perak pada 24.4.1974.
- R.Hore (Cadet) : Terkorban dalam pertempuran di Jelebu, N.S pada 14.12.1948.
- R. Jones (E/Sgt 26) : meninggal dunia akibat cedera parah di Kuantan, Pahang pada 14.12.1948.
- R.H. Best : Auxilliary Police > terkorban di Tanjong Tuallang pada 15.11.1948.
- R.H. Fookes (Cadet G/815) : beliau bersama 5 lagi anggota Polis (tiada rekod) terbunuh dalam serang hendap komunis di Padang Piol, Jerantut, Pahang pada 9.4.1949.
- Ramli bin Othman (1011276 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Op Setia 8 di Korbu Lasah, Perak pada 1.6.1979.
- Rani bin Harun (PC 51183) : PPH > terkorban dalam serang hendap komunis semasa Op Ngayau di Sarawak pada 8.8.1971.
- Razali Bin Puteh (PC 52333) : PPH > terkorban semasa Op Ngayau di Sarawak pada 7.11.1971.
- Rose bin Yusof (SC 22456) : terkorban di Gunong Inas Rubber Estate, Perak pada 18.12.1949.
- Rosli bin Buang (Trooper) : No.3, Skuadron X, Rejimen Gerak Khas > terkorbandalam pertempuran dengan komunis di Hutan Perlop, Sungai Siput, Perak pada 6 Julai 1971. Dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Julai 1972.
- Saimon bin Jalal (20476 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > terkorban dalam Op Selamat Sawadee di Selatan Thailand pada 15.9.1978.
- Saimon Tarikat (L/Koperal) : Pasukan Khas Perisikan Tempur > terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Kg.Titi, Kuala Kelawang, N.S pada 25.1.1983 - dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1983.
- Shamsuddin bin Mohd Ali (Inspektor) : beliau dan 6 anggota Polis terkorban dalam serang hendap komunis di Jalan Selama, Perak pada 28 Oktober 1948.
- Shanmuganathan a/l E. Rampoo (Kapten) : Platun 6, Kompeni B, Batalion 5 Rejimen Renjer > Terkorban dalam Operasi di Sungai Liang, Raub, Pahang pada 11 Januari 1974. Dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani pada 4 Jun 1975.
- Sionah bin Jantan (Prebet) : Malayan Special Force di Congo, Afrika > mati lemas di Tasek Kivu, Congo pada 31 Disember 1961.
- Siti Hajar bt Yaakub (Renjer 5005448) : Batalion 8 Rejimen Renjer DiRaja > terkorban ketika latihan penerjunan di LIMA Langkawi tahun 2007.
- Sulong Bin Abdullah (Prebet 3263) : 1 RAMD > meninggal dunia pada 9 Ogos 1949 akibat tertembak oleh pembantu Perubatan Pvt. W.J. Wood di Markas Taktikal Kompeni di Temenggor, Perak.
- Talip ak Tibong (931657 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > Terkorban dalam Op Setia 2/80 di Tanah Hitam, Chemor, Perak pada 24.2.1980.
- Tan Kim Tee (QM Sgt) : Federated Malay State Volunteer Force > dihukum mati di Singapura pada 28 Februari 1942 bersama 88 sukarela.
- Tang Bee Choon (Prebet) : FMSVF > terkorban dalam pertempuran di Singapura pada 15 Februari 1942.
- Vasant Singh (1011661 Renjer) : Batalion 8 Rejimen Renjer > Mati lemas di Julong, Perak pada 12.2.1978.
- Velu a/l Raja Velu : Konstabel Khas > terkorban dalam insiden tembak menembak dengan penjenayah di Kedai Runcit di Estate Midlands, Kajang , Selangor pada 1962. Beliau dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 5 Jun 1963 dan adalah penerima pertama pingat tersebut.
- W. Grant (P/Lt) : maut dalam kemalangan kereta di Batu Gajah, Perak pada 21.4.1949.
- Yeap Suan Hua (Konstabel) : terbunuh ketika cuba menangkap seorang penjenayah di Setapak, Kuala Lumpur pada 30.4.1971. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
- Yeung Peng Chong (Sarjan) : Pemandu Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang turut terbunuh ditembak oleh 2 anggota Komunis di Jalan Anderson, Ipoh, Perak pada 13 November 1975.
- Yusoff bin Awang (Konstabel) : PPH > terbunuh dihempap pokok pada 21.10.1960
- Yusuf bin Yaakob (Lans Koperal ) : Malayan Special Force di Congo, Afrika > terkorban apabila sebuah gudang peluru meletup di Indu pada 27 Julai 1961.
- Zainal Abidin bin Abdul Rashid (Kaptain) : 17 RAMD > terkorban dalam Ops Gubir II pada 15 Julai 1976. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.
Rujukan:
Nota:
Segala butiran dalam artikel adalah hasil pencarian saya sendiri melalui internet, buku-buku dan sebagainya. Saya membenarkan sebarang penyalinan dan penyebaran tetapi sila berikan kredit atas usaha saya ini.
Update:
No comments:
Post a Comment